TZKRH

Follow TZKRH
Share on
Copy link to clipboard

Saling Memberi Peringatan.

TZKRH

  • Sep 26, 2020 LATEST EPISODE
  • weekly NEW EPISODES
  • 15m AVG DURATION
  • 29 EPISODES


Search for episodes from TZKRH with a specific topic:

Latest episodes from TZKRH

Episod 29: Ketahui Penyakit Hati Dan Ciri Hati Yang Sihat

Play Episode Listen Later Sep 26, 2020 9:14


Hati yang sakit adalah hati yang riak, ujub dan takbur. Ia boleh diubati dengan taubat, istighfar dan melakukan amal soleh.

Episod 28: Mindfulness Dalam Beragama

Play Episode Listen Later Sep 21, 2020 10:03


Mindfulness adalah keadaan di mana seseorang itu berada dalam keadaan penuh sedar apa yang dilalui pada satu-satu masa. Konsep ini boleh juga diaplikasikan dalam kehidupan beragama sebagai seorang Muslim. Orang yang mindful akan sedar bahawa Allah sentiasa ada bersamanya dan hal ini akan mendorong dia melakukan kebaikan dan menjauhi keburukan.

Episod 27: Baik SIngle Daripada Ada Dalam Perhubungan Kosong

Play Episode Listen Later Sep 13, 2020 15:31


Status diri yang single dan tidak punya pasangan sentiasa digambarkan sebagai hal yang menyedihkan. Namun, ia tidak semestinya begitu. Bukankah lebih baik single daripada berada dalam hubungan yang terasa kosong dan tidak sihat?

Episod 26: Ulasan Siri The Good Place

Play Episode Listen Later Sep 12, 2020 12:35


Topik kali ini adalah tentang motivasi untuk buat baik, bertitik tolak daripada sebuah siri di Netflix yang bertajuk The Good Place. Ia berkisar tentang seorang wanita yang mati dan telah ditempatkan di sebuah tempat yang baik iaitu Good Place. Sungguhpun perkara itu menghairankan dirinya kerana dia bukanlah seorang yang dikira baik semasa di dunia, hal ini semakin membuatkan dia bermotivasi untuk terus melakukan kebaikan.

Episod 25: Maknakan Merdeka Dengan Syukur

Play Episode Listen Later Aug 31, 2020 15:07


Telah 63 tahun negara kita merdeka. Cabaran yang dihadapi sekarang adalah untuk mengekalkan keharmonian negara. Caranya adalah dengan membuktikan rasa syukur dengan pelbagai cara; menghargai Jalur Gemilang, menghormati adat, budaya dan agama yang ada, megelakkan provokasi dan cara paling mudah adalah mengamalkan ucapan terima kasih kepada rakyat negara ini.

Episod 24: Nafas Baru Di Bulan Muharam

Play Episode Listen Later Aug 22, 2020 13:52


Muharam telah dipilih sebagai bulan pertama dalam Islam oleh Saidina Umar Al-Khattab. Mengambil semangat Muharam sebagai pemula kepada tahun baru, ayuh kita refleksi diri sebelum menyambung kembali perjalanan hidup.

Episod 23: Nilaian Masa Bagi Orang Berjaya

Play Episode Listen Later Aug 16, 2020 15:09


Allah bersumpah dengan masa di dalam Al-Quran bagi menunjukkan kepentingannya. Masa adalah peluang. Ia boleh menjadi keuntungan buat orang yang tahu menguruskan dan lawan bagi orang yang tidak tahu menghargainya. Jadi bagaimana orang yang berjaya menghargai masa? Dengarkan perkongsian dalam episod ini.

Episod 22: Korban, Kesabaran Dalam Ketaatan

Play Episode Listen Later Aug 1, 2020 15:22


Aidiladha sangat sinonim dengan amalan berkorban. Bertitik tolak daripada kisah korban Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail, ia akhirnya diteruskan sebagai sunnah yang sangat disarankan. Korban adalah ibadah berbentuk ketaatan bagi menggambarkan kepasrahan seorang hamba kepada Allah. Korban bukan hanya berbentuk fizikal dengan penyembelihan binatang korban, namun merangkumi pengorbanan mengekang nafsu serta mendidik sabar dalam ketaatan.

Episod 21: Atasi Fikiran Negatif Dengan Memahaminya

Play Episode Listen Later Jul 27, 2020 11:00


Kadang-kadang kita tidak sedar kita sedang berada dalam fikiran negatif terus-menerus. Jika masalah asalnya hanyalah sebesar batu bata, tetapi fikiran negatif menjadikannya sebesar bangunan. Jika asalnya hanya sebanyak segelas air, fikiran negatif menjadikan ia seluas lautan. Bagaimana untuk atasinya? Jom dengar perkongsian kali ini.

Episod 20: Kebaikan Itu Banyak Caranya

Play Episode Listen Later Jul 19, 2020 12:09


Kebaikan boleh dilakukan melalui pelbagai cara. Mungkin kecil di mata kita, tapi besar pada orang yang menerima. Jadi usah pandang remeh kebaikan yang dilakukan. Niatkan sahaja, bahawa hari ini - aku ingin menjadikan hidup orang lain lebih bermakna.

Episod 19: Tidak Ada Siapa Yang Sempurna

Play Episode Listen Later Jul 13, 2020 14:32


Allah telah menghadirkan orang-orang di sekeliling untuk kita saling melengkapi. Orang yang hadir boleh jadi ujian atau kekuatan. Dari situlah kita mendapat pengalaman yang akan mematangkan untuk persediaan kehidupan pada masa hadapan.

Episod 18: Bagaimana Menghapuskan Dosa Mengumpat vs Mengumpat Yang Dibenarkan

Play Episode Listen Later Jul 5, 2020 10:24


Mengumpat adalah dosa yang paling senang dilakukan. Istilah yang diguna sekarang seperti 'membawang' dan 'spill the tea'. Hanya dengan lidah, kita mengheret diri sendiri ke lembah dosa. Namun, ada perkara yang boleh dibuat untuk menghapuskan dosa mengumpat. Bagaimana? Jom dengarkan episod kali ini bersama Natirah Azira.

Episod 17: Ilmu Bawa Manfaat Untuk Dunia Dan Akhirat

Play Episode Listen Later Jun 29, 2020 14:53


Ilmu adalah kunci kehidupan. Mengapa? Kerana ilmu akan membuka dimensi baru dalam hidup seseorang. Ia menjadikan hidup seseorang lebih baik bukan hanya di dunia malah di akhirat. Namun ingat, carilah ilmu yang benar. Tujuan ilmu di akhirnya, tidak lain tidak bukan untuk membawa manusia lebih dekat dengan Tuhan.

Episod 16: Bagaimana Merawat Kesedihan

Play Episode Listen Later Jun 21, 2020 14:28


Kesedihan dan kegembiraan silih berganti dalam kehidupan seorang manusia. Ia bukan suatu yang tetap dan tidak berubah. Justeru, bagaimana kita menguruskannya? Adakah kita larut dalam kesedihan atau menukar kesedihan menjadi suatu yang mampu memberi semangat semula?

Episod 15: Muhasabah Diri Jalan Menuju Kesedaran Bertuhan

Play Episode Listen Later Apr 19, 2020 13:20


Muhasabah membawa kita kembali kepada hakikat diri - bahawa setiap perbuatan dicatat dan tidak akan terlepas daripada pandangan Allah. Muhasabah akan menjadikan kita sebagai seorang yang dilahirkan semula dengan hati sedar dan penuh keinsafan.

Episod 14: Perang Tabuk Perang Terakhir Rasulullah SAW

Play Episode Listen Later Apr 16, 2020 13:41


Perang Tabuk adalah perang terakhir yang dipimpin oleh Rasulullah SAW yang berlaku pada tahun 9 Hijrah. Kisah Perang Tabuk yang anda dengari akan mengajar tentang erti pengorbanan, kerjasama serta ujian keimanan ke atas umat Islam sendiri.

Episod 13: Cerita Inspirasi Antara Cita-Cita Dan Pengorbanan

Play Episode Listen Later Mar 8, 2020 38:59


Ujian akan sentiasa ada dalam kehidupan seorang manusia. Cuma bezanya adalah bagaimana cara kita menghadapinya. Kali ini, Tzkrh bersama dengan Saudara Imran Mat Shah, bagi mendengar perkongsian tentang perjalanan hidup beliau sebagai seorang kanser survivor.

Episod 12: Jerat Percintaan Yang Melalaikan

Play Episode Listen Later Feb 23, 2020 10:49


Perasaan cinta adalah fitrah bagi manusia. Islam tidak melarang untuk bercinta, asalkan mengetahui batasnya. Namun, kita harus bijak menguruskan perasaan cinta agar tidak terjerumus ke lembah binasa.

Episod 11: 10 Cara Kreatif Bersedekah

Play Episode Listen Later Feb 15, 2020 8:08


Anda tidak perlu jadi kaya untuk bersedekah. Sedekah boleh dilakukan bukan hanya dengan duit malah banyak benda. Kali ini Tzkrh ingin berkongsi 10 langkah kreatif untuk bersedekah. Selamat mencuba!

Episod 10: Makna Sebenar Istighfar Dan Kisah Ajaib Mengenainya

Play Episode Listen Later Feb 2, 2020 7:13


Apa maksud sebenar istighfar? Apakah manfaat yang Allah sediakan buat mereka yang melazimi istighfar? Bagi mereka yang sering beristighfar memohon ampun kepada Allah, Allah akan mengabulkan permintaan serta memberi pelbagai rezeki buatnya. Jom ikuti Tzkrh untuk mengetahui lebih lanjut tentang manfaat amalan mudah ini. *Pembetulan perkataan 'sedang tidur' pada minit ke 5.23, digantikan kepada 'untuk tidur'.

Episod 9: Minimalisme Dalam Perspektif Islam

Play Episode Listen Later Jan 25, 2020 18:14


Gaya hidup minimalisme adalah gaya hidup sederhana yang kian menjadi pilihan masyarakat moden. Apa antara ciri-cirinya? Apa pula manfaat yang akan diperoleh? Mari ikuti perkongsian Tzkrh tentang aspek minimalisme dalam Islam, diadaptasi dari artikel hasil tulisan Saudari Neeza Zaini.

Episod 8: Kita Susah Berubah Mungkin Bukan Kerana Malas

Play Episode Listen Later Jan 21, 2020 7:54


Mengapa kita susah berubah? Adakah kerana tidak berdisiplin atau mindset yang diletakkan pada diri sendiri? Dalam episod kali ini , Tzkrh akan berkongsi tentang dua jenis mindset iaitu fixed mindset dan growth mindset.

Episod 7: 3 Perkara Yang Perlu Difahami Sebelum Menetapkan Matlamat

Play Episode Listen Later Jan 10, 2020 8:00


Pernahkah anda tertanya-tanya mengapa azam dan matlamat yang ditetapkan sukar dicapai? Mungkin yang salah bukanlah azam yang ditetapkan tetapi pada strategi atau cara yang dilakukan selama ini. Tzkrh akan berkongsi 3 perkara yang perlu difahami sebelum anda meletakkan matlamat.

Episod 6: Bagaimana Bahasa Isyarat Berfungsi Menyatukan Masyarakat

Play Episode Listen Later Nov 13, 2019 14:40


Berapa ramai antara kita yang tahu berbahasa isyarat? Bagaimana pula jika ingin memahami apa yang ingin disampaikan oleh golongan pekak bisu? Tzkrh membawakan Saudara Armi bin Rosli, pengasas dan penggerak aktif Kumpulan Signon (Penggerak Bahasa Isyarat Malaysia) bagi berkongsi dengan lebih lanjut.

Episod 5: Pembentukan Mahasiswa Proaktif Melalui Kegiatan Sukarelawan

Play Episode Listen Later Oct 13, 2019 29:53


Apakah manfaat yang diperoleh daripada aktiviti sukarelawan? Bagaimana untuk menyeimbangkan antara aktiviti sukarelawan dan akademik? Bagi anda yang ingin mula mengenali dunia sukarelawan, mari dengarkan perkongsian daripada Saudara Amirul Hafiz, Presiden Kelab JASA UIAM bagi mengetahui dengan lebih lanjut.

Episod 4: Inspirasi Haji Dan Umrah Daripada Mata Mutawif Di Australia

Play Episode Listen Later Sep 27, 2019 20:33


Mutawif adalah pihak yang bertugas mengiringi jemaah untuk urusan haji dan umrah ke Tanah Suci Mekah. Apakah beza mutawif di Malaysia dan di luar negara? Mari bersama Encik Azizi Khalid untuk mengetahui lebih lanjut.

Episod 3: Manifestasi Cintakan Negara Di Zaman Milenial

Play Episode Listen Later Sep 16, 2019 21:33


Ramai yang menyebut mengenai semangat cintakan negara, namun apakah caranya? sempena Hari Malaysia, Tzkrh telah menjemput Encik Suhaizi, seorang pensyarah Bahasa Melayu di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, untuk mengupas tajuk 'Manifestasi Cintakan Negara Di Zaman Milineal.'

Episod 2: Pemerkasaan Suri Rumah - Konflik Diri Dan Cara Mengatasi

Play Episode Listen Later Aug 23, 2019 30:08


Bertukar status daripada wanita bekerjaya kepada suri rumah? Apakah keperluan emosi wanita sebagai seorang suri rumah ? TZKRH bersama Puan Azian binti Isa, salah seorang penulis di Tzkrh telah berkongsi dan merungkai mengenai topik yang cukup menarik, iaitu Pemerkasaan Suri Rumah - Konflik Diri Dan Cara Mengatasi

Episod 1: Keistimewaan Raudhah Dan Tips Untuk Mudah Masuk

Play Episode Listen Later Aug 10, 2019 24:27


TZKRH bersama seorang mutawwif membawakan perjalanan menziarahi dan mengenali makam Baginda SAW pada musim Haji dan umrah.

Claim TZKRH

In order to claim this podcast we'll send an email to with a verification link. Simply click the link and you will be able to edit tags, request a refresh, and other features to take control of your podcast page!

Claim Cancel