Ulum Al-Quran adalah salah satu kursus yang ditawarkan oleh Fakulti Sains Sosial Gunaan di Open University Malaysia (OUM). Kursus ini ditawarkan kepada semua pelajar yang mengambil program Sarjana Muda Pengajian Islam (Pengurusan Islam) dengan Kepujian. Modul ini bertujuan untuk memaklumkan hal-hal…
Episod ketiga membincangkan tiga perkara yang utama iaitu definisi Makkiyyah dan Madaniyyah, ciri-ciri ayat Makkiyyah dan Madaniyyah serta faedah mengetahui ayat Makkiyyah dan Madaniyyah. Perbincangannya dimulakan dengan pendedahan tentang beberapa definisi dari segi literasi dan terminologi tentang ayat Makkiyyah dan Madaniyyah yang dikemukakan oleh para ulama. Seterusnya anda didedahkan dengan kaedah-kaedah yang dikemukakan oleh para ulama yang meletak tanda-tanda dan ciri-ciri yang menunjukkan satu surah itu Makkiyyah atau Madaniyyah. Akhir sekali, anda akan didedahkan bagaimana pengetahuan tentang ayat Makkiyyah dan Madaniyyah yang banyak memberi faedah kepada umat Islam dalam memahami ayat-ayat al-Quran.
Episod pertama bahagian kedua dimulakan dengan perbincangan mengenai kelebihan Al-Quran dan hubung kaitnya dengan kitab-kitab samawi yang lain. Akhir sekali, anda diperkenalkan ilmu Ulum Al-Quran dan diperincikannya dengan memaparkan sejarah penulisan dan karya-karya berkaitan yang dihasilkan oleh para ulama.
Episod kedua ini membincangkan tentang ayat terawal dan terakhir diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. dan perbahasannya adalah berdasarkan pandangan para ulama. Selain itu anda akan didedahkan dengan sorotan kepentingan dan faedah mengetahui ayat terawal dan terakhir diturunkan yang diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w.
Episod keempat ini akan membawa anda mempelajari tentang pengertian sebab nuzul seperti yang dibahaskan oleh para ulama. Aspek lain yang dibincangkan menyentuh tentang rupa bentuk sebab-sebab penurunan ayat yang boleh dilihat dalam dua rupa bentuk iaitu sebab penurunan ayat yang berbentuk peristiwa dan sebab penurunan ayat yang berbentuk pertanyaan. Seterusnya anda akan didedahkan dengan perbincangan tentang kepentingan sebab nuzul dan faedahnya kepada umat Islam. Perbincangan berikutnya adalah menyentuh tentang pembahagian Al-Quran dan sumber-sumber bagi mengetahui sebabsebab penurunan ayat dan yang terakhir membincangkan tentang pengajaran daripada ayat berdasarkan lafaznya yang umum dan bukan sebabnya yang khusus.
Episod pertama kursus ini dimulakan dengan perbincangan tentang definisi Al-Quran yang diberikan oleh para ulama, nama-nama dan sifat Al-Quran.
Episod pertama bahagian kedua dimulakan dengan perbincangan mengenai interaksi dengan Al-Quran.