Talking about SocioReligious issues with Ustaz Ma'az Sallim, Ustaz Md Nazeeh Mohamad & Ustaz Raja Lutfil Hadi
Di dalam dunia yang semakin mencabar, si anak terhimpit diantara memenuhi keperluan keluarga dan ibu bapa. Data menunjukkan pada masa hadapan nanti, akan ada ramai penduduk orang tua di SG ini. Ditambah lagi dengan keadaan ekonomi yang tidak menentu, si anak perlu bekerja siang hari demi mencari sesuap rezeki untuk anak dan isteri. Maka bagaimana pula sekiranya mereka ada ibu ayah mereka yang perlu mereka berikan perhatian juga? Apakah jalan yang terbaik didalam memastikan perkara golongan ini dipelihara? Adakah wajar anak2 menghantarkan ibu bapa mereka di pusat penjagaan orang tua (Nursing Home/Elderly Day Care Center)
Bernikah lagi satu...satu isu besar yang sedang hebat diperbualkan oleh masyarakat. Bagaimana nak lihat isu ini? Bagaimana suami-isteri dapat pelajari daripada saga ini?
Selamat datang tahun 2023! Episod yang pertama pada 2023 ini kami bincangkan mengenai First Day of School (FDOS). Apakah amalan dan jangkaan yang harus diletakkan oleh ibu bapa kepada anak mereka? Imbas kembali sikit2 kisah sekolah kami.
Cuti sekolah sudahpun bermula...dengar2 ada yang dah start nak travel hujung minggu ni..? baik kita ulangkaji tentang adab bermusafir..semoga pelayaran kita diberkati...
Apa hukum orang Islam yang hadir dalam perayaan Halloween?
Kami bersembang mengenai: - Orang menggelabah bila whatsapp server down - Gen Z sekarang tak suka bebual kat phone. Lebih prefer whatsapp, itupun bila perlu. - podcast kami dah masuk tahun-3!
FULL SONG "Selawat Mash-Up" by The White Songkoks. Ustaz Nazeeh, Ustaz Raja Lutfilhadi, Ustaz Izaan & Ustaz Zuhayl. Feat. Hazim @The HAS Buskers Composer & Producer: Amir Mansor @Amirmansorstudio.
- Kami dapatkan laporan langsung daripada sahabat kami Ustaz Lutfi yang berada di Kundasang, Sabah. - Sedikit maklumat mengenai acara Maulid Gempaq! yang berlangsung Sabtu 8 Oktober 2022.
Kami mengupas mengenai hukum melakukan hubungan sesama jenis dalam Islam. Adakah hukum kekal atau boleh berubah?
- Skit 'bandaraya' - Bincang pasal pengalaman diet makanan - 3 tempat yang mesti anda ziarahi
Dunia semakin mengecil, perkembangan teknologi yang begitu pesat, telah menyajikan manusia kepelbagaian maklumat dan ilmu yang sekaligus, membentuk pemikiran. Namun, adakah kita bersikap kritis di dalam menerima maklumat yang terkandung di dalam internet dan media sosial? Sedarkah kita bahawa kandungan dalam media massa terselit halus dibelakangnya mesej dan pemikiran yang mampu mengoncangkan keimanan dan tauhid? Kami berikan beberapa contoh terkini daripada beberapa buah movie, serta panduan dan nasihat buat anak dan ibu bapa. Selamat mendengar!
[SPOILER ALERT] Kami tertarik dengan karakter hebat Wahid dan liku-liku dalam perjalanan perjuangan beliau dimana isterinya menjadi mangsa kekejaman pihak musuh. Namun, kami juga terkilan akan prinsip dan pegangan Wahid yang kurang bijak dalam mengimbangi tuntutan - antara isteri & perjuangan. Kami huraikan dan mengupas mengenai peranan suami secara amnya didalam mengimbangi tuntutan keluarga dan pekerjaan. Apa yang seharusnya dilakukan suami sekiranya isterinya benar2 memerlukannya, sedangkan si suami sedang bergiat dengan pekerjaan dan perjuangan?
"Orang Melayu mulia bukan kerana adat, kesultanan atau budaya, tetapi mulia kerana aqidah dan ketaqwaan kepada Allah..." begitulah diantara dialog Mat Kilau yang dapat kami pelajari. Banyak lagi pelajaran agama dan muhasabah yang telah kami lakukan sewaktu rakaman podcast. Semoga bermanfaat. Selamat mendengar! [SPOILER ALERT]
Kami terima kiriman soalan daripada seorang pendengar mengenai apakah dibenarkan dalam Islam, anak murid bersalaman dengan gurunya yang berlainan jantina?
Kami mengupas satu masalah mengenai suami yang dah tak jaga penampilan. Berat badan pon makin naik, dari size S kepada XL. Apa yang suami perlu tahu? dan apa yang boleh isteri lakukan?
Kami mengupas sebuah masalah rumahtangga yang diadukan mengenai suami yang malas bekerja, dan asik main game di rumah. Apa yang boleh dilakukan?
part 2. "Kalau Dah Jodoh Tak Kemana". Kami interview kisah jodoh Ustaz Zuhayli yang agak unik. Dalam episod ini, kami kongsikan juga tentang Solat Istikharah dan cara2 yang pelbagai yang boleh anda gunakan untuk mencari jodoh.
"Kalau Dah Jodoh Tak Kemana". Kami interview kisah jodoh Ustaz Zuhayli yang agak unik. Dalam episod ini, kami kongsikan juga tentang Solat Istikharah dan cara2 yang pelbagai yang boleh anda gunakan untuk mencari jodoh.
Ramai yang sebenarnya dalam diam-diam, mengikuti kes yang hangat diperbualkan di social media, iaitu Johnny Depp & Amber Heard. Kami berikan pandangan dan beberapa nasihat mengenai masalah rumahtangga dan isu media sosial.
Sebuah tweeter thread yang rare, dakwah terbuka seorang Pak Arab kepada Billionair terkemuka, Elon Musk. Kami kupas sedikit mengenai jawapan beliau dan mengenai soal Iman yang sememangnya tidak dapat diwarisi dari seorang ayah yang bertaqwa...
Bahagian 2 pasal kisah2 seram dan amalan pembenteng diri dari gangguan mahkluk halus.
Minggu ni di fyp semua cakap pasal kisah seram KKN. Kami pun ada lah nak kasi pendapat sikit serta pengalaman peribadi encounter dengan hantu. Apakah amalan2 yang boleh dijadikan pendiding supaya tidak diganggu?
Masih lagi minggu Open House! Kali ini kita kupas soalan DM pasal seorang yang keberatan nak melayan tetamu raya yang dia tak suka. Boleh tak dalam Islam kalau kita malas nak layan tetamu? Lagi2 tetamu tu memang kita menyampah keh keh keh...Apa yang seharusnya kita boleh lakukan? The Talking Dome memberikan pencerahan... Selamat Mendengar!
Kami kongsikan pengalaman sedikit beraya di perantauan sewaktu pengajian dulu...
Selamat Hari Raya dari kami TTD! Musim ziarah kembali lagi...kadang waktu ziarah rumah atau terima tetamu kan, kita buntu tak tau nak bebual pasal apa. Disini kami ada beberapa idea untuk mulakan/rancakkan perbualan :)
Apakah perkara2 yang boleh menambahkan lagi penghayatan ibadah kita pada Allah? Apakah ibadah itu hanya tertumpu pada hubungan Allah dengan hambaNya sahaja, atau hubungan hamba dengan hamba yang lain? Bagaimana nak menghayati doa yang selalu kita bacakan: Allahumma innaka 'afuwwun tuhibbul afwa fa'fu anna?
Salam 20 Ramadan! Kami kongsikan apa yang berlaku sepanjang 19 hari yg lepas: - Karenah jemaah - Tiktok "The White Songkoks" - Bazaar
Selamat Datang Bulan Yang Mulia! Ramadan Kareem! Sudahkah kita bersiap sedia menerima tetamu? Jangan biarkan ia berlalu tanpa disantuni.... Bagaimana boleh kita merebut peluang keemasan ini? Apa yang boleh kita lakukan dalam Ramadan? The Talking Dome berkongsi cerita sambil memberikan pesanan....
Minggu ni kita dengarkan pula beberapa pengalaman Ustaz Ma'az yang tak dapat dilupakan sepanjang menjalankan pernikahan. Adakah Ustaz Ma'az marah? Bagaimana Ustaz Ma'az dalam mengawal keadaan?
Apakah diantara pengalaman Ust Nazeeh yang tidak dapat dilupakan sewaktu menjalankan pernikahan? Apa yang perlu diketahui oleh bakal mempelai sebelum bernikah?
Kami dapati beberapa minggu ini terdapat artikel TODAY news mengenai sumbang mahram. Apakah itu sumbang mahram? Apakah kesannya kepada mangsa dan masyarakat? Apakah langkah yang sepatutnya dilakukan oleh ibu bapa untuk mencegah daripada berlakunya sumbang mahram? Bagaimana nak kawal hawa nafsu?
Selalu kita dengar: "Jangan bukak aib orang!" Tapi tau tak ada situasi dan masa yang dibenarkan untuk kita membuka aib orang. Namun, apa syarat2 nya? The Talking Dome memberikan pencerahan...
Perbualan tentang FYP - Aku Bukan Jodohnya bersama TTD.
Topik tentang Solat Jumaat sebelum masuk waktunya.
Dengarkan pengalaman & Pengajaran pindah rumah bagi ustaz Nazeeh
Dengarkan pengalaman & Pengajaran pindah rumah bagi ustaz Ma'az.
Kami cuba bayangkan senario-senario yang mungkin boleh berlaku di alam metaverse dan implikasinya kepada agama.
Kita sambung sembang pasal peranan wali dan juga mertua dalam keharmonian rumahtangga anak mereka. Apa yang boleh dan apa yang tidak boleh lakukan sebagai ibu bapa? Kami akhiri dengan nasihat umum untuk bakal mempelai sebagai panduan.
Kami sempat menemuramah Pendaftar bagi Pejabat Pernikahan Orang-Orang Islam Singapura (ROMM), Ust Nor Razak untuk bertanyakan pendapat beliau tentang pernikahan zaman dulu & sekarang. Masalah wali yang enggan izinkan anaknya bernikah, wali yang memaksa dan sebagainya.
Kami bentangkan beberapa ciri-ciri yang perlu anda jauhi daripada mengambil hukum daripada pendakwah media sosial hari ini yang semakin global dan berleluasa.
Baru-baru ini fyp kami keluar tentang Anuar Zain yang dikatakan sedang bersama sekumpulan tabligh. Beliau menarik teh sambil bernyanyi. Adakah benar beliau sudah bertabligh? Kami juga cuba mengetengahkan sedikit tentang aktiviti jemaah tabligh dengan menghubungi seorang ustaz yang juga dikalangan jemaah tabligh untuk mendapatkan maklumat dan pandangan.
Erti baju dan friendship sebenar dalam Islam.
FYP kali ini membahas isu di Afghanistan dan apa pengajaran yang boleh kita ambil selaku rakyat Muslim Singapura.
Kami berkongsi pengalaman menjaga Safe Entry di masjid selama lebih setahun, dan harapan kami untuk menghadapi jadual kerja baru kami.