Pengambilan pertama pelajar seramai 255 orang pelajar pada sesi 2000/2001 USIM mewujudkan perkhidmatan USIM. Pada sesi tersebut juga, kewujudan Bahagian ini menjadi lebih signifikan sebagai organisasi yang menguruskan hal ehwal kemahasiswaan. Bermula dengan seorang Penolong Pendaftar dan kemudiannya…
Bahagian Hal Ehwal Pelajar (USIM)
Pengambilan pertama pelajar seramai 255 orang pelajar pada sesi 2000/2001 USIM mewujudkan perkhidmatan USIM. Pada sesi tersebut juga, kewujudan Bahagian ini menjadi lebih signifikan sebagai organisasi yang menguruskan hal ehwal kemahasiswaan. Bermula dengan seorang Penolong Pendaftar dan kemudiannya beberapa orang kakitangan sokongan, Bahagian Hal Ehwal Pelajar mula memainkan peranan penting dalam merancang dan melaksanakan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan pembangunan sahsiah pelajar. Kemudiannya, diterajui oleh seorang Timbalan Pendaftar ketika beroperasi di Kampus Sementara Pertama di Bangunan Institut Profesional Baitulmal (IPB), Kampung Pandan sehinggalah berpindah ke Kampus Sementara Kedua di Menara A, Pandan Indah.