POPULARITY
Categories
Antara fokus Awani Pagi bersama Afiezy Azaman & Geegee Ahmad;
Diskusi 8.30 pagi Rabu bersama Prof Dr Jamiyah Hassan, Pakar Obstetrik & Ginekologi, Jabatan Obstetrik & Ginekologi, Fakulti Perubatan, Universiti Teknologi MARA punca "Miss V" gatal. Adakah ia disebabkan jangkitan kulat atau perkara lain yang tidak diambil perhatian oleh kaum Hawa. Nantikan, 8:30 pagi.
Ayuh tonton Pendekar Awang: Darah Indera Gajah, filem yang masih hangat di pawagam sekarang! Selepas 12 jam tayangan, filem patriotik ini dilaporkan kutip setengah juta ringgit. Jadi, jom dengar apa kata pelakon-pelakonnya, Fattah Amin, Fazura, Ali Karimi dan Andy Teh tentang kehebatan filem ini.
Antara fokus Awani Pagi bersama Geegee Ahmad & Nursyazwani Saiful Sham;
Antara fokus AWANI Pagi bersama Geegee Ahmad dan Nursyazwani Saiful Sham - Lebih 400 kes menyamar rakan di aplikasi sosial disiasat - Bukit Aman - Penjawat awam dikehendaki lengkapkan program pembelajaran AI untuk rakyat - Tiga masjid utama bawah Jakim digerakkan sokong kempen #GengSubuhMacamJumaat #AWANInews
42KL merupakan sebuah sekolah pengkodan yang menggunapakai kaedah pembelajaran rakan sebaya menjadi salah satu platform peneraju pembangunan bakat digital negara. Ikuti temu bual bersama penyampai AWANI Pagi, Fahmi Izzuddin untuk mendalami konsep dan usaha 42KL dalam mempersiap kemahiran golongan muda ke arah digitalisasi.
Bersama Dr Anuar Ahmad, Pensyarah Kanan Pusat Kajian Kepelbagaian Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berkaitan usaha memupuk minat dalam bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM), kalangan guru. #AWANInews #AWANIpagi
Antara fokus AWANI Pagi bersama Afiezy Azaman dan Fahmi Izzudin - Tewas kepada Bahrain, Malaysia ucap selamat tinggal kepada Piala Asia - Liga Arab adakan mesyuarat tergempar esok bincang isu Gaza - Wanita Malaysia pertama pegang jawatan awam meninggal dunia
Antara fokus AWANI Pagi bersama Afiezy Azaman & Fahmi Izzuddin - Mekanisme subsidi bersasar diputuskan minggu depan - KPM pelawa guru sertai program pembudayaan STEM - Menjelang perlawanan Malaysia-Bahrain malam ini #AWANInews
Malaysia memasuki dimensi dunia baharu dengan penerokaan lapangan Teknologi Kecerdasan Buatan (AI) sebagai salah satu peneraju utama pembangunan negara. Namun secara realistik, apa peranan teknologi ini kepada rakyat? saksikan diskusi AWANI Pagi bersama Prof Ts Dr Rusli Abdullah, Timbalan Ketua Kluster Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Majlis Profesor Negara (MPN).
Bersama Datuk Aidid Tajuddin, Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Perkastaman dan Cukai Dalam Negeri) mengenai sambutan Hari Kastam Sedunia Ke-42 bertemakan Kastam Menggandingi Rakan Kongsi Tradisi dan Baharu Dengan Satu Tekad yang akan dirai 22 Januari ini dengan perasmiannya bakal disempurnakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. #AWANInews #AWANIpagi
Antara fokus AWANI Pagi bersama Fahmi Izzuddin & Azib Zikry - SPRM nafi Ketua Setiausaha Negara disiasat - MB Kelantan akui rungutan masalah air di negeri itu berkurang - WHO beri amaran supaya masyarakat bersedia hadapi pandemik seterusnya #AWANInews #AWANIpagi
Diskusi bersama Dr Masri Muhamed, Pakar Pediatrik dan Neonatologi, Hospital Pakar Damansara 2 mengenai fakta dan mitos jaundis atau demam kuning kalangan bayi.
Ikuti perkongsian dengan Nana Mahazan, Influencer dan Pembimbing Modul Bengkel Online Wanita Cukup Berani MAGGI dan Ida Low, Pengurus Pemasaran Kulinari MAGGI mengenai Program Mentor Cukup Berani Maggi, program nasional anjuran Maggi Malaysia.
Diskusi 8.30 pagi Rabu bersama Pakar Perunding Kardiologi dan Perubatan Dalaman Ara Damansara Medical Centre, Dr Zubin Othman Ibrahim merungkai mengenai fakta dan mitos bersenam pada waktu malam bagi mereka yang bekerja di siang hari.
Antara fokus Awani Pagi bersama Fahmi Izzuddin & Azib Zikry AI bakal beri impak kepada 40 peratus pekerjaan global Nasib lelaki khianat api di rumah Ahli Parlimen Beruas Tempoh permohonan bawa masuk pekerja asing dipendekkan ke 15 bulan
Diskusi #AWANIpagi bersama dua tetamu, Aiman Roshizam, Pengulas Sukan Astro Arena dan Faiz Gurun, Penyampai Astro Arena membincangkan mengenai pasca kekalahan pasukan Malaysia di tangan Jordan dalam perlawanan pembukaan Piala Sukan Asia 2023 di Doha, Qatar semalam. #AWANInews #AWANIpagi
Antara fokus Awani Pagi bersama Afiezy Azaman dan Nursyazwani Saiful Sham;
Bersama Dr Nor Ain Mohd Rawi, Pakar Perunding Oftalmologi, KL Eye Special Centre untuk diskusi 8.30 pagi Isnin untuk menjawab persoalan mengenai apa itu Retinopati Diabetik, mitos penyakit dan panduan penjagaan mata untuk atasi kesan terburuk penyakit ini termasuk buta.
Antara fokus Awani Pagi bersama Geegee Ahmad & Nursyazwani Saiful Sham;
Antara fokus Awani Pagi bersama Nursyazwani Saiful Sham & Azib Zikry - Perkembangan pertuduhan genosid oleh Israel di Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICJ) yang dibawa Afrika Selatan - Dokumentari 'Man on The Run' - PM pertimbang turunkan di Netflix Malaysia - Dua anggota polis ditahan kerja hingga siasatan kes samun, rogol selesai #AWANInews
Ikuti AWANI Pagi bersama Studio Lantera Seni, yang bakal membincangkan tentang bagaimana isu-isu sensitif dibawakan ke pentas teater, untuk dipertontonkan kepada khalayak ramai. Kerana ia juga boleh menjadi medium penyampaian ilmu dan teladan. #AWANInews
Antara fokus Awani Pagi bersama Afiezy Azaman & Fahmi Izzuddin - Insiden khianat api di rumah Ngeh: Polis telah rakam keterangan tujuh saksi - Rasuah KFA: SPRM sahkan Sanusi dipanggil - KPM belum putuskan bila pelajar perlu pakai semula seragam sekolah - Fadhlina Sidek #AWANInews
Saksikan diskusi AWANI pagi menyentuh berkenaan pemerkasaan perundangan kes gangguan seksual kanak-kanak bersama Peguam Bela dan Peguam Cara, Mahmud Jumaat. #AWANInews
Diskusi 8.30 pagi Khamis bersama Dr Arif Aizudin Mohamed Shamsuri, seorang doktor gigi mengenai usaha meningkatkan kesedaran penjagaan gigi mengikut saranan pakar ketika mana terdapat banyak produk dan perkhidmatan penjagaan gigi tanpa kawalan di media sosial yang ditawarkan kepada pengguna.
Antara fokus Awani Pagi bersama Afiezy Azaman & Fahmi Izzuddin 1.4 juta ahli KWSP terima RM500 one-off caruman tambahan. Susulan kes kebakaran di kediaman Ahli Parlimen Beruas, Ngeh Koo Ham. Rosyam Nor minta maaf kenyataan mengenai rumah pelacuran.
Diskusi 8.30 pagi Rabu bersama Prof Madya Dr. Nurul Shazana Abdul Hamid, Pensyarah Jabatan Fizik Gunaan, Fakulti Sains dan Teknologi & Felo Kanan Bersekutu, Pusat Sains Angkasa, Institut Perubahan Iklim, UKM mengenai fenomena ribut suria global yang turut sama diramal berlaku di negara ini.
Antara fokus Awani Pagi bersama Geegee Ahmad & Fahmi Izzuddin Agong titah PM terus urus negara PADU: Rafizi mohon bantu daftar golongan kurang mahir digital Kes bunuh Zayn Rayyan, siasatan sudah 90%
Diskusi 8.30 pagi hari ini akan bersama Prof Madya Ts Dr Jessica Ong Hai, Pakar Psikologi Bahasa, Fakulti Pengajian dan Pengurusan Pertahanan, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia mengulas mengenai panduan batas-batas berbahasa bagi netizen ketika ini.
Antara fokus Awani Pagi bersama Fahmi Izzuddin & Nursyazwani Saiful Sham;
Isu golongan pencuri idea atau ciplak hasil rekaan dalam dunia fesyen tempatan, bukan perkara baru. Ikuti perspktif Zurina Kamarulzaman, Pensyarah Utama Jabatan Rekabentuk dan Komunikasi Visual, Politeknik Muadzam Shah dalam Awani Pagi 8.30.
Antara fokus Awani Pagi bersama Afiezy Azaman & Nursyazwani Saiful Sham;
Antara fokus Awani Pagi bersama Geegee Ahmad & Azib Zikry;
Antara fokus Awani Pagi bersama Geegee Ahmad & Fahmi Izzuddin - Kerajaan perlu yakinkan pengguna berkenaan sistem PADU - Perdana Menteri mahu Universiti hasilkan idea Baharu - Kekangan Bahasa masih jadi isu harian di agensi kerajaan #AWANInews #AWANIpagi
Diskusi 8.30 mengenai pertandingan e-sukan khusus yang direka bagi pelajar universiti di seluruh Asia, bagi memupuk persahabatan dan persaingan dalam komuniti kolej. Bersama tiga tetamu, Adib Abdullah, Setiausaha JBEA, Whidie Asra, Presiden AMPI (Malaysia) dan juga Ikon E-Sukan, Sharifah Alia Husna Syed Fakhrurrozi
Diskusi bersama Prof Dr Mohd Aziz, Profesor Jabatan Psikologi dan Kaunseling, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang akan menyentuh keperluan untuk individu menyayangi diri sendiri, demi kesihatan mental yang optimum #AWANIpagi
Antara fokus Awani Pagi bersama Fahmi Izzuddin & Azib Zikry - Amaran hujan tahap buruk di Pahang, Johor sehingga Ahad - PADU: Lebih 500,000 mendaftar, Selangor rekod pendaftaran tertinggi - Langkah Dubai: Rosol yakin kerajaan akan bertukar #AWANInews #AWANIpagi
Bersama Setiausaha Agung, Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Abdul Rahman Mohd Nordin bercakap mengenai usaha menyegerakan pelaksanaan skim upah yang lebih adil kepada penjawat awam, sebagaimana diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini. #AWANIpagi
Antara fokus Awani Pagi bersama Nursyazwani Saiful Sham & Fahmi Izzuddin - Sistem PADU lancar, lebih 100,000 berjaya didaftar - Elaun khas penjawat awam sebelum pelarasan gaji wajar dipertimbang - Banjir pulih di Kelantan, Pahang, Terengganu kembali banjir
Antara fokus Awani Pagi bersama Geegee Ahmad & Azib Zikry - PADU mampu elak ketirisan dalam pemberian subsidi, bantuan - PM - Zahid Hamidi sah terima laporan risikan sebelum, selepas pertemuan 'Langkah Dubai' - Tiga lepasan SPM, rakan didakwa rogol kanak-kanak 12 tahun #AWANInews
Diskusi pasca peluncuran PADU pada Selasa, mengenai cabaran-cabaran sistem penyampaian yang perlu diatasi untuk memastikan pelaksanaannya memanfaatkan golongan sasar. Bersama dua tetamu, Azlan Awang, Felo Kanan Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) dan Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir Mahidin, Ketua Perangkawan dalam Awani Pagi. #AWANIpagi
Antara fokus AWANI Pagi bersama Afiezy Azaman & Fahmi Izzuddin - Lagi cerita pelajar Malaysia susulan gempa di Jepun - Hampir 600,000 kemalangan dilapor sepanjang 2023 - 395,870 calon duduki SPM 2023 bermula bulan ini #AWANInews
Bersama Prof Madya Dr Mohd Mursyid Arshad membincangkan apa yang belia harapkan di tahun 2024 dan bagaimana usaha kerajaan bantu golongan ini menerusi peluncuran sistem PADU boleh beri manfaat serta diambil sepenuhnya oleh mereka. #AWANIpagi
Antara fokus AWANI Pagi bersama Geegee Ahmad dan Asyraf Roslan - PM: Kejayaan sebenar terletak pada kesejahteraan rakyat - Banjir di 3 negeri terus catat penurunan - Bekas menteri Palestin terbunuh dalam serangan udara Israel di Gaza #AWANInews
Ayuh revolusi diri sendiri! Ikuti AWANI Pagi dalam sesi temubual bersama Pakar Psikologi Kaunseling UPNM, Prof. Datuk Dr. Mohd Fadzil Che Din, untuk mencungkil rahsia dan tips 'reset' diri bersempena permulaan musim tahun baru. #AWANIpagi
Antara fokus AWANI Pagi bersama Afiezy Azaman & Azib Zikry - Perkembangan banjir di empat negeri - Banjir: Murid mangsa banjir dibenarkan memakai pakaian biasa ke sekolah - Perkembangan siasatan terhadap Tun Daim Zainuddin #AWANInews #Banjir2023
Awani Pagi bersama Afiezy Azaman dan Azib Zikry menumpukan kepada perkembangan terkini banjir khususnya di Pantai Timur. Dua tetamu, Sabri Muhammad, Timbalan Pengerusi Persatuan Prihatin Apam Putera dan Tuan Hassan Tuan Mohammad, AJK Pengurusan PPS Kg Pinang Baru, Bukit Besi, Dungun #AWANInews #Banjir2023
Awani Pagi bersama Afiezy Azaman dan Azib Zikry menumpukan kepada perkembangan terkini banjir khususnya di Pantai Timur. Dua tetamu, Sabri Muhammad, Timbalan Pengerusi Persatuan Prihatin Apam Putera dan Tuan Hassan Tuan Mohammad, AJK Pengurusan PPS Kg Pinang Baru, Bukit Besi, Dungun #AWANInews #Banjir2023
Sebelum melangkah ke tahun 2024, sejauh manakah kestabilan dan pembangunan negara tahun ini menuju ke Malaysia yang lebih baik? Ikuti diskusi dalam program AWANI Pagi bersama pakar yang akan membuka perspektif diskusi tempatan dan posisi negara di mata dunia. #AWANIPagi
Penyampai Fahmi Izzuddin dan Azib Zikry membawakan perkembangan terkini banjir di Pantai Timur bersama tetamu, Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat Jajahan Pasir Mas, Azizan Aziz dan Pengasas NGO ThirdForce, Raja Shamri Raja Hussin serta dua mangsa banjir masing-masing dari Tumpat dan Kuala Krai, Kelantan. #AWANInews