Kondenser

Follow Kondenser
Share on
Copy link to clipboard

Podcast dari Malaysia tentang pembikinan kandungan digital - podcasting, videography, musik, kewartawanan dan banyak lagi! Kondenser adalah podcast yang diterbitkan oleh laman podkast.my!

podkast.my


    • Mar 1, 2021 LATEST EPISODE
    • infrequent NEW EPISODES
    • 44m AVG DURATION
    • 14 EPISODES


    Search for episodes from Kondenser with a specific topic:

    Latest episodes from Kondenser

    KHAS: Mengajar Depan Kamera Bukan Mudah

    Play Episode Listen Later Mar 1, 2021 57:20


    Episod khas ini menumpukan kepada penyampaian pembelajaran dalam norma baharu. Apakah cikgu dan pensyarah boleh mengajar di hadapan kamera dengan mudah? Kondenser mendengar pandangan guru-guru dan pensyarah universiti dalam mengajar di hadapan laptop/camera semasa PKP, dan juga mendengar pendapat pakar pembelajaran digital dan futuristik - Dr. Helmi Norman, dari Pusat Pengajaran dan Pembangunan Korikulum, Universiti Kebangsaan Malaysia. Episod ini dirakam pada 23hb Februari 2021

    VODCAST, CLUBHOUSE, PENERBIT JENAKA KAMPUNG KALUT

    Play Episode Listen Later Feb 18, 2021 40:03


    Episod ke-sebelas Kondenser kali ini melihat kepada penerbitan podcast dalam bentuk visual ataupun ‘Vodcast”. Kami kongsikan antara kelebihan dan kekurangan Vodcast. Anda pasti tahu sitcom Jenaka Kampung Kalut? Kami menjemput Penerbit TV dan radio berpengalaman, Haizren Mohd Esa sebagai tetamu untuk episod kali ini.

    AUDIO MIXING, PdPR DAN SHARON WEE

    Play Episode Listen Later Feb 4, 2021 45:46


    Episod kesepuluh Kondenser melihat kepada aspek-aspek mixing. Kami senaraikan 5 perkara yang perlu anda titikberatkan apabila menyunting episod anda menggunakan DAW. Seterusnya, kami menjawab soalan daripada Cikgu Ida yang bertanyakan soalan tentang cara-cara menggunakan podkast dalam Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR). Ingin menjadi hos rancangan TV atau podkast, tetapi tidak ada latar belakang media? Dengar temuramah kami bersama Sharon Wee, bekas pemain skuasy negara! Sharon menceritakan perjalanannya dari seorang atlit kebangsaan kepada pengamal media dan hos di Astro Arena. Apa lagi yang Sharon terajui sekarang?

    PERANCANGAN PODKAST & DR. KHOR SWEE KHENG

    Play Episode Listen Later Jan 28, 2021 45:21


    Dalam episod ke-9 Kondenser, kami menemuramah pakar sistem kesihatan ternama, Dr. Khor Swee Kheng. Kami juga berbincang mengenai cara merancang podkast anda. Segmen berita kali mendalami sejarah podkast pertama pada awal abad ini.

    TEKNIK EQUALISATION, KEVIN BARNABY ARTIS SUARA LATAR

    Play Episode Listen Later Jan 21, 2021 45:29


    Kondenser bercakap mengenai teknik asas dalam membuat "Equalisation", berfokuskan kepada suntingan suara di dalam podkast. Akhir sekali, kami bersembang dengan Kevin Barnaby, artis suara latar yang anda mungkin pernah dengar dalam iklan dan juga filem animasi terkenal. Kevin memberi tips-tips untuk membuat "voiceover", dan bagaimana anda boleh meningkatkan mutu suara anda!

    Setup Rakaman semasa PKP, Pengalaman Luqman membuat liputan PRU14

    Play Episode Listen Later Jan 14, 2021 58:53


    Bagaimana merakam semasa PKP? Kami kongsikan setup kami dalam episod yang dirakam pada hari pertama PKP 2.0. Luqman Hariz menceritakan pengalamannya membuat liputan semasa pilihanraya umum (PRU) pada tahun 2018.

    "Hosting Tips" daripada pengacara ternama, dan perjalanan Izwan Azir sebagai pengamal media

    Play Episode Listen Later Jan 7, 2021 53:33


    Kondenser mempersembahkan tips untuk menjadi hos yang mantap, daripada Vimala Verasamy (RTM), Raza Syazani (TV3), Izwan Azir (Kool FM), Luqman Hariz (Astro Awani) dan Anna Zulkifli (Bernama TV). Kami juga menjawab soalan pendengar mengenai penggunaan audio dalam pembelajaran sains, dan juga berbual dengan Izwan Azir mengenai sejarah perjalanan dari TV3, menjadi setiausaha akhbar menteri hingga menjadi pengacara radio Kool FM.

    Audio Monitoring, Fify dan Hydar dari podkast Malam Jumaat

    Play Episode Listen Later Dec 31, 2020 69:05


    Fify dan Hydar dari podcast Malam Jumaat berada di studio kali ini! Kami juga menyentuh tentang headphone sesuai dan teknik memantau audio.

    Digital Audio Workstation, Podkast dari Malaysia, Seek to Speak

    Play Episode Listen Later Dec 24, 2020 40:22


    Apa itu Digital Audio Workstation (DAW) dan bagaimana ia membantu produksi anda? Kami juga bersembang dengan Ain Aissa dari podkast Seek to Speak mengenai pengucapan awam, dan cabaran sebagai pembikin podkast.

    Mixer kami, Podkast dalam Pembelajaran, dan bersama Hezeri Samsuri

    Play Episode Listen Later Dec 17, 2020 52:10


    Dalam episod ini, kami mengulas tentang "mixer" yang digunakan di Kondenser. Berita minggu ini melihat bagaimana podkast boleh digunakan di dalam pendidikan, dan kita bersembang dengan pengarang urusan Careta.my, Hezeri Samsuri.

    Pilihan Mikrofon, Spotify menakluk dunia dan Debat Maya terbesar Asia

    Play Episode Listen Later Dec 10, 2020 56:19


    Episod kedua menyambung cara setup podkast anda dengan membandingkan pelbagai jenis mikrofon yang kami ada. Berita tentang teknologi Spotify, dan juga wawancara bersama Emilia Sharif, CEO MIDP tentang debat maya terbesar di Asia!

    Setup Bilik Rakaman, Darth Vader Dan Luqman Hariz

    Play Episode Listen Later Dec 3, 2020 48:28


    Akhirnya, episod pertama podkast terbitan laman web dari Malaysia - Podkast.my, Kondenser ke udara di platform kegemaran anda. Hos Irzal Kamal dan Akashah Azri mengupas perkara penting dalam menyediakan bilik rakaman (episod ini dirakam dalam bilik mesyuarat), dan menemuramah pemberita Astro Awani, Luqman Hariz. Segmen berita melihat kepada statistik podkast di dunia, dan juga cerita menarik tentang pelakon yang membawa watak Darth Vader, Dave Prowse.

    Sneak Peek - Apa dalam Episod 1?

    Play Episode Listen Later Nov 27, 2020 3:40


    Team kami semua tanya, apa dalam episod 1? Kami tak mahu beritahu, tapi terpaksa bagi sikit......

    Kondenser Trailer - Episod Pertama 3 Disember 2020!

    Play Episode Listen Later Nov 4, 2020 1:00


    Dengarkan trailer bagi podkast baharu mengenai pembikinan kandungan digital dan banyak lagi!

    Claim Kondenser

    In order to claim this podcast we'll send an email to with a verification link. Simply click the link and you will be able to edit tags, request a refresh, and other features to take control of your podcast page!

    Claim Cancel