Bisnes Makeover – eFM Live

Follow Bisnes Makeover – eFM Live
Share on
Copy link to clipboard

Bisnes Makeover bersama Nana Mahazan dan krew BMO turun padang untuk menemubual peniaga-peniaga kecil di samping mendengar sendiri kejayaan dan isu yang boleh dikongsikan dengan pendengar yang lain.

eFM Live

  • Oct 1, 2020 LATEST EPISODE
  • weekdays NEW EPISODES
  • 24m AVG DURATION
  • 292 EPISODES


Search for episodes from Bisnes Makeover – eFM Live with a specific topic:

Latest episodes from Bisnes Makeover – eFM Live

EP 298 ADAKAH PENGUSAHA PUSAT TUISYEN DIBANTU MARA?

Play Episode Listen Later Oct 1, 2020 18:25


Kali ini Bisnes Makeover cuba membantu usahwaan yang terlibat dalam duinia bisnes seperti pusat tuisyen atau yang ingin membesarkan dari sebuah bisnes bertaraf kelas tambahan menjadi sebuah pusat tuisyen yang lebih baik. Pernahkah pengusaha tuisyen ini membuka cawangan untuk menambah lagi pendapatan dan seterusnya memperluaskan lagi jenama pusat tuisyen mereka. Atau membuka kelas tuisyen secara alam maya menggunakan platform digital? The post EP 298 ADAKAH PENGUSAHA PUSAT TUISYEN DIBANTU MARA? first appeared on eFM Live.

EP 297 JURULATIH SUKAN LASAK JUGA PERLU CONTENT SESUAI!

Play Episode Listen Later Oct 1, 2020 15:53


Episod Bisnes Makeover kali ini membawakan topik untuk membantu menambah baik usahawan yang menjalankan bisnes sebagai Jurulatih dan Penunjuk Arah Aktiviti Luar (extreme) seperti aktiviti pendakian gunung, menerokai gua, sukan lasak dan sebagainya. Pastinya bisnes sebegini juga perlu menjadikan media sosial sebagai alat pemasaran yang dapat menambah baik bisnes mereka. The post EP 297 JURULATIH SUKAN LASAK JUGA PERLU CONTENT SESUAI! first appeared on eFM Live.

EP 296 CONTENT MENARIK UNTUK TRANSFORM BISNES KITAR SEMULA

Play Episode Listen Later Oct 1, 2020 16:45


Satu lagi genre bisnes yang cuba dibantu melalui Bisnes Makeover adalah bisnes berkaitan barangan lama dan kitar semula dilakukan secara konvensional, menggunakan lori, pergi dari rumah ke rumah, taman ke taman untuk mencari barangan terpakai dari penduduk. Pernahkah kita terfikir, perlukah bisnes sebegini diinovasi dari aspek marketingnya kerana ia berpotensi diperluaskan dan boleh menjana keuntungan berlipat kali ganda. The post EP 296 CONTENT MENARIK UNTUK TRANSFORM BISNES KITAR SEMULA first appeared on eFM Live.

EP 295 MARA SENTIASA MENGHULURKAN BANTUAN UNTUK USAHAWAN

Play Episode Listen Later Oct 1, 2020 16:48


Episod Bisnes Makeover kali ini menekankan untuk membantu usahawan yang terlibat dalam bisnes buah-buahan segar di premis-premis. Jika kita lihat, kebanyakan peniaga buah-buahan di bandar-bandar besar dan kawasan perumahan adalah dimiliki oleh usahawan Cina manakala di R&R lebuhraya dan kampung-kampung pula dijalankan oleh usahawan Melayu. Jadi, bagaimana nak tarik customer untuk membeli buah-buahan segar di kedai yang diusahakan dan bersaing dengan usahawan buah-buahan sediada di kawasan yang sama? The post EP 295 MARA SENTIASA MENGHULURKAN BANTUAN UNTUK USAHAWAN first appeared on eFM Live.

EP 294 MACAMANA PENGUSAHA PRODUK KECANTIKAN DAN SPA NAK SEDIA ‘CONTENT’ MELETUP?

Play Episode Listen Later Oct 1, 2020 26:18


Bisnes Makeover dihoskan Nana Mahazan kali ini ingin membantu usahawan yang menjual produk kecantikan, Puan Mazuen Agus dari C'Quen dalam aspek teknik penyediaan content menarik di media sosial. Melalui teknik penulisan dan penyediaan 'content' menarik amat penting menjadi 'magnet' untuk pelanggan membeli produk yang dijual secara online dan offline. The post EP 294 MACAMANA PENGUSAHA PRODUK KECANTIKAN DAN SPA NAK SEDIA 'CONTENT' MELETUP? first appeared on eFM Live.

EP 293 ‘PLUMBER’ : UBAH CARA PEMASARAN SESUAI PERUBAHAN TEKNOLOGI

Play Episode Listen Later Oct 1, 2020 20:46


Episod kali ini mengetengahkan bisnes membaiki paip yang dijalankan secara kecil-kecilan dan secara individu. Sebenarnya cabang bisnes ini mempunyai potensi dikembangkan jika betul cara pemasarannya dan bukan hanya menampal iklan di tiang-tiang lampu dan tepi-tepi jalan. The post EP 293 'PLUMBER' : UBAH CARA PEMASARAN SESUAI PERUBAHAN TEKNOLOGI first appeared on eFM Live.

EP 292 BISNES MEMBAIKI KASUT ADA POTENSI BESAR

Play Episode Listen Later Oct 1, 2020 21:45


Bisnes membaiki kasut ini sering kali dianggap sebagai satu bisnes yang tidak menguntungkan dan tidak popular. Sebab itu, bisnes ini kurang dilakukan terutama oleh anak muda. Tetapi, sebenarnya bisnes ini boleh dijadikan satu bisnes profesional kerana teknik membaiki kasut dan penjagaan kasut terutama kasut kulit yang mahal akan melibatkan penelitian yang terbaik dan memerlukan kemahiran tinggi. The post EP 292 BISNES MEMBAIKI KASUT ADA POTENSI BESAR first appeared on eFM Live.

EP 291 RAWATAN BEKAM PERLU TEKNIK PEMASARAN MODEN

Play Episode Listen Later Oct 1, 2020 24:40


Satu lagi cabang bisnes berkaitan kesihatan adalah bisnes rawatan membekam yang banyak dipelopori oleh usahawan Melayu. Walaupun, aktiviti membekam banyak dilakukan oleh orang-orang tua tetapi sejak akhir-akhir ini bisnes ini mula mendapat perhatian dari usahawan muda tetapi telah diinovasikan samada dari aspek peralatan yang lebih moden dan suasana tempat membekam umpama sebuah klinik yang selesa. The post EP 291 RAWATAN BEKAM PERLU TEKNIK PEMASARAN MODEN first appeared on eFM Live.

EP 290 BUKAN MUDAH UNTUK AMBIL ALIH BISNES KELUARGA DI USIA MUDA

Play Episode Listen Later Oct 1, 2020 22:42


Episod Bisnes Makeover kali ini menampilkan usahawan muda yang akan dibantu iaitu Azriana Aqasha bt Mohd Faisal, Flavaris ( M) Sdn Bhd. Beliau akan dibantu oleh En Mohd Faisal, Pegawai MARA Wilayah Persekutuan dari aspek nasihat pembiayaan kewangan untuk membesarkan lagi bisnes Flavaris (M) Sdn. Bhd. The post EP 290 BUKAN MUDAH UNTUK AMBIL ALIH BISNES KELUARGA DI USIA MUDA first appeared on eFM Live.

EP 289 BOLEHKAH MARA BERI PINJAMAN UNTUK USAHAWAN KECIL TERLIBAT BISNES PEMBAIKAN LAPTOP?

Play Episode Listen Later Oct 1, 2020 14:11


Hari ini, hampir 70% rakyat Malaysia memiliki laptop atau komputer peribadi untuk digunakan untuk pelbagai kerja atau pelajaran. Maksudnya, bisnes dalam bidang ini sangat meluas dan selain perniagaan menjual laptop atau PC, bisnes yang boleh menguntungkan adalah membaiki atau membaik pulih laptop atau PC. Maka, ramai yang mempunyai kemahiran dalam bidang ini telah menjalankan bisnes tersebut secara kecil-kecilan atau separa mamsa sedangkan ia mampu untuk menjadi pendapatan lumayan. The post EP 289 BOLEHKAH MARA BERI PINJAMAN UNTUK USAHAWAN KECIL TERLIBAT BISNES PEMBAIKAN LAPTOP? first appeared on eFM Live.

EP 288 UBAH MINDA USAHAWANTANI TEKNIK PEMASARAN TERUS KEPADA PENGGUNA

Play Episode Listen Later Oct 1, 2020 17:27


Bisnes Makeover kali ini ingin membantu usahawan yang juga usahwantani yang terlibat secara langsung dengan perniagaan sayur-sayuran atau hasil tani. Kebanyakan petani moden mempunyai masalah untuk menjual hasil tani mereka dan terpaksa menjual melalui peraih atau pemborong. Bagaimana usahawan dengan genre sebegini boleh menjual direct kepada end user dan bagaimana untuk mereka lakukan sosial media sebagai medium pemasaran? The post EP 288 UBAH MINDA USAHAWANTANI TEKNIK PEMASARAN TERUS KEPADA PENGGUNA first appeared on eFM Live.

EP 287 PENIAGA IKAN PUN BOLEH GUNA MEDIA SOSIAL UNTUK PROMOSI HASIL JUALAN

Play Episode Listen Later Oct 1, 2020 17:36


Berniaga barangan mentah basah seperti ikan, udang, ketam dan sebagainya di pasar-pasar awam merupakan satu lagi cabang bisnes yang dilakukan ramai golongan B40. Bisnes Makeover episod kali ini membawakan topik untuk membantu usahawan yang terlibat dalam bisnes tersebut dan bagaimana mereka boleh mentransformasikan bisnes tersebut dari aspek pemasaran secara online. The post EP 287 PENIAGA IKAN PUN BOLEH GUNA MEDIA SOSIAL UNTUK PROMOSI HASIL JUALAN first appeared on eFM Live.

EP 286 NAK JUAL PERFUME WANGI DI ALAM MAYA TAPI ‘CONTENT” TAK WANGI?

Play Episode Listen Later Oct 1, 2020 15:14


Kali ini, Bisnes Makeover cuba membantu usahawan kecil yang terlibat dalam bisnes kecil-kecilan menjual pewangi badan atau perfume dan kebanyakan mereka kurang terdedah di media sosial kerana teknik pemasaran yang kurang sesuai. Sebagai usahawan menjual perfume secara online pastinya terpaksa bekerja keras untuk mendekati pelanggan mereka kerana nak membina satu ‘kepercayaan’ dengan pelanggan bukanlah tugasan yang mudah The post EP 286 NAK JUAL PERFUME WANGI DI ALAM MAYA TAPI 'CONTENT" TAK WANGI? first appeared on eFM Live.

EP 285 PENIAGA GERAI SARAPAN PAGI PERLU CONTENT MENARIK UNTUK VIRAL!

Play Episode Listen Later Oct 1, 2020 16:41


Bisnes Makeover yang dikendalikan oleh Nana Mahazan menampilkan satu lagi bidang bisnes yang akan dibantu. Bisnes yang dekat dan banyak dipelopori oleh golongan B40 iaitu peniaga-peniaga makanan sarapan tepi jalan atau gerai tepi jalan. The post EP 285 PENIAGA GERAI SARAPAN PAGI PERLU CONTENT MENARIK UNTUK VIRAL! first appeared on eFM Live.

EP 282 BUKA AKAUN SYARIKAT MUDAH JUKA IKUT LANGKAH BETUL

Play Episode Listen Later Oct 1, 2020 10:39


Menariknya, perkongsian oleh Nana Mahazan di dalam episod ini adalah cara mudah untuk usahawan amalkan untuk membuka akaun syarikat dan ianya penting untuk rekod keluar masuk wang perbelanjaan dan pendapatan syarikat. The post EP 282 BUKA AKAUN SYARIKAT MUDAH JUKA IKUT LANGKAH BETUL first appeared on eFM Live.

EP 281 JANGAN MALAS DAFTAR BISNES DENGAN SSM SENDIRI!

Play Episode Listen Later Oct 1, 2020 11:06


Episod Bisnes Makeover kali ini, Nana Mahazan memberikan tips untuk usahawan yang baru nak mulakan bisnes. Pastinya, ramai usahawan yang masih tak tahu nak mulakan dari mana tapi dah berkobar-kobar nak mulakan bisnes. The post EP 281 JANGAN MALAS DAFTAR BISNES DENGAN SSM SENDIRI! first appeared on eFM Live.

EP 280 CUBA 9 TIPS INI UNTUK MULAKAN BISNES

Play Episode Listen Later Oct 1, 2020 13:37


Episod Bisnes Makeover kali ini, Nana Mahazan memberikan tips untuk usahawan yang baru nak mulakan bisnes. Pastinya, ramai usahawan yang masih tak tahu nak mulakan dari mana tapi dah berkobar-kobar nak mulakan bisnes. The post EP 280 CUBA 9 TIPS INI UNTUK MULAKAN BISNES first appeared on eFM Live.

EP 278 KETAHANAN FIZIKAL DAN FIKIRAN PERLU SEIRING UNTUK BERNIAGA

Play Episode Listen Later Oct 1, 2020 15:09


Kali ini, Binses Makeover menjemput Anne Idris, Pengasas dan Pemilik My Mum's Bakery dan Ikon Usahawan yang berkongsi tips dan nasihat berkaitan keusahawanan dan bagaimana untuk menambah baik operasi dan jualan dalam perniagaan. The post EP 278 KETAHANAN FIZIKAL DAN FIKIRAN PERLU SEIRING UNTUK BERNIAGA first appeared on eFM Live.

EP 277 BAGAIMANA NAK TANDINGI PENGUSAHA ROTI BERJENAMA TERKENAL?

Play Episode Listen Later Oct 1, 2020 18:17


Kali ini, Bisnes Makeover menjemput Anne Idris, Pengasas dan Pemilik My Mum's Bakery dan Ikon Usahawan yang berkongsi tips dan nasihat berkaitan keusahawanan dan bagaimana untuk menambah baik operasi dan jualan dalam perniagaan. The post EP 277 BAGAIMANA NAK TANDINGI PENGUSAHA ROTI BERJENAMA TERKENAL? first appeared on eFM Live.

EP 276 PENGUSAHA JEM HOMEMADE ADA POTENSI DIKETENGAHKAN MELALUI PASARAN BETUL

Play Episode Listen Later Oct 1, 2020 20:49


Bisnes Makeover yang dihoskan Nana Mahazan kali ini menjemput Anne Idris, Pengasas dan Pemilik My Mum's Bakery dan Ikon Usahawan yang berkongsi tips dan nasihat berkaitan keusahawanan dan bagaimana untuk menambah baik operasi dan jualan dalam perniagaan. The post EP 276 PENGUSAHA JEM HOMEMADE ADA POTENSI DIKETENGAHKAN MELALUI PASARAN BETUL first appeared on eFM Live.

EP 275 PENGUSAHA KUEH BULAN MUSLIM PERLU YAKINKAN PELANGGAN MUSLIM

Play Episode Listen Later Oct 1, 2020 13:51


Kali ini, Bisnes Makeover menjemput Anne Idris, Pengasas dan Pemilik My Mum's Bakery dan Ikon Usahawan yang berkongsi tips dan nasihat berkaitan keusahawanan dan bagaimana untuk menambah baik operasi dan jualan dalam perniagaan. The post EP 275 PENGUSAHA KUEH BULAN MUSLIM PERLU YAKINKAN PELANGGAN MUSLIM first appeared on eFM Live.

EP 273 MANA LEBIH BAGUS, CONTENT BANYAK ‘LIKES” ATAU DIKONGSI?

Play Episode Listen Later Oct 1, 2020 21:35


Hampir semua usahawan memiliki fb, Instagram dan pelbagai medium pemasaran yang sangat murah dan mudah. Malah, mereka menjadikan media sosial tersebut sebagai alat memasarkan produk atau perkhidmatan mereka. Tetapi, persoalannya sejauh mana teknik marketing melalui media sosial yang dilakukan boleh mencapai sasaran yang betul? Adakah apa yang mereka post akan dibaca? The post EP 273 MANA LEBIH BAGUS, CONTENT BANYAK 'LIKES" ATAU DIKONGSI? first appeared on eFM Live.

EP 272 PENGUSAHA MEE KUNING BUMIPUTERA BOLEH BUKTIKAN KEMAMPUAN PEMASARAN MELALUI MEDIA SOSIAL

Play Episode Listen Later Oct 1, 2020 19:09


Sekali lagi, Nana Mahazan menemubual Coach Syafiq dari Ads Nomads yang berkongsi dan membantu usahawan Bumiputera menggunakan media sosial sebagai medium promosi produk bisnes yang bukan genre atau kebiasaan mereka seperti pengeluar dan peniaga mee kuning. The post EP 272 PENGUSAHA MEE KUNING BUMIPUTERA BOLEH BUKTIKAN KEMAMPUAN PEMASARAN MELALUI MEDIA SOSIAL first appeared on eFM Live.

EP 271 ANAK MUDA TEROKA AGRO BISNES PERLU GUNA MEDIA DIGITAL

Play Episode Listen Later Oct 1, 2020 20:47


Episod kali ini, Bisnes Makeover mengetengahkan untuk membantu anak muda yang menceburi bisnes berkaitan produk kelapa seperti menghasilkan kelapa parut, santan dan sebagainya berkaitan kelapa. The post EP 271 ANAK MUDA TEROKA AGRO BISNES PERLU GUNA MEDIA DIGITAL first appeared on eFM Live.

EP 270 PENGUSAHA TAUCHU DAN TAUHU BUMIPUTERA MUDAH DIKENALI MELALUI PEMASARAN DIGITAL

Play Episode Listen Later Sep 24, 2020 16:12


Bisnes Makeover pada episod kali ini menampilkan Coach Syafiq Taib, Pakar Pemasaran Digital dari Ads Nomads yang berkongsi dengan para pendengar mengenai teknik dan tips mempromosikan produk bisnes yang masih baru dan bagaimana untuk menarik lebih ramai sasaran pelanggan yang boleh dicapai. The post EP 270 PENGUSAHA TAUCHU DAN TAUHU BUMIPUTERA MUDAH DIKENALI MELALUI PEMASARAN DIGITAL first appeared on eFM Live.

EP 269 RAKAN KONGSI HEBATKAN BISNES ATAU MENGHANCURKANNYA?

Play Episode Listen Later Sep 14, 2020 10:04


Kali ini, Bisnes Makeover akan memberikan nasihat dan tip bagaimana untuk menjalankan bisnes dengan rakan kongsi. Walaupun ramai yang lebih berminat menjalankan bisnes secara bersendirian, namun ramai juga pakar berkata adalah lebih baik mempunyai rakan kongsi agar perkara yang sukar dapat dilakukan bersama dan boleh meringankan. Benarkah begitu? The post EP 269 RAKAN KONGSI HEBATKAN BISNES ATAU MENGHANCURKANNYA? first appeared on eFM Live.

EP 268 AMALKAN 7 TIP NAK TAWAN HATI PELANGGAN

Play Episode Listen Later Sep 14, 2020 9:21


Bisnes Makeover kali ini berkongsi tip-tip bagaimana untuk menawan hati pelanggan melalui komunikasi dan layanan yang baik agar pelanggan datang kembali membeli atau berurus niaga dengan kita semula. Nana Mahazan selaku hos episod ini akan berkongsi tip-tip tersebut yang boleh diamalkan. The post EP 268 AMALKAN 7 TIP NAK TAWAN HATI PELANGGAN first appeared on eFM Live.

EP 267 USAHAWAN BERJAYA SENTIASA PRODUKTIF

Play Episode Listen Later Sep 14, 2020 10:40


Episod Bisnes Makeover kali ini berkongsi mengenai perlunya seorang usahawan menjadi produktif, aktif dan sentiasa berfikiran terbuka dalam menjalankan urusniaga dan mencari pelanggan-pelanggan baru. The post EP 267 USAHAWAN BERJAYA SENTIASA PRODUKTIF first appeared on eFM Live.

EP 266 EMOSI TAK MENENTU, BOLEH ROSAKKAN BISNES

Play Episode Listen Later Sep 14, 2020 10:14


Bisnes Makeover pada kali ini membincangkan mengenai kawalan emosi yang sering menjadi tunjang utama dalam menantukan kejayaan bisnes seseorang usahawan. Mengawal emosi amat penting dan ramai usahawan yang baru dalam dunia keusahawan tidak mampu mengawal emaosi apabila menghadapi dugaan tak diduga. The post EP 266 EMOSI TAK MENENTU, BOLEH ROSAKKAN BISNES first appeared on eFM Live.

EP 265 JAUHI SIFAT NEGATIF, DEKATI SIKAP POSITIF

Play Episode Listen Later Sep 14, 2020 11:29


Episod Bisnes Makeover kali ini berkongsi mengenai sikap marah dan luar kawalan yang boleh berlaku kepada usahawan yang pastinya boleh menjejaskan bisnes mereka, malah boleh menyebabkan persepsi pelanggan dari baik kepada buruk, juga boleh berlaku. The post EP 265 JAUHI SIFAT NEGATIF, DEKATI SIKAP POSITIF first appeared on eFM Live.

EP 262 COACH SYAFIQ BERI TIPS TARIK PENGIKUT UNTUK BISNES SPA DAN PANTANG LEPAS BERSALIN

Play Episode Listen Later Sep 14, 2020 36:19


Episod Bisnes Makeover kali ini agak istimewa kerana usahawan yang dijemput dapat bertanya terus kepada tetamu yang terdiri dari pakar-pakar atau sifu berkaitan keusahawanan. Rancangan berdurasi 2 jam ini berkongsi pelbagai persoalan usahawan, nasihat dan tips dari pakar untuk menambah baik bisnes. The post EP 262 COACH SYAFIQ BERI TIPS TARIK PENGIKUT UNTUK BISNES SPA DAN PANTANG LEPAS BERSALIN first appeared on eFM Live.

EP 261 ANNE IDRIS KONGSI TIPS MOTIVASI DIRI UNTUK PENGUSAHA TELUR PINDANG

Play Episode Listen Later Sep 14, 2020 26:56


Episod Bisnes Makeover kali ini agak istimewa kerana usahawan yang dijemput dapat bertanya terus kepada tetamu yang terdiri dari pakar-pakar atau sifu berkaitan keusahawanan. Rancangan berdurasi 2 jam ini berkongsi pelbagai persoalan usahawan, nasihat dan tips dari pakar untuk menambah baik bisnes. The post EP 261 ANNE IDRIS KONGSI TIPS MOTIVASI DIRI UNTUK PENGUSAHA TELUR PINDANG first appeared on eFM Live.

EP 260 PYSIOMOBILE : BAGAIMANA PUNB MENGKATEGORIKAN USAHAWAN SEBAGAI LAYAK MENDAPAT BANTUAN?

Play Episode Listen Later Sep 14, 2020 27:14


Episod Bisnes Makeover kali ini agak istimewa kerana usahawan yang dijemput dapat bertanya terus kepada tetamu yang terdiri dari pakar-pakar atau sifu berkaitan keusahawanan. Rancangan berdurasi 2 jam ini berkongsi pelbagai persoalan usahawan, nasihat dan tips dari pakar untuk menambah baik bisnes. The post EP 260 PYSIOMOBILE : BAGAIMANA PUNB MENGKATEGORIKAN USAHAWAN SEBAGAI LAYAK MENDAPAT BANTUAN? first appeared on eFM Live.

EP 259 BISNES DAH MULA LESU? LAKUKAN PEMBAHARUAN, JANGAN BERLENGAH

Play Episode Listen Later Sep 10, 2020 10:23


Episod Bisnes Makeover kali ini membantu usahawan yang ingin menginovasi bisnes mereka termasuk dari aspek pengurusan dan operasi agar dapat bersaing dengan usahawan lain. Nana Mahazan akan berkongsi tips yang boleh dipelajari dan diamalkan oleh para usahawan untuk sentiasa berdaya saing. The post EP 259 BISNES DAH MULA LESU? LAKUKAN PEMBAHARUAN, JANGAN BERLENGAH first appeared on eFM Live.

EP 258 BAGAIMANA NAK YAKINKAN PELANGGAN JIKA ANDA SENDIRI TAK YAKIN?

Play Episode Listen Later Sep 10, 2020 12:35


Bisnes Makeover kali ini mengupas mengenai bagaimana untuk yakinkan pelanggan dengan baik? Kerap kita mendengar usahawan yang tidak berjaya menyakinkan pelanggan mereka dalam urusniaga dan pastinya ia amat mengusarkan mereka. Episod kali ini, Nana mahzan akan kongsikan tips bagaimana untuk menyakinkan pelanggan. The post EP 258 BAGAIMANA NAK YAKINKAN PELANGGAN JIKA ANDA SENDIRI TAK YAKIN? first appeared on eFM Live.

EP 257 NAK JUALAN TERUS MENINGKAT, AMALKAN 7 TIP DIKONGSI

Play Episode Listen Later Sep 10, 2020 8:28


Bisnes Makeover episod ini mengupas untuk membantu usahawan yang masih baru dalam dunia keusahawanan, telah membuat keputusan menjalankan bisnes sepenuh masa dan meninggalkan kerjaya yang mempunyai pendapatan tetap. Tetapi, mereka masih belum tahu hala tuju bisnes mereka dan apa yang menanti mereka di masa depan. The post EP 257 NAK JUALAN TERUS MENINGKAT, AMALKAN 7 TIP DIKONGSI first appeared on eFM Live.

EP 256 5 TIP PEMASARAN YANG TAK BOLEH DIKETEPIKAN

Play Episode Listen Later Sep 10, 2020 8:56


Episod Bisnes Makeover kali ini membincangkan teknik pemasaran yang baik agar dapat memberi impak yang besar dalam kesedaran penjenamaan dan menjana pendapatan perniagaan. Tetapi jika salah teknik, lebih banyak masa dan wang dihabiskan sia-sia. Bagi perniagaan yang kecil, peniaga harus sentiasa memberi yang terbaik dalam pemasaran dan jualan. The post EP 256 5 TIP PEMASARAN YANG TAK BOLEH DIKETEPIKAN first appeared on eFM Live.

EP 255 9 TIPS TINGKATKAN HASSIL JUALAN YANG BOLEH DIAMALKAN

Play Episode Listen Later Sep 10, 2020 8:53


Bisnes Makeover kali ini ingin memfokuskan teknik dan strategi untuk membantu usahawan meningkatkan jualan mereka dengan segera. Nana Mahazan akan berkongsi tips-tips yang boleh diamalkan para usahawan untuk meningkatkan jualan mereka melalui kaedah yang betul. The post EP 255 9 TIPS TINGKATKAN HASSIL JUALAN YANG BOLEH DIAMALKAN first appeared on eFM Live.

EP 254 JUMPER PAKEJ PUNB MEMBANTU USAHAWAN MUDA

Play Episode Listen Later Sep 10, 2020 20:29


Episod Bisnes Makeover yang dihoskan oleh Nana Mahazan kali ini berkongsi menegnai peranan PUNB membantu usahawan muda dan usahawan pemula atau start-up. Adakah pihak PUNB mempunyai skim atau pakej khas membantu usahawan muda dan pemula ini? The post EP 254 JUMPER PAKEJ PUNB MEMBANTU USAHAWAN MUDA first appeared on eFM Live.

EP 253 ADAKAH USAHAWAN BISNES ONLINE DIPINGGIRKAN PUNB?

Play Episode Listen Later Sep 10, 2020 17:15


Episod Bisnes Makeover kali ini melihat kepada peranan PUNB yang membantu usahawan bisnes secara online. Berniaga online juga ada potensi berkembang dan banyak usahawan online berjaya dan bertaraf milionare hari ini. Tetapi, adakah pihak PUNB mempunyai syarat berbeza untuk memberi bantuan kepada perniagaan secara online berbanding fizikal? Adakah jenis-jenis perniagaan online yang tertentu saja untuk dibantu? The post EP 253 ADAKAH USAHAWAN BISNES ONLINE DIPINGGIRKAN PUNB? first appeared on eFM Live.

EP 252 PUNB SENTIASA TELUS MEMBANTU USAHAWAN BUMIPUTERA DI MANA SAJA

Play Episode Listen Later Sep 10, 2020 20:11


Bisnes Makeover kali ini mengupas topik bersama wakil PUNB berkenaan kurangnya kefahaman dan pengetahuan dari para usahawan mengenai pakej-pakej ditawarkan oleh PUNB berbanding pakej yang ditawarkan oleh agensi lain seperti MARA, TEKUN dan sebagainya. Ia lebih ketara kepada usahawan luar bandar yang mungkin berminat untuk memohon pembiayaan di bawah RM100,000. The post EP 252 PUNB SENTIASA TELUS MEMBANTU USAHAWAN BUMIPUTERA DI MANA SAJA first appeared on eFM Live.

EP 251 AMBIL DULU APA DITAWARKAN PUNB

Play Episode Listen Later Sep 10, 2020 21:23


Kali ini Bisnes Makeover akan membantu para usahawan yang sering menghadapi masalah untuk mendapatkan bantuan pembiayaan dari PUNB seperti yang diharapkan. Terdapat usahawan yang terpaksa melupakan hasrat untuk mentransformasi bisnes kerana peruntukan pembiayaan yang ditawarkan tidak sesuai dengan bajet yang ditetapkan mereka. The post EP 251 AMBIL DULU APA DITAWARKAN PUNB first appeared on eFM Live.

EP 250 BELANJAWAN 2020 MEMAJU USAHAWAN MELALUI PUNB

Play Episode Listen Later Sep 10, 2020 13:48


Episod Bisnes Makeover kali ini menampilkan wakil dari Permodalan Usahawan Nasional Berhad atau PUNB yang akan berkongsi nasihat dan tips dari aspek kewangan untuk menambahbaik sesuatu bisnes. Kali ini, PUNB akan melihat bagaimana Belanjawan 2020 mampu membantu usahawan melalui pakej-pakej yang disediakan oleh PUNB. The post EP 250 BELANJAWAN 2020 MEMAJU USAHAWAN MELALUI PUNB first appeared on eFM Live.

EP 249 UKUR BAJU DI BADAN SENDIRI SUPAYA TAK BELANJA BERLEBIHAN

Play Episode Listen Later Sep 10, 2020 11:58


Episod Bisnes Makeover kali ini mengupas mengenai sikap usahawan dan operasi bisnes yang berbelanja di luar kemampuan atau lebih tepat, belanja lebih dari pendapatan. Bak kata pepatah, ukur baju di badan sendiri tetapi kerap juga usahawan yang tidak mempedulikan pepatah dan nasihat tersebut hingga menjerumuskan mereka ke lembanh hutang yang besar. The post EP 249 UKUR BAJU DI BADAN SENDIRI SUPAYA TAK BELANJA BERLEBIHAN first appeared on eFM Live.

EP 248 KENAPA PELANGGAN UTAMA LARI?

Play Episode Listen Later Sep 10, 2020 13:23


Satu lagi cabaran yang sering menjadi igauan buruk para usahawan adalah apabila mereka kehilangan pelanggan utama dan setia mereka. Melalui episod Bisnes Makeover kali ini membawakan satu isu lagi yang tak kurang penting dan kerap berlaku kepada para usahawan yang terlalu selesa. The post EP 248 KENAPA PELANGGAN UTAMA LARI? first appeared on eFM Live.

EP 247 PEKERJA BAGUS BERHENTI, BISNES TERPAKSA TUTUP?

Play Episode Listen Later Sep 10, 2020 11:18


Bisnes Makeover pada episod kali ini adalah perkongsian permasalahan kakitangan yang bagus dan sangat diharapkan berhenti kerja. Ini pastinya akan menjejaskan operasi bisnes yang sedang berjalan lancar. Tambahan pula, tiada kakitangan sokongan yang setaraf dengan kakitangan yang berhenti tersebut. The post EP 247 PEKERJA BAGUS BERHENTI, BISNES TERPAKSA TUTUP? first appeared on eFM Live.

EP 246 CABARAN LUAR JANGKA, RAMAI YANG AMBIL RINGAN!

Play Episode Listen Later Sep 10, 2020 13:18


Bisnes Makeover kali ini sekali lagi berkongsi masalah dan cabaran yang kerap mendatangi para usahawan tetapi perlu diperhalusi dan diselesaikan penuh berhemah dan berhati-hati agar bisnes mereka tidak gagal di tengah jalan. The post EP 246 CABARAN LUAR JANGKA, RAMAI YANG AMBIL RINGAN! first appeared on eFM Live.

EP 245 JIKA TIADA CABARAN BISNES, BUKAN BISNES NAMANYA!

Play Episode Listen Later Sep 10, 2020 19:12


Episod Bisnes Makeover kali ini berkongsi mengenai permasalahan yang sering dihadapi oleh usahawan sepanjang memulakan dan ketika menjalankan bisnes. Ini termasuklah kesilapan-kesilapan yang kerap dilakukan hingga boleh menjejaskan sesuatu bisnes tersebut. The post EP 245 JIKA TIADA CABARAN BISNES, BUKAN BISNES NAMANYA! first appeared on eFM Live.

EP 244 ‘COPY WRITING’ MENARIK MELETOPKAN JUALAN

Play Episode Listen Later Sep 8, 2020 14:04


Melalui Bisnes Makeover kali ini, Nana Mahazan dan Coach Syafiq Taib, sifu pemasaran digital dari Ads Nomads berkongsi mengenai 'copy writing' dan betapa pentingnya ia kepada bisnes. Mungkin ramai yang tidak mengetahui kesilapan dalam menulis boleh menyebabkan produk dan servis ditawarkan tidak mendapat sambutan atau perhatian di media sosial. The post EP 244 ‘COPY WRITING’ MENARIK MELETOPKAN JUALAN first appeared on eFM Live.

EP 243 BENARKAH EMAIL MARKETING KETINGGALAN ZAMAN?

Play Episode Listen Later Sep 8, 2020 15:05


Kali ini Bisnes Makeover berkongsi tips menggunakan email marketing sebagai alat pemasaran yang murah dan berkesan walaupun semakin kurang mendapat perhatian dan digunakan oleh usahawan. Ada pendapat menyatakan email marketing adalah cara yang paling efektif untuk membangun koneksi dengan calon pelanggan anda dan mengarahkan mereka menjadi pelanggan setia anda. Tetapi, ada juga pendapat mengatakan email marketing sudah hampir “mati” dan tidak relevan terutama untuk small business. Benarkah begitu? The post EP 243 BENARKAH EMAIL MARKETING KETINGGALAN ZAMAN? first appeared on eFM Live.

EP 242 BAGAIMANA NAK TARIK FOLLOWERS YANG BETUL?

Play Episode Listen Later Sep 8, 2020 19:08


Bisnes Makeover episod ini menampilkan seorang sifu pemasaran digital, Coach Syafiq Taib dari Ads Nomads yang berkongsi tips untuk menarik ramai followers atau pengikut di Instragram dan Facebook berkaitan bisnes. Pastinya semua usahawan mengimpikan IG dan FB mereka mempunyai followers yang ramai yang menunjukkan bahawa bisnes mereka sentiasa mendapat tanda 'suka' atau likes yang banyak dan boleh mempengaruhi pelanggan mereka. The post EP 242 BAGAIMANA NAK TARIK FOLLOWERS YANG BETUL? first appeared on eFM Live.

Claim Bisnes Makeover – eFM Live

In order to claim this podcast we'll send an email to with a verification link. Simply click the link and you will be able to edit tags, request a refresh, and other features to take control of your podcast page!

Claim Cancel