Waroeng Baru

Follow Waroeng Baru
Share on
Copy link to clipboard

Siaran daripada Waroeng Baru, sebuah kolektif memperjuangkan masyarakat mandiri, bermaruah dan bermartabat.

Waroeng Baru


    • Sep 5, 2021 LATEST EPISODE
    • infrequent NEW EPISODES
    • 1h 10m AVG DURATION
    • 26 EPISODES


    Search for episodes from Waroeng Baru with a specific topic:

    Latest episodes from Waroeng Baru

    Ekonomi yang kita perlukan selepas badai COVID-19 [EDISI RINGKAS]

    Play Episode Listen Later Sep 5, 2021 60:34


    [Ini merupakan edisi ringkas episod minggu ini] Apakah jalan ke hadapan untuk membangunkan semula ekonomi setelah dilanda badai COVID-19? Kita tidak boleh sekadar pulang ke asal, dan membenarkan kembalinya struktur ekonomi yang mengayakan hanya segelintir dan memerah hampir ke semua yang lain. Ekonomi yang dibangunkan semula pasca pandemik perlulah bersifat lebih adil dan saksama, dan mementingkan kesejahteraan hidup rakyat, keadilan sosial dan perlindungan alam sekitar. Jelas kita perlu meninggalkan gaya hidup dan aktiviti yang bersifat eksploitasi dan hanya berkiblatkan keuntungan semata-mata. Dalam finale musim ini, Prof Jomo Kwame Sundaram, tokoh ekonomi negara, berkongsi sedikit sebanyak tentang sejarah perkembangan ekonomi kita sejak era 80-an sehingga hari ini, dan implikasi tindakan-tindakan dasar yang diambil kepada kita hari ini. Dia juga menjelaskan sebab-sebab mengapa industri tempatan harus diperkasakan semula secara efektif, dan tidak hanya bergantung kepada aliran pelaburan dari luar. Kita juga membincangkan isu kelompongan pemimpin muda, kembalinya akta hasutan, dan penyahwartaan Hutan Simpan Kuala Langat. Episod ini dirakam pada 4 September 2021. Maklumat lanjut tentang episod ini di www.waroengbaru.com -------- Sokongan anda membantu Waroeng Baru membawa perbincangan dan isu rakyat kepada tatapan ramai. Berikan sumbangan anda untuk mengembangkan media bebas dan bermartabat di www.patreon.com/waroengbaru Kredit muzik tema: Kleptotonic Swing oleh Tri-Tachyon https://soundcloud.com/tri-tachyon/kleptotonic-swing-fix --- Send in a voice message: https://anchor.fm/waroeng-baru/message

    Ekonomi yang kita perlukan selepas badai COVID-19

    Play Episode Listen Later Sep 5, 2021 91:10


    Apakah jalan ke hadapan untuk membangunkan semula ekonomi setelah dilanda badai COVID-19? Kita tidak boleh sekadar pulang ke asal, dan membenarkan kembalinya struktur ekonomi yang mengayakan hanya segelintir dan memerah hampir ke semua yang lain. Ekonomi yang dibangunkan semula pasca pandemik perlulah bersifat lebih adil dan saksama, dan mementingkan kesejahteraan hidup rakyat, keadilan sosial dan perlindungan alam sekitar. Jelas kita perlu meninggalkan gaya hidup dan aktiviti yang bersifat eksploitasi dan hanya berkiblatkan keuntungan semata-mata. Dalam finale musim ini, Prof Jomo Kwame Sundaram, tokoh ekonomi negara, berkongsi sedikit sebanyak tentang sejarah perkembangan ekonomi kita sejak era 80-an sehingga hari ini, dan implikasi tindakan-tindakan dasar yang diambil kepada kita hari ini. Dia juga menjelaskan sebab-sebab mengapa industri tempatan harus diperkasakan semula secara efektif, dan tidak hanya bergantung kepada aliran pelaburan dari luar. Kita juga membincangkan isu kelompongan pemimpin muda, kembalinya akta hasutan, dan penyahwartaan Hutan Simpan Kuala Langat. Episod ini dirakam pada 4 September 2021. Maklumat lanjut tentang episod ini di www.waroengbaru.com -------- Sokongan anda membantu Waroeng Baru membawa perbincangan dan isu rakyat kepada tatapan ramai. Berikan sumbangan anda untuk mengembangkan media bebas dan bermartabat di www.patreon.com/waroengbaru Kredit muzik tema: Kleptotonic Swing oleh Tri-Tachyon https://soundcloud.com/tri-tachyon/kleptotonic-swing-fix --- Send in a voice message: https://anchor.fm/waroeng-baru/message

    Maksud sebuah parlimen dan reformasi yang dinantikan [EDISI RINGKAS]

    Play Episode Listen Later Aug 29, 2021 65:00


    [Ini merupakan edisi ringkas episod minggu ini] Setelah berbulan menanti parlimen buka, ia dibuka dan ditutup dalam masa seminggu dan disusuli perubahan kerajaan dalam masa seminggu. Pada masa yang sama, perubahan perdana menteri pula berlaku hampir keseluruhannya disebabkan aktiviti luar parlimen, dan keputusan-keputusan yang dibuat sejak awal tahun ini masih belum dapat diperbahaskan dengan khusus. Episod kali ini menampilkan Idzuafi Hadi Kamilan, Pengarah Eksekutif di Institut Reformasi Politik dan Demokrasi (REFORM), yang memberikan pandangan dan penjelasan beliau tentang perkembangan-perkembangan badan perundangan tertinggi negara. Episod ini dirakam pada 28 Ogos 2021. Maklumat lanjut tentang episod ini di www.waroengbaru.com -------- Sokongan anda membantu Waroeng Baru membawa perbincangan dan isu rakyat kepada tatapan ramai. Berikan sumbangan anda untuk mengembangkan media bebas dan bermartabat di www.patreon.com/waroengbaru Kredit muzik tema: Kleptotonic Swing oleh Tri-Tachyon https://soundcloud.com/tri-tachyon/kleptotonic-swing-fix --- Send in a voice message: https://anchor.fm/waroeng-baru/message

    Maksud sebuah parlimen dan reformasi yang dinantikan

    Play Episode Listen Later Aug 29, 2021 101:16


    Setelah berbulan menanti parlimen buka, ia dibuka dan ditutup dalam masa seminggu dan disusuli perubahan kerajaan dalam masa seminggu. Pada masa yang sama, perubahan perdana menteri pula berlaku hampir keseluruhannya disebabkan aktiviti luar parlimen, dan keputusan-keputusan yang dibuat sejak awal tahun ini masih belum dapat diperbahaskan dengan khusus. Episod kali ini menampilkan Idzuafi Hadi Kamilan, Pengarah Eksekutif di Institut Reformasi Politik dan Demokrasi (REFORM), yang memberikan pandangan dan penjelasan beliau tentang perkembangan-perkembangan badan perundangan tertinggi negara. Kita juga membincangkan perjanjian rentas parti atau CSA, hak anti-vaksin, dan kewajaran mempercepatkan dos sokongan vaksin. Episod ini dirakam pada 28 Ogos 2021. Maklumat lanjut tentang episod ini di www.waroengbaru.com -------- Sokongan anda membantu Waroeng Baru membawa perbincangan dan isu rakyat kepada tatapan ramai. Berikan sumbangan anda untuk mengembangkan media bebas dan bermartabat di www.patreon.com/waroengbaru Kredit muzik tema: Kleptotonic Swing oleh Tri-Tachyon https://soundcloud.com/tri-tachyon/kleptotonic-swing-fix --- Send in a voice message: https://anchor.fm/waroeng-baru/message

    Perlukah aktivisme bingit untuk berkesan? [EDISI RINGKAS]

    Play Episode Listen Later Aug 22, 2021 42:57


    [Ini merupakan edisi ringkas episod minggu ini] Aktivisme sering dikaitkan dengan gangguan dan perbuatan yang akan menyebabkan kesusahan orang ramai, namun ia juga unsur penting dalam masyarakat yang sihat. Dalam keadaan COVID-19, ruang aktivisme masyarakat madani menjadi lebih terbatas kerana faktor kesihatan yang menyebabkan perubahan gerak kerja yang ketara. Impak wabak itu juga telah mendedahkan keparahan masalah yang kita hadapi, dan mewujudkan gerakan dan generasi aktivis yang baru. Kita membahaskan semua ini bersama Zikri Rahman, aktivis masyarakat, penyelidik, dan penulis, dalam episod ini. Episod ini dirakam pada 21 Ogos 2021. ==== Sokongan anda membantu Waroeng Baru membawa perbincangan dan isu rakyat kepada tatapan ramai. Berikan sumbangan anda untuk mengembangkan media bebas dan bermartabat di www.patreon.com/waroengbaru Kredit muzik tema: Kleptotonic Swing oleh Tri-Tachyon https://soundcloud.com/tri-tachyon/kleptotonic-swing-fix --- Send in a voice message: https://anchor.fm/waroeng-baru/message

    Perlukah aktivisme bingit untuk berkesan?

    Play Episode Listen Later Aug 22, 2021 78:25


    Aktivisme sering dikaitkan dengan gangguan dan perbuatan yang akan menyebabkan kesusahan orang ramai, namun ia juga unsur penting dalam masyarakat yang sihat. Dalam keadaan COVID-19, ruang aktivisme masyarakat madani menjadi lebih terbatas kerana faktor kesihatan yang menyebabkan perubahan gerak kerja yang ketara. Impak wabak itu juga telah mendedahkan keparahan masalah yang kita hadapi, dan mewujudkan gerakan dan generasi aktivis yang baru. Kita membahaskan semua ini bersama Zikri Rahman, aktivis masyarakat, penyelidik, dan penulis, dalam episod ini. Kita juga melihat kepulangan UMNO ke kerusi PM, pergolakan terkini di Afghanistan, dan keluasan kuasa polis yang merunsingkan. Episod ini dirakam pada 21 Ogos 2021. ==== Sokongan anda membantu Waroeng Baru membawa perbincangan dan isu rakyat kepada tatapan ramai. Berikan sumbangan anda untuk mengembangkan media bebas dan bermartabat di www.patreon.com/waroengbaru Kredit muzik tema: Kleptotonic Swing oleh Tri-Tachyon https://soundcloud.com/tri-tachyon/kleptotonic-swing-fix --- Send in a voice message: https://anchor.fm/waroeng-baru/message

    Ekonomi maju, gaji mundur [EDISI RINGKAS]

    Play Episode Listen Later Jul 26, 2021 62:24


    [Ini merupakan edisi ringkas episod minggu ini. Episod penuh boleh didapati di saluran Di Waroeng Baru melalui Spotify, Google Podcast, dan aplikasi podcast pilihan anda.] Kerja keras tapi tidak kaya-kaya itu kita sudah biasa dengar, tapi kalua kerja keras jadi lagi miskin… macam mana tu? Tahun lalu gaji purata di Malaysia dilaporkan turun 9%, antaranya disebabkan kesan pandemik. Namun trend gaji yang mendatar dan tidak meningkat mengikut inflasi mahupun pertumbuhan ekonomi sebenarnya sudah lama berlaku. Kita bersama dengan Dr Melati Nungsari minggu ini, seorang pakar mikroekonomi yang menjelaskan sebab-sebab di sebalik fenomena ini, dan apakah langkah yang boleh diambil untuk mengubahnya. Episod ini dirakam pada 25 Julai 2021. Sumber dan bacaan lanjut di waroengbaru2020.wordpress.com ==== Sokongan anda membantu Waroeng Baru membawa perbincangan dan isu rakyat kepada tatapan ramai. Berikan sumbangan anda untuk mengembangkan media bebas dan bermartabat di www.patreon.com/waroengbaru Kredit muzik tema: Kleptotonic Swing oleh Tri-Tachyon https://soundcloud.com/tri-tachyon/kleptotonic-swing-fix --- Send in a voice message: https://anchor.fm/waroeng-baru/message

    Ekonomi maju, gaji mundur

    Play Episode Listen Later Jul 26, 2021 95:22


    Kerja keras tapi tidak kaya-kaya itu kita sudah biasa dengar, tapi kalua kerja keras jadi lagi miskin… macam mana tu? Tahun lalu gaji purata di Malaysia dilaporkan turun 9%, antaranya disebabkan kesan pandemik. Namun trend gaji yang mendatar dan tidak meningkat mengikut inflasi mahupun pertumbuhan ekonomi sebenarnya sudah lama berlaku. Kita bersama dengan Dr Melati Nungsari minggu ini, seorang pakar mikroekonomi yang menjelaskan sebab-sebab di sebalik fenomena ini, dan apakah langkah yang boleh diambil untuk mengubahnya. Kita juga membincangkan sidang khas parlimen yang akan bermula hari ini, konvoi lawan yang berlangsung di seluruh negara, dan perkembangan terkini hartal doctor kontrak. Episod ini dirakam pada 25 Julai 2021. Senarai rujukan terdapat di waroengbaru2020.wordpress.com ==== Sokongan anda membantu Waroeng Baru membawa perbincangan dan isu rakyat kepada tatapan ramai. Berikan sumbangan anda untuk mengembangkan media bebas dan bermartabat di www.patreon.com/waroengbaru Kredit muzik tema: Kleptotonic Swing oleh Tri-Tachyon https://soundcloud.com/tri-tachyon/kleptotonic-swing-fix Kandungan episod: 3 Isu Mesti Tahu 1:22.9 Persidangan Khas Parlimen 01:52.9 Protes #Lawan diteruskan walaupun diintimidasi 08:42.7 Hartal Doktor Kontrak berlangsung 21:18.6 Pengenalan Ekonomi Naik Gaji Mundur 24:53.1 Masyarakat akan terbahagi dua akibat jurang pengagihan wang 30:04.5 Permintaan dan penawaran dalam pasaran buruh 38:14.9 Kesan Gaji pertama rendah 43:35.0 Gaji rendah dalam pandemik 49:13.0 Paras gaji pekerja migran juga penting 55:31.5 Pekerjaan bukan sekadar nama 59:36.0 Mobiliti sosial semakin teruk 07:54.9 Gaji minima vs gaji wajar 14:30.6 Kita perlukan perubahan dan UBI 20:18.4 Nak tengok apa minggu ini? 26:53.1 --- Send in a voice message: https://anchor.fm/waroeng-baru/message

    Kisah sebalik gerakan hartal: doktor kontrak sudah puas menanti kepastian [Edisi Ringkas]

    Play Episode Listen Later Jul 19, 2021 57:42


    [Ini merupakan edisi ringkas episod minggu ini. Episod penuh boleh didapati di saluran Di Waroeng Baru melalui Spotify, Google Podcast, dan aplikasi podcast pilihan anda.] Hari ini terdapat lebih 23,000 orang doctor kontrak yang berkhidmat dalam system kesihatan awam sejak 2016, dan masa hadapan mereka masih belum jelas. Ini bukan sahaja menjejaskan kemajuan pekerjaan mereka tetapi mengundang masalah yang lebih besar untuk system kesihatan awam sekiranya mereka tidak meneruskan perkhidmatan mereka setelah tamat tempoh kontrak sedia ada. Kita mendapatkan perkembangan lanjut tentang isu doktor kontrak dan hartal yang dirancang bersama Dr Sabarina daripada Hartal Doktor Kontrak, dan penjelasan tentang apa yang dituntut gerakan tersebut. Episod ini dirakam pada 11 Julai 2021. Bahan dan rujukan minggu ini boleh didapati di https://waroengbaru2020.wordpress.com/2021/07/19/di-sebalik-gerakan-hartal-doktor-kontrak-puas-menanti-kepastian/ ==== Sekiranya anda merasakan bahan daripada Waroeng Baru itu bermanfaat, apa kata anda berikan sumbangan melalui Patreon kami di www.patreon.com/waroengbaru Kredit muzik tema: Kleptotonic Swing oleh Tri-Tachyon https://soundcloud.com/tri-tachyon/kleptotonic-swing-fix --- Send in a voice message: https://anchor.fm/waroeng-baru/message

    Kisah sebalik gerakan hartal: doktor kontrak sudah puas menanti kepastian

    Play Episode Listen Later Jul 19, 2021 77:26


    Hari ini terdapat lebih 23,000 orang doctor kontrak yang berkhidmat dalam system kesihatan awam sejak 2016, dan masa hadapan mereka masih belum jelas. Ini bukan sahaja menjejaskan kemajuan pekerjaan mereka tetapi mengundang masalah yang lebih besar untuk system kesihatan awam sekiranya mereka tidak meneruskan perkhidmatan mereka setelah tamat tempoh kontrak sedia ada. Kita mendapatkan perkembangan lanjut tentang isu doktor kontrak dan hartal yang dirancang bersama Dr Sabarina daripada Hartal Doktor Kontrak, dan penjelasan tentang apa yang dituntut gerakan tersebut. Episod ini turut membincangkan demonstrasi di Dataran Merdeka dan Majlis Pemulihan Negara yang diumumkan pemerintah. Kandungan episod Demonstrasi di dataran dan cepatnya kompaun 01:23.3 Penjenamaan semula Majlis Pemulihan Negara 06:13.7 Pengenalan Hartal Dr Kontrak 14:53.5 Apa status semasa Dr Kontrak 18:00.4 Mengapa berkhidmat di sektor swasta bukan satu pilihan? 25:39.4 Gerakan hartal ini tidak mendatangkan risiko kepada dr-dr sendiri? 30:47.0 Mengapa kami buat hartal 42:07.1 Apa istimewanya doktor kontrak? 45:52.6 Rakyat sangat bergantung kepada sektor kesihatan awam 50:14.0 Kesan korupsi dalam sistem 57:41.5 Apa akan berlaku pada hari hartal 01:21.8 Pilihan minggu ini 11:32.0 Episod ini dirakam pada 11 Julai 2021. Bahan dan rujukan minggu ini boleh didapati di https://waroengbaru2020.wordpress.com/2021/07/19/di-sebalik-gerakan-hartal-doktor-kontrak-puas-menanti-kepastian/ ==== Sekiranya anda merasakan bahan daripada Waroeng Baru itu bermanfaat, apa kata anda berikan sumbangan melalui Patreon kami di www.patreon.com/waroengbaru Kredit muzik tema: Kleptotonic Swing oleh Tri-Tachyon https://soundcloud.com/tri-tachyon/kleptotonic-swing-fix --- Send in a voice message: https://anchor.fm/waroeng-baru/message

    Penumpuan kuasa dan pembolotan demokrasi oleh golongan elit dan cara-cara menghadapinya [EDISI RINGKAS]

    Play Episode Listen Later Jul 11, 2021 64:07


    [Ini merupakan edisi ringkas episod minggu ini. Episod penuh boleh didapati di saluran Di Waroeng Baru melalui Spotify, Google Podcast, dan aplikasi podcast pilihan anda.] Rata-rata kita semua sudah lesu upaya mendengar kerenah golongan kayangan yang menjadi pemerintah kita, dan pada masa yang sama kita juga terpaksa menjadi mangsa kelemahan mereka mentadbir. Ini antara impak apabila sesebuah demokrasi itu semakin diboloti oleh sekumpulan elit yang kecil yang akan meletakkan kepentingan mereka mendahului rakyat terbanyak. Ia bukan sahaja akan menghinggapi institusi-institusi politik, tetapi juga terhadap dunia perniagaan, media, dan budaya. Akhirnya, hak warga biasa semakin terhakis, dan kebajikan mereka tidak terbela. Kita bersama Raja Iskandar Fareez daripada badan pemikir REFSA untuk membincangkan fenomena pembolotan demokrasi oleh golongan elit, dan apakah cara-cara untuk menghadapi suasana sebegini. Rujukan minggu ini di blog Waroeng Baru: https://waroengbaru2020.wordpress.com/2021/07/11/penumpuan-kuasa-dan-pembolotan-demokrasi-oleh-golongan-elit-dan-cara-cara-menghadapinya/ Episod ini dirakam pada 11 Julai 2021. Sekiranya anda merasakan bahan daripada Waroeng Baru itu bermanfaat, apa kata anda berikan sumbangan melalui Patreon kami di www.patreon.com/waroengbaru Kredit muzik tema: Kleptotonic Swing oleh Tri-Tachyon https://soundcloud.com/tri-tachyon/kleptotonic-swing-fix --- Send in a voice message: https://anchor.fm/waroeng-baru/message

    Penumpuan kuasa dan pembolotan demokrasi oleh golongan elit dan cara-cara menghadapinya

    Play Episode Listen Later Jul 11, 2021 90:40


    Rata-rata kita semua sudah lesu upaya mendengar kerenah golongan kayangan yang menjadi pemerintah kita, dan pada masa yang sama kita juga terpaksa menjadi mangsa kelemahan mereka mentadbir. Ini antara impak apabila sesebuah demokrasi itu semakin diboloti oleh sekumpulan elit yang kecil yang akan meletakkan kepentingan mereka mendahului rakyat terbanyak. Ia bukan sahaja akan menghinggapi institusi-institusi politik, tetapi juga terhadap dunia perniagaan, media, dan budaya. Akhirnya, hak warga biasa semakin terhakis, dan kebajikan mereka tidak terbela. Kita bersama Raja Iskandar Fareez daripada badan pemikir REFSA untuk membincangkan fenomena pembolotan demokrasi oleh golongan elit, dan apakah cara-cara untuk menghadapi suasana sebegini. Episod ini juga melihat perkembangan situasi kelumpuhan sistem perkhidmatan awam, khususnya di Lembah Klang, serta sambungan kejadian intimidasi terhadap pembikin-pembikin filem “Chilli Powder and Thinner” serta organisasi yang terlibat. Kandungan Episod: Hospital Lembah Klang lumpuh 01:06.0 Siasatan terhadap pembikin filem "Chili Powder and Thinner" 14:24.5 Pengenalan pembolotan demokrasi 16:50.0 Penumpuan kuasa sentiasa berlaku 23:40.0 Pendekatan top-down lebih berkesan atau tidak 31:52.6 Bagaimana mahu mengambil balik kuasa 48:55.8 Kenali struktur demokrasi 01:34.5 Mengurangkan insentif untuk pemusatan kuasa 15:00.7 Pilihan minggu ini 21:29.1 Rujukan minggu ini di blog Waroeng Baru: https://waroengbaru2020.wordpress.com/2021/07/11/penumpuan-kuasa-dan-pembolotan-demokrasi-oleh-golongan-elit-dan-cara-cara-menghadapinya/ Episod ini dirakam pada 11 Julai 2021. Sekiranya anda merasakan bahan daripada Waroeng Baru itu bermanfaat, apa kata anda berikan sumbangan melalui Patreon kami di www.patreon.com/waroengbaru Kredit muzik tema: Kleptotonic Swing oleh Tri-Tachyon https://soundcloud.com/tri-tachyon/kleptotonic-swing-fix --- Send in a voice message: https://anchor.fm/waroeng-baru/message

    Hak Pekerja Tidak Terjamin (EDISI RINGKAS)

    Play Episode Listen Later Jul 4, 2021 62:17


    [Ini merupakan edisi ringkas episod minggu ini. Episod penuh boleh didapati di saluran Di Waroeng Baru melalui Spotify, Google Podcast, dan aplikasi podcast pilihan anda.] Episod kali ini membincangkan keadaan hak pekerja di Malaysia dan ruang berpersatuan melalui kesatuan sekerja, bersama tetamu undangan, Adrian Pereira daripada North South Initiative. Laporan Global Rights Index 2021 menunjukkan suasana hak pekerja di Malaysia merosot, dengan rumusan bahawa hak pekerja tidak terjamin dalam negara. Ini disebabkan kewujudan pelbagai kekangan daripada segenap sudut, termasuk yang membataskan usaha pekerja dalam negara untuk berpersatuan. Ini memberi kesan kepada kuasa permintaan golongan pekerja, lebih-lebih lagi dalam suasana pandemik. Adrian memberikan gambaran keadaan pekerja di Malaysia, dan juga menjelaskan mengapa usaha secara kelompok sangat penting dalam melindungi kebajikan masyarakat. Ia juga merupakan salah satu saluran demokrasi yang memberikan suara dan perwakilan kepada individu bagi menghadapi kuasa-kuasa politik dan ekonomi yang lebih besar. Sekiranya anda merasakan bahan daripada Waroeng Baru itu bermanfaat, apa kata anda berikan sumbangan melalui Patreon kami di www.patreon.com/waroengbaru Soalan minggu ini: Adakah anda bersedia untuk menjadi ahli persatuan pekerja? Sampaikan jawapan anda melalui akaun social media kami di twitter (@waroengbaru). Episod ini dirakam pada 3 Julai 2021. --- Kredit muzik tema: Kleptotonic Swing oleh Tri-Tachyon https://soundcloud.com/tri-tachyon/kleptotonic-swing-fix --- Send in a voice message: https://anchor.fm/waroeng-baru/message

    Hak Pekerja Tidak Terjamin

    Play Episode Listen Later Jul 4, 2021 87:50


    Episod kali ini membincangkan keadaan hak pekerja di Malaysia dan ruang berpersatuan melalui kesatuan sekerja, bersama tetamu undangan, Adrian Pereira daripada North South Initiative. Laporan Global Rights Index 2021 menunjukkan suasana hak pekerja di Malaysia merosot, dengan rumusan bahawa hak pekerja tidak terjamin dalam negara. Ini disebabkan kewujudan pelbagai kekangan daripada segenap sudut, termasuk yang membataskan usaha pekerja dalam negara untuk berpersatuan. Ini memberi kesan kepada kuasa permintaan golongan pekerja, lebih-lebih lagi dalam suasana pandemik. Adrian memberikan gambaran keadaan pekerja di Malaysia, dan juga menjelaskan mengapa usaha secara kelompok sangat penting dalam melindungi kebajikan masyarakat. Ia juga merupakan salah satu saluran demokrasi yang memberikan suara dan perwakilan kepada individu bagi menghadapi kuasa-kuasa politik dan ekonomi yang lebih besar. Episod ini turut membincangkan kempen bendera hitam #Lawan, dan kepentingan usaha kolektif seperti itu diadakan secara berterusan. Kita juga melihat perkembangan PKP yang lebih ketat khususnya di lembah Klang, yang akhirnya dapat mengawal penularan Covid-19. Sekiranya anda merasakan bahan daripada Waroeng Baru itu bermanfaat, apa kata anda berikan sumbangan melalui Patreon kami di www.patreon.com/waroengbaru Soalan minggu ini: Adakah anda bersedia untuk menjadi ahli persatuan pekerja? Sampaikan jawapan anda melalui akaun social media kami di twitter (@waroengbaru). Episod ini dirakam pada 3 Julai 2021. Kandungan episod: Pengenalan Adrian Pereira 00:18.1 Kempen #lawan dan bendera hitam 05:20.5 PKPD di Selangor dan lembah Klang 11:28.4 Indeks Global Rights 23:35.7 Usaha union-busting 25:22.5 Kenapa perlu kesatuan sekerja 30:04.7 Hak buruh juga isu politik 36:42.0 Kenapa union cuba dilemahkan 39:06.6 Menuntut gaji bermaruah 43:52.5 Suasana pemerdagangan manusia di Malaysia yang merosot 45:40.2 Orang Malaysia tak nak buat kerja 3D 49:59.9 Kebergantungan kepada tenaga kerja luar yang merugikan 59:07.2 Contoh kesatuan yang berjaya 06:19.8 Maklumat lanjut tentang hak dan kesatuan sekerja 09:14.6 Sumbang ke Waroeng Baru 19:45.7 Pilihan minggu ini 20:44.5 Dapatkan senarai rujukan di blog Waroeng Baru https://waroengbaru2020.wordpress.com/2021/07/04/hak-pekerja-tidak-terjamin/ Kredit muzik tema: Kleptotonic Swing oleh Tri-Tachyon https://soundcloud.com/tri-tachyon/kleptotonic-swing-fix --- Send in a voice message: https://anchor.fm/waroeng-baru/message

    Doktor Kontrak Nak Mogok: Bersolidariti demi kelestarian sistem dan perlindungan pekerja [EDISI RINGKAS]

    Play Episode Listen Later Jun 28, 2021 43:49


    [Ini merupakan edisi ringkas episod minggu ini. Episod penuh boleh didapati di saluran Di Waroeng Baru melalui Spotify, Google Podcast, dan aplikasi podcast pilihan anda.] Khabar golongan doktor kontrak akan mogok sedang hangat diperkatakan. Isu skim kontrak dan ketidaktentuan khususnya untuk generasi doktor muda ini telah berlarutan selama bertahun. Apabila keperluan perkhidmatan perubatan yang mencanak naik semasa pandemik, ramai yang telah sampai ke titik pecah. Ini bukan sahaja memberikan implikasi kepada masa depan doktor-doktor yang terkesan, tetapi juga kepada sistem dan kualiti perkhidmatan yang diberi di jangka masa panjang. Dalam episod ini, tetamu undangan Aisha Adam memberikan penjelasan tentang latar belakang isu ini, dan suasana sistemik yang masih belum dirawat sehingga hari ini. Sekiranya anda merasakan bahan daripada Waroeng Baru itu bermanfaat, apa kata anda berikan sumbangan melalui Patreon kami di www.patreon.com/waroengbaru Soalan minggu ini: Pekerjaan apa yang dipandang mulia dan mendapat layanan baik di Malaysia? Sampaikan jawapan anda melalui akaun social media kami di twitter (@waroengbaru). ----- Kredit muzik tema: Kleptotonic Swing oleh Tri-Tachyon https://soundcloud.com/tri-tachyon/kleptotonic-swing-fix --- Send in a voice message: https://anchor.fm/waroeng-baru/message

    Doktor Kontrak Nak Mogok: Bersolidariti demi kelestarian sistem dan perlindungan pekerja

    Play Episode Listen Later Jun 27, 2021 92:17


    Khabar golongan doktor kontrak akan mogok sedang hangat diperkatakan. Isu skim kontrak dan ketidaktentuan khususnya untuk generasi doktor muda ini telah berlarutan selama bertahun. Apabila keperluan perkhidmatan perubatan yang mencanak naik semasa pandemik, ramai yang telah sampai ke titik pecah. Ini bukan sahaja memberikan implikasi kepada masa depan doktor-doktor yang terkesan, tetapi juga kepada sistem dan kualiti perkhidmatan yang diberi di jangka masa panjang. Dalam episod ini, tetamu undangan Aisha Adam memberikan penjelasan tentang latar belakang isu ini, dan suasana sistemik yang masih belum dirawat sehingga hari ini. Kita juga membincangkan perkembangan terkini tentang perbahasan pembukaan semula Parlimen, dan sama ada ia hanya taktik melengahkan sedangkan penyelesaian perlu dicapai segera untuk mengubah kadar kematian, kehilangan pekerjaan, penutupan perniagaan yang semakin mengeruh. Episod ini juga melihat perkembangan terkini rang undang-undang di Amerika untuk mengawal dan memecah monopoli dalam kalangan syarikat gergasi teknologi, agar dapat mewujudkan lapangan persaingan yang lebih sihat. Sekiranya anda merasakan bahan daripada Waroeng Baru itu bermanfaat, apa kata anda berikan sumbangan melalui Patreon kami di www.patreon.com/waroengbaru Soalan minggu ini: Pekerjaan apa yang dipandang mulia dan mendapat layanan baik di Malaysia? Sampaikan jawapan anda melalui akaun social media kami di twitter (@waroengbaru). Episod ini dirakam pada 26 Jun 2021 Kandungan episod 1. Siapa boleh buka parlimen? 1:26 2. RUU pecah monopoli syarikat gergasi teknologi di USA 22:05 3. Hartal Doktor Kontrak 41:19 4. Latar belakang doktor kontrak 42:48 5. Terlebih graduan, kurang doctor 56:21 6. Pengalaman negara-negara lain 1:02:08 7. Kelestarian kerjaya perubatan 1:07:47 8. Solidariti untuk usaha melindungi pekerja 1:15:14 9. Cadangan-cadangan minggu ini 1:24:30 --- Kredit muzik tema: Kleptotonic Swing oleh Tri-Tachyon https://soundcloud.com/tri-tachyon/kleptotonic-swing-fix --- Send in a voice message: https://anchor.fm/waroeng-baru/message

    Bising saja tak jadi, kena buat kerja juga: pengalaman Malaysian Fitnes Coalition dan sektor fitness mengharungi PKP

    Play Episode Listen Later Jun 20, 2021 94:24


    Usaha dan tugas mengatur pergerakan itu seperti namanya, ia melibatkan kerja di lapangan. Minggu ini kita berpeluang mendengar pengalaman mengatur pergerakan sector kecergasan ‘fitness ‘ dalam menghadapi cabaran-cabaran PKP sejak tahun lalu daripada Toh Yen Kee, wakil Malaysian Fitness Coalition. Gabungan tersebut melibatkan pengusaha-pengusaha sector tersebut dari pelbagai saiz dan hari ini terdiri dari lebih 230 syarikat. Mereka telah mengambil Langkah proaktif untuk bersatu dalam usaha mereka meyakinkan kerajaan untuk membenarkan operasi sector kecergasan, dan juga merangka SOP yang terperinci sebagai sebuah bentuk penyelesaian. Episod kali ini turut membincangkan perkembangan terkini pembukaan parlimen dan kemungkinan tercetus krisis perlembagaan, masalah xenophobia terhadap pekerja migran (pekerja asing) yang berterusan, dan resolusi terkini Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) yang mengecam pentadbiran tentera di Myanmar dan menghalang penjualan senjata kepada kerajaan tersebut. Sekiranya anda merasakan bahan daripada Waroeng Baru itu bermanfaat, apa kata anda berikan sumbangan melalui Patreon kami di www.patreon.com/waroengbaru Soalan minggu ini: Adakah anda ingin melihat Jemaah Menteri bertanding dalam sebuah pertandingan menari ala ‘So You Think You Can Dance?” Sampaikan jawapan anda melalui akaun social media kami di twitter (@waroengbaru). Terima kasih kami ucapkan

    Masyarakat He-Man, Masyarakat Berkuasa

    Play Episode Listen Later Jun 13, 2021 76:20


    Kalau anda rasa seperti kita sebagai rakyat biasa hari ini tiada kuasa, anda tidak keseorangan. Maklumlah, kita bukan sahaja dalam keadaan PKP, malah ada darurat, dan pelbagai tentangan yang diletakkan ke atas kita yang membuat kita rasa lemah. Namun, bak kata He-man, “I have the power”. Kita sebenarnya masih mempunyai kuasa untuk menuntut hak-hak kita, dan supaya pihak berwajib bertanggungjawab atas tindak-tanduk mereka. Dalam edisi kali ini, Waroeng Baru membincangkan mengapa pergerakan-pergerakan setempat dan informal sangat penting untuk membina kekuatan masyarakat, lebih-lebih lagi dalam keadaan sekarang. Bacaan lanjut: Istana Topkapi sebagai pusat pentadbiram - https://istanbultarihi.ist/443-topkapi-palace-as-the-administrative-centre-of-the-ottoman-empire 10 elemen utama untuk membina sebuah gerakan - https://bioneers.org/manuel-pastors-10-key-elements-movement-building-ztvz1802/ Sejarah awal kesatuan sekerja di UK =- http://www.nationalarchives.gov.uk/pathways/citizenship/struggle_democracy/trade_unionism.htm Kredit muzik tema: Kleptotonic Swing oleh Tri-Tachyon https://soundcloud.com/tri-tachyon/kleptotonic-swing-fix --- Send in a voice message: https://anchor.fm/waroeng-baru/message

    Kerajaan campuran dan krisis di sebalik krisis

    Play Episode Listen Later Jun 6, 2021 80:01


    Waroeng Baru kembali setelah beberapa bulan sunyi, dan letih selepas tidak habis-habis gelengkan kepala memikirkan perkembangan-perkembangan negara sehingga saat ini. Dalam keadaan Covid terus menerus merebak daripada waktu darurat diumumkan, kepada MCO 2.0, 3.0, dan seterusnya, kita sudah semakin sudah untuk harapkan pemerintah ambil tindakan bijaksana tanpa perlu ditekan oleh rakyat. Apa jalan ke hadapan selepas ini? Apakah kita akan perlu terus mengharungi krisis ini dengan golongan ahli politik lama yang nampaknya tidak berfikir lebih jauh daripada dua minggu? Adakah idea-idea seperti kerajaan campuran, kabinet darurat semata-mata dapat membawa kita keluar daripada suasana ini? Mungkin akhirnya kita nampak kesan apabila tiada pembaharuan anggota dalam kalangan elit politik, yang bererti idea dan pendekatan juga menjadi basi. Apakah cara untuk kita pecahkan monopoli kuasa ini? Berikan komen anda melalui sosial media kepada @waroengbaru RALAT: - Kementerian Kesihatan bukan anggota MKN. - Kabinet Perang UK sewaktu Perang Dunia Pertama dikepalai Lloyd George. Clement Attlee merupakan Perdana Menteri selepas Winston Churchill Kredit muzik tema: Kleptotonic Swing oleh Tri-Tachyon https://soundcloud.com/tri-tachyon/kleptotonic-swing-fix --- Send in a voice message: https://anchor.fm/waroeng-baru/message

    3 Soalan untuk Perdana Menteri tentang Darurat 2021

    Play Episode Listen Later Jan 15, 2021 48:29


    Pejam celik kita sudah di tahun 2021, dan dalam PKP baru. Bukan itu sahaja, kali ini kita tambah DARURAT! Di Waroeng Baru kali ini, persoalan-persoalan yang berkaitan dengan deklarasi ini ditimbulkan dan kita juga membincangkan kesan terhadap undang-undang, ekonomi, dan masyarakat. Kami perlu bantuan anda untuk membina media mandiri, bermaruah, dan bermartabat. Ayuh sumbang di Patreon.com/WaroengBaru Dalam siaran ini, kami merujuk kepada bahan-bahan berikut: "3 Soalan untuk Perdana Menteri tentang darurat" oleh Waroeng Baru https://www.malaysiakini.com/news/558736 "Kronologi darurat di Malaysia" https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/01/775223/kronologi-darurat-di-malaysia "Malaysian democracy dies and we forgot to mourn it" oleh Hafiz Noor Shams https://maddruid.com/?p=17486 "FTTISI:The bedrock of Covid-19 infection control" oleh Dr Musa Mohd Nordin and Dr Mohammad Farhan bin Rusli https://www.malaymail.com/news/what-you-think/2021/01/15/fttisithe-bedrock-of-covid-19-infection-control-dr-musa-mohd-nordin-and-dr/1940574 "An Introduction to the Consitution of Malaysia" oleh Tun Suffian Hashim "ORDINAN DARURAT (KUASA-KUASA PERLU) 2021" https://assets.theedgemarkets.com/pdf/pua_20210114_PUA12-Emergency%20(Essential%20Powers)%20Ordinance%202021.pdf "Cuba to collaborate with Iran on coronavirus vaccine" oleh Sarah Marsh https://www.reuters.com/article/us-health-coronavirus-cuba-iran/cuba-to-collaborate-with-iran-on-coronavirus-vaccine-idUSKBN29E0JS Lagu tema: "Makan Gaji" oleh Azmyl Yunor & The Sigarettes. --- Send in a voice message: https://anchor.fm/waroeng-baru/message

    BerSvara di Waroeng Baru #6: "Wabak, Agama" bersama Afiq M Nor

    Play Episode Listen Later Dec 23, 2020 64:50


    Apakah amalan agama sentiasa di luar rasional akal, terutamanya dalam menghadapi isu seperti Covid-19 dan vaksinnya? Kita bersama dengan Afiq M Nor semula untuk membincangkan esei "Wabak, Agama". Baca esei tersebut dalam Svara Isu 3, yang boleh didapati di jurnalsvara.yezza.store, Tintabudi dan kedai-kedai buku terpilih. Lagu tema minggu ini: "Makan Gaji" oleh Azmyl Yunor & The Sigarettes. Kita bersama bina masyarakat mandiri, bermaruah, dan bermartabat. Ayuh sumbang di Patreon.com/WaroengBaru Hos: Aisha Adam dan Badrul Hisham Ismail Penerbit: Lutfi Hakim Ariff Grafik: Muizz Adam --- Send in a voice message: https://anchor.fm/waroeng-baru/message

    BerSvara di Waroeng Baru #5: Berbagi Sejarah Dalam Cantingan Batik

    Play Episode Listen Later Dec 16, 2020 54:24


    Antara bentuk pakaian yang digunakan secara meluas, batik mempunyai sejarah perkembangan dan budaya yang bukan sahaja lama, tetapi juga pelbagai latar belakang. BerSvara kali ini menampilkan Alina Abdullah, penulis esei "Berbagi Sejarah Dalam Cantingan Batik" dan membincangkan sedikit-sebanyak tentang dunia pembatikan, dan halatujunya. Baca esei tersebut dalam Svara Isu 3, yang boleh didapati di jurnalsvara.yezza.store, Tintabudi dan kedai-kedai buku terpilih. Lagu tema minggu ini: "Makan Gaji" oleh Azmyl Yunor & The Sigarettes. Kita bersama bina masyarakat mandiri, bermaruah, dan bermartabat. Ayuh sumbang di Patreon.com/WaroengBaru Hos: Muizz Adam dan Badrul Hisham Ismail Penerbit: Lutfi Hakim Ariff Grafik: Muizz Adam --- Send in a voice message: https://anchor.fm/waroeng-baru/message

    BerSvara di Waroeng Baru #4: "Takdir Muhyiddin" bersama Radz Razak

    Play Episode Listen Later Dec 9, 2020 59:14


    Sejarah perjuangan politik Perdana Menteri kelapan Malaysia, Muhyiddin Yassin cukup berliku. Perjalanan politik beliau untuk menduduki kerusi tertinggi negara diisi dengan pelbagai episod kejayaan, kegagalan, persahabatan, dan penganiayaan. Dalam esei beliau dalam Svara isu 2, wartawan Radz Razak menelusuri karir politik Muhyiddin ke saat ini. Pada persimpangan terkini politik hari ini, kita mahu bertanya, "ke mana lagi selepas ini?" Dapatkan sekarang melalui jurnalsvara.yezza.store , Tintabudi dan kedai-kedai buku terpilih. Lagu tema minggu ini: "Makan Gaji" oleh Azmyl Yunor & The Sigarettes. Kita bersama bina masyarakat mandiri, bermaruah, dan bermartabat. Ayuh sumbang di Patreon.com/WaroengBaru Tetamu: Radz Razak (Twitter/IG: @lexradz) Hos: Aisha Adam dan Badrul Hisham Ismail Penerbit: Lutfi Hakim Ariff Grafik: Muizz Adam --- Send in a voice message: https://anchor.fm/waroeng-baru/message

    BerSvara Di Waroeng Baru #3: "Korea Merangkul Dunia" bersama Afi Noor

    Play Episode Listen Later Dec 3, 2020 58:24


    Pengamatan seorang peminat tegar terhadap segala yang namanya K-Pop. Isu 4.Siaran kali ni kita bertemu dengan Afi Noor, penulis esei dalam Svara Dapatkan sekarang melalui jurnalsvara.yezza.store , dan kedai buku Tintabudi & The Sigarettes.Lagu tema minggu ini: "Makan Gaji" oleh Azmyl Yunor Kita bersama bina masyarakat mandiri, bermaruah, dan bermartabat. Ayuh sumbang di Patreon.com/WaroengBaru Hos: Aisha Adam dan Badrul Hisham Ismail Penerbit: Lutfi Hakim Ariff Grafik: Muizz Adam --- Send in a voice message: https://anchor.fm/waroeng-baru/message

    BerSvara di Warong Baru #2: Mencari Sosialisme bersama Wan Hamidi

    Play Episode Listen Later Nov 29, 2020 59:02


    Perjuangan kiri semakin mendapat tumpuan dalam politik arus perdana akibat kegagalan sistem yang tidak dapat menjaga kebajikan golongan terbanyak, lebih-lebih lagi dalam suasana pandemik hari ini. Namun, kisah sosialisme di Malaysia mempunyai sejarah yang panjang yang dipimpin ramai tokoh, antaranya ialah Kassim Ahmad, mantan presiden Parti Sosialis Rakyat Malaysia. Saudara Wan Hamidi berkongsi kisah beliau berinteraksi dengan tokoh tersebut, dan perjalanan beliau mencari wadah memperjuangkan sosialisme. Esei beliau, "Mencari Sosialisme" boleh dibaca dalam Svara isu #4 Dapatkan sekarang melalui jurnalsvara.yezza.store , dan kedai buku Tintabudi --- Send in a voice message: https://anchor.fm/waroeng-baru/message

    BerSvara #1: Memali - Cerita Seorang Perempuan

    Play Episode Listen Later Nov 19, 2020 61:46


    Kematian suami tercinta 35 tahun yang lalu masih meninggalkan bekas pada Solehah dan komuniti Memali. Adakah insiden tersebut perlu dilupakan atau adakah akan ada sebuah resolusi pada masa hadapan? Episod pertama ini menampilkan sdr Afiq M Nor dan eseinya, "Memali: Cerita Seorang Perempuan." Esei tersebut boleh dibaca dalam edisi Svara #4 yang kini sudah di pasaran. Dapatkan sekarang di https://jurnalsvara.yezza.store , Tintabudi dan kedai-kedai buku yang terpilih. --- Send in a voice message: https://anchor.fm/waroeng-baru/message

    Claim Waroeng Baru

    In order to claim this podcast we'll send an email to with a verification link. Simply click the link and you will be able to edit tags, request a refresh, and other features to take control of your podcast page!

    Claim Cancel