Sembang Tepi Podcast

Follow Sembang Tepi Podcast
Share on
Copy link to clipboard

Bual santai topik-topik ilmu, hantu, muzik, filem dan segala yang manarik

Sembang Tepi


    • Feb 22, 2021 LATEST EPISODE
    • infrequent NEW EPISODES
    • 56m AVG DURATION
    • 7 EPISODES


    Search for episodes from Sembang Tepi Podcast with a specific topic:

    Latest episodes from Sembang Tepi Podcast

    Dah Tahun 2021 Masih Minat Muzik Rock Kapak?!

    Play Episode Listen Later Feb 22, 2021 55:35


    Wanam seorang pemuda kelahiran 1995 yang meminati muzik rock kapak. Meskipun tidak lahir dan membesar di zaman kegemilangan rock kapak, semasa kecil rakan sebayanya selalu bercerita tentang kumpulan Ruffedge dan V.E, pernah dihasut untuk meminati artis AF dan juga pernah dikritik kerana tidak meminati muzik dubstep. Kini dikala orang ramai sering berbual tentang kehebatan artis kpop, Wanam tetap mengagumi kehebatan Amy Search di atas pentas, kehandalan Lie Desire menggoreng gitar dan tetap tidak berganjak daripada meminati muzik rock kapak. Tapi apa yang membuatkan dia begitu meminati muzik ini, muzik rock kapak atau rock 80'an, best ke? Ayuh dengarkan podcast ini ! Music track: Haunted corpes - Dirges for the Undead (creativecommons.org)

    Meroyan Pasal Sekolah dan Pendidikan

    Play Episode Listen Later Jan 18, 2021 84:18


    Pejam celik, pejam celik dah masuk tahun baru 2021. kebiasaan tahun baru ni orang akan bercakap pasal sesi persekolahan kan? Sebagai yang dah tinggalkan alam persekolahan, kita pasti ada pelbagai kenangan kan? Tapi episod kali ni kita nak meroyan sikit mengenai sekolah dan pendidikan, berdasarkan pengalaman dan pandangan seorang yang dulu pernah menjadi murid. Jadi, apa yang nak diroyankan tu? Ayuh kita dengarkan ! Music track: Haunted corpes - Dirges for the Undead (creativecommons.org)

    Sembang Seriau : Pengalaman Menakutkan di Laluan LPT & Misteri Perjalanan ke Cameron Highland

    Play Episode Listen Later Jan 12, 2021 31:49


    Jalan atau lebuh raya, menjadi penghubung dan laluan ke sesuatu destinasi. Adakalanya sibuk dengan kenderaan, tetapi adakala juga sunyi dan gelap tiada cahaya. Tidak kira sibuk atau sunyi, kadang-kala terdapat kisah-kisah misteri disebalik sesuatu laluan yang menyelebungi perjalanan kita. Kali ini Segmen Sembang Seriau akan berkongsi pengalaman kisah seram dan misteri yang berlaku ketika dalam perjalanan menuju ke destinasi. Persoalannya, adakah ada yang menemani atau menyelubungi perjalanan kita ke sesuatu destinasi? Music track: Haunted Corpse - The Vampire's Coffin

    Panggung Wayang, Sejak Bila Ada?

    Play Episode Listen Later Jan 8, 2021 59:51


    Macam mana orang dulu-dulu tengok filem ekkk? Ada panggung wayang ke dulu? Eh mesti lah ada, lebih lagi sejak perkembangan filem Melayu selepas pendudukan Jepun. Filem masatu memang bergantung dengan panggung, masa tu bukannya ada tv lagi kan, netflix ke... Jadi macam mana keadaan dan perkembangan panggung wayang masa zaman dulu ye? Nak tahu lebih lanjut, ayuh kita dengarkan podcast ini ! Music track: Haunted corpes - Dirges for the Undead (creativecommons.org)

    Sembang Seriau : Melayu dan Hantu

    Play Episode Listen Later Dec 8, 2020 42:17


    Kami perkenalkan sebuah segmen baru yang dikenali sebagai Sembang Seriau. Segmen yang akan menfokuskan cerita dan perbincangan mengenai kisah hantu dan misteri yang akan membuatkan anda seriau. Hantu? ada dalam semua masyarakat, tetapi berbeza rupa bentuk. Melayu & hantu ibarat irama & lagu. Mari kenal lebih dekat dengan topik ini bersama kami. Selamat melayari rasa seriau dalam diri kita. Music track: Haunted Corpse - The Vampire's Coffin

    Karya Mamat Khalid, Best Ke?

    Play Episode Listen Later Dec 6, 2020 66:36


    Kali ini kita berbual mengenai karya-karya Mamat Khalid, beliau terkenal sebagai pengarah filem komedi. Tapi persoalannya, best ke karya Mamat Khalid ni? Best atau tidak, ayuh kita dengarkan podcast ini ! Music track: Haunted corpes - Dirges for the Undead (creativecommons.org)

    Sembang Tepi & Boleh Nampak Hantu?

    Play Episode Listen Later Nov 21, 2020 51:44


    Kita kenal-kenal dulu apa itu Sembang Tepi Podcast dan kita berbual sikit topik hari ini. Anda selalu nampak hantu? Ayuh dengarkan podcast ini ! Music track: Haunted corpes - Dirges for the Undead (creativecommons.org)

    Claim Sembang Tepi Podcast

    In order to claim this podcast we'll send an email to with a verification link. Simply click the link and you will be able to edit tags, request a refresh, and other features to take control of your podcast page!

    Claim Cancel