这个周末看什么电影好呢?让William为你无厘头介绍吧(如果他们说的和你看的电影完全不同...是正常的
Seorang Timbalan Ketua Bahagian Bicara dan Rayuan dari Jabatan Peguam Negara dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Anthony Kevin Morais dilaporkan hilang pada 2015. Beliau dipercayai diculik dan dibunuh.
Kes penculikan kanak-kanak di negara kita adalah sesuatu yang membimbangkan. Baru-baru ini juga kita masih menerima berita kanak-kanak hilang dan berkait rapat dengan ‘van putih'. Amat bersama tetamu, Puan Nor Zabetha akan membincangkan satu kes berkaitan penculikan dan pembunuhan yang pernah mendapat perhatian di Malaysia iaitu kes adik Nurin Jazlin.
Kerana cemburu di beri perhatian lebih, seorang kanak-kanak berusia 7 tahun bernama Muhammad Aimin di belasah oleh dua remaja di sebuah pusat tahfiz sehingga meninggal dunia. Adik Muhammad Aimin dijumpai lemah oleh isteri pemilik tahfiz tersebut.
Kematian seorang anggota keselamatan dalam rusuhan di sebuah kuil menjadi buah mulut apabila kematiannya tidak diketahui akibatnya. Muhammad Adib akhirnya menghembuskan nafas terakhir semasa kesnya masih berlangsung akibat cedera parah.
Canny Ong telah dirogol di dalam keretanya di bawah jejantas yang masih dalam pembinaan berhampiran Taman Datuk Harun di Jalan Kelang Lama, dibunuh dengan dua tikaman pisau serta telah dihenyak ke dalam lubang sempit di tepi lebuh raya, ditindih dengan dua tayar besar berisi simen dan dibakar.
Nur Suzaily Mokhtar dirogol, diliwat, dan dijerut sehingga mati oleh seorang pemandu bas.Tidak berperikemanusiaan dan kejam, itulah selayaknya digelar kepada Hanafi Mat Hasan.
Hasil proses bedah siasat Amir mengambil masa selama 10 jam dan hasilnya menemukan luka baru sepanjang 3 sentimeter di bahagian kepala termasuk kesan luka baru dan lama di beberapa anggota badan mangsa.
Tilikan Seterika | AngkaraZulfarhan Osman Zulkarnain yang didera melalui tekapan seterika wap terhadap badannya secara berulang kali serta pukulan-pukulan oleh sekumpulan pelajar sealiran atas tuduhan pencurian sebuah komputer riba. Zulfarhan cedera parah akibat perbuatan tersebut dan meninggal dunia pada 1 Jun 2017.