CHOPBAH adalah sebuah platform yang didedikasikan untuk komuniti muzik di Sabah. Kami membawakan tips, ulasan, berita dan info terkini mengenai industri muzik di Sabah.
Selamat datang ke episode pertama podcast Chopbah. Bagi mereka yang tidak mengetahui, Chopbah adalah sebuah platform yang dedikasikan untuk komuniti muzik di Sabah. Dalam episod ini, kami mengundang seorang gitaris Sabah yang hebat dan juga serba boleh. Alejandro Tingzon ataupun dikenali sebagai Jun telah bermain gitar sejak dari umur 9 tahun, Jun dapat membawa pelbagai jenis genre seperti Blues, Pop, Jazz, Fusion & Metal. Jun adalah juga seorang komposer dan producer. Album terbarunya yang bertajuk “Nazar”, baru sahaja dilancarkan awal tahun 2018. Untuk mengetahui Jun lebih lanjut, jom klik untuk mendengar interview ini. Follow Jun di:Facebook: https://www.facebook.com/JUNMusicMY/Spotify: https://spoti.fi/2PWqiBA Tentang episod ini:Muzik: CHOPBAH Intro (Season 1)