Radio Drama

Follow Radio Drama
Share on
Copy link to clipboard

Drama radio tentang keluarga, cinta, perhubungan dan kehidupan. Ikuti perlakonan artis-artis hebat dalam siri drama radio ini.


    • Sep 18, 2020 LATEST EPISODE
    • infrequent NEW EPISODES
    • 50m AVG DURATION
    • 45 EPISODES


    Search for episodes from Radio Drama with a specific topic:

    Latest episodes from Radio Drama

    Drama radio - Cerita Kita Episod 15

    Play Episode Listen Later Sep 18, 2020 4:06


    Sebuah Kisah Tentang Hilang Dan Jumpa, Di Musim Pandemik

    Drama Radio - Cerita Kita Episod 14

    Play Episode Listen Later Sep 17, 2020 2:36


    Sebuah Kisah Tentang Hilang Dan Jumpa, Di Musim Pandemik

    Drama Radio - Cerita Kita Episod 13

    Play Episode Listen Later Sep 16, 2020 2:19


    Sebuah Kisah Tentang Hilang Dan Jumpa, Di Musim Pandemik

    Drama Radio - Cerita Kita Episod 12

    Play Episode Listen Later Sep 15, 2020 2:59


    Sebuah Kisah Tentang Hilang Dan Jumpa, Di Musim Pandemik

    Drama Radio - Cerita Kita Episod 11

    Play Episode Listen Later Sep 14, 2020 3:02


    Sebuah Kisah Tentang Hilang Dan Jumpa, Di Musim Pandemik

    Drama Radio - Cerita Kita Episod 10

    Play Episode Listen Later Sep 11, 2020 3:00


    Sebuah Kisah Tentang Hilang Dan Jumpa, Di Musim Pandemik

    Drama Radio - Cerita Kita Episod 9

    Play Episode Listen Later Sep 10, 2020 3:12


    Sebuah Kisah Tentang Hilang Dan Jumpa, Di Musim Pandemik

    Drama Radio- Cerita Kita Episod 8

    Play Episode Listen Later Sep 9, 2020 2:42


    Sebuah Kisah Tentang Hilang Dan Jumpa, Di Musim Pandemik

    Drama Radio - Cerita Kita Episod 7

    Play Episode Listen Later Sep 8, 2020 3:44


    Sebuah Kisah Tentang Hilang Dan Jumpa, Di Musim Pandemik

    Drama Radio - Cerita Kita Episod 6

    Play Episode Listen Later Sep 7, 2020 2:27


    Sebuah Kisah Tentang Hilang Dan Jumpa, Di Musim Pandemik

    Drama Radio- Cerita Kita Episod 5

    Play Episode Listen Later Sep 4, 2020 3:30


    Sebuah Kisah Tentang Hilang Dan Jumpa, Di Musim Pandemik

    Drama Radio - Cerita Kita Episod 4

    Play Episode Listen Later Sep 3, 2020 3:56


    Sebuah Kisah Tentang Hilang Dan Jumpa, Di Musim Pandemik

    Drama Radio - Cerita Kita Episod 3

    Play Episode Listen Later Sep 2, 2020 3:08


    Sebuah Kisah Tentang Hilang Dan Jumpa, Di Musim Pandemik

    Drama Radio - Cerita Kita Episod 2

    Play Episode Listen Later Sep 1, 2020 4:37


    Sebuah Kisah Tentang Hilang Dan Jumpa, Di Musim Pandemik

    Drama Radio - Cerita Kita Episod 1

    Play Episode Listen Later Aug 31, 2020 3:30


    Sebuah Kisah Hilang Dan Jumpa, Di Musim Pandemik

    Drama Radio- Limau Nipis Limau Purut (Musafir di Aidilfitri)

    Play Episode Listen Later May 21, 2020 74:08


    Berjayakah Limau Nipis dan Limau Purut, menyelamatkan Tuan Puteri yang diculik oleh Putera Justin Bibir?

    Drama Radio - Si Melur Si Pekan

    Play Episode Listen Later May 21, 2020 79:00


    Kisah sebuah keluarga yang terjebak dalam pelbagai insiden lucu, huru-hara, dan suspen, sepanjang bulan Ramadan.

    Drama Radio- Limau Nipis Limau Purut

    Play Episode Listen Later May 21, 2020 71:49


    Mengisahkan Limau Nipis yang sering dibuli oleh abang dan bapa tirinya, dalam masa yang sama dia telah berjaya menawan hati Puteri Raja.

    Drama Radio - Kau Aku Bro!

    Play Episode Listen Later May 21, 2020 73:03


    Berjayakah Ben membantu kawan baiknya Bob, dalam usahanya untuk menawan hati wanita?

    Drama Radio - Skandal

    Play Episode Listen Later May 21, 2020 67:46


    Apabila seorang penyiasat persendirian, jatuh cinta dengan seorang wanita cantik yang penuh misteri, apakah konflik yang akan menimpa mereka?

    Drama Radio - Plastiknya Cinta

    Play Episode Listen Later May 21, 2020 85:27


    Mengisahkan pasangan kawan baik yang mencari cinta sejati,malangnya mereka terjebak dengan cinta penuh plastik

    Drama Radio - Ikhlas Medina

    Play Episode Listen Later May 21, 2020 77:44


    Mengisahkan Ikhlas yang menolak jodoh pilihan ibunya kerana belum bersedia untuk berumahtangga. Ikhlas kemudiannya jatuh cinta dengan seorang wanita misteri namun cintanya pula bertepuk sebelah tangan.

    Drama Radio - Hikayat Puteri Syantik

    Play Episode Listen Later May 21, 2020 83:41


    Apabila si puteri jelita telah disumpah dan dibuang ke dalam hutan, mampukah seorang tukang kayu membantu si puteri menuntut keadilan?

    Drama Radio - Kalau Aku Mampu

    Play Episode Listen Later May 21, 2020 70:17


    Tentang bagaimana sebuah keluarga menempuhi cabaran hidup, suka, duka, ketawa dan airmata bersama-sama..

    Drama Radio - Surat Merah Jambu

    Play Episode Listen Later May 21, 2020 72:40


    Doktor Ayumi seorang doktor pelatih - merawat seorang pesakit yang degil dan suka melawan dan kebetulan pesakit tersebut, Ilham yang juga merupakan guru sekolahnya yang paling dibenci.

    Drama Radio - Tunggu Aku Di Sydney

    Play Episode Listen Later May 21, 2020 82:18


    Drama romantik komedi yang mengisahkan perjuangan seorang gadis dalam menawan hati jejaka pujaannya di bumi Sydney, Australia.

    Drama Radio - Ketika Cinta Tak Sempurna

    Play Episode Listen Later May 21, 2020 74:51


    Dua Insan Yang Saling Mencintai Mengambil Keputusan Untuk Berpisah Dan Memulakan Hidup Baru, Malangnya Mereka Tidak Bahagia Dengan Pasangan Masing-Masing, Lalu Mereka Kembali Mencari Cinta Yang Pernah Hilang.

    Drama Radio - Sumpahan Stiletto

    Play Episode Listen Later May 21, 2020 63:04


    Apakah yang berlaku, apabila sepasang kasut tumit tinggi berwarna merah, mengkucar-kacirkan hidup si pemakainya?

    Drama Radio - Kosong

    Play Episode Listen Later May 21, 2020 72:11


    Apabila perkahwinan Sufian dan Ruby diuji dengan perpisahan, sejauh manakah Sufian mampu menawan semula hati wanita yang dicintainya

    Drama Radio - Cinta Sup Bunjut 2

    Play Episode Listen Later May 21, 2020 81:56


    Mengisahkan konflik perhubungan antara Azman dan Saadiah, yang berada di alam yang berbeza.

    Drama Radio - Terima Kasih Ex

    Play Episode Listen Later Apr 13, 2020 34:46


    Mengisahkan seorang gadis kampung datang ke Kuala Lumpur untuk cari bekas kekasihnya. Tapi Jannah bertembung dengan seorang pereka fesyen terkemuka. Apakah yang berlaku kepada Jannah dan Harris?

    Drama Radio - Harta

    Play Episode Listen Later Apr 6, 2020 80:53


    Mengisahkan perjuangan seorang ibu dan isteri bagi membela nasib keluarganya, dan juga perjuangan seorang guru yang tidak mengenal erti putus-asa

    Drama Radio - Maaf Aku Bukan Dia

    Play Episode Listen Later Apr 6, 2020 67:53


    Mengisahkan seorang ibu yang menanti kepulangan anaknya selama 19 tahun, menyangka seorang penjenayah yang secara kebetulan muncul dalam hudupnya adalah anak kandungnya

    Drama Radio - Cinta Sup Bunjut

    Play Episode Listen Later Apr 3, 2020 79:54


    Azman seorang duda (30-an) baru bercerai dan mengalami masalah kerja, pergi ke sebuah kawasan terpencil untuk menenangkan fikiran. Azman menginap di sebuah resort, di kawasan kampung, yang dikendalikan oleh Saadiah (30-an) bersama adiknya Zamir (20-an). Resort tersebut sangat daif dan indah khabar dari rupa. Azman yang tidak puas hati dengan kemudahan dan perkhidmatan di resort tersebut sering mengkritik cara Saadiah mengendalikan resort itu. Azman dan Saadiah selalu bertikam lidah. Lama-kelamaan Saadiah jatuh hati pada Azman. Saadiah cuba mengambil hati Azman tetapi tidak berjaya. Sehingga pada suatu hari Azman jatuh sakit dan Saadiah menyediakan sup yang sangat enak. Sejak dari situ Azman mula berbaik-baik dengan Saadiah. Azman mula membantu Saadiah menguruskan resort dengan memberi idea dan membuat kerja-kerja ubahsuai. Dalam masa yang sama, adik Saadiah iaitu Zamir meminta bantuan Azman untuk membantunya menjadi lelaki sejati. Zamir tidak tahan kerana sering diejek lelaki lembut oleh orang kampung. Lama-kelamaan Azman mula selesa dengan Saadiah dan Zamir, Azman terfikir untuk meninggalkan kehidupannya di bandar dan berhijrah ke kampung tersebut. Segala-galanya kelihatan tidak ada masalah dan berjalan lancar. Sedangkan tanpa pengetahuan Azman, Saadiah dan Zamir ada menyimpan suatu rahsia yang besar daripada pengetahuannya. Apakah rahsia yang disembunyikan oleh Saadiah dan Zamir? Sejauh manakah Saadiah dan Zamir akan terus menipu Azman dan apakah yang berlaku di penghujung cerita, apabila Azman mendapat tahu hal yang sebenar? Watak & Perwatakan Norkiriah (Saadiah) Berusia lingkungan 30-an, bujang dan mempunyai seorang adik lelaki. Menguruskan resort peninggalan arwah ibu dan bapanya. Seorang yang becok, emosional tetapi baik hati. Sentiasa berangan-angan untuk berkahwin dengan lelaki yang dicintainya. Azhan Rani (Azman) Berusia lingkungan 30-an. Telah bercerai dan mempunyai masalah dengan pekerjaannya. Lari ke kawasan terpencil untuk menenangkan fikiran. Seorang yang ego, cakap lepas tetapi baik hati.

    Drama Radio - Cinta Si Penunggu

    Play Episode Listen Later Apr 3, 2020 79:26


    Budin baru membuka gerai steamboat di bawah pohon ketapang yang dikatakan berpenunggu. Sejak membuka gerai di situ, Budin berkenalan dengan seorang gadis cantik iaitu Melati. Melati seorang yang lemah-lembut, manja dan misteri. Setiap malam, Melati akan lepak di gerai steamboat Budin sambil melayan Budin bercerita. Keakraban Budin dan Melati tidak disenangi oleh Normah iaitu kenalan Budin, yang selalu cuba buruk-burukkan Melati di depan Budin, walau pun Normah tidak pernah berjumpa Melati. Namun Budin sedikit pun tidak termakan dengan kata-kata Normah. Bahkan Budin membenci Normah ekoran suatu peristiwa yang lepas. Budin mengatakan yang dia tidak akan sekali-kali memaafkan Normah atas apa yang berlaku. Normah sedih dengan layanan Budin pada dirinya. Suatu hari, Normah ternampak Budin bercakap seorang diri. Normah mula mencurigai Melati. Hubungan Melati dan Budin semakin akrab seperti pasangan bercinta. Suatu hari Budin pergi ke rumah Melati untuk berjumpa dengan Melati, malangnya kawasan rumah Melati adalah kawasan semak yang terbiar, malah tiada rumah di situ. Budin mula memikirkan kebenaran kata-kata Normah, mungkin Melati tidak seperti yang Budin fikirkan. Siapakah Melati yang sebenar? Apakah kesudahan kisah cinta Budin dan Melati, setelah Budin membongkar sebuah rahsia yang tersimpan kemas selama ini?

    Drama Radio - Cinta Gila

    Play Episode Listen Later Apr 3, 2020 91:17


    Dr. Raymond, seorang pakar terapi psikologi telah mempertemukan dua orang pelanggannya iaitu Farel dan Maya di dalam satu sesi yang sama. Farel (Remy), jejaka berusia 20-an, kacak, lulusan universiti dan bekerjaya, malangnya mengalami masalah dalam perhubungan. Walaupun perwatakannya kelihatan seperti lelaki perfect dambaan wanita, namun Farel acapkali diputuskan oleh teman wanitanya, alasan mereka Farel seorang lelaki yang membosankan dan takde perasaan. Manakala Maya (Amani), berumur 20-an, turut mengalami masalah dalam perhubungan. Maya seorang yang paranoid dan mempunyai kerisauan yang melampau-lampau terhadap semua benda, akibatnya hubungan percintaan Maya juga tidak bertahan lama. Walaupun beberapa kali menghadiri sesi terapi bersama-sama, namun di luar bilik terapi, Maya dan Farel tak pernah bertegur sapa. Sehinggalah pada suatu hari Dr. Raymond meninggal dunia akibat serangan jantung. Farel dan Maya kehilangan tempat untuk mencurahkan masalah. Pada suatu hari, Maya dan Farel bertemu dan mereka bersetuju untuk meneruskan sesi terapi bersama-sama, walaupun Dr. Raymond sudah tiada. Bermula dari detik itu, Farel dan dan Maya mula saling mengenali. Perwatakan mereka yang berbeza menimbulkan pelbagai konflik dan insiden. Namun Farel dan Maya tetap membantu antara satu sama lain, sehinggalah Farel berjaya meluahkan emosinya dan Maya pula mampu mengawal kerisauannya yang melampau. Setelah masing-masing merasakan mereka tidak lagi perlukan sesi terapi, Farel dan Maya berpisah dan membawa haluan sendiri. Farel sudah mempunyai teman wanita, begitu juga dengan Maya. Namun Farel dan Maya tetap tidak dapat menyesuaikan diri dengan pasangan mereka kerana, tanpa disedari, mereka sebenarnya telah jauh cinta. Akhirnya Farel nekad memutuskan teman wanitanya dan mencari Maya, pada masa yang sama sebenarnya Maya juga telah memutuskan hubungan dengan kekasihnya. Farel dan Maya sedar tiada sesiapa yang dapat menerima cara mereka, kerana cinta mereka ‘cinta gila'.

    Drama Radio - Cinta Biasa

    Play Episode Listen Later Apr 3, 2020 71:12


    Dani seorang lelaki lingkuangan 20-an yang mengalami masalah autisme ringan. Seorang yang panas baran, mementingkan rutin, tidak suka dengan perubahan, agak kekok dalam bergaul dan suka memerhatikan alam dan manusia di sekelilingnya. Dani tinggal bersama ayahnya Pak Wahab yang mempunyai sebuah kafe. Ibu Dani telah meninggal dunia. Dani dan Pak Wahab sering mengalami masalah dalam berkomunikasi. Dani suka bercerita tentang sesuatu hal dengan terlalu detail, manakala Pak Wahab pula tidak suka melayan cerita Dani yang melalut dan adakalanya tak logik. Disebabkan masalah komunikasi antara mereka, Dani menganggap Pak Wahab benci padanya sejak dia kecil lagi. Walaupun merupakan seorang penghidap autisme, Dani cuba hidup berdikari. Dani membantu Pak Wahab di kafe. Namun pelbagai masalah timbul akibat sikap Dani yang cepat marah dan tidak dapat menerima sesuatu yang di luar rutinnya. Sehinggalah pada suatu hari, Dani bertemu dengan seorang gadis bernama Teha di kafe Pak Wahab. Teha seorang gadis yang agak lembab IQ, telah ditinggalkan oleh abangnya di kafe Pak Wahab. Pak Wahab yang simpati dengan Teha mengambil keputusan untuk menjaga Teha dan memberi Teha kerja di kafe mereka. Manakala Dani pula tidak puas hati dengan kehadiran Teha. Dani selalu mencari pasal dengan Teha, membuli dan memarahi Teha. Namun Teha langsung tidak terasa hati dengan Dani. Teha seorang gadis yang suka tersengih-sengih tanpa sebab dan selalu berfikiran yang semua orang dalam dunia ini baik. Lama-kelamaan Dani mula rapat dengan Teha, kerana mereka mempunyai persamaan, dan Teha juga sedia menjadi pendengar setia Dani. Pak Wahab risau melihat perhubungan yang terjalin antara Dani dan Teha. Pak Wahab tidak yakin bahawa Dani boleh hidup berdikari dan bekeluarga seperti orang lain yang normal. Sehinggalah pada suatu hari, abang Teha datang dan membawa Teha pergi dari situ, Abang Teha mahu menjual Teha kepada bapak ayam. Dani berjaya menyelamatkan Teha daripada menjadi mangsa abangnya. Walaupun nyawa Dani sendiri hampir terkorban. Akhirnya Pak Wahab mengakui betapa besarnya cinta Dani kepada Teha. Pak Wahab merestui hubungan Dani dan Teha. Walaupun Dani dan Teha bukan seperti orang normal yang lain, namun mereka berdua juga mempunyai hati dan perasaan.

    Drama Radio - Bunga Cintaku

    Play Episode Listen Later Apr 2, 2020 70:33


    Bunga merupakan seorang gadis kurang upaya penglihatan, namun personaliti Bunga menunjukkan bahawa dia adalah seorang yang mempunyai keyakinan tinggi serta berjaya dalam bidang yang diceburinya. Bunga merupakan graduan daripada sebuah universiti tempatan dan kini menjawat jawatan Pegawai Perhubungan Awam di sebuah organisasi. Walaupun telah membuktikan kekurangan bukan penghalang untuk dia berjaya, Bunga tetap tidak dapat lari daripada pandangan stereotaip masyarakat terhadap golongan kurang upaya. Satu hari pembedahan untuk memulihkan penglihatan Bunga gagal, namun Bunga tetap menerima berita duka tersebut dengan sikap positif. Sehingga pada suatu hari Bunga bertemu dengan seorang lelaki iaitu Gibran yang bekerja sebagai seorang pembantu perubatan di hospital tempat Bunga menjalani pembedahan mata. Gibran tertarik untuk mengenali Bunga kerana bagi Gibran Bunga seorang gadis yang istimewa dan lain daripada wanita yang pernah dikenalinya. Gibran dan Bunga menjalinkan hubungan persahabatan. Bersama Gibran banyak peristiwa manis yang dilalui Bunga, yang tidak pernah dilakukannya sebelum ini, seperti menonton wayang, hiking, berbasikal dan sebagainya. Kehadiran Gibran benar-benar menceriakan hidup Bunga, malah bersama Gibran bunga tak perlu jadi kuat setiap masa, Bunga boleh menangis dan mendedahkan kelemahannya tanpa rasa takut dipandang rendah. Gibran pula sebenarnya telah lama jatuh cinta pada Bunga, sejak pertama kali dia lihat Bunga, hatinya seakan-akan mengatakan itulah cinta sejatinya. Gibran berterus-terang perasaannya kepada Bunga. Malangnya Bunga tidak membalas cinta Gibran. Sebenarnya Bunga pernah melalui pengalaman cinta yang pahit pada masa silam. Bunga takut dikecewakan untuk kali kedua. Persahatan mereka mula menjadi renggang. Bunga minta agar Gibran jauhkan diri darinya. Gibran akur kerana dia menghormati keputusan Bunga. Sejak itu Bunga menjalani kehidupan sendirian. Setiap hari dia terlalu rindukan Gibran, namun keegoannya menjadi penghalang untuk dia mencari Gibran. Setiap hari Bunga akan berulang alik menaiki tren untuk pergi dan pulang dari tempat kerja. Pada suatu hari, seorang perempuan menegur Bunga. Menurut perempuan itu, Bunga sangat bertuah dan perempuan itu sangat cemburu melihat Bunga. Bunga buntu dan tidak faham akan maksud perempuan tersebut. Fikir Bunga tak mungkin ada orang yang akan cemburu pada gadis buta seperti dirinya. Gibran pula tidak pernah melupakan Bunga walaupun Bunga enggan bertemunya lagi. Suatu hari Bunga bertemu perempuan yang pernah memberitahu Bunga bahawa dia sangat cemburukan Bunga. Bunga minta penjelasan apa yang dimaksudkan oleh wanita itu. Wanita itu berkata Bunga sangat bertuah kerana setiap hari ada seorang lelaki setia menghantarnya menaiki tren dan menantinya pulang. Lelaki itu kelihatan sangat menyayangi dan menjaga Bunga. Bunga kelu mendengar kata-kata perempuan itu. Bunga yakin lelaki yang setiap hari mengekorinya itu adalah Gibran. Lelaki yang diusir dari hidupnya. Tak sangka Gibran tak pernah melupakan Bunga. Sejak itu bunga cuba mencari Gibran di stesen keretapi namun dia tidak merasakan kehadiran Gibran di situ. Bunga mula risau, adakah Gibran sudah lelah menanti dirinya atau pun ada sesuatu yang menimpa lelaki itu. Bunga tidak dapat menahan diri. Bunga bergegas ke hospital tempat Gibran bekerja. Sesampainya di hospital Bunga hanya bertemu dengan Gibran yang terbaring tidak sedarkan diri di katil hospital. Menurut doktor, Gibran koma setelah ditimpa kemalangan. Bunga sedih dan menyesal kerana melayan Gibran dengan buruk. Setiap hari Bunga datang melawat Gibran dan menunggu saat Gibran sedar. Bunga tak sanggup kehilangan lelaki yang dicintainya. Akhirnya Gibran sedar dari koma dan mendapati Bunga menantinya. Gibran dan Bunga akhirnya bersatu. Mereka berjanji walau apa pun yang berlaku. Mereka tetap bersama untuk selama-lamanya.

    Drama Radio - Bukan Salah Hati

    Play Episode Listen Later Apr 2, 2020 83:57


    Khadieja Hana dan Airil Isfahan saling jatuh cinta walaupun mereka mempunyai latar belakang yang berbeza. Khadieja Hana seorang gadis yang sempurna manakala Airil Isfahan hanya seorang lelaki yang pernah melalui zaman remaja yang penuh dengan masalah. Airil Isfahan merupakan bekas pelajar sekolah juvana dan merupakan bekas penagih dadah. Hubungan Khadieja Hana dan Airil Isfahan ditentang oleh abang Khadieja iaitu Kamil yang sangat sayang dan melindungi adik perempuannya. Kamil melakukan pelbagai usaha untuk memisahkan Khadieja dan Isfahan. Khadieja akhirnya akur memilih abangnya berbanding satu-satunya lelaki yang dicintainya iaitu Isfahan. Isfahan pasrah apabila Khadieja meninggalkannya. Satu permintaan Isfahan, dia mahu melihat Khadieja bersanding di hadapan matanya. Khadieja dan Isfahan berpisah dan langsung tidak pernah berjumpa semenjak Khadieja melanjutkan pelajaran ke luar negara. Ditakdirkan Kamil yang banyak terlibat dengan kegiatan jenayah akhirnya dipenjara kerana kes rasuah dan pecah amanah. Kamil mulai insaf dan menyesali semua perbuatannya. Namun Khadieja sedikit pun tidak pernah menyalahkan Kamil di atas apa yang berlaku. Enam tahun terpisah akhirnya Khadieja bertemu secara tak sengaja dengan Isfahan. Pada waktu itu Khadieja terlihat seorang wanita di sisi Isfahan. Khadieja sangat kecewa apabila mendapati bahawa Isfahan telah mempunyai pengganti dirinya. Kamil telah bebas dari penjara. Khadieja pula di majlis perkahwinannya. Pada waktu itu Isfahan datang mengucapkan tahniah pada Khadieja. Khadieja menangis. Isfahan mengucapkan terima kasih pada Khadieja kerana menunaikan hasratnya untuk melihat Khadieja bersanding di atas pelamin. Isfahan juga mengucapkan terima kasih kepada Khadieja kerana sudi menjadi isterinya. Rupa-rupanya Isfahan belum kahwin dan wanita yang dilihat oleh Khadieja itu bukan isteri Isfahan. Khadieja dan Isfahan bahagia di majlis perkahwinan mereka. Kebahagiaan mereka berdua turut dikongsi oleh Kamil yang sangat terharu melihat adik kesayangannya bahagia bersama satu-satunya lelaki yang dicintainya.

    Drama Radio - Bintang Jatuh

    Play Episode Listen Later Apr 2, 2020 73:16


    Watak & Perwatakan Mamak Puteh (Daniel Ashraf) Berusia lingkungan 20-an. Dianggap loser oleh orang sekelilingnya. Berpewatakan tidak menarik, bertubuh kurus-kering, berkulit gelap, kurang keyakinan diri, tergagap-gagap di depan perempuan. Seorang yang sopan, penyayang, baik hati dan selalu mengalah. Seorang sahabat yang baik. Ali Puteh (Pok) Berusia lingkungan 20-an. Kawan baik kepada Daniel. Seorang yang suka berfikiran negatif, tidak ramai kawan, anti perempuan, suka menghasut dan selalu menganggap dirinya saja yang betul. Seorang kawan yang setia, suka memberi nasihat dan mengambil berat tentang orang lain. Rea Kool FM (Tasha) Berusia 20-an. Seorang yang cantik, lemah-lembut, manja, mengada-ngada dan adakalanya suka berperangai diva. Serik bercinta dengan lelaki kacak, kerana sering ditinggalkan. Berazam untuk mencari lelaki yang biasa-biasa saja sebagai teman lelaki. Suka mengarah, tidak pandai memasak, cemburu buta dan suka berimaginasi.

    Drama Radio - Bidin Paranormal

    Play Episode Listen Later Apr 2, 2020 79:36


    Bidin (Ropie) seorang penduduk Kampung Talang, yang taksub dengan paranormal, makluk halus, alam bunian, makhluk asing dan sebagainya. Bidin juga terkenal sebagai seorang yang suka ambil tahu segala yang berlaku di sekelilingnya. Bidin kurang disenangi kerana perangainya yang suka tunjuk bagus dan propa. Bidin tidak puas hati dengan dua orang adik-beradik yang baru datang ke Kampung Talang iaitu Daud (AG) dan Ghazali (Muaz). Daud dan Ghazali tinggal di rumah Arwah Mak Timah, mereka berjiran dengan Saleha (Haiza). Saleha merupakan gadis pujaan di Kampung Talang, dan turut digilai oleh Bidin. Dari hari ke hari Bidin selalu mengintip gerak-geri Daud serta Ghazali, kerana Bindin cemburu pada mereka berdua. Manakala dalam masa yang sama Daud dan Ghazali sebenarnya merupakan perisik yang datang ke Kampung Talang bagi menjalankan misi rahsia. Daud dan Ghazali menyamar sebagai adik-beradik bagi mengaburi mata penduduk kampung. Suatu hari Bidin dijumpai pengsan di bawah pokok bacang kerana tersampuk makhluk halus. Sejak kejadian tersebut Bidin beria-ia menyebarkan cerita kononnya dia terserempak dengan alien. Penduduk kampung yang masak dengan perangai Bidin yang sukakan perhatian, tidak menghiraukannya. Bidin tidak puas hati dan bersungguh-sungguh cuba menegakkan benang yang basah, supaya penduduk kampung percaya bahawa ada alien di Kampung Talang. Dalam masa yang sama Saleha cuba menggoda Daud dan Ghazali, namun cintanya tidak berbalas. Apakah misi rahsia Daud dan Ghazali di Kampung Talang? Adakah Bidin akan menggagalkan misi mereka?

    Drama Radio - Bapak Mentuaku

    Play Episode Listen Later Apr 1, 2020 66:25


    Kasidah Selamat bercinta dengan anak kepada Datuk Mansur iaitu Sabarudin. Hubungan mereka ditentang oleh Datuk Mansur yang anti pada ahli muzik seperti Kasidah. Kasidah dan Sabarudin kawin tanpa restu Datuk Mansur. Mereka berindah ke Pulau Pinang dan memulakan hidup baru. Kehidupan Kasidah dan Sabarudin tak seindah yang diharapkan. Mereka hidup susah. Kasidah ingin bekerja sebagai ahli muzik bagi membantu Sabarudin, namun dihalang oleh Sabarudin. Pada suatu hari Sabarudin terpaksa pulang ke Kuala Lumpur kerana ayahnya Datuk Mansur, sakit tenat. Sabarudin meninggalkan Kasidah dan berjanji akan pulang cepat. Lebih daripada sebulan menunggu kepulangan Sabarudin, Kasidah mendapat berita yang Sabarudin sudah meninggal dunia. Kasidah menangis setiap hari sehingga matanya buta. Manakala Datuk Mansur dan Tuan Penasihat, telah menipu Sabarudin dan mengatakan bahawa Kasidah sudah meinggal dunia. Sabarudin kemurungan. Datuk Mansur menjodohkan Sabarudin dengan Doktor Anita. Pada suatu hari Kasidah muncul di rumah Datuk Mansur, Kasidah minta Datuk mansur tunjukkan kubur Sabarudin. Datuk Mansur telah menipu Kasidah. Setelah Kasidah mendapat tahu yang Datuk Mansur menipunya, Kasidah naik angin. Datuk Mansur meninta maaf dari Kasidah. Datuk Mansur akhirnya memberitahu Sabarudin apa yang telah berlaku. Sabarudin marah pada Datuk Mansur dan ingin mencari Kasidah. Setelah berjumpa dengan Kasidah, Datuk Mansur, Sabarudin dan Tuan Penasihat meminta maaf daripada Kasidah. Malangnya Kasidah tidak mahu memaafkan mereka. Kasidah mengambil garpu dan menusuk lubang hidung bapak mentuanya Datuk Mansur. Kasidah puas hati kerana berjaya membalas dendam terhadap Datuk Mansur. Akhirnya Kasidah memberitahu yang selama ini dia tidak buta, dia cuma berlakon.

    Drama Radio - Aku Cinta Padamu

    Play Episode Listen Later Apr 1, 2020 63:23


    Cempaka seorang gadis berusia 20-an, tinggal di kawasan pedalaman. Cempaka suka menyanyi dan berangan-angan untuk menjadi seperti penghibur pujaannya iaitu Dato' Sri Siti Nurhaliza. Suatu hari semasa sedang menyanyi di tepi sungai, Cempaka terlihat seorang lelaki yang hampir lemas. Lelaki tersebut ialah Aaron berusia lewat 20-an, seorang chef selebriti yang terkenal di Malaysia. Namun pada waktu itu Cempaka langsung tidak mengenali Aaron, kerana rumah Cempaka tidak ada televisyen. Hidup Cempaka hanya bertemankan sebuah radio buruk dan kaset-kaset Siti Nurhaliza tinggalan arwah ibunya. Disebabkan Cempaka telah menyelamatkan nyawanya, sebagai tanda membalas budi, Aaron memberikan wang kepada Cempaka. Namun Cempaka menolak mentah-mentah wang tersebut. Sebaliknya Cempaka minta Aaron bawa dia keluar daripada kawasan pedalaman. Menurut Cempaka dia ingin ke Kuala Lumpur. Aaron akur dengan permintaan Cempaka. Akhirnya mereka pun sampai di Kuala Lumpur. Cempaka sangat gembira kerana kini dia berjaya menjejakkan kaki ke Kuala Lumpur dan tak lama lagi impiannya juga akan menjadi kenyataan. Aaron dan Cempaka berpisah dan mengikut haluan masing-masing. Cempaka yang tidak biasa dengan suasana di bandar berasa kekok dan melalui pelbagai kesukaran. Manakala Aaron pula asyik terfikirkan Cempaka. Aaron bimbang akan keaadan Cempaka yang tidak tahu selok-belok Kuala Lumpur, juga sikap Cempaka yang lurus bendul. Suatu hari Cempaka bertembung dengan Aaron secara tidak sengaja, waktu itu Cempaka sedang diganggu oleh sekumpulan samseng jalanan. Aaron menyelamatkan Cempaka dan menawarkan Cempaka menjadi pembantu dapur di restoren miliknya. Cempaka menerima tawaran Aaron, kerana Cempaka sedar dia perlu survive di bandar, kalau tidak dia tidak akan dapat mencapai impiannya. Bermulalah episod kucar-kacir dalam hidup Aaron dan Cempaka. Mana tidaknya Cempaka yang lembab dan suka berangan sering menjadi mangsa kemarahan Aaron yang garang. Suatu hari terjadi pergaduhan besar antara Aaron dan Cempaka. Cempaka menghilangkan diri. Sejak itu hidup Aaron jadi berantakan. Baru Aaron sedar yang dia ada menyimpan hati pada Cempaka. Aaron gagal menemui Cempaka, sebaliknya Aaron terjumpa sebuah buku lusuh milik Cempaka. Di dalam buku itu, tertulis impian Cempaka. Selama ini impian Cempaka adalah untuk bertemu dengan penghibur pujaannya Dato' Sri Siti Nurhaliza. Manakala Cempaka yang sesat di Kuala Lumpur, telah tersilap masuk ke dalam van krew yang dalam perjalanan ke konsert Dato' Sri Siti Nurhaliza. Krew yang memandu van tersebut menyangkakan Cempaka adalah penari latar konsert Dato' Sri Siti. Kebetulan Aaron pula berada di dalam dewan konsert Dato' Sri Siti. Konsert sedang berlangsung. Tiba-tiba Dato' Sri Siti Nurhaliza memanggil Aaron naik ke atas pentas. Dato' Sri Siti ingin menyanyikan lagu Aku Cinta Padamu dan meminta Aaron untuk memberi ucapan untuk orang yang dicintainya. Aaron menjerit 'Cempaka Aku Cinta Padamu'. Cempaka yang berada di belakang pentas tiba-tiba muncul di atas pentas dan menangis terharu kerana dapat bertentang mata dengan penghibur pujaannya Dato' Sri Siti Nurhaliza dan mendengar ucapan cinta daripada Aaron. Kedengaran lagu Aku Cinta Padamu sedang berkumandang. Aaron dan Cempaka sedang masak di dapur bersama-sama dalam kebahagiaan.

    Drama Radio - Abu Kat Mana?

    Play Episode Listen Later Apr 1, 2020 63:39


    Hari pertama puasa di Kampung Kedondong kecoh kerana insiden kehilangan kambing seorang penduduk kampung iaitu Malik. Sebagai wakil persatuan belia dan terkenal dengan sikap lantangnya Malik telah menggesa Tok Ketua mengadakan mesyuarat peringkat kampung disebabkan hal tersebut. Dalam mesyuarat tersebut, Malik turut mengemukakan beberapa permasalahan yang berlaku di Kampung Kedondong seperti masalah gejala sosial, masalah kebersihan dan sebagainya. Tok Ketua serta penduduk kampung kurang menyenangi sikap Malik yang suka membesar-besarkan hal dan menganggap dirinya betul. Di Kampung Kedondong, ada seorang pemuda yang dibenci oleh Malik iaitu Ijoy. Ijoy seorang pemuda yang agak nakal. Sewaktu orang lain pergi sembahyang terawih, Ijoy dan kawan-kawannya pula melepak di simpang kampung sambil bermain gitar. Bagi Malik, Ijoy dan kawan-kawannya membawa pengaruh negatif kepada penduduk di Kampung Kedondong. Ijoy pula tidak ambil port tentang sikap Malik terhadapnya. Sejak kambingnya hilang, Malik mula menuduh orang lain secara melulu. Tambah memburukkan keadaan apabila Malik menganggap dirinya sebagai polis moral di Kampung Kedondong. Malik secara sukarela pergi menangkap orang yang tidak puasa dan banyak lagi. Setiap hari ada sahaja perlakuan penduduk kampung yang salah di mata Malik. Penduduk kampung yang tidak tahan dengan sikap Malik, pergi mengadu kepada Tok Ketua. Namun segala nasihat Tok Ketua berikan pada Malik tak ubah mencurah air di daun keladi. Malik yang tidak habis-habis mahu membetulkan penduduk di kampungnya tidak sedar bahawa adik perempuannya sendiri terjebak dalam gejala sosial. Dalam masa yang sama Ijoy dan rakan-rakannya secara diam-diam sedang merancang satu acara persembahan yang bakal dilangsungkan di kampung mereka. Malik dapat tahu tentang rancangan Ijoy dan kawan-kawannya dan mengesyaki bahawa Ijoy sedang merancang untuk mengadakan gig black metal. Pada hari persembahan tersebut, Malik bersama-sama dengan penduduk kampung menyerbu pentas persembahan yang dianjurkan oleh Ijoy. Kebetulan waktu itu mereka ternampak seekor kambing ditambat berdekatan dengan pentas. Malik naik angin dan menuduh Ijoy yang mencuri kambingnya untuk digunakan semasa gig berlangsung. Berlaku kekecohan ketika itu. Tiba-tiba seorang lelaki tampil dan mengaku yang kambing tersebut ialah kepunyaannya. Menurut lelaki itu Tok Ketua yang memintanya mencari kambing untuk dijadikan kambing golek sempena majlis berbuka puasa yang bakal diadakan di rumahnya. Rupa-rupanya lelaki yang membawa kambing ke konsert tersebut ialah anak saudara Tok Ketua yang datang dari kampung sebelah. Anak saudara Tok Ketua singgah ke persembahan yang dianjurkan oleh Botak dalam perjalanan ke rumah Tok Ketua bagi menghantar kambing. Tok Ketua yang ada di tempat kejadian turut mengiakan cerita lelaki tersebut. Malik tetap tak mahu mengalah. Malik menuduh Ijoy mengadakan gig dan aktiviti tidak bermoral di bulan puasa. Namun tuduhan Malik itu ternyata salah. Rupa-rupanya Ijoy dan kawan-kawannya menganjurkan persembahan nasyid serta ceramah agama dan menjemput artis nasyid dan penceramah terkenal dari bandar. Ibu Malik tiba-tiba tampil dan mengatakan bahawa dia tahu siapa yang mencuri kambing Malik. Sebenarnya adik Malik dan teman lelakinya yang telah mencuri kambing Malik dan menjualnya, mereka berdua bercadang mahu gunakan wang hasil jual kambing itu untuk kahwin lari. Malik yang malu teramat sangat dan meminta maaf pada semua orang.

    Drama Radio - 2 Kali 5

    Play Episode Listen Later Apr 1, 2020 94:22


    Amran (Bell Ngasri) dan Rashid (Amir Lawak), dua orang pekerja di sebuah syarikat koprat yang saling bermusuhan. Amran merupakan senior, manakala Rashid pula junior. Pelbagai insiden lucu tercetus akibat daripada perbuatan Amran dan Rashid yang cuba mengambil hati bos mereka. Perang antara mereka berdua menjadi semakin sengit, apabila bos mereka ingin memilih salah seorang untuk menjawat jawatan penting. Sejak daripada itu, persaingan Amran dan Rashid semakin tidak sihat dan melampau-lampau. Manakala tanpa disedari, bos mereka pula mengambil kesempatan di atas sikap mereka berdua. Antara Amran dan Rashid, siapakah yang berjaya menawan hati bos? Atau pun sesuatu yang mengejutkan akan berlaku pada penghujung cerita?

    Claim Radio Drama

    In order to claim this podcast we'll send an email to with a verification link. Simply click the link and you will be able to edit tags, request a refresh, and other features to take control of your podcast page!

    Claim Cancel