POPULARITY
Episod 203 Keluar Sekejap membawa anda menelusuri perkembangan antarabangsa yang semakin mencorakkan dunia hari ini, sebelum beralih kepada dinamika politik tempatan yang kian menarik perhatian.KJ dan Shahril memulakan perbincangan dengan konflik Amerika Syarikat-Iran dan perkembangan terbaharu ke arah perdamaian, diikuti peranan kecerdasan buatan (AI) dalam peperangan moden serta amaran Pope Leo XIV mengenai risiko apabila teknologi semakin mengambil alih keputusan hidup dan mati di medan perang.Perbincangan kemudian beralih kepada politik tanah air, dengan meneliti masa depan Perikatan Nasional susulan keputusan PAS untuk berpisah dengan Bersatu. KJ dan Shahril turut membincangkan kebarangkalian Parti Wawasan Negara yang baru ditubuhkan oleh Hamzah Zainudin menyertai PN, implikasi pertikaian penggunaan logo gabungan tersebut, serta bagaimana perkembangan ini berpotensi mengubah landskap politik pembangkang menjelang pilihan raya akan datang.
mbincangkan pendekatan unik syarikat tersebut dalam menghadapi tekanan kos hidup dan cabaran industri makanan. Mamee mengambil pendirian berbeza daripada kebiasaan pasaran dengan mengekalkan harga, tidak mengecilkan saiz produk, malah memberikan lebih nilai kepada pengguna melalui penambahan kandungan dalam produk terpilih seperti Mister Potato, Corntoz, Double Decker dan rangkaian mi Mamee.Dalam segmen seterusnya, episod ini meneliti perkembangan politik di Johor susulan pembubaran Dewan Undangan Negeri pada 1 Jun 2026 oleh Menteri Besar, Dato' Onn Hafiz Ghazi, yang membuka laluan kepada Pilihan Raya Negeri Johor Ke-16 dalam tempoh 60 hari. Perbincangan menilai implikasi langkah tersebut terhadap landskap politik negeri serta kesiapsiagaan parti-parti utama dalam menghadapi PRN kali ini.Akhir sekali, episod ini turut mengupas situasi di Negeri Sembilan berikutan pembubaran DUN pada 4 Jun 2026 oleh Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun. Pengumuman yang dibuat pada lewat malam itu turut mencetuskan pelbagai spekulasi kerana ia berlaku hampir dengan perkembangan penting institusi adat negeri. PRN Negeri Sembilan kali ini bukan sahaja tertumpu kepada persaingan politik, tetapi turut berlangsung dalam suasana yang melibatkan sensitiviti perlembagaan dan institusi tradisi negeri.
Iran secara tegas membantah laporan yang menyebut adanya transfer uranium dalam program nuklirnya. Pemerintah Iran menyebut informasi tersebut tidak akurat dan merupakan bagian dari spekulasi yang berkembang di tengah meningkatnya ketegangan geopolitik.Di sisi lain, isu nuklir tetap menjadi agenda utama dalam perundingan antara Amerika Serikat dan Iran. Kedua pihak masih berupaya mencari titik temu terkait pengawasan program nuklir dan stabilitas kawasan Timur Tengah.Situasi ini menambah dinamika baru dalam hubungan AS–Iran yang kembali menghangat dalam beberapa waktu terakhir.
Keluar Sekejap menampilkan temubual khas bersama Pramono Anung Wibowo, Gabenor Jakarta, yang membincangkan transformasi Jakarta pasca pemindahan ibu negara Indonesia ke Nusantara serta visi untuk menjadikan Jakarta sebuah kota global yang moden, berdaya saing dan berteraskan identiti budaya tempatan.Perbincangan bersama Shahril Hamdan menyentuh pelbagai isu berkaitan pembangunan bandar termasuk usaha memperkukuh identiti budaya Betawi, kebangkitan kawasan-kawasan ikonik seperti Blok M, pembangunan ruang awam, serta peranan sektor pelancongan dan ekonomi kreatif dalam membentuk wajah baharu Jakarta.Temubual turut mengupas cabaran utama yang masih dihadapi Jakarta seperti kesesakan lalu lintas, pencemaran udara, banjir dan pengurusan sampah. Pramono menjelaskan pendekatan pentadbirannya dalam memperluaskan rangkaian pengangkutan awam melalui MRT, LRT, TransJakarta dan sistem transit serantau bagi mengurangkan kebergantungan terhadap kenderaan persendirian.Selain itu, beliau berkongsi bagaimana Jakarta berusaha mengubah persepsi sebagai bandar yang sesak kepada sebuah metropolis global yang lebih mesra penduduk, pelabur dan pelancong, sambil mengekalkan warisan budaya yang menjadi asas kepada identiti kota tersebut.
Episod kali ini menampilkan Nurhisham Hussein, Penasihat Ekonomi Perdana Menteri serta Ketua Sekretariat Pasukan Petugas Pengurusan Krisis MTEN membincangkan kesan konflik di Timur Tengah terhadap rantaian bekalan global dan bagaimana ia memberi impak langsung kepada Malaysia. Perbincangan memberi fokus kepada tiga sektor utama iaitu bahan api, makanan dan ubat-ubatan, termasuk status semasa bekalan negara, tekanan subsidi kerajaan serta peranan Petronas dalam memastikan kestabilan bekalan domestik.Episod ini turut mengupas risiko “Gelombang 2” krisis global yang dijangka memberi kesan besar kepada sektor petrokimia, pembuatan dan pembinaan bermula Jun hingga Julai 2026. Antara isu yang dibincangkan termasuk kenaikan kos bahan mentah, gangguan rantaian bekalan, tekanan terhadap industri serta kemungkinan kesan kepada peluang pekerjaan dan kos sara hidup rakyat.Selain itu, perbincangan turut menyentuh tekanan terhadap Belanjawan 2026, langkah penjimatan kerajaan, serta implikasi geopolitik yang lebih luas terhadap perdagangan dunia dan kedudukan strategik Asia Tenggara dalam krisis yang sedang berlaku.Terima kasih kepada ENERtec Asia atas kerjasama bagi episod kali ini.Join us at ENERtec Asia 2026 – perhimpunan utama profesional tenaga, inovator dan pemain industri dari seluruh rantau Asia Pasifik.
Episod 200 KS akhirnya tiba.Untuk episod istimewa ini, kami bawakan YAB Dato' Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor dalam sebuah perbincangan yang menyentuh soal kepimpinan, politik, ekonomi dan masa depan Johor.Daripada kisah bagaimana beliau akhirnya diangkat sebagai Menteri Besar Johor, sehinggalah kepada visi besar Agenda Maju Johor 2030 yang sedang mengubah landskap negeri. Perbincangan turut menyentuh bagaimana Johor berjaya muncul sebagai negeri penerima pelaburan tertinggi di Malaysia, projek strategik JS-SEZ, peningkatan hasil negeri, serta usaha membangunkan pendidikan dan bakat anak Johor.Tidak terkecuali, beliau juga menjawab kritikan bahawa dirinya terlalu “micro-manage” pentadbiran negeri, selain menjelaskan nilai Bangsa Johor yang terus diterapkan dalam pentadbiran hari ini.Episod ini turut menyentuh isu politik semasa termasuk keputusan BN Johor untuk bergerak solo dalam PRN Johor, serta hubungan antara UMNO dan institusi Istana Johor.Timestamp EP20000:00 Intro10:09 Tetamu MB Johor16:40 Kenapa MB Johor Tak Dipecat atau Digantung?20:10 Macam Mana Onn Hafiz Jadi MB?31:07 100 Hari Onn Hafiz33:15 Agenda Maju Johor 203037:10 Nilai Bangsa Johor40:35 Pelaburan Tertinggi Malaysia47:04 JS-SEZ54:15 Pendapatan Johor Meningkat1:02:29 Pendidikan Johor1:08:00 MB Micro Manage?1:22:30 Pembangunan Di Luar Selatan Johor1:25:40 BN Johor Gerak Solo PRN Johor1:32:30 MB Johor Budak-Budak?1:40:40 Pengundi Cina Johor1:43:55 BN Gerak Solo PRU 16? 1:48:50 Hubungan UMNO dan Istana1:52:58 Perancangan MB 1:54:58 Nak Jadi PM?
Pengumuman BN Johor bertanding solo di PRN, Pengambilalihan Parti BERSAMA oleh Rafizi dan Nik Nazmi, Perbincangan BUDI95 untuk golongan T20.---------------Sembang KS ialah sebuah talk show di mana Zaidel akan berkongsi ringkasan berita semasa sebelum menyelami sesuatu isu dengan lebih mendalam.Topik yang dibincangkan merangkumi pelbagai bidang seperti sosial, politik, teknologi dan hiburan, disampaikan dengan gaya yang tajam, santai serta diperkaya dengan analogi yang pantas dan bersahaja.Misi kami adalah untuk memberi pencerahan dan kefahaman tentang isu-isu penting, sesuai ditonton sepanjang perjalanan dalam kesesakan lalu lintas waktu puncak di Malaysia.
Episod 197 Keluar Sekejap mengupas secara mendalam krisis takhta dan ketidaktentuan politik di Negeri Sembilan dengan meneliti latar belakang, implikasi perlembagaan, serta senario yang mungkin berlaku. Perbincangan turut menyorot beberapa pengajaran penting yang boleh dijadikan iktibar dalam memahami dinamika kuasa dan kestabilan politik negeri.Selain itu, episod ini turut mengulas ucapan Dato' Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sempena Konvensyen 80 Tahun UMNO. Antara fokus utama termasuk agenda Rumah Bangsa, gagasan Musyawarah Nasional, serta idea grand collaboration dalam landskap politik semasa. Kami juga membincangkan kemungkinan UMNO mengambil keputusan untuk bertanding secara solo dalam PRU16.Terima kasih kepada GINTELL kerana menaja episod pada kali ini. Dapatkan promosi eksklusif GINTELL sempena sambutan Hari Ibu BapaTawaran ini sah untuk 50 peminat Podcast Keluar Sekejap terawal sahaja‼️Untuk maklumat lanjut:WhatsApp Hisyam: 016-750 0998Klik pautan: https://wa.link/a23f7fLayari: www.gintell.comInilah masanya untuk memiliki kerusi urut GINTELL pada harga yang lebih mampu milik.
Kuliah Bahrul Mazi Jilid 4 yang berlangsung di Surau Lake Homes, Bertam, Pulau Pinang pada 22 Februari 2012.~ Ziarah menziarahi rumah sahabat menjadi amalan sahabat Nabi~ Sahabat Nabi ramai orang miskin, sampai air minum pun tak ada~ Tak selesa tengok isteri sahabat marah khadam~ Pengaduan laknat dan maki hamun yang keluar dari mulut seseorang~ Bila kata kat seseorang celaka, takutnya celaka patah balik kepada kita~ Jangan maki orang, sebab kita pun bukan baik sangat, takut makian memakan diri~ Semasa Nabi bermusafir dan dengar orang memaki unta~ Orang lelaki rimas dengar "hinggaq"~ Cara orang arab balancing unta~ Kita tak boleh sebut orang malaun~ Marah kepada anak, berpada-pada, jangan keluar perkataan laknat~ Sahabat yang dikelar "himar", dan cerita kawan di gelar "bogey"~ Abdullah yang suka mengembirakan Nabi~ Sahabat ditangkap dan disebat kerana minum arak~ Nabi tetap bagi peluang untuk orang yang berdosa~ Demi Allah dalam hati dia, dia sayang Allah dan Rasul-- BAHRUL MAZI JILID MUKA SURAT 23 --~ Bab musafir dan solat kita bermusafir~ Tajuk tentang solat jamak dan qasar~ Apa hikmah, dalil dan kebaikan solat jamak dan qasar~ Mufti cukup ramai semasa buat haji dan umrah~ Permasalahan yang complicated dalam solat jamak dan qasar~ Perbincangan dalam kitab Bahrul Mazi, akan berdasarkan hadis Nabi~ Hal agama tidak boleh direka-reka~ Inovasi dalam sujud syukur~ Anugerah Allah kepada umat Nabi Muhammad~ Agama Islam bukan bergantung semata-mata logik~ Titian sirat umpama kartun~ Maksud musafir yang harus~ Jamak Qasar 40 Penyamun nak samun bank~ Sepanjang bermusafir dengan Nabi, solat 4 rakaat diringkaskan menjadi 2~ Tiada solat qabliah dan ba'diah dalam musafir~ Boleh pilih nak solat penuh atau qasar~ Sebelum datangnya perintah solat 5 waktu~ Cara solat sebelum peristiwa isra' mikraj~ Ketika musafir dibolehkan berbuka puasa~ Solat qasar dalam musafir lebih awla~ Tujuan ulama "tidak straight to the point" analogi cuba jalan alternatif~ Dalil dan perbezaan pendapat tentang solat sunat rawatib semasa musafir~ Bergaduh nak buat solat tarawih 8 rakaat atau 20 rakaat~ Solat sunat mutlak (witir dan dhuha) dalam musafir~ Kalau nak kenal hati budi sesorang, musafir dengan dia tiga hari~ Sahabat sayang Nabi maksimum, sebab musafir dengan Nabi dan kenal rapat Nabi~ Pengalaman Nabi buat ibadah haji~ Sahabat ada yang tak ikut turutan Nabi buat ibadah haji~ Kadar jarak yang dibolehkan solat jamak dan qasar~ Bila faham formula, mai masalah macam mana pun boleh selesai~ Perbezaan jarak yang dibolehkan jamak dan qasar antara mazhab~ Salah faham tentang maksud bermukim
MJ12 bersama Achik dari "The Paranormal Consultants" akan berkongsi satu kisah penemuan objek yang dipercayai berkaitan dengan amalan tradisional di dalam sebuah busut. Rancangan ini hanya satu hiburan, jagan mudah percaya, jangan terikut-ikut. Tiada siapa yang dapat mengesahkan kebenaranya. Kami turut membincangkan:• Latar belakang penemuan.• tugas perunding paranormal dalam pekerjaan mereka Tujuan video ini adalah untuk berkongsi cerita, membuka perbincangan, dan memberi ruang kepada penonton untuk menilai dari sudut masing-masing.See omnystudio.com/listener for privacy information.
Kita butuh lebih banyak sosok seperti Abraham Samad, Ketua KPK periode 2011 - 2015 yang berani berdiri di garis depan untuk membersihkan Indonesia dari korupsi. Integritas tidak lahir tiba-tiba. Sifat Antikorupsi dibentuk dari rumah, lalu dibawa ke institusi, tempat di mana perubahan benar-benar diuji. Perbincangan ini dan kenapa Abraham Samad memperjuangkan sesuatu yang sulit diperjuangkan di Indonesia dibahas pada episode ini. Simak perbincangannya.#cauldroncontent #uncensored #uncensoredwithandinieffendi #podcast #podcastindonesia #andinieffendi #podcast #kpk #korupsi #pemerintahan #kepolisian #hukumindonesia #demokrasi #ijazahjokowi #fakta #genz #jurnalisberita #kebebasan #dpr #abrahamsamad —Uncensored bersama Andini Effendi ingin memulai percakapan mengenai isu yang kerap dianggap tabu. The Elephant in the Room adalah topik yang diketahui semua orang, namun tidak banyak yang berani membicarakannya. Dengan berdiskusi secara terbuka, kami harap masyarakat bisa lebih terbuka pikiran dan hatinya. ୨♡୧ New episode drops every Thursday! ୨♡୧ ☆ Jangan lupa follow & Subscribe kami ☆ https://www.instagram.com/cauldroncontent/ https://www.youtube.com/playlist?list=PLZ3JpwVKQYqY6XA9E0ufQ6gWBL6H__NYw ☆ Dengarkan juga podcast kami ☆ https://open.spotify.com/show/6pHdBM4Jr0JMwBvbVCMiQI?si=cc66a009ea964c3a&nd=1&dlsi=4f0c2d2242694a34 https://podcasts.apple.com/id/podcast/uncensored-with-andini-effendi/id1627192280 ☆ Host Andini Effendi ☆ https://www.instagram.com/andinieffendi/ ☆ Abraham Samad ☆https://www.instagram.com/abrahamsamad_/ ☆ Wardrobe by Lanivatti☆ https://www.instagram.com/lanivatti_official/ ☆ Location at Addition living ☆ https://www.instagram.com/addition.living/ —Time Stamp 00.00 Intro 05.50 Kepentingan pemilik modal media08.24 Dugaan ijazah palsu Jokowi13.05 Sistem hukum Indonesia terburuk di dunia23.35 Gen Z jadi garda terdepan 27.06 Kebebasan jurnalis di era demokrasi33.05 Dipilih karena muda37.58 Alasan KPK pilih kasus tertentu 41.31 KPK tidak ada ruang untuk pelanggaran57.35 "Agenda Setting" Abraham Samad
Episode Putcast kali ini berbincang dengan penulis Arman Dhani dan psikolog Lya Fahmi. Obrolan kali ini membedah buku terbaru Arman Dhani yang berjudul "30 Tahun dan Gagal: Kamu Tidak Bahagia dan Mungkin Itu Salah Negara". Perbincangan diawali dengan definisi kesuksesaan, mengapa kita tidak pernah diajarkan untuk merespon kegagalan sampai fenomena broken heart syndrome bahwa patah hati itu bisa punya akibat yang serius.
Ramadhan tidak hanya menjadi momentum meningkatkan kesalehan pribadi melalui ibadah, tetapi juga mendorong lahirnya kesalehan sosial yang bermanfaat bagi sesama. Di tengah berbagai tantangan sosial dan ekonomi, bulan suci ini diharapkan mampu memperkuat solidaritas, filantropi Islam, serta kemandirian ekonomi umat.Bagaimana mewujudkan kesalehan sosial di bulan Ramadhan agar dampaknya dirasakan luas oleh masyarakat? Perbincangan bersama Prof. Dr. Ir. Rokhmin Dahuri, M.S., Anggota DPR RI sekaligus Dewan Pembina Baitul Muslimin Indonesia.
Episod 190 Keluar Sekejap membincangkan siasatan PDRM terhadap dakwaan wujudnya komplot melibatkan Toh Puan Naimah yang didakwa bekerjasama dengan sebuah agensi media antarabangsa bagi menjatuhkan kerajaan dan mensabotaj kestabilan negara.Episod ini turut mengulas pelantikan Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, Naib Presiden PAS dan Menteri Besar Terengganu, sebagai Pengerusi baharu Perikatan Nasional (PN) pada 22 Februari 2026, menggantikan Muhyiddin Yassin yang sebelum ini menerajui gabungan tersebut.Perbincangan juga menyentuh Kongres Khas DAP pada 12 Julai yang bakal menentukan sama ada pemimpin DAP dalam kerajaan perlu kekal atau meletakkan jawatan daripada semua jawatan eksekutif.Selain itu, episod ini mengupas Rang Undang-Undang (RUU) pemisahan kuasa antara Peguam Negara dan Pendakwa Raya yang sedang dibentangkan di Parlimen.Turut dibincangkan ialah keputusan Mahkamah Agung Amerika Syarikat bahawa Akta International Emergency Economic Powers Act (IEEPA) tidak memberikan kuasa kepada Presiden untuk mengenakan tarif pada 20 Februari 2026, serta implikasinya terhadap ART yang ditandatangani Malaysia.
Ketegangan geopolitik global kembali meningkat. Konflik bersenjata di berbagai kawasan, rivalitas kekuatan besar, hingga perang proksi yang melibatkan kepentingan ekonomi dan energi dunia, menjadi sorotan serius banyak negara — termasuk Indonesia. Presiden RI menaruh perhatian khusus terhadap dinamika peperangan dunia yang kian kompleks dan berdampak langsung pada stabilitas kawasan, ketahanan nasional, hingga arah kebijakan luar negeri Indonesia.Dalam konteks itulah, kita akan mengupas secara mendalam bagaimana membaca peta konflik global hari ini, bagaimana posisi strategis Indonesia di tengah rivalitas kekuatan dunia, serta langkah antisipatif apa yang perlu disiapkan bangsa ini.Bersama Ace Hasan Syadzily, Gubernur Lembaga Ketahanan Nasional Republik Indonesia, kita akan membedah perspektif ketahanan nasional, geopolitik, serta proyeksi risiko global ke depan.Perbincangan ini akan dipandu oleh Pemimpin Redaksi Elshinta, Haryo Ristamaji.
Audio Siar Keluar Sekejap Episod 188 menampilkan tetamu pertama bagi tahun 2026, iaitu YB Datuk Dr Akmal Saleh, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia. Beliau berkongsi perjalanan dalam dunia politik, cabaran sebagai pemimpin muda, serta imej lantangnya yang sering mencetuskan perdebatan.Akmal turut menjawab persoalan mengenai kelantangannya terhadap DAP, termasuk dakwaan sama ada pendiriannya bersifat perkauman atau berlandaskan prinsip perjuangan.Perbincangan ini juga merangkumi fokus beliau terhadap isu-isu Melayu, pandangannya terhadap dasar-dasar Kerajaan Madani, serta perbezaan antara sentimen dan fakta dalam landskap politik semasa.Selain itu, beliau berkongsi pandangan mengenai masa depan UMNO sebagai “rumah bangsa” bagi penyatuan Melayu, cadangan kerjasama dengan PAS, penolakan terhadap kerjasama dengan PH, serta strategi menjelang PRN Melaka.Ingin jenama anda dikenali oleh ribuan pendengar?Taja episod Keluar Sekejap 2026!Hubungi +6011-1919 1783 atau emel commercial@ksmedia.my
Keluar Sekejap bersiaran secara langsung dari Coastal Combat, Desaru Coast, membincangkan bagaimana sukan kini menjadi antara pemacu utama pelancongan serta penjenamaan Johor di peringkat antarabangsa, khususnya di Desaru Coast.Segmen pertama menampilkan Dato' Muhammad Shahnaz Azmi, Presiden Muay Thai Malaysia, yang berkongsi perkembangan sukan Muay Thai di Malaysia, penyertaan atlet antarabangsa dalam Coastal Combat, serta peranan acara seumpama ini dalam menyokong agenda Visit Johor 2026 dan memposisikan Desaru Coast sebagai destinasi sukan bertaraf dunia.Segmen kedua bersama Murray Aitken, Pengurus Besar Hard Rock Hotel Desaru Coast, mengupas peranan jenama antarabangsa dalam menyokong penganjuran acara sukan bertaraf dunia seperti IRONMAN dan World Amateur Golfers Championship (WAGC). Perbincangan turut menyentuh kekuatan infrastruktur, fasiliti, serta kebolehcapaian Desaru Coast sebagai lokasi strategik bagi acara sukan dan MICE.Antara acara utama yang bakal berlangsung ialah IRONMAN 70.3 Desaru Coast, 5150 Desaru Coast, Sprint Triathlon, dan IRONKIDS Desaru Coast pada 10–12 Julai 2026, serta World Amateur Golfers Championship (WAGC) pada 23–31 Oktober 2026.Ikuti perkembangan terkini di:
Episod 182 Audio Siar Keluar Sekejap mengupas kesan domino yang tercetus selepas kekalahan mendalam Kerajaan Madani di PRN Sabah. Perbincangan merangkumi tekanan politik yang semakin memuncak apabila DAP menetapkan tempoh enam bulan kepada Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim untuk melaksanakan reformasi, desakan dalaman daripada saudara Rafizi berhubung isu integriti, serta kegagalan komunikasi kerajaan dalam menyampaikan inisiatif dan menguasai naratif kepada rakyat.Episod ini juga meneliti spekulasi mengenai rombakan Kabinet yang dijangka dilakukan oleh Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim, dalam masa terdekat dan bagaimana langkah tersebut boleh mengubah hala tuju politik nasional.Turut dianalisis ialah krisis dalaman Barisan Nasional, susulan keputusan MIC meluluskan usul keluar BN serta pendirian MCA yang bersedia berbuat demikian sekiranya UMNO memilih bekerjasama dengan DAP. Ketidaktentuan dalam BN ini menimbulkan persoalan besar tentang masa depan gabungan itu dan peranan UMNO dalam landskap politik negara.Ingin jenama anda dikenali oleh ribuan pendengar? Taja episod Keluar Sekejap 2026!Hubungi +6011-1919 1783 atau emel commercial@ksmedia.my
Keluar Sekejap Episod 181 membedah keputusan penuh PRN-17 Sabah bersama hos jemputan, Ong Kian Ming yang kembali untuk mengupas angka-angka pilihan raya dan perubahan besar dalam landskap politik negeri Sabah. Episod dibuka analisis angka—siapa yang benar-benar menang, siapa yang tenggelam, dan bagaimana GRS berjaya menguasai medan.Episod ini turut menampilkan tetamu jemputan Philip Golingai, Senior News Editor Star Media Group, yang menawarkan perspektif orang Sabah tentang kejatuhan DAP, kemerosotan UMNO, ketahanan Warisan, gelombang undi Cina serta dinamik KDM. Perbincangan turut merangkumi prospek Kabinet Sabah, kemungkinan peralihan Ketua Menteri dan implikasi nasional terhadap PH, BN dan PRU yang akan datang.Saksikan analisis paling lengkap dan kritikal pasca PRN-17 Sabah hanya di Keluar Sekejap.Ingin jenama anda dikenali oleh ribuan pendengar? Taja episod Keluar Sekejap 2025!Hubungi +6011-1919 1783 atau emel commercial@ksmedia.my00:00 Intro01:18 Topline Numbers - Keputusan Rasmi PRN-17 Sabah10:00 Winners & Losers Narrative14:11 Cabaran Utama Kekalahan DAP19:46 Swing Voters Berpihak Kepada Warisan28:14 Tetamu Jemputan : Philip Golingai, Penganalisis Politik dan Senior Editor Star Media Group45:28 Masa Depan UMNO & BN Di Sabah58:06 Percaturan Barisan Kabinet Negeri Sabah01:01:21 Peralihan Kuasa Ketua Menteri Sabah01:05:18 Rasional KJ Memilih Kawasan Kempen di Sabah01:16:36 Menjelang Rombakan Kabinet PMX01:18:17 Refleksi Ong Kian Ming
Episod 180 ini dibawakan khas oleh MyDigital ID, sebuah platform identiti digital nasional Malaysia yang kini berintegrasi dengan lebih 101 aplikasi kerajaan & swasta bagi memastikan akses perkhidmatan digital kerajaan yang lebih selamat, mudah dan dipercayai. Satu Kunci Untuk Semua , daftar diri anda hari ini!Muat turun MyDigital ID di sini :https://www.digital-id.my/en/downloadEpisod kali ini membuka tirai perbincangan dengan perkembangan terkini MyDigital ID. Status integrasi, FAQ's dan persoalan yang dibangkitkan ramai, peranan identiti digital nasional dalam mengukuhkan ekosistem keselamatan digital negara serta akses rakyat kepada perkhidmatan kerajaan. Episod ini kemudian beralih bersama tetamu jemputan Syed Gaddafi Syed Syed Saifuddin, CEO GNI Pharma Sdn Bhd bagi membincangkan cabaran usahawan digital tempatan. Topik meliputi tekanan persaingan di platform e-dagang, isu standard keselamatan produk, model harga tidak seimbang, dan strategi untuk memastikan SME terus berdaya saing dalam ekonomi digital.KS turut menyentuh perkembangan penting PRN-17 Sabah, di mana medan memilih membawa jumlah calon paling tinggi dalam sejarah, persaingan blok politik utama, manifesto parti-parti, isu serta faktor lapangan yang mencorakkan mood pengundi di Sabah.Akhir episod meneliti keputusan kerajaan untuk melarang pembukaan akaun media sosial bagi kanak-kanak bawah 16 tahun mulai tahun depan. Perbincangan merangkumi mekanisme eKYC, penggunaan MyDigital ID sebagai pengesahan umur, kebimbangan buli siber, risiko eksploitasi, isu privasi, serta persoalan besar — sejauh mana larangan ini praktikal untuk dilaksanakan?Ingin jenama anda dikenali oleh ribuan pendengar?Taja episod Keluar Sekejap 2025!Hubungi +6011-1919 1783 atau emel commercial@ksmedia.my00:00 Intro00:57 My Digital ID21:24 Cabaran Usahawan Digital bersama Syed Gaddafi Bin Syed Saifuddin59:41 PRN-17 Sabah01:13:56 Kawalan Akaun Media Sosial
Audio Siar Keluar Sekejap Episod 179 menampilkan Dato' Seri Amirudin Shari, Menteri Besar Selangor, meneliti intipati Belanjawan Selangor 2026, termasuk keutamaan pendidikan negeri, strategi pembangunan ekonomi, serta komitmen terhadap kebajikan rakyat.Perbincangan turut menyentuh dinamika politik pasca Pemilihan PKR, termasuk isu perpecahan dalaman, persaingan kepimpinan, serta naratif “Hiruk dan Damai” yang terus membentuk perjalanan parti pada era semasa.Episod ini juga merungkai perkembangan terkini PRN Sabah, termasuk implikasinya terhadap politik nasional dan hubungan antara kerajaan negeri serta persekutuan.Selain itu, Dato' Seri Amirudin memberi respons terhadap dakwaan mengenai konsesi parkir yang dikaitkan dengan kerabat Selangor, serta isu melibatkan pegawai Menteri Besar yang didakwa hidup mewah.Ingin jenama anda dikenali oleh ribuan pendengar? Taja episod Keluar Sekejap 2025!Hubungi +6011-1919 1783 atau emel commercial@ksmedia.my.TIMESTAMP00:00 Intro 1:20 Refleksi EP Toh Puan Naimah5:00 Refleksi EP Zafrul7:40 Belanjawan Selangor 202611:15 Pendidikan Selangor20:33 Fokus Ekonomi Semikonduktor30:36 Tenaga Nuklear35:45 Sektor Baru Ekonomi Selangor38:20 Reformasi PBT44:25 Pendapatan Kerajaan Selangor48:35 PRN Sabah1:07:33 Masalah Dalaman PKR1:28:46 Nurul Izzah Bakal MB Selangor?1:35:45 Isu Konsesi Parkir1:45:50 Isu Pegawai MB
Episod 178 KeluarSekejap menampilkan wawancara eksklusif bersama YB Senator Datuk Seri Utama Tengku Zafrul Abdul Aziz, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) yang menjelaskan secara mendalam isu Perjanjian Timbal Balas Perdagangan Malaysia–Amerika Syarikat (ART 2025) yang ditandatangani sempena lawatan rasmi Presiden Donald Trump ke Malaysia.Perbincangan kali ini membongkar persoalan besar adakah perjanjian ini benar-benar menguntungkan Malaysia, atau satu langkah politik yang terpaksa demi melindungi kepentingan strategik negara?Episod ini turut menyentuh masa depan politik Tengku Zafrul, peralihan daripada UMNO ke PKR, serta hala tuju politik beliau selepas ini di peringkat negeri mahupun persekutuan.Episod ini dibawakan khas oleh NUR Power. NUR Power bukan sekadar pembekal elektrik untuk industri teknologi tinggi, tetapi turut menjadi penggerak utama dalam ekosistem tenaga hijau dan inovasi lestari negara. Mereka aktif membangunkan inisiatif tenaga mampan dan menyokong sektor OGSE (Oil, Gas & Energy Services) dalam memastikan industri Malaysia terus berdaya saing serta mesra alam.Jangan lepaskan peluang untuk menghadiri Karnival Literasi Tenaga. KeluarSekejap akan turut berada di sana!Jadi, datanglah beramai-ramai ke Karnival Literasi Tenaga untuk bertemu kami secara langsung
Audio Siar Keluar Sekejap Episod 177 menampilkan Toh Puan Na'imah Abdul Khalid dalam satu perbualan khas bagi mengenang legasi Allahyarham Tun Daim Zainuddin, seorang negarawan memainkan peranan penting dalam membentuk landskap kewangan serta politik Malaysia.Dalam episod ini, Keluar Sekejap menelusuri perjalanan hidup Tun Daim daripada anak kampung yang membina impian dan menuntut ilmu di luar negara, sehinggalah menjadi individu yang dipercayai untuk memulihkan ekonomi negara pada saat-saat genting. Toh Puan Naimah berkongsi sisi peribadi dan kisah di sebalik tabir kehidupan Tun Daim; ketenangannya dalam membuat keputusan besar, keakrabannya dengan Tun Dr. Mahathir Mohamad, dan peranannya sebagai “penyelesai masalah” di balik tabir kuasa.Perbincangan ini turut menyentuh hubungan kompleks antara Tun Daim dan Datuk Seri Anwar Ibrahim, perdebatan tentang kronisme dan kapitalisme pada era kepimpinannya, serta cabaran yang dihadapi oleh keluarganya di penghujung hayat beliau.00:00 Intro0:21 Refleksi KS tentang Tun Daim11:10 Latar Belakang Tun Daim23:51 Pemaju Melayu Pertama KL34:46 Sektor Perbankan38:07 Menceburi Politik48:00 Kroni Kapitalis1:10:08 Hubungan Anwar-Daim1:16:37 Kembali ke Kabinet kali kedua1:33:20 Hubungan Tun Mahathir-Tun Daim1:37:13 Council of Eminent Persons (CEP)1:44:30 Kes terhadap Tun Daim & Keluarganya1:53:00 Siapakah Tun Puan Naimah?1:56:00 Keretakan Hubungan Anwar-Daim2:14:00 Kehidupan Peribadi
Episod 175 KeluarSekejap membawakan pengumuman istimewa dua projek terbaharu Keluar Sekejap, wangian KSX dan aplikasi Kelas sekejap, sebuah platform pembelajaran bahasa Inggeris yang dikuasakan oleh AI.Sempena 11.11, nantikan pelancaran eksklusif KSx hasil inspirasi Khairy Jamaluddin dan Shahril Hamdan.Ikuti KSX untuk pelancaran eksklusif 11.11 hari ini!Instagram: @ksx.coTikTok: @ksxco.shopEpisod ini dibuka dengan dua topik utama minggu ini iaitu lawatan rasmi Presiden Donald Trump ke Malaysia sempena Sidang ASEAN ke-47, serta perjanjian perdagangan timbal balas (ART 2025) antara Malaysia dan Amerika Syarikat.KJ dan Shahril mengupas makna politik serta ekonomi di sebalik kedua-dua peristiwa besar ini daripada optik tarian sambutan PMX bersama Trump hinggalah kepada persoalan kedaulatan ekonomi negara di sebalik kandungan perjanjian ART yang kini menjadi perdebatan ramai.Perbincangan diteruskan dengan wawancara eksklusif bersama dua figura Perikatan Nasional, Wan Saiful Wan Jan dan Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal. Episod ini membuka ruang kepada perbincangan terus terang mengenai dinamika dalaman BERSATU, percaturan kuasa antara blok Muhyiddin, Azmin dan Hamzah, serta hala tuju Perikatan Nasional menjelang PRU-16.Ingin jenama anda dikenali oleh ribuan pendengar?Taja episod Keluar Sekejap 2025!Hubungi +6011-1919 1783 atau emel commercial@ksmedia.my
Episod 174 KeluarSekejap bermula dengan refleksi mengenai perkembangan di Gaza dan dunia Arab sebelum beralih kepada isu dalam negara yang merisaukan, tragedi pembunuhan pelajar SMK Bandar Utama Damansara, Yap Shing Xuen (16), yang mencetuskan gesaan besar terhadap pembaharuan keselamatan sekolah dan intervensi awal di peringkat kaunseling serta disiplin pelajar.Perbincangan turut menyentuh penggunaan media sosial di kalangan remaja, termasuk cadangan mengehadkan akses kepada individu bawah umur 13 tahun dan pengenalan pengesahan identiti pengguna (eKYC) bagi mengekang penyebaran kandungan berbahaya. Satu langkah yang dibangkitkan oleh Menteri Komunikasi susulan kebimbangan terhadap pengaruh dalam talian.Perbincangan berkembang kepada isu hidangan alkohol, susulan majlis makan malam alumni di sebuah sekolah di Ipoh yang membenarkan arak dihidangkan dalam kawasan sekolah serta isu penyediaan alkohol dalam penerbangan Malaysia Airlines (MAS). Episod ini diakhiri dengan tumpuan kepada Sidang Kemuncak ASEAN ke-47, di mana Malaysia sebagai tuan rumah diharap dapat menonjolkan kepimpinan serantau, memacu perbincangan tentang keamanan, tenaga dan ekonomi digital, serta memastikan ASEAN kekal neutral dan berprinsip di tengah ketegangan kuasa besar.Ingin jenama anda dikenali oleh ribuan pendengar?Taja episod Keluar Sekejap 2025!Hubungi +6011-1919 1783 atau emel commercial@ksmedia.my
Episod 7 KenaSoal menampilkan Shahril Hamdan diganding bersama YB Amira Aisya, Pemangku Presiden MUDA dan Adun Puteri Wangsa dalam membincangkan cabaran politik semasa dari kepimpinan wanita hingga masa depan parti MUDA. Perbincangan menyentuh peranan wanita dalam politik, hala tuju dan potensi MUDA sebagai third force, serta keperluan strategi dan kekuatan organisasi untuk kekal relevan.Perbincangan turut menyentuh laporan MalaysiaKini mengenai dakwaan 263 akaun “cybertrooper” pro-kerajaan, kontroversi hidangan arak dalam majlis anjuran MOTAC, gaji wakil rakyat yang dikatakan tidak mencukupi, pelaksanaan subsidi RON95, serta misi kemanusiaan GSF ke Gaza.Ingin jenama anda dikenali oleh ribuan pendengar?Taja episod Keluar Sekejap 2025!Hubungi +6011-1919 1783 atau emel commercial@ksmedia.my
Audio Siar Keluar Sekejap Episod 169 antaranya membincangkan mengenai gempa bumi di Segamat bersama tetamu khas, Assoc. Prof. Ir. Ts. Dr. Noor Sheena Herayani binti Harith dari Fakulti Kejuruteraan, Universiti Malaysia Sabah (UMS). Perbincangan menyentuh faktor, tahap kesiapsiagaan negara, risiko bencana pada masa hadapan, serta langkah mitigasi yang wajar diambil.Episod ini juga mengulas kontroversi RUU URA yang hangat ditolak, yang akhirnya ditangguhkan ke Oktober dan bakal meminda beberapa fasal serta meneliti RUU Pekerja Gig yang baru diluluskan di Parlimen semalam sekaligus Malaysia mencipta sejarah menjadi antara negara terawal mempunyai perundangan yang melindungi dan membela hak pekerja gig.Episod ini turut berkesempatan mengulas isu yang dibangkitkan YB Datuk Dr. Ahmad Marzuk Shaary (PN–Pengkalan Chepa) tentang dakwaan berkaitan isu perbelanjaan RM20 juta untuk penjenamaan semula TH.Ingin jenama anda dikenali oleh ribuan pendengar?Taja episod Keluar Sekejap 2025!Hubungi +6011-1919 1783 atau emel ke commercial@ksmedia.myEP16900:00 Intro2:55 Gempa Bumi Segamat32:03 Isu Tabung Haji42:42 RUU Pekerja Gig01:08:01 RUU URA
Realisasi penyaluran beras SPHP Bulog baru mencapai 38.811 ton atau baru mencapai 2,94% dari target pemerintah sebesar 1,3 juta ton. Ada beberapa langkah tegas yang dilakukan Bulog untuk mencegah penyalahgunaan beras program Stabilisasi Pasokan dan Harga Pangan (SPHP) yakni dengan melarang penyalurannya melalui jalur grosir. Bagaimana hasil temuan Bulog di lapangan terkait distrubisi beras SPHP sejauh ini?Simak pembahasannya bersama Direktur Bisnis Perum BULOG, Febby Novita
Audio Siar Keluar Sekejap Episod 168 bermula dengan pelancaran Nur AI, model bahasa besar pertama buatan Malaysia yang berteraskan prinsip syariah. Nur AI menjadi alternatif syariah-compliant kepada LLM antarabangsa, sekali gus memperkukuh aspirasi Malaysia dalam ekosistem AI global.Tumpuan beralih kepada politik tanah air apabila Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan gabungan longgar 12 parti pembangkang. Perbincangan menilai sama ada kerjasama ini cukup kuat untuk menjadi blok politik yang mencabar kerajaan Madani.Perbincangan kemudian mengupas krisis dalaman PKR melibatkan Rafizi Ramli dan kem PMX yang menimbulkan persoalan tentang masa depan kepimpinan parti.Seterusnya, isu bendera terbalik dan pendakwaan Ketua Pemuda UMNO Dr. Akmal Saleh turut disentuh dengan persoalan lebih luas tentang gaya kepimpinan Melayu dan risiko politik perpecahan menjelang bulan kemerdekaan.Akhir sekali, episod ini menutup dengan topik antarabangsa apabila Donald Trump mengumumkan langkah baharu terhadap Nvidia dan Intel, yang dijangka memberi kesan besar kepada persaingan teknologi AI antara Amerika Syarikat dan China. Episod ini turut menyentuh perkembangan Nuklear Small Modular Reactors (SMR) selepas kenyataan kerajaan untuk menjalankan kajian kebolehlaksanaan menyeluruh terhadap teknologi tenaga ini.00:00 Intro01:49 NurAI16:53 Gabungan Longgar Parti Pembangkang31:57 Penjelasan Rafizi Ramli dan Krisis dalaman PKR41:37 Isu Bendera dan Pendakwaan Dr. Akmal Salleh54:43 Trump, NVIDIA dan Intel01:04:56 Teknologi Nuklear Tanah Air
Audio Siar Keluar Sekejap Episod 164 membawakan analisis mendalam terhadap pengumuman besar Perdana Menteri Anwar Ibrahim “Pakej Penghargaan Luar Biasa” yang merangkumi bantuan tunai universal iaitu RM100 kepada semua rakyat yang berusia 18 tahun ke atas, cuti umum tambahan dan penangguhan kenaikan tol. Perbincangan beralih kepada Himpunan Turun Anwar yang dijadualkan berlangsung di ibu negara, dengan sokongan tokoh pembangkang.Seterusnya, episod ini meneliti kesan pelaksanaan levi 6% ke atas penyedia cloud tempatan dan asing melalui Dana USP, serta ketidaksepadanan dasar ini dengan strategi digital negara. Turut disentuh ialah pertikaian mengenai cukai digital dan persaingan serantau, terutamanya apabila Malaysia dilihat ketinggalan berbanding jiran seperti Vietnam dan Indonesia.Di samping itu, laporan mengejutkan tentang lokasi sebenar Jho Low di Shanghai dibincangkan secara kritikal, termasuk identiti palsu, dakwaan hidup mewah dan cabaran diplomatik yang dihadapi Malaysia dalam membawanya pulang ke muka pengadilan.Akhir sekali, episod ini menutup perbincangan dengan isu pertikaian antara Anwar Ibrahim dan Tun Mahathir susulan laporan RCI Pulau Batu Puteh. Anwar memilih untuk tidak mengambil tindakan undang-undang atas dasar umur Tun yang hampir mencecah 100 tahun, tetapi Mahathir membalas dengan tegas bahawa beliau tidak perlukan “imuniti” dan sedia dibicarakan, mencetuskan persoalan tentang kuasa, akauntabiliti dan prinsip keadilan.Ingin jenama anda tampil bersama suara perubahan?Taja Keluar Sekejap dan capai ribuan penonton berpengaruh seluruh negara!
Apa sebenarnya definisi "Normal Woman" yang harus dipenuhi oleh perempuan?Bagi Marissa Anita, menjadi normal adalah momen dimana ia bisa jadi diri sendiri dan diterima oleh orang yang penting baginya. Bukan memenuhi standar sosial, apalagi sampai mengorbankan dirinya jadi boneka pernikahan.Perbincangan selengkapnya mengenai stigma yang ada dan sejauh apa film A Normal Woman berusaha mendobrak stigma itu bisa Parents tonton di Episode Curhat Bapak Ibu x Netflix ini ya!Jangan lupa, hari ini #ANormalWoman sudah tayang di Netflix!Timestamp:00:00 Opening01:52 A Normal Woman versi Marissa Anita07:30 Sejauh apa perempuan harus berjuang menjadi "perfect wife"11:23 Bagaimana tubuh merespon stress dan trauma14:17 Laki-laki nggak bercerita, tapi ini luka yang dipendam Dion Wiyoko18:00 Tidak berpihak ke pasangan karena trauma19:00 Kenapa A Normal Woman bisa jadi renungan bersama pasangan19:50 Pola Transference terjadi ketika kita belum pernah tuntas dengan diri22:25 Closing
Kuliah Bahrul Mazi Jilid 4 yang berlangsung di Surau Lake Homes, Bertam, Pulau Pinang pada 22 Februari 2012.~ Ziarah menziarahi rumah sahabat menjadi amalan sahabat Nabi~ Sahabat Nabi ramai orang miskin, sampai air minum pun tak ada~ Tak selesa tengok isteri sahabat marah khadam~ Pengaduan laknat dan maki hamun yang keluar dari mulut seseorang~ Bila kata kat seseorang celaka, takutnya celaka patah balik kepada kita~ Jangan maki orang, sebab kita pun bukan baik sangat, takut makian memakan diri~ Semasa Nabi bermusafir dan dengar orang memaki unta~ Orang lelaki rimas dengar "hinggaq"~ Cara orang arab balancing unta~ Kita tak boleh sebut orang malaun~ Marah kepada anak, berpada-pada, jangan keluar perkataan laknat~ Sahabat yang dikelar "himar", dan cerita kawan di gelar "bogey"~ Abdullah yang suka mengembirakan Nabi~ Sahabat ditangkap dan disebat kerana minum arak~ Nabi tetap bagi peluang untuk orang yang berdosa~ Demi Allah dalam hati dia, dia sayang Allah dan Rasul-- BAHRUL MAZI JILID MUKA SURAT 23 --~ Bab musafir dan solat kita bermusafir~ Tajuk tentang solat jamak dan qasar~ Apa hikmah, dalil dan kebaikan solat jamak dan qasar~ Mufti cukup ramai semasa buat haji dan umrah~ Permasalahan yang complicated dalam solat jamak dan qasar~ Perbincangan dalam kitab Bahrul Mazi, akan berdasarkan hadis Nabi~ Hal agama tidak boleh direka-reka~ Inovasi dalam sujud syukur~ Anugerah Allah kepada umat Nabi Muhammad~ Agama Islam bukan bergantung semata-mata logik~ Titian sirat umpama kartun~ Maksud musafir yang harus~ Jamak Qasar 40 Penyamun nak samun bank~ Sepanjang bermusafir dengan Nabi, solat 4 rakaat diringkaskan menjadi 2~ Tiada solat qabliah dan ba'diah dalam musafir~ Boleh pilih nak solat penuh atau qasar~ Sebelum datangnya perintah solat 5 waktu~ Cara solat sebelum peristiwa isra' mikraj~ Ketika musafir dibolehkan berbuka puasa~ Solat qasar dalam musafir lebih awla~ Tujuan ulama "tidak straight to the point" analogi cuba jalan alternatif~ Dalil dan perbezaan pendapat tentang solat sunat rawatib semasa musafir~ Bergaduh nak buat solat tarawih 8 rakaat atau 20 rakaat~ Solat sunat mutlak (witir dan dhuha) dalam musafir~ Kalau nak kenal hati budi sesorang, musafir dengan dia tiga hari~ Sahabat sayang Nabi maksimum, sebab musafir dengan Nabi dan kenal rapat Nabi~ Pengalaman Nabi buat ibadah haji~ Sahabat ada yang tak ikut turutan Nabi buat ibadah haji~ Kadar jarak yang dibolehkan solat jamak dan qasar~ Bila faham formula, mai masalah macam mana pun boleh selesai~ Perbezaan jarak yang dibolehkan jamak dan qasar antara mazhab~ Salah faham tentang maksud bermukim--Sokong Projek Zonkuliah Dengan Menyumbang Ke Akaun Berikut : ➢ MAYBANK (Produksi Zonkita) - 557250054584➢ PAYPAL - paypal.me/DanaZK---☑● Doakan Dimurahkan Rezeki dan Diberikan Kesihatan Yang Baik Untuk Kami Teruskan Projek ZonKuliah ☑●✚ Untuk update terkini sila like Facebook Page kami : www.facebook.com/zonkuliah---#Zonkuliah #UstazShamsuri #KuliahAgama
Kuliah Bahrul Mazi Jilid 20 yang berlangsung di Masjid Jamek Jelutong, Pulau Pinang pada 8 Januari 2013.~ Kisah seorang sahabat budak muda yang minta nak berzina~ Sahabat "lompat bangkit" nak halang soalan kurang ajar~ Cara Nabi menangani masalah ~ Hang sukakah jantan lain zina ahli keluarga hang?~ Sukakah kita kalau orang maki fitnah, aib dan hina kita?~ Berkat doa Nabi kepada budak muda~ Kita nak kurangkan bercakap huduh kepada orang~ Kita kurang berdoa, tapi banyak habiskan kederat dengan maki hamun~ Seseorang tidak akan berzina, kalau masa tu dia ingat kepada Allah~ Iman ni ada masa bertambah dan berkurang~ Ada hari nak bangkit solat subuh pun, malas~ Iman lekang dari diri~ Cucu selongkar bilik tok, curi gelang emas~ Pintu taubat sentiasa terbuka untuk manusia~ Berapa banyak manusia yang terlibat dengan zina~ Zina juga dilakukan oleh orang yang telah kahwin~ Kisah yang pernah berlaku pada zaman Nabi~ Sahabat yang kerja ulang-alik Mekah dan Madinah~ Nama perempuan pelacur paling famous dan cantik di Mekah~ Boleh atau tidak saya jadikan pelacur sebagai isteri?~ Turun ayat Quran melarang lelaki baik, kahwin dengan isteri kaki zina~ Perbincangan dikalangan ulama, boleh atau tidak berkahwin dengan orang yang telah terlanjur~ Khilaf pendapat dikalangan sahabat berkaitan nas yang ada~ Ada satu hadis Nabi yang berlaku selepas turunnya ayat Quran~ Kadang-kadang sesuatu dimulakan dengan zina, akhirnya bernikah~ Perbuatan haram tidak boleh menegah perkara yang halal-- BAHRUL MAZI JILID 20 MUKA SURAT 7 --~ Orang yang ditanyai fikirannya, adalah orang yang dipercayai ~ Tidak ada manusia yang tiada masalah~ Cari satu orang yang boleh di luahkan masalah~ Bukan senang nak cari pasangan untuk anak~ Dah buat satu keputusan, tapi nak pastikan keputusan tepat, double check dengan seseorang~ Kita manusia tidak boleh hidup sebagai "individualistik"~ Dari sepinggan nasi yang kita makan, berapa orang yang terlibat dalam sesuap nasi~ Kita hidup dalam masyarakat, kena bermasyarakat~ Bila orang tanya kita, tolong dia~ Cerita lama yang pernah berlaku di Bukit Mertajam~ Orang yang tak percaya bank~ Nak pi Mekah, tumpang parking duit kepada kawan yang dipercayai~ Bersumpah di mihrab masjid~ Petir menyambar di depan pintu masjid~ Bayangkan betapa pecahnya hati bila orang pecah amanah~ Dua jam pi cerita masalah, dia bagitau suruh tawakal sahaja~ Ada orang yang sengaja sembunyikan penyelesaian~ Kalau kita tak tahu sungguh, kita pun speechless~ Jangan pandai-pandai cadangkan penyelesaian masalah yang kita tak tau~ Bab percayakan "bad luck" atau misfortune~ Nak keluar rumah ke Kuala Lumpur, biawak lintas jalan~ Adakah boleh dikaitkan lintas hormat biawak itu membawa maksud tidak elok~ Ramai lagi orang yang percayakan kepercayaan tahyul dan karut marut ni~ Nak kenduri nikah anak, tengok kalender dulu~ Mai mengaji tapi percaya kepercayaan karut~ Perkiraan tanah air api angin~ Get ready nak hadap angin tsunamu~ Ramalan cuaca bukan kepercayaan karut~ Antara perkara yang boleh membawa nasib tak baik~ Contoh perempuan tak elok untuk dikahwini~ Punca anak-anak muda tak mahu tidur di rumah, melepak di Padang Kota~ Pentingnya rumah yang lapang, sebagai tanda kebahagiaan~ Kereta yang tidak digunakan untuk benda baik~ Apa mak dok buruk sangka dengan orang?~ Daripada awal agama dah pesan, kita saja tak ikut~ Persekitaran dan kejiranan yang baik penting untuk hidup yang baik~ Otak asyik fikir nak kena perbaiki kereta~ Orang lelaki bukan boleh mengaku kesalahan sendiri~ Tidak ada satu pun perkara buruk, melainkan atas izin dan takdir Allah~ Dalam rumah jadi masalah, dalam setandan pisang bukan semuanya elok~ Dalam kehidupan ni apa saja pun boleh jadi~ Anak yang selalu dikutuk tu, yang jaga mak ayah ketika sakit~ Ada orang gaji yang membawa masalah kepada majikan~ Ada pengecualian pada hadis ini~ Jika ada kenderaan yang bawa masalah, jualkan jangan simpan
Audio Siar Keluar Sekejap Episod 163 menyajikan perbincangan padat dan kritikal mengenai pelbagai isu semasa. Episod kali ini dimulakan dengan sorotan terhadap landskap politik di UK dan Malaysia sebelum menyelami isu krisis institusi kehakiman termasuk kuasa Perdana Menteri dan dakwaan wujudnya tekanan politik dalam proses tersebut. Isu ‘addendum' melibatkan sabitan Datuk Seri Najib Razak yang mencetuskan perdebatan awam turut dianalisis dengan teliti.Perbincangan kemudian beralih kepada isu tarif yang dikenakan oleh Amerika Syarikat terhadap Malaysia, serta kesannya terhadap hubungan perdagangan dua hala. Antara topik yang turut dibincangkan adalah pencalonan kontroversi Nick Adams sebagai Duta Besar AS ke Malaysia dan reaksi keras terhadap pandangannya tentang Israel-Palestin yang jelas bertentangan dengan prinsip dan dasar negara Malaysia. Ingin jenama anda tampil bersama suara perubahan?Taja Keluar Sekejap dan capai ribuan penonton berpengaruh seluruh negara!
Episod 162 Keluar Sekejap menampilkan hos jemputan Nailah Huda membuka tirai dengan refleksi episod bersama Menteri Kewangan II, menyentuh isu GST vs SST, peluasan cukai korporat, dan cabaran komunikasi kerajaan.Perbincangan kemudian beralih kepada isu kemelut institusi kehakiman bersama peguam, Haniff Khatri; mengupas kekosongan Ketua Hakim Negara serta persoalan ketelusan dan kebebasan institusi kehakiman dari pengaruh eksekutif.Episod diakhiri dengan sorotan terhadap tragedi letupan paip gas di Putra Heights; membedah penemuan siasatan rasmi, kegagalan struktur, kesan kepada penduduk, dan desakan terhadap ketelusan serta akauntabiliti pihak berkuasa.Jenama anda patut berdiri seiring suara yang membawa makna! Taja episod Keluar Sekejap dan capai ribuan penonton berpengaruh di seluruh negara!Hubungi kami sekarang di +6011-1919 1783 atau emel ke commercial@ksmedia.my untuk mendapatkan pakej penajaan eksklusif tahun 2025.
Audio Siar Keluar Sekejap Episod 161 menampilkan tetamu jemputan khas,YB Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, Menteri Kewangan II, dalam satu perbincangan mendalam mengenai hala tuju dasar fiskal negara, penyasaran subsidi RON95, peluasan SST, serta pelaksanaan Kerangka Ekonomi MADANI.Episod dimulakan dengan penjelasan langsung daripada Yang Berhormat Menteri tentang pendekatan kerajaan dalam memperkukuh fiskal negara termasuk rasional di sebalik penyasaran subsidi petrol dan peluasan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) bermula 1 Julai 2025. Beliau turut berkongsi cabaran dalam menyeimbangkan keperluan mengurangkan defisit dengan sensitiviti rakyat terhadap kos sara hidup.Perbincangan menyentuh secara kritikal tentang bagaimana Kerangka Ekonomi MADANI meskipun mempunyai asas yang kukuh masih berdepan cabaran pelaksanaan dasar secara menyeluruh dan konsisten. Turut dibincangkan adalah fungsi sistem PADU dalam memastikan penyasaran subsidi dapat dilakukan secara adil dan efektif tanpa membebankan golongan yang tidak layak.Dalam segmen yang strategik, episod ini juga menyentuh tentang Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) yang bakal dibentangkan pada 31 Julai. Yang Berhormat Menteri menyatakan bahawa perangkaan RMK13 adalah sebahagian daripada usaha kerajaan untuk menyelaraskan perancangan pembangunan negara dengan prinsip-prinsip dan aspirasi Kerangka Ekonomi MADANI.Sebagai pendengar setia Keluar Sekejap, nikmati dua promosi eksklusif daripada Tealive!Melalui Tealive App, dapatkan 2 minuman pada harga RM15 dengan kod promo TEALIVEJAP . Sah selama 1 bulan mulai 3 Julai untuk semua jenis minuman dan satu penebusan sahaja buat setiap pengguna.Di TikTok Tealive Shop, belanja minimum RM30 dan gunakan kod yang sama TEALIVEJAP untuk nikmati diskaun RM5 atas pembelian produk FMCG.Jenama anda patut berdiri seiring suara yang membawa makna!Taja episod Keluar Sekejap dan capai ribuan penonton berpengaruh di seluruh negara!Hubungi kami sekarang di +6011-1919 1783 atau emel ke commercial@ksmedia.my untuk mendapatkan pakej penajaan eksklusif tahun 2025
Audio Siar Keluar Sekejap Episod 160 menampilkan satu wawancara eksklusif bersama Pritam Singh, Ketua Pembangkang Singapura dan tokoh utama Parti Pekerja (Workers' Party). Dalam episod ini KS menyelami perjalanan peribadi dan politik Pritam Singh daripada latar belakang pendidikan, karier awal, sehinggalah keputusan menyertai dunia politik yang dikawal rapi di bawah pemerintahan People's Action Party (PAP).Perbincangan dibuka dengan sorotan terhadap struktur dan dinamika politik Singapura termasuk cabaran-cabaran unik yang dihadapi oleh pembangkang di negara tersebut. Pritam berkongsi falsafah perjuangannya, visi untuk sebuah Singapura yang lebih adil dan saksama, serta bagaimana WP memainkan peranan semak dan imbang yang konstruktif dalam sistem politik dominan.Isu hubungan dua hala antara Malaysia dan Singapura turut disentuh. Pritam Singh menegaskan kepentingan "people-to-people ties", kerjasama ekonomi rentas sempadan serta potensi pertukaran budaya dan pendidikan sebagai jambatan pemahaman yang lebih erat antara dua jiran serumpun.Episod ini menyerlahkan bagaimana politik serantau boleh diteroka melalui pendekatan yang lebih segar dan terbuka. KS turut menyentuh refleksi peribadi Pritam Singh terhadap cabaran sebagai pembangkang, tekanan sistemik, dan harapan beliau terhadap masa depan Singapura yang lebih inklusif dan progresif. Ia membuka ruang untuk kita menilai semula peranan pembangkang dalam sistem demokrasi, serta keperluan kepada perbincangan rentas sempadan dalam memperkukuh kestabilan dan kemajuan rantau.Ingin jenama anda menonjol bersama suara perubahan?Taja episod Keluar Sekejap dan capai ribuan penonton berpengaruh di seluruh negara!Hubungi kami sekarang di +6011-1919 1783 atau emel ke commercial@ksmedia.my untuk mendapatkan pakej penajaan eksklusif tahun 2025.00:00 Intro03:50 Latar Belakang Peribadi Pritam Singh09:01 Pengorbanan Peribadi & Dilema Politik15:30 Ideologi dan Perjuangan WP20:08 Titik Gemilang Pembangkang Singapura Tawan Aljunied GRC29:22 Pengukuhan Kubu WP di Aljunied, Hougang & Sengkang31:25 WP dan Impian Singapura Lebih Adil35:52 Antara Realisme WP dan Radikalisme SDP38:16 Keputusan PRU dan Kritik Terhadap ‘Kurangnya Ambisi'47:26 Mengapa PAP Kekal Dominan?52:16 Gaya Politik Pritam Singh Berani Lawan atau Berhati-hati?57:19 Peranan Rasmi Ketua Pembangkang dan Harapan Masa Depan01:05:13 Risiko Politik : Antara Kerjaya, Keluarga dan Perjuangan01:10:46 Isu Raeesah Khan, Persepsi dan Keyakinan Diri01:14:05 Rahsia Rukun Kaum di Singapura01:26:39 Hubungan dua hala Malaysia–Singapura01:34:19 Konflik Gaza01:41:12 Arah Tuju Pritam01:45:06 Singapura Tanpa PAP
Audio Siar Keluar Sekejap Episod 159 menyentuh sebuah tragedi menyayat hati yang mengorbankan 15 mahasiswa UPSI dalam kemalangan bas di lebuhraya Jeli-Gerik. KeluarSekejap membuka ruang kepada Abdul Wafi Kamarudin, salah seorang mangsa yang terselamat untuk berkongsi pengalaman ngeri yang dilaluinya, kesan trauma serta luahan hati terhadap kegagalan sistem keselamatan jalan raya negara.Episod ini turut membedah kegagalan struktur dan penguatkuasaan yang telah lama membelenggu isu keselamatan pengangkutan awam. Perbincangan bersama Datuk Suret Singh membawa perspektif dasar yang mendalam. Daripada sistem demerit KEJARA yang lemah, lesen PSV pemandu bermasalah yang tidak digantung sehinggalah cadangan penubuhan Kertas Putih Parlimen untuk merombak sistem keselamatan jalan raya secara menyeluruh.Episod diakhiri dengan menyentuh isu kelewatan peluasan SST yang menimbulkan persoalan kecekapan fiskal kerajaan.Ingin jenama anda dikenali oleh ribuan pendengar? Taja episod Keluar Sekejap untuk tahun 2025!Hubungi kami di +6011-1919 1783 atau emel ke commercial@ksmedia.my untuk maklumat lanjut dan pakej penajaan eksklusif.
Audio Siar Keluar Sekejap Episod 158 kali ini menyaksikan kembalinya Shahril Hamdan sebagai hos bersama KJ, dalam sebuah episod yang membedah pelbagai isu semasa dari sudut politik, dasar awam dan cabaran kerajaan Madani memasuki separuh penggal pemerintahan.Episod dibuka dengan perbincangan tentang fenomena “half-term blues” apabila kerajaan mula hilang momentum reformasi, komunikasi dasar menjadi lemah, dan kecekapan pentadbiran dipersoalkan. KJ dan Shahril membincangkan kesan kepada modal politik kerajaan Madani, serta risiko besar terhadap pelaksanaan dasar besar seperti penyasaran subsidi.Antara isu utama yang disentuh termasuk langkah penyasaran subsidi LPG dan pengenalan tong ungu untuk penggunaan komersial yang mencetuskan kekeliruan di peringkat awal sebelum kerajaan membuat ‘rollback' dasar. Isu ini dijadikan contoh bagaimana kelemahan komunikasi boleh menggugat kepercayaan rakyat terhadap kemampuan kerajaan mengurus ekonomi.Perbincangan diteruskan dengan inisiatif SKMM mengumpul data telefon bimbit yang menimbulkan kebimbangan terhadap hak privasi dan kemungkinan penyalahgunaan data. KJ dan Shahril meneliti rasional inisiatif ini, mempertikai ketelusan pelaksanaannya, serta menyeru penambahbaikan kepada Akta PDPA yang tidak melindungi data peribadi daripada agensi kerajaan.Isu sekatan perjalanan terhadap Fahmi Reza turut dibincangkan, termasuk pendedahan wujudnya “senarai pemantauan” (movement monitoring list) yang membolehkan sekatan tanpa justifikasi hitam putih. Ini menimbulkan persoalan terhadap amalan reformasi, ketelusan pihak berkuasa dan keseimbangan antara kuasa negara dan hak individu.Segmen reformasi diteruskan dengan perkembangan terbaharu dalam kes Teo Beng Hock, apabila keputusan NFA dikekalkan oleh Jabatan Peguam Negara, mencetuskan kekecewaan keluarga mendiang dan pertikaian terhadap pendirian terkini DAP parti yang dahulu menjadikan isu ini sebagai simbol perjuangan keadilan dan ketelusan.Dalam segmen ekonomi, KS mengulas keputusan Petronas untuk mengurangkan 10% tenaga kerja sebagai sebahagian daripada strategi pelarasan kos dan kelestarian jangka panjang. KJ menekankan perlunya empati dan koordinasi kerajaan dalam menyokong mereka yang terkesan, serta gesaan agar kerajaan menyediakan program reskilling secara menyeluruh.Episod diakhiri dengan isu kelewatan pelaksanaan peluasan SST yang kini ditunda ke Julai, memburukkan lagi persepsi terhadap kecekapan pentadbiran fiskal kerajaan dan ketidaktentuan dasar, khususnya dalam perancangan pelaksanaan cukai dan penyasaran subsidi pada masa akan datang.Episod ini dibawakan khas oleh Gintell, jenama tempatan bertaraf antarabangsa dalam teknologi kerusi urut. Saksikan juga promosi istimewa Hari Bapa yang ditawarkan kepada penonton dan pendengar setia Keluar Sekejap. Dapatkan promosi eksklusif
Audio Siar Keluar Sekejap Episod 157 kali ini menampilkan hos jemputan, Zaidel Baharuddin, yang bergandingan bersama KJ dalam sebuah episod yang sarat dengan perbincangan isu semasa merangkumi politik, dasar kesihatan dan landskap ekonomi negara.Episod dibuka dengan analisis mengenai keputusan mengejut Tengku Zafrul meninggalkan UMNO dan menyertai PKR, termasuk implikasinya terhadap kestabilan Kerajaan Perpaduan, keberkesanan Akta Anti Lompat Parti serta ramalan masa depan politik beliau selepas tamat tempoh sebagai Senator hujung tahun ini.Perbincangan diteruskan dengan isu peletakan jawatan Rafizi Ramli dan Nik Nazmi daripada Kabinet, dan bagaimana tindakan mereka membuka ruang kepada gerakan semak imbang dalam PKR serta kemungkinan rombakan Kabinet oleh PMX dalam masa terdekat.Isu sivil melibatkan Yusoff Rawther dan Datuk Seri Anwar Ibrahim turut disentuh, termasuk permohonan PMX untuk merujuk isu imuniti ke Mahkamah Persekutuan yang ditolak. KJ dan Zaidel meneliti kesan politik terhadap kepimpinan Madani serta persepsi antarabangsa terhadap kebebasan institusi kehakiman di Malaysia.Dalam segmen kesihatan, Keluar Sekejap menjemput Dr. Chang Chee Song untuk menjelaskan kontroversi dasar price transparency dan penggunaan Akta 723 ke atas klinik swasta. Turut dibincangkan: isu yuran konsultasi yang tidak dikemas kini sejak 2006, ketidaktelusan dalam peranan TPA (third-party administrators), serta keperluan reformasi menyeluruh terhadap sistem penjagaan kesihatan termasuk semakan semula Akta 586 dan struktur harga ubat.Segmen akhir memfokuskan kepada cabaran ekonomi semasa dengan KWSP melaporkan penurunan 13% dalam pendapatan pelaburan suku pertama 2025, serta langkah Petronas mengurangkan 10% tenaga kerja berikutan prestasi kewangan yang merosot dan ketidaktentuan dalam rundingan bersama Petros di Sarawak.Ingin jenama anda dikenali oleh ribuan pendengar?Taja episod Keluar Sekejap untuk tahun 2025!Hubungi kami di +6011-1919 1783 atau emel ke commercial@ksmedia.my untuk maklumat lanjut dan pakej penajaan eksklusif.
Episode #PUTCAST kali ini kembali kedatangan tamu spesial, yaitu aktivis kawakan Afnan Malay. Beliau adalah seorang tokoh pergerakan mahasiswa yang menciptakan Sumpah Mahasiswa dan baru saja menerbitkan buku puisi. Perbincangan ini membahas bagaimana wajah perpolitikan Indonesia setelah Jokowi tak lagi menjabat sebagai presiden. Apakah Jokowi masih cawe-cawe dalam pemerintahan Prabowo? Ataukah #Prabowo mulai menjauh dan mengambil langkahnya sendiri? Simak obrolan ini sampai selesai.
Pandangan alam, atau worldview, merujuk kepada cara kita melihat realiti kehidupan, menilai, menafsir, dan memaknakan sesuatu sehingga menjadi pegangan hidup. Pandangan ini boleh dipengaruhi oleh budaya, pendidikan, dan juga agama. Namun, apabila berbicara tentang agama, persoalan yang timbul adalah sejauh mana ilmu agama yang dipelajari mempengaruhi pandangan alam kita? Adakah setiap perkara yang berlaku di sekeliling kita dilihat menerusi lensa agama yang kita anuti? Persoalan ini membawa saya kepada satu pengalaman peribadi semasa menziarahi seorang rakan di Turkiye pada musim panas baru-baru ini. Ketika bersama keluarganya, saya berpeluang berbual panjang dengan anak beliau, yang kali terakhir bertemu, beliau masih seorang bayi. Kini beliau seorang pelajar universiti di negara berkenaan. Dalam perbualan kami, timbul topik menarik tentang drama Kübra di Netflix yang baru selesai saya tonton ketika itu. Ia membawa kepada topik filem-filem seram Turkiye di Netflix yang saya teruja dengannya seperti Dabbe: Cin Çarpması. Anak rakan saya menyatakan bahawa elemen-elemen seram dalam filem tersebut hanyalah fiksyen dan semata-mata hiburan. Ini mendorong saya untuk bertanya, bagaimana pula dengan kewujudan jin dan syaitan yang disebut dalam Al-Quran? Adakah kepercayaan terhadap perkara-perkara ghaib ini turut dilihat hanya sebagai elemen fiksyen? Soalan ini menimbulkan kerumitan kepada anak rakan saya kerana beliau tidak pernah merenung isu tersebut secara mendalam. Baginya, perkara-perkara ghaib ini tidak relevan dalam kehidupan sehariannya kerana tidak pernah bertembung dengan situasi yang memerlukan beliau membuat pendirian. Kehidupan moden di kota besar seperti Istanbul terasa begitu jauh dan tiada kaitan dengan hal ehwal jin dan syaitan ini. Penerokaan topik berkenaan mendorong beliau membuat pengakuan terbuka bahawa pemahamannya hanya terbentuk melalui filem dan drama, yang kebanyakannya dihasilkan oleh budaya luar. Beliau ada masalah untuk melihat dirinya sebagai Muslim, di tahun 2024, dan percaya kepada benda-benda ghaib sebegini. Budaya dan Perbincangan tentang Alam Ghaib Saya menyedari bahawa di Nusantara, topik tentang hantu, jin, dan alam ghaib sering menjadi perbualan biasa kita sejak kecil hingga dewasa. Kita dengan mudah membezakan antara hantu dalam budaya tempatan seperti hantu galah atau hantu raya dengan makhluk ghaib seperti jin, syaitan, dan malaikat yang disebut dalam Al-Quran. Namun, saya tidak pernah berbicara tentang hal ini bersama rakan-rakan dari Turkiye. Adakah mereka mempunyai versi “hantu” tersendiri dalam budaya mereka? Persoalan ini membawa kepada refleksi lebih mendalam tentang bagaimana pandangan alam kita, terutama kepercayaan terhadap perkara-perkara ghaib, dipengaruhi oleh agama. Sebagai Muslim, Al-Quran sejak awal lagi, seperti dalam surah Al-Baqarah, menegaskan bahawa orang-orang yang bertakwa adalah mereka yang beriman kepada perkara-perkara ghaib. “Alif, Lam, Mim. Itulah al-Kitab yang tidak ada sebarang keraguan di dalamnya, petunjuk buat orang-orang yang bertakwa. Iaitu golongan yang beriman dengan perkara-perkara ghaib, yang mendirikan solat, dan yang menafkahkan apa yang Kami rezekikan buat mereka…” (al-Baqarah 2: 1-3) Jin dan Syaitan, adalah sebahagian daripada perkara ghaib, dan sebahagian daripada perkara yang dinyatakan secara jelas dan spesifik di dalam al-Quran dan al-Sunnah. Di mana posisi jin dan syaitan dalam kepercayaan kita, semalam melayan ‘hantu' di dalam filem-filem seram? Di mana batas yang membezakan antara fiksyen dengan hakikat kebearan? Sejauh mana kepercayaan ini diteroka dan diaplikasikan dalam kehidupan kita? Artikel penuh di https://saifulislam.com/2024/12/jin-turkiye-dan-krisis-pandangan-alam-kita-sebagai-muslim/ https://gofundme.hasrizal.com
Kaya sebelum terlibat politik, kata Daim. Empat individu termasuk Timbalan Ketua Pengarah J-Kom, dirakam percakapan. Kerajaan pertimbang Man On The Run dikeluarkan dari Netflix, kata PM. Lebih 40 ribu pekerjaan bidang semikonduktor tidak terisi.
Setahun pentadbiran kerajaan Madani, apakah jangkaan prestasi ekonomi tahun kedua? Perbincangan bersama Ketua Ekonomi dan Kewangan Sosial, Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid.
Audio siar Keluar Sekejap Episod 67 yang menampilkan kolaborator, Dr. Ong Kian Ming antaranya telah membicarakan tentang prestasi Malaysia di APEC 2023 baru-baru ini. Perbincangan tiga hos kali ini turut terarah kepada desas-desus serta keperluan rombakan Kabinet oleh Perdana Menteri. Sedikit panas, kenyataan Peguam Negara yang baharu mengatakan Rang Undang-Undang Kawalan Produk Tembakau dan Merokok, lebih dikenali sebagai undang-undang untuk generasi penamat merokok atau GEG sebagai tidak berpelembagaan, adalah dipertikaikan. Episod ini turut menyertakan pautan hansard Parlimen pada 2022 yang menunjukkan wakil Peguam Negara pada ketika itu serta beberapa pakar undang-undang bersependapat bahawa GEG tidak bercanggah dengan perlembagaan negara. Disertakan butiran-butiran yang dinyatakan oleh KJ tentang perbincangan berkaitan GEG : Hansard - Mesyuarat JKPK RUU Kawalan Produk Merokok dan Tembakau - https://bit.ly/3QPpUpK PENYATA - JAWATANKUASA PILIHAN KHAS MENIMBANG RANG UNDANG-UNDANG KAWALAN PRODUK TEMBAKAU DAN MEROKOK 2022- https://bit.ly/40J6ze
Diskusi Awani Pagi bersama Geegee Ahmad & Azib Zikry membincangkan mengenai lukisan di mana ia diharap menjadi sisi lain dalam memberi ringan beban kepada penduduk Gaza yang teruk dizalimi tentera Israel dalam perang yang berpanjangan selama lebih sebulan. Perbincangan bersama dua tetamu, Nor Azrin Mohammad, Pengurus Galeri Puteh Art Management dan Ahmad Fuad Osman, seorang artis visual.
Laporan berita padat dan ringkas dari Borneo bersama Nickyson Nyambar #AWANIBorneo 3 Okt 2023:
Perbincangan seputar kepemimpinan bersama Kalaksa BPBD Sumatera Bara, Rudy Rinaldy.
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Jasmine Abu Bakar Tumpuan #AWANI745 malam ini: - Cita-cita Anwar mahu Malaysia jadi negara terhebat Asia. - Selepas sepentas Pas, kesilapan Tun Mahathir boleh dihapuskan, kata pemimpin Pas. - DAP mahu bincang lagi kerusi, selepas BN umum calon. - Salahuddin ditidurkan tetapi keadaan stabil