JAWI Official Podcast
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)
Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Wilayah Persekutuan Tahun 1444H/2022M akan berlangsung pada 15 hingga 17 November 2022 (Selasa - Khamis) di Dewan Serbaguna, Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Majlis Hafazan Al-Quran berlangsung pada jam 8.00 pagi hingga 4.30 petang setiap hari manakala Majlis Tilawah Al-Quran pula berlangsung pada jam 9.00 hingga 11.00 malam. Majlis Penutupan dan Penyampaian Hadiah berlangsung pada 17 November 2022 (Khamis) jam 8.30 malam. Persembahan Khas Majlis Tilawah dan Hafazan al-Quran Peringkat Wilayah Persekutuan Tahun 1444H/2022M bakal dipersembahkan oleh Kumpulan Nasyid Al-Rayyan sewaktu acara penutupan. Penganjuran acara tersebut diharapkan dapat membangkitkan kesedaran masyarakat dari pelbagai generasi dan peringkat usia untuk mencintai al-Quran serta mahir dalam hafazan dan bacaan al-Quran meliputi bidang suara, lagu, tajwid dan tarannum. Kami amat berbesar hati untuk menjemput muslimin dan muslimat supaya hadir bersama-sama mengimarahkan majlis yang amat besar maknanya ini. #JAWI #SentiasaDicontohi
Isu Semasa @ JAWI JAMUAN RAYA di DATARAN MERDEKA? BILA NI? TAKKAN LAH KOT...
Isu Semasa @ JAWI Semarak Ma'al Hijrah Peringkat Negeri Wilayah Persekutuan 1443H/2021M
Isu Semasa @ JAWI SOP Ibadah Korban di Wilayah Persekutuan
Isu Semasa @ JAWI SOP Solat Sunat Aidilfitri
Isu Semasa @ JAWI Bicarawara Masjid
Isu Semasa @ JAWI Bicarawara Masjid