Search for episodes from Podcast Glombng with a specific topic:

Latest episodes from Podcast Glombng

Podcast GLOMBNG #10 Bersama Nisha Firdaus: Cuba Semuanya

Play Episode Listen Later Sep 23, 2016 21:50


Hari ini ramai yang nyatakan hasrat untuk menyumbang kepada penjagaan alam sekitar, tetapi tidak ramai yang ada ilmu untuk melaksanakan hasrat tersebut. Nisha Firdaus dari Ecocentric Transitions berkongsi dengan Podcast Glombng langkah-langkah permulaan untuk menjadi seorang pencinta alam sekitar. Selanjutnya di glombng.wordpress.com Muzik ehsan Bensounds.com

Podcast Glombng #9 Bersama Lena Hendry: Dokumentari untuk negara!

Play Episode Listen Later Jun 11, 2016 16:21


Di dalam podcast glombng kali ini, kita bertemu dengan orang kuat arena dokumentari di Malaysia iaitu Lena Hendry, pengurus program Freedom Film Festival. Lena membuat perkongsian tentang ciri-ciri dokumentari, kemampuan dokumentari untuk membawa perubahan positif untuk masyarakat, dan juga cabaran-cabaran yang pembikin filem hadapi dalam membawa isu ke layar perak. Dia juga menceritakan pengalamannya dibawa ke mahkamah atas tuduhan menyiar dokumentari tanpa kebenaran. Selanjutnya di glombng.wordpress.com Anda juga boleh ikut glombng di twitter @glombng, dan juga facebook (glombng) untuk maklumat terkini dari kami. Musik ihsan Bensound.com

Podcast Glombng #8 Bersama Wan Matiin: Dapat makanan berkhasiat, bekalan pun aman

Play Episode Listen Later May 28, 2016 13:50


Pengimpotan makanan tidak semestinya menjadi masalah kerana aktiviti ini mampu membawa makanan yang lebih murah ke pasaran. Pada masa yang sama, ia juga menimbulkan persoalan keamanan makanan (food security). Penting untuk sesebuah negara memastikan ia berkemampuan untuk membekalkan peratusan makanan yang bersesuaian sebagai penimbal kepada faktor-faktor luaran yang boleh menganggu bekalan makanan kita. Kebun kejiranan salah satu strategi menangani isu ini. Di dalam Podcast Glombng kali ini, Wan Matiin dari Urban Hijau memberi penjelasan tentang kegiatan ini, dan memberi nasihat untuk mereka yang berminat. Anda boleh baca lebih lanjut tentang kebun kejiranan dan lain-lain topik menarik di glombng.wordpress.com Lagu ihsan Bensound.com

Podcast Glombng #7 Bersama Azam Hisham: Jangan buang, bikin ulang

Play Episode Listen Later Jan 6, 2016 16:04


Kita bertemu dengan Azam Hisham dari Biji-Biji Initiative di dalam Podcast Glombng kali ini dan dia menjelaskan apa itu konsep ‘upcycling’. Penggunaan semula secara kreatif, atau ‘upcycling’ merupakan cara untuk mengguna semula barang yang hendak dibuang, dengan mengolahnya menjadi bahan baru yang mungkin lain dari tujuan asalnya. Biji-Biji dalam usahanya menyebarkan kesedaran tentang ‘upcycling’ membuka bengkel-bengkel yang diisi alatan dan mesin untuk digunakan orang awam yang mempunyai idea-idea untuk mengolah semula barang buangan. Sama ada ia barangan kayu, kain, mahupun elektronik, mereka mengalu-alukan orang ramai untuk pergi ke bengkel dan cuba – dan seterusnya menambahbaik idea mereka. Baca lagi di glombng.wordpress.com

Podcast Glombng #6 Bersama Tarmizi Anuwar: Kebajikan masyarakat, kekayaan individu

Play Episode Listen Later Oct 11, 2015 11:50


Podcast Glombng kali ini berwawancara dengan Tarmizi Anuwar, koordinator program dari Malaysian Students for Liberty, dan bersama dengan dia kita cuba memahami sudut pandang ekonomi liberal tentang percukaian dan polisi kerajaan yang bersifat kebajikan, seperti subsidi dan bayaran tersasar seperti BR1M. Baca lagi di glombng.wordpress.com

Podcast Glombng #5 bersama Michelle Yesudas: Terhapuskah hasutan dengan pemansuhan akta?

Play Episode Listen Later Aug 26, 2015 12:59


Sejak tahun 2014, sudah 114 orang disiasat atau didakwa di bawah Akta Hasutan 1948 menurut Majlis Hak Asasi Manusia PBB. Jumlah besar ini lebih mengejutkan apabila kita ingat kembali keputusan Perdana Menteri Najib Razak untuk menghapuskan Akta Hasutan, suatu keputusan yang kemudiannya terpaksa dibatalkan akibat tidak mendapat sokongan golongan konservatif. Kita bincang isu ini di dalam Podcast Glombng kali ini, bersama seorang peguam dan pejuang hak asasi Malaysia, Michelle Yesudas. Selanjutnya di glombng.wordpress.com

Podcast Glombng #4: Mengenali percetakan 3D bersama Yu Han

Play Episode Listen Later Jun 26, 2015 12:58


Teknologi sungguh menakjubkan. Semakin hari apa yang dahulunya dianggap fiksyen, hari ini sudah menjadi kenyataan. Dalam podcast kali ini bersama dengan Yu Han dari iMakerzone, kita mendengar tentang salah satu teknologi baru ini yang berpotensi besar, iaitu percetakan 3D. Apakah kemampuannya, dan apakah peluang yang terbit dari pengenalan teknologi? Selebihnya di glombng.wordpress.com Lagu tema ihsan bensound.com

Podcast Glombng #3: Sastera Asia Tenggara di era sosmed bersama Zikri Rahman

Play Episode Listen Later May 8, 2015 14:57


Kita berpodcast kali ini bersama Zikri Rahman, penggerak Buku Jalanan di Shah Alam, yang berkongsi pendapatnya tentang tempat sastera di dalam masyarakat hari ini. Zikri turut menyarankan pembinaan jalinan sastera Asia Tenggara sebagai cara mengembangkan budaya serantau melawan kesan globalisasi. Selebihnya di glombng.wordpress.com Lagu tema ihsan bensound.com

Podcast Glombng #2 IC mu cukup berharga bersama Fadiah Nadwa Fikri

Play Episode Listen Later Apr 23, 2015 19:24


Kita mungkin tidak sedar, kepingan plastik biru yang kita sumbat ke dalam dompet kita di antara resit-resit kuning itu memberi kita pelbagai peluang dan kemudahan untuk hidup selesa sebagai warga Malaysia. Sama ada ia peluang bersekolah, cas rendah perubatan di hospital kerajaan ataupun sekadar kebebasan untuk bergerak bebas, pelarian dan mereka yang tanpa dokumen hidup di pinggiran masyarakat mengemis pengiktirafan dan perlindungan. Baca selanjutnya di http://glombng.wordpress.com Lagu tema ihsan bensound.com

Glombng 01 Bahasa Dan Aktivisme

Play Episode Listen Later Mar 23, 2015 11:29


Pada Ahad, 22 Mac yang lalu, sebuah forum telah diadakan oleh Projek Dialog dengan tajuk Bahasa dan Aktivisme. Forum tersebut yang dikendalikan oleh penyelaras aktiviti Projek Dialog Yana Rizal, dihadiri Uthaya Sankar SB, seorang penulis dari Kumpulan Sasterawan Kavyan, Michelle Yesudas, dari Lawyers for Liberty, Shafiqah Othman Hamzah dari Sisters in Islam, Nadira Ilana, pembikin filem, Emmanuel Joseph dari NGO Region of Love, dan Syahredzan Johan, peguam aktivis. Pada Ahad, 22 Mac yang lalu, sebuah forum telah diadakan oleh Projek Dialog dengan tajuk Bahasa dan Aktivisme. Selanjutnya di http://glombng.wordpress.com Lagu tema ihsan Bensound.com

Claim Podcast Glombng

In order to claim this podcast we'll send an email to with a verification link. Simply click the link and you will be able to edit tags, request a refresh, and other features to take control of your podcast page!

Claim Cancel