Bahasa Kebangsaan A ialah kursus Open University Malaysia (OUM) yang diuruskan oleh Fakulti Pendidikan dan Bahasa. Kursus ini ialah kursus wajib Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) ke atas semua pelajar Diploma dan Sarjana Muda, di semua institusi pengajian tinggi. Sebelum mengikuti kursus ini, anda per…
Topik 7 menumpukan kepada ragam bahasa dan bentuk-bentuk laras bahasa yang terdapat dalam bahasa Melayu. Setiap laras yang dikemukakan ini akan dilampirkan dengan contoh-contoh sebagai panduan kepada pelajar.
Topik 1 akan meninjau perkembangan bahasa Melayu dari zaman silam hingga masa kini. Kita akan meninjau apakah halangan-halangan yang harus kita lalui sekiranya aspirasi dan wawasan bahasa ingin direalisasikan. Kejayaan sesuatu bahasa sebenarnya bergantung pada penutur-penutur bahasa tersebut. Sekiranya bahasa Melayu perlu didaulatkan setanding dengan bahasa-bahasa dunia seperti bahasa Inggeris, bahasa Arab, bahasa Sepanyol, bahasa Perancis, bahasa Cina atau bahasa Rusia, maka seluruh kepulauan Nusantara yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pertuturan perlu sama-sama membantu memperkasakan bahasa Melayu setanding dengan bahasa-bahasa antarabangsa.
Topik 2 melihat fungsi dan peranan bahasa Melayu dalam mendaulatkan bahasa. Dasar Bahasa Kebangasaan serta Akta Bahasa bertujuan mewujudkan bahasa Melayu ke peringkat yang lebih tinggi setanding dengan bahasa-bahasa asing yang telah melampaui batasan geografi, agama dan bangsa.
Topik 4 memberikan penekanan kepada penggunaan imbuhan-imbuhan yang sesuai dalam bahasa Melayu.
Topik 5 akan memberi penekanan tentang analisis dan huraian tentang ayat-ayat dalam bahasa Melayu. Analisis bahagian-bahagian ayat akan membolehkan kita mengenali binaan ayat, pola ayat dasar, frasa dan klausa. Kemampuan menggunakan ayat-ayat dengan berpandukan tatabahasa akan membolehkan anda memahami dan menghargai pelbagai bentuk penulisan dalam bahasa Melayu.
Topik 6 memberikan penekanan kepada jenis-jenis ayat yang terdapat dalam bahasa Melayu. Perhatian juga akan diberikan kepada "Bentuk ayat tunggal" dan "susunan dalam ayat". "Bentuk ayat tunggal" dan "Susunan dalam ayat" akan menghuraikan bagaimana kita menggunakan kata-kata dalam bahasa Melayu pada tempatnya yang betul dalam ayat-ayat tunggal. Topik ini akan memberikan penekanan kepada konteks dinamik dan apresiasi bahasa. Sifat dinamik ini merupakan satu ciri yang mendasari semua bahasa di dunia ini. Namun bagi bahasa Melayu, hal ini dipermudah dan dijayakan dengan lebih cepat oleh sebab perancangan yang teratur dan berkesan. Unsur dinamis bahasa ini dapat dicapai melalui dua cara, iaitu proses pengekodan, yang bertujuan menentukan peraturan-peraturan bahasa dengan disertai proses penyeragaman, dan proses pembinaan, yang meliputi pemupukan istilah-istilah khusus dan gaya bahasa yang lengkap, dengan tujuan untuk mencapai taraf keintelektualan.
Topik 8 membincangkan gaya dalam bahasa Melayu. Penggunaan gaya dalam bahasa Melayu ini haruslah digunakan tepat pada masa dan tempat, jika tidak bahasa yang anda gunakan mungkin menyebabkan orang tersinggung. Pengetahuan tentang gaya bahasa Melayu juga amat berguna apabila anda mengarang, tidak kira untuk urusan penulisan karya kreatif atau untuk kehidupan harian.
Topik 3 memberikan penekanan kepada sistem bahasa Melayu. Bahasa Melayu yang menjadi bahasa rasmi di Malaysia dan di Indonesia adalah berteraskan bahasa Melayu dialek Johor-Riau. Dialek ini telah dipilih kerana mempunyai ciri-ciri bahasa yang standard dan diperakui oleh penutur-penutur dialek lain sebagai lebih bersistem, mudah dipelajari dan lebih mudah disebut. Bahasa Melayu dialek Johor-Riau ini telah berkembang berasingan antara Indonesia dengan Malaysia. Topik ini akan memberikan penekanan kepada penggunaan tatabahasa bahasa Melayu. Setiap bahasa manusia di dunia mempunyai tatabahasa yang tersendiri. Pengetahuan tentang tatabahasa sesuatu bahasa itu akan membolehkan seseorang berkomunikasi dengan ahli-ahli masyarakat bahasa berkenaan dengan berkesan.