Sembang Kencang on Anchor

Follow Sembang Kencang on Anchor
Share on
Copy link to clipboard

"Benda boleh bincang, Jom Sembang Kencang" Podcast Made in Malaysia yang bertujuan mengubati chaos dalam kehidupan seharian rakyat marhaen. Antidote utama adalah dengan memahami masalah dengan lebih mendalam Tugas Podcast kami adalah untuk MEMULANGKAN 2-3 Jam kepada manusia untuk high level educati…

Muhammad Ha'iz Sokhini

  • Jul 5, 2020 LATEST EPISODE
  • weekly NEW EPISODES
  • 48m AVG DURATION
  • 30 EPISODES


Search for episodes from Sembang Kencang on Anchor with a specific topic:

Latest episodes from Sembang Kencang on Anchor

EP 25: How to Debate Liberals

Play Episode Listen Later Jul 5, 2020 103:54


Dengan movement atheists dan Bangsar Bubbles, kita dengar banyak benar kritikan terhadap agama, especially Islam. It can go both ways, sometimes kita boleh bidas dengan jawapan yg solid, tapi kadang kadang kita end up bagi jawapan yang apologetic. Ape nak jawap kalau liberals tuduh Islam was spread through enforcement? Apa stance kita tentang hak wanita/ feminism. Hukum dan perbincangan dari Ulamak memang ada tapi kau sebagai layman nak present the points macam mana? Kita kena sentiasa on the defensive je ke, tak boleh play offense dengan diorang? Dalam episode ni aku dan Taj akan review debat Daniel Haqiqatjou vs Ridvan (Murtad/Liberal). Kami bincang points yang bernas untuk stay on the offense instead of menunggu liberals menyerang agama. Benda boleh bincang, jom Sembang Kencang!

Siri Sirah 5: Kelahiran Rasulullah dan 40 Tahun Sebelum Kenabian Part 1

Play Episode Listen Later Jun 20, 2020 77:52


Menurut Ibn Ishaq, Abdul Muttalib mempunyai satu permaidani khusus di bawah lindungan Kaabah yang merupakan tempat duduk beliau sebagai ketua. Tiada siapa termasuk anak-anak beliau sendiri yang berani duduk di atas tempat tersebut atas dasar penghormatan yang tinggi kepada Abdul Muttalib. Tetapi Abdul Muttalib membenarkan Muhammad صلى الله عليه و سلم untuk duduk di situ. Abdul Muttalib berkata, "Biarkan dia, sesungguhnya demi Allah dia akan mendapat kedudukan yang hebat." Nak tahu lebih lanjut? Sila dengar episode kelima sirah berkaitan 40 tahun kehidupan Nabi sebelum diangkat sebagai Rasul.

Ep 24: MASIH PKP Sembang COVID w Lianna Misli

Play Episode Listen Later Jun 5, 2020 73:34


Lianna Misli or Kak Lianna dah 20+ tahun dalam Healthcare Industry. Episode ni recorded time awal awal PKPB. Kak Liana akan kongsi pandangan tentang situasi COVID, keputusan untuk buka semula ekonomi, ape tengah berlaku dalam sektor healthcare dan.. untuk korang yang ada duit untuk spend either from BPN or Moratoriums, nak buat dengan duit tu? Jom dengar!

Siri Sirah 4: Sejarah Mekkah dan Salasilah Rasulullah

Play Episode Listen Later Jun 5, 2020 81:55


Abrahah bertanya, "Adakah kamu mengutamakan 200 ekor untamu itu lebih dari Kaabah yang telah menjadi rumah Ibadah kamu dan nenek moyang kamu zaman-berzaman?" Abdul Muttalib lalu menjawab, "Sesungguhnya aku tuan kepada unta-untaku, rumah itu ada Tuan-Nya yang akan menjaganya." Episod kali ini, kita akan kupas satu persatu tentang sejarah Mekkah, nenek moyang Rasulullah dan peristiwa-peristiwa penting sebelum kelahiran Rasulullah SAW.

Siri Sirah 3: Agama dan Kepercayaan Arab Part 2

Play Episode Listen Later May 16, 2020 49:31


Lahir dari wahyu yang sama, tetapi destinasi yang dicari berbeza. Itulah yang berlaku kepada agama Nasrani dan Yahudi. Begitu juga dengan fahaman Zoroastrianisme yang mendakwa mereka menyembah Tuhan yang satu, tetapi menjadikan api sebagai perantara mereka dengan Tuhan. Dalam episod kali ini, kita kupas penyelewengan agama-agama ini dan bagaimana agama yang asalnya lahir dari wahyu yang sama menjadi begitu ketara perbezaannya. Kita juga akan kupas perjalanan Salman al-Farisi daripada seorang penjaga api kuil Majusi kepada seorang sahabat yang masyhur dan hebat.

Ep23-Perang Pornografi w Cikgu Fadhli

Play Episode Listen Later May 16, 2020 73:39


Unlike episode LGBT lepas, Pornografi adalah satu issue yang lebih taboo untuk dibawak sembang. Reason is.. ini bukan satu benda yang berlaku di luar rumah dan nampak foreign. Ini masalah di dalam rumah, things happening right under your roof. Anak, suami, abang, adik, smua ada possibility tengok porn, terlalu accessible. Jadi kalini kita bawak Cikgu Fadhli yang dah sepak terajang dengan porn selama 10 tahun untuk merungkai masalah berleluasa ni. Shownotes: 4.10-Definition pornografi 7.24-Macam mana budak-budak terjebak pornografi 8.30-Bukan Pornhub dah kena block? 10.30-Sambung terjebak 16.00-Pendidikan seksual di Sekolah Malaysia, 19.00-cikgu dan mak bapak reti explain tak? 21.50--Kenapa Porn tu salah? 25.00-Macam mana parents nak sembang pasal birds and the bees 32.00-Online materials, macam mana nak kekang? 34.55-Millenials yang dah addicted ni nak buat macam mana? 43.00- Yang senyap senyap ni lagi bahaya 47.00- Jepun dan waifu cultur, lahirnya lelaki lemah 52.00-Tapi liberals cakap: Porn boleh mengelakkan actual molesting, rape dan zina? 57.00-Peranan Content creators, kena bertanggungjawab 1.02.00-Ada ke organized efforts untuk push the hyper-sexuality normalization agenda di Malaysia ? 1.07.00- Perempuan takde tengok porn ke? K-Pop hypersexualization bukan grooming ke? 1.10.00-Closing remarks

Siri Sirah 2 Agama dan Kepercayaan Arab Part 1

Play Episode Listen Later May 9, 2020 63:05


Untuk menghargai cahaya, kita perlu mengenal terlebih dahulu apakah itu kegelapan. Sebelum cahaya Islam menyinari masyarakat Arab dan manusia seluruh alam, mereka diselubungi kegelapan. Mereka mengaku mengikuti agama Nabi Ibrahim, tetapi mereka menyembah berhala? Siapakah yang membawa amalan syirik ini ke Mekkah dan Jazirah Arab? Adakah masih wujud dalam kalangan mereka individu yang ingin kembali kepada ajaran sebenar Nabi Ibrahim? InshaAllah kita kupas satu persatu dalam episod kali ini.

Ep 22: Prof. Rafidah Hanim-LGBT Dilemma

Play Episode Listen Later May 8, 2020 100:24


Kami bawakan anda Prof Rafidah Hanim untuk sembang tentang issue LGBT di Malaysia. Korang taknak terlepas episode ni, pakar yang sembang harini. 0.10- Menentang LGBT di UN summit, Geneva 0.22-Nature vs nurture and the gay gene 0.32- Sex vs Gender ada beza ke? 0.41- Gender neutral toilets 0.43-LGBT bertaubat 0.54-Parenting, salah Boomers ke gen Y jadi snowflakes? 1:00-Tuduhan Numan Afifi 1:08- NU'man Afifi is unoriginal 1:09-LGBT ni worth saving ke? 1:18: Penyesalan pesakit HIV 1:22-Jordan Peterson vs Bill C16, serius ke pejuang LGBT di Malaysia 1:34-Closing remarks

Sembang Jambang: Siri Sirah 1-Muqaddimah

Play Episode Listen Later May 2, 2020 50:12


Siri Sirah Episode 1 bercerita tentang aspek-aspek umum, tetapi penting dalam mempelajari sirah Rasulullah SAW. Mengapa perlu belajar sirah? Apa manfaatnya? Memadai atau tidak kita menceduk kisah-kisah ini terus daripada kitab? InshaAllah kita kupas persoalan ini satu persatu.

Episode 21: American COVIDIOT w Yusri Jamal

Play Episode Listen Later May 1, 2020 68:50


Episode kali ni kita bawak data scientist baru balik Michigan, Yusri Jamal untuk sembang pasal the stark contrasts between Malaysia and the US dalam cara kedua-dua negara ni handle waktu krisis, trusting the reported numbers dan coming of automation

Episode 20: Sembang Kencang X Malam Jumaat Podcast

Play Episode Listen Later Apr 25, 2020 69:07


Kali ni kita bawak Rizal dari Malam Jumaat Podcast. RIzal is the kind of guy yang boleh bawak sembang pasal Internet culture so kita cover topics macam IDubbz is a simp and bantai the whole Simp Culture dan Barcroft TV's 1 Woman living with 4 husbands. So you get the theme, the internet raising weak men.

Ep 19: Movie Review-Daulat by Imran Sheik

Play Episode Listen Later Apr 12, 2020 61:19


Daulat released minggu lepas on Iflix, it was an instant viral hit. Tapi aku tengok reviews are quite divided. Sama ramai orang bagi 5 bintang, tapi ramai jugak cakap overrated. Definitely a brave attempt mengetengahkan genre political thriller kat Malaysia. Harini aku bawak El Umar Mukhtar sembang pasal movie ni.

Sembang Jambang w Tajudin Ismail and Syed Mohamed

Play Episode Listen Later Apr 11, 2020 87:36


Sembang Jambang dengan Tajudin Ismail and Syed Mohamed . Zoom ada recording function so, kita try la sekali. For the full and uncut episode, jemput dengar di Podcast Sembang Kencang Spotify and Apple Podcast. Dengar di FB tak best. Takleh tutup app. Spotify boleh dengar sambil buat bnda lain. Shownotes prepare by Syed (nampak macam DG briefing) 1.00 - local overviews (jb, Bangi, kluang & spg renggam) 5.59 - MCO period discussion (dibincang sehari sebelum extend) 8.30 - influences from local activities 9.42 - infection numbers 11.22 - infection data disputes 13.23 - solutions & repercussions (lockdown etc) 16.50 - infection numbers (domestic & global) 17.28 - testing rate 18.57 - data manipulations & significance -China punya kerja? 22.50 - infection numbers and approaches 30.35 - infection peak 33.20 - infection clusters (domestic) 33.39 - international statistics & graph 35.56 - economic effects

Ep 17: Jangan Menyusahkan Walimah Kau

Play Episode Listen Later Feb 19, 2020 36:20


Walimah ni kau punya, kau yang nak kawin. Kenapa kena bukan kau yang call the shots, buat keputusan untuk benda yang melibatkan bajet kau? Banyak orang berniat baik tapi last last endup dengan Walimah yang tidak mengikut kehendak kau yang sederhana tu. Nak tau macam mana nak take control of your own wedding? Jom dengar episode ni.

Ep 16 Pramugara Berjuang di Kaki Lima (pt 2)

Play Episode Listen Later Feb 4, 2020 33:49


Sambungan dari Ep 15..Dari seorang Pramugara bekerja 40,000 kaki di udara ke kaki lima di Gombak. Dengarkan kisah En Khairul atau  Paksu yang penuh dengan pengajaran hidup tentang seorang suami dan ayah yang pernah jatuh menjadi seorang penganggur dek sebuah penipuan perniagaan dan bagaimana beliau bangkit semula meneruskan kehidupan. Ni bukan cerita cerita usahawan di seminar seminar tentang peniaga menjadi jutawan yang hanya applicable kepada kurang dari satu peratus rakyat marhaen. Ini reality, takde happily ever after.. yang ada cuma berjuang hingga hereafter. Enjoy

Ep 15 Pramugara ke Kaki Lima

Play Episode Listen Later Jan 28, 2020 40:47


Dari seorang Pramugara bekerja 40,000 kaki di udara ke kaki lima di Gombak. Dengarkan kisah En Khairul atau Paksu yang penuh dengan pengajaran hidup tentang seorang suami dan ayah yang pernah jatuh menjadi seorang penganggur dek sebuah penipuan perniagaan dan bagaimana beliau bangkit semula meneruskan kehidupan. Ni bukan cerita cerita usahawan di seminar seminar tentang peniaga menjadi jutawan yang hanya applicable kepada kurang dari satu peratus rakyat marhaen. Ini reality, takde happily ever after.. yang ada cuma berjuang hingga hereafter. Enjoy

Ep 14: Quran, Ramadhan dan Nouman

Play Episode Listen Later May 20, 2019 26:35


Show Notes 0.00-1.00 -Intro, Sembang kencang updates 2.00- 13.00 -Arabic dan the problem with English Translation -Ar Rahman and Ar Rahim 13.00-17.00 -Aqal and the horse's rein 17.00- end Belajar Quran sorang2 ni belajar dengan Syaitan?? Salvaging what's left of Ramadhan Ramadhan second phase, hustling dikala orang tidur

#13:Rintangan: Amateurs vs Professionals

Play Episode Listen Later Dec 17, 2018 21:21


Kalau kau nak start buat something meaningful, kau akan menghadap resitance. Lai, join aku bedah buku membincangkan Resistance ni War of Art: Steven Pressfield. Kau cuma boleh kalahkan resistance kalau kau berubah dari Amateur ke Professional.. Amateurs play for fun. Pros play for keeps. Amateurs play part-time. Pros play full-time. Amateur’s are weekend warriors. Pros are there every day of the week. Lai, jom dengar episode ni and beat that resistance untuk kau produce karya dalam otak kau tu.

#12 Unlearn What You Have Learned

Play Episode Listen Later Nov 23, 2018 22:50


Unlearn what you have learnt. Terlalu banyak perkara yang perlu kita kejar pada zaman ini. Kadang-kadang sampai kita rasakan tak ada life dalam kehidupan seharian kita. Lepas satu, satu benda yang kita kejar. Penat. Kadang-kadang kita tertanya "patutkah aku buat semua ini?" “Kalau aku tak buat, apa orang cakap pula nanti? “ Episod kali ini membincangkan mengenai perspektif kehidupan dan bagaimana harus kita laluinya. Kita akan mengupas bagaimana kekuatan sesuatu maklumat itu mampu mengubah haluan hidup kita.

# 11: Makna and Fulfillment, bukan Happiness

Play Episode Listen Later Nov 20, 2018 24:29


Suffering dan Penderitaan adalah feature dalam kehidupan BUKANNYA defect. Kereta kau bukan rosak bila kau kena service dan tukar tayar, it's just the way it is. Suffering is a FEATURE. Once kau betul2 faham konsep ni... aku harap dapat keluarkan kau dari belenggu kesedihan atau frustrations with life's struggles. Aku akan ulang : You will suffer no matter what. It all boils down to whether kau akan hadap suffering yang kau pilih atau tidak.

Ep 10: Jordan Peterson, Kembalinya nilai nilai Conservative

Play Episode Listen Later Nov 10, 2018 25:14


Prof Peterson frame penulisan dia dalam 12 Rules. Antara Rules dia yang best adalah 1. Make Sure Rumah kau terurus sebelum kau Criticize the world, 2. Bercakap Benar, At least jangan Menipu dan 3. Pursue what is Meanigful not what's expedient. Rules  macam ni la yang bagi motivation  dan perspektif yang lebih relaistik dan tidak naif. Kebanyakan orang muda sebenarnya bukan resentful dan penuh benci semata mata. Aku just meluat dan jelak dengan kononnya pakar2 psychology dan motivasi yang preaching we have to always be positive, postive thinking dan strive to be happy. It's about time kita throw outdated and useless advice seperti the pursuit of happiness out the window! Prof Peterson articulate benda ni " Happiness is a fleeting moment or feeling, it's temporary. What should be pursued is meaning. and the way you can find meaning is by taking up responsibility" 

#9. Alienation dan Kenapa Side Project Keeps You Sane

Play Episode Listen Later Oct 29, 2018 18:13


Aku cakap pasal kau punya passion, sesuatu yang kau boleh buat side hustle. Sesuatu yang akan berhasil  by intention. Something yang akan buat kau bangga lagi 5-10 tahun dari sekarang. Something yang boleh buat kau tak tidur malam, buat kerja sampai berdarah mata kau sebab stay up. Satu project yang akan develop disiplin dalam hidup kau. Satu projek yang bukan sekadar buat kau happy, satu projek yang memberi makna kepada kehidupan kau. Kau kena answer that call to adventure. 

#8. Intermittent Fasting

Play Episode Listen Later Oct 20, 2018 18:13


Intermittent fasting adalah satu lifestyle di mana korang berpuasa dalam lingkungan 12 ke 24 Jam dan compress time makan korang within a very small eating window. Friedrich Nietzche cakap: "A Strong Why can withstand any How" Ni 5 sebab korang kena buat Intermittent Fasting.  Sama sama kita bantu Malaysia turunkan berat badan at ZERO Cost

# 7. Dari Mulut Housemen: Miya Wong, Bully dan Cerita Hantu.

Play Episode Listen Later Oct 12, 2018 45:33


# 7. Dari Mulut Housemen: Miya Wong, Bully dan Cerita Hantu. "Don't sign that resignation letter yet!"-Dr Hilmi Mohammed Junior Doctors ni are save our lives tapi at the same time going through other struggles: kena buli, abuse by superiors, colleagues and even patients.. ape citer ni? Keluhan diorang ni legit atau mengada seperti yang selalu dihentam netizen? Kali ni kita akan delve into the life of a housemen, navigate through the lingo through their POV dan figure out amende issue ni sebenarnya. Asking soalan yang crucial pasal quitting housemanship, bullying, kes Miya Wong, Consultant Sg Buloh dan tips tips untuk Housemen yang baru nak join. So tunggu ape lagi ? jom Sembang Kencang ! Spotify: https://open.spotify.com/show/4pZPpb2dhSNyZq1lXFBdzl Official Website: http://sembangkencang.libsyn.com/

#6. Kenapa Malaysia Gemuk. Memusnahkan Theory Calories.

Play Episode Listen Later Oct 6, 2018 48:02


Malaysia makin gemuk. Full Stop. healthcare Professionals cakap Eat less move more untuk calories deifcit dan burn fat. Masalahnya Konsep Calories in, Calories out adalah konsep physics yang digunakan untuk explain a Physiological problem. Lepas bertahun tahun, Obesity still meningkat dan masih rampant. Jom sembang , kami akan cuba destroy konsep ni dan memberi explanation yang lebih membantu korang lose weight!

#4. Stop.Glamorizing Sucides and Depression

Play Episode Listen Later Sep 14, 2018 13:29


Pernah tak terfikir certain psychological concepts are over-represented or popularized dalam culture? Depression and various mental health issues are being pushed everyday and are being normalized through mainstream media. House.. genius Doctor tapi depressed, Sherlock.. ada anxiety.. 13 Reasons Why.. and the list goes on. Aku rant ni bukan mengkritik depression or anxiety itself but the glamorization of it. Budaya menormalisasikan depression as if ni benda yang common dan harus dilayani oleh setiap individu is utter nonsense.

#5. Papehal Kemas Bilik Kau Dulu

Play Episode Listen Later Sep 12, 2018 8:17


Kau akan mula notice jerangkung dalam bilik kau: wayar belakang PC atau TV yang cluttered, carpet berhabuk, siling penuh dengan . Kau sanggup ke tidur dalam bilik macam tongkang pecah, macam kandang binatang. There's one space dalam universe ni yang berumur 13 Billion tahun lepas, dan terlalu besar untuk kau imagine atau grasp. But there's one space you have complete control over. Bilik kau.

#3. Malaysia Malas Membaca?

Play Episode Listen Later Sep 12, 2018 13:48


Tugas Podcast adalah untuk MEMULANGKAN 2-3 Jam kepada manusia untuk high level education. Buatlah apa apa pun. Bertapa senangya nak dengar podcast, tengah masak, berak, cuci kereta, otw pegi kerja. Pasang je earphone or loud speaker, then dengar la, macam dengar ceramah. It's a damn good alternative kepada radio

# 1: Capitalism VS Socialism.

Play Episode Listen Later Sep 12, 2018 82:20


1. Socialism ni amende sebenarnya? Sejarah ? Origins?   2. Apa masalah dengan Capitalism sekarang ni?  Dunia ni a lot better once kita bagi freedom kat semua orang untuk berfikir and selesaikan masalah masyarakat by producing better products. The capitalists/ entrepreneur dah menyumbang kepada dunia by producing reliable and useful products.    3. Adakah Socialism lagi morally superior kepada Capitalism?   4. How realistic is implementing socialism, as in the true sense of it   5. Let's say I give you a piece of land, how likely is it that it can become a socialist utopia.   6. Socialist suka point out  inequality. Apa masalah besar dengan inequality? Sebab ramai orang tak perasan ke yang despite inequality increases, Wealth overall increased tremendously. Economic growth sebenarnya is not a zero sum game, it's a positive sum game. Tak semestinya ada orang dapat banyak harta, orang lain kehilangan.    7. Dalam pendapat kau, apa perbezaan antara a true socialist with an int

#2 Suarakan Kebenaran

Play Episode Listen Later Sep 12, 2018 13:08


"In order for you to speak the truth, you must let go of the outcome" -Jordan Peterson

Claim Sembang Kencang on Anchor

In order to claim this podcast we'll send an email to with a verification link. Simply click the link and you will be able to edit tags, request a refresh, and other features to take control of your podcast page!

Claim Cancel