In LEGASI.tv Podcast, I want to pass along what I have learned and still learning on the topics of LEADERSHIP, CREATIVITY, PERSONAL DEVELOPMENT and SPIRITUAL LIVING. Let's #ServeToLead Follow my FB Page: LEGASI.tv
Alkitab menyatakan bahawa SEMUA anggota Majlis Agama bangun lalu membawa Yesus Mesias menghadap Pontius Pilatus. Mereka mula menuduh-Nya, “Kami telah mendapati orang ini menyesatkan bangsa kami, menghasut orang supaya tidak membayar cukai kepada Kaisar dan mengaku diri-Nya Kristus, seorang raja!” (Lukas 23:1-2)Menurut perspektif Majlis Agama atau Sanhedrin, kenapa mereka ingin membunuh Yesus? Kenapa pula mereka harus membawa Yesus menghadap Pilatus? Apakah tuduhan-tuduhan mereka terhadap-Nya? Kenapa Pilatus tidak mendapati Yesus bersalah? Apa kaitan semua ini dengan kita masa kini?
Ada dua soalan yang para pemimpin Majlis Agama mahu Yesus jawab. Pertama, "Jika Engkau Kristus [atau Mesias], katakanlah kepada kami" (Lukas 22:67); dan kedua, "Kalau begitu, Engkaulah Anak Allah?" (v.70a). Oleh kerana Yesus tidak boleh berbohong, jadi Dia berterus-terang, "Benarlah katamu" (v.70b). Apa bukti bahawa Yesus ialah benar-benar Kristus dan Anak Allah? Apakah maksudnya Yesus menggelar diri-Nya Anak Manusia? Akhirnya, apa respon kamu kepada siapa Yesus itu?
Alkitab menyatakan bahawa orang yang mengawal Yesus Mesias mengejek dan memukul Dia. Mereka menutupi mata Yesus dan bertanya, "Siapakah yang memukul Engkau? Buatlah nubuat!" Mereka mengatakan banyak lagi perkara yang menghina kepada-Nya (Lukas 22:63-65). Tidak cukup dengan itu, Matius 26:67 menambah malah mereka dan para pemimpin agama juga "meludahi muka-Nya dan memukul-Nya. Ada yang menampar-Nya"
Buat kali ketiga, Petrus menyangkal Tuhan Yesus Mesias dengan berkata, “Aku tidak memahami apa yang kaukatakan.” Pada ketika itu juga, sedang Petrus berkata-kata, ayam berkokok. Tuhan berpaling dan memandang kepada Petrus lalu Petrus pun teringat akan apa yang dikatakan Tuhan kepadanya bahawa, “Sebelum ayam berkokok pada hari ini, engkau akan menyangkal Aku sebanyak tiga kali" (rujuk Lukas 22:60-61) ❌❌❌ Kenapa Petrus menyangkal Yesus? Ada apa dengan pandangan Yesus kepada Petrus? Apa tiga pengajaran yang kita boleh belajar daripada petikan ini?
Tahukah kamu lebih daripada 600 orang dengan bersenjatakan pedang serta belantan pergi ke Taman Getsemani untuk menangkap Yesus Mesias seorang? Tahukah kamu Yesus bukan mangsa keadaan tetapi tetap berdaulat walaupun Dia ditangkap? Tahukah kamu Yesus boleh sahaja melepaskan diri tetapi membiarkan masa kuasa kegelapan bertindak? Ini dan banyak lagi!
Yesus Mesias pergi jauh sedikit daripada para murid-Nya, iaitu sepelempar batu jauhnya lalu berlutut untuk berdoa, “Ya Bapa, jika berkenan kepada-Mu, jauhkanlah kiranya cawan penderitaan ini daripada-Ku. Tetapi bukannya kehendak-Ku melainkan kehendak-Mu yang dilaksanakan" (Lukas 22:41-42)
Yesus Mesias berkata kepada para murid-Nya: “Tetapi sekarang, orang yang mempunyai dompet atau beg hendaklah membawa barang-barang tersebut. Orang yang tidak berpedang hendaklah menjual bajunya untuk membeli sebilah..." Murid-murid itu berkata, “Tengoklah Tuhan, di sini ada dua bilah pedang!” Yesus berkata, “Cukuplah!” (Lukas 22:36, 38)Apabila Yesus menyuruh mereka "membeli sebilah [pedang]," ada yang mengatakan bahawa ini ialah hanya secara simbolik atau bahasa kiasan. Bagi saya, Yesus sebenarnya berkata secara literal - betul-betul pedang ⚔️ Kenapa saya berkata begitu? Apa yang akan terjadi kepada Yesus dan para murid-Nya? Kenapa Yesus berkata, "Cukuplah!"?
Yesus Mesias berfirman: "Simon, Simon, dengarlah! Iblis telah mengemukakan tuntutan untuk menampi kamu seperti gandum. Tetapi Aku telah berdoa untukmu supaya imanmu tidak goyah. Apabila kamu kembali kepada-Ku, kuatkanlah saudara-saudaramu.” Petrus berkata kepada Yesus, “Tuhan, hamba sedia ke penjara dengan-Mu dan mati bersama-sama.” Yesus menjawab, “Aku berkata kepadamu, Petrus, sebelum ayam berkokok pada hari ini, kamu akan menyangkal bahawa kamu mengenal Aku sebanyak tiga kali.” Melalui petikan ini, ada enam (6) Permerhatian yang saya dapat, yang juga boleh dilihat sebagai enam (6) Pengajaran bagi kita masakini
Selepas Yesus Mesias menyatakan tentang penderitaan-Nya, selepas Dia menginstitusikan Perjamuan Kudus yang mengingatkan tentang kematian-Nya, dan selepas Dia berkata bahawa salah seorang daripada mereka akan mengkhianati-Nya - selepas semua itu - apa yang para rasul lakukan? Mereka bergaduh dan bertengkar tentang siapa antara mereka yang dianggap terbesar!Come on, dudes!
Apa perasaan Yesus Mesias apabila Dia tahu semasa Perjamuan Paskah yang terakhir bahawa Yudas Iskariot, rasul dan sahabat, akan mengkhianati-Nya? Tentu Yesus amat sedih dan berdukacita...
Dalam Lukas 22, sebagai orang Yahudi, Yesus Mesias dan para rasul-Nya menyambut Perjamuan Paskah bersama. Semuanya seperti biasa: duduk bertelekan di meja, memecah-mecahkan roti tidak beragi, minum air anggur, makan sayur herba pahit, dan sebagainya. Namun begitu, hal luar biasa (atau luar kebiasaan) dalam Perjamuan Paskah juga terjadi... Yesus mengambil roti [biasa] dan berkata: "Inilah tubuh-Ku" [luar biasa]
Pada minggu Perayaan Roti Tidak Beragi, Yesus Mesias menyuruh Petrus dan Yohanes pergi menyediakan jamuan Paskah untuk Dia, mereka, dan para murid-Nya yang lain. Apabila mereka bertanya di mana Yesus hendak mereka menyediakan jamuan itu, Dia memberi perintah rahsia yang sangat spesifik dan luar biasa (rujuk Lukas 22:10-12).Alkitab menyatakan bahawa "mereka pergi ke kota [Yerusalem] dan mendapati SEMUA [EVERYTHING] seperti yang dikatakan Yesus kepada mereka" (Lukas 22:13)
Ketua-ketua imam dan ahli-ahli Taurat "sedang mencari jalan untuk membunuh Yesus" (Lukas 22:2) dan pada masa yang sama "Iblis memasuki Yudas Iskariot" untuk mengkhianati Yesus, yang akhirnya bertujuan untuk membunuh Yesus juga! Dan apabila kita membaca petikan firman yang seterusnya, rancangan manusia dan Iblis benar-benar terjadi! Yesus mati di kayu salib!Jadi, adakah rancangan TUHAN Allah gagal?
Kemuncak nubuatan Yesus Mesias tentang akhir zaman dalam Lukas 21 ialah Anak Manusia akan datang semula!
Yesus Mesias berfirman: "Kota Yerusalem akan diinjak-injak oleh bangsa-bangsa asing sehingga tamat tempoh yang ditetapkan untuk mereka" (Lukas 21:24). Ternyata apa yang Yesus firmankan ini benar-benar TELAH berlaku kepada Yerusalem pada 70 masihi dan MASIH lagi berlaku sehingga sekarang, iaitu, hak pemilikan Yerusalem masih lagi menjadi debat dan konflik diantara Israel dan "bangsa-bangsa asing" ⏳ Realiti Yerusalem telah dan masih "diinjak-injak" sehingga sekarang membuktikan bahawa firman Yesus benar dan akan digenapi semuanya!
Salah satu tanda-tanda akhir zaman ialah akan ramai mesias-mesias palsu muncul. Yesus, Mesias sebenar, berkata: “Awas, jangan terperdaya oleh sesiapa pun. Ramai orang akan datang dengan nama-Ku dan berkata, ‘Akulah dia,' dan ‘Masanya sudah tiba.' Janganlah kamu ikut mereka" (Lukas 21:8) ❌ Dalam episod ini, saya akan menjelaskan tentang tiga (3) tanda-tanda umum akhir zaman dan empat (4) galakkan dan janji Yesus Mesias kepada para murid-Nya pada masa itu dan masakini ✔️ #ServeToLead #PreachTheWord #InjilLukas
Bait Suci di Yerusalem sangat besar, megah dan indah. Para murid Yesus Mesias kagum apabila melihat "batu dan bangunan yang luar biasa" di sana (Markus 13:1). Malah dikatakan Bait Suci itu "dihiasi dengan batu-batu permata yang indah serta barang-barang yang dipersembahkan kepada Allah" (Lukas 21:5). Ianya seperti melihat Piramid Giza di Mesir dan Angkor Wat di Kemboja! Namun begitu, Yesus mengejutkan mereka dengan berfirman: “Akan tiba masanya semua yang kamu lihat di sini tiada seketul batu pun akan tinggal tersusun; semuanya akan dirobohkan" (Lukas 21:6)
Yesus Mesias berfirman: “Sesungguhnya, Aku berkata kepadamu, balu yang miskin ini telah memasukkan lebih banyak daripada semua yang lain, kerana yang lain memasukkan persembahan daripada kemewahan masing-masing tetapi perempuan ini walaupun sangat miskin, telah memasukkan seluruh nafkahnya" (Lukas 21:3-4) Lihat, walaupun seorang balu ini "sangat miskin" dan dia memberi hanya "dua keping wang tembaga" (iaitu, 1.56% daripada nilai 1 hari bekerja), tetapi Yesus berkata bahawa dia memberi "lebih banyak"!
Di hadapan orang ramai, Yesus Mesias memberi peringatan kepada para murid-Nya (itu termasuk kamu dan saya): “Berhati-hatilah dengan ahli-ahli Taurat yang suka ke sana sini berjubah labuh, suka diberi salam hormat di pasar, suka duduk di kerusi khas di saumaah dan tempat terhormat di majlis jamuan. Mereka merampas rumah balu tetapi kemudian pura-pura berdoa berjela-jela. Mereka ini akan menerima hukuman yang lebih berat" (Lukas 20:46-47) Siapakah "ahli-ahli Taurat" ini? Bagaimana kita boleh mengenalpasti mereka pada masakini? Bagaimana kita boleh mengelak daripada bergaul dengan orang seperti mereka - dan menghindari daripada menjadi seperti mereka?
"Yesus berkata kepada mereka, 'Bagaimana dikatakan bahawa Kristus (atau Mesias) itu anak Daud sedangkan Daud sendiri berkata dalam kitab Mazmur: ‘Tuhan berfirman kepada Tuanku: Duduklah di sebelah kanan-Ku sehingga Aku menjadikan musuh-Mu alas kaki-Mu.' Daud menyebut Dia ‘Tuan' bagaimana mungkin Dia anaknya pula?” (Lukas 20:41-44)
Dalam buku Kisah Para Rasul 23:8, "Orang Saduki mengatakan bahawa tiada kebangkitan daripada kematian, tidak malaikat dan tiada roh; tetapi orang Farisi percaya akan semuanya." Besar kemungkinan orang Saduki banyak berdebat dengan orang Farisi (malah ahli-ahli Taurat) tentang doktrin kebangkitan tetapi mereka tidak boleh menjawab dan membuktikannya melalui Kitab Taurat Musa ❌ Jadi, apabila orang Saduki bertanya kepada Yesus - yang juga percaya kepada doktrin kebangkitan - mereka berfikir, ini soalan 'checkmate' ♟️ Tetapi mereka silap kerana Yesus bukan hanya percaya dan mengajar, malah Dia boleh membuktikannya melalui Kitab Taurat!
Soalan para guru dan pemimpin agama sangat bijak, "Wajarkah kami membayar cukai kepada Kaisar atau tidak?" Secara ringkas, jika Yesus menjawab YA ✔️ maka Dia akan dilihat sebagai berpihak kepada pemerintahan Rom dan menimbulkan ketidakpuasan hati orang Israel; tetapi jika Yesus menjawab TIDAK ❌ maka Dia akan dituduh memberontak terhadap pemerintahan Rom dan boleh mencetuskan ketidakstabilan Israel. Namun begitu, soalan mereka ini ditujukan kepada Yesus Mesias, personifikasi kebijaksanaan Allah
Dalam Lukas 20:9-18, Yesus Mesias menceritakan Ibarat tentang Ladang Anggur
Pada mulanya, para guru agama ingin memalukan Yesus Mesias di hadapan orang ramai dengan bertanya soalan. Tetapi Dia menjawab mereka dengan bertanya soalan pula, "Katakan kepada-Ku, baptisan Yohanes daripada syurga atau daripada manusia?" (Lukas 20:3-4) Mereka berbincang sesama sendiri kemudian menjawab, "Kami tidak tahu" (v.7). Sebagai guru agama, apabila ditanyakan soalan agama, dengan mereka mengakui "tidak tahu" - adalah sangat memalukan! Mulanya ingin memalukan Yesus tetapi akhirnya mereka sendiri dimalukan
Dari Lukas 19:28-48, saya melihat empat (4) emosi utama yang ditonjolkan - SUKACITA, apabila Yesus Mesias dalam perjalanan ke Yerusalem, "semua murid-Nya mula bersukacita dan memuji Allah dengan suara yang kuat" (v.37); SEDIH, apabila Yesus hampir sampai ke Yerusalem "melihat kota itu, Dia pun menangisinya" (v.41); MURKA, Yesus melihat apa yang terjadi di dalam Bait Suci lalu berkata, "Kamu telah menjadikannya 'sarang pencuri'" (v.46); dan BENCI, para pemimpin agama yang mendengar-Nya berkata begitu cuba "mencari jalan untuk membunuh-Nya" (v.47) Namun dalam semua emosi ini, keperibadian Yesus sangat menyerlah!
Ini ialah petikan yang sedih kerana dikatakan bahawa Yesus Mesias "menangisi" Yerusalem (Lukas 19:41). Apabila orang ramai dan para murid-Nya "bersukacita dan memuji Allah dengan suara yang kuat" (v.37), Yesus menangis. Setiap kali kita membaca tentang Yesus sedih atau menangis, Yesus marah atau murka, malah Yesus bersukacita atau bergembira, perhatikan petikan firman itu dan konteksnya kerana ia menyerlahkan karakter dan keperibadian-Nya dengan lebih lagi
Apabila Yesus Mesias masuk ke Yerusalem dengan menunggang anak keldai muda, "semua murid-Nya mula bersukacita dan memuji Allah dengan suara yang kuat" (Lukas 19:37). Bunyi pujian ini pasti membangkitkan hati semua orang yang percaya kepada-Nya
Yesus Mesias mengutus dua orang murid-Nya dengan berkata: "Pergilah ke kampung di hadapan itu. Apabila kamu masuk, kamu akan mendapati seekor anak keldai yang belum pernah ditunggang, tertambat di situ. Lepaskannya dan bawa ke sini. Jika ada orang bertanya kepadamu, ‘Mengapakah kamu melepaskan keldai?' kamu hendaklah berkata kepadanya, ‘Tuhan memerlukannya'" (Lukas 19:30-34) Adakah ini perancangan Yesus atau mukjizat Yesus?
Pada suatu hari semasa Yesus berdoa bersendirian, murid-murid-Nya datang kepada-Nya. Yesus bertanya kepada mereka, “Mengikut orang ramai, siapakah Aku?” Mereka menjawab, “Ada yang berkata Yohanes Pembaptis; ada yang berkata Elia; ada pula yang berkata salah seorang nabi telah hidup semula.” Yesus bertanya kepada mereka, “Apa kata kamu: Siapakah Aku pula?” Petrus menjawab, “Kristus daripada Allah" (Lukas 9:18-20) Untuk mendengar episode podcast berkaitan dengan petikan ini, "Yesus Ialah Mesias Tuhan dan Anak Allah Yang Maha Tinggi", PERGI KE
Petikan ini dimulakan dengan "Yesus menceritakan sebuah ibarat kepada mereka yang mendengar-Nya" atau sementara orang masih mendengar-Nya berkata-kata (Lukas 19:11a). Apa yang Yesus "kata" dan apa yang orang "dengar" sebelum ini? "Anak Manusia datang untuk mencari dan menyelamatkan orang yang hilang" atau orang berdosa (v.10)
Dalam Lukas 18, ada seorang pemimpin bangsa Yahudi yang menurut Hukum Taurat datang kepada Yesus Mesias tetapi akhirnya dia meninggalkan-Nya "kerana dia seorang yang amat kaya" (v.23). Kemudian Yesus berkata, "Alangkah susahnya bagi orang kaya memasuki kerajaan Allah!" (v.24). Tetapi dalam Lukas 19, Zakheus, seorang ketua pemungut cukai yang berdosa, yang juga "sangat kaya" (v.2), mendengar Yesus berkata, "Pada hari ini juga penyelamatan telah datang kepada seisi rumah ini kerana kamu [Zakheus] juga seorang keturunan Abraham" (v.9). Apa bezanya pemimpin bangsa Yahudi itu dengan Zakheus?
Salah satu hal yang menarik yang saya perhatikan dalam petikan ini ialah apabila orang ramai hanya melihat dan memanggil Yesus sebagai "orang Nazaret" (merujuk kepada tempat Dia dibesarkan), orang buta ini pula 'melihat' dan memanggil Yesus sebagai "Anak Daud!" (merujuk kepada identiti-Nya sebagai Mesias Tuhan)
Penganiayaan, kematian dan kebangkitan Yesus Mesias ialah BUKAN suatu kemalangan, kekalahan atau kegagalan tetapi SEMUANYA telah diketahui-Nya dari awal lagi dan segalanya telah tersurat dalam Kitab Suci. Yesus sendiri telah bernubuat tentang diri-Nya sendiri ✔️ Namun begitu, para murid-Nya "tidak mengerti" dan "tidak memahami" apa yang dikatakan oleh Yesus
Ternyata ini ialah soalan yang sangat popular pada zaman Yesus Mesias, dua kali telah ditanyakan kepada-Nya dalam Kitab Injil ini: "Guru, apakah yang harus aku buat untuk mewarisi hidup yang kekal?" (Lukas 10:25, 18:18)
Yesus Mesias berfirman: “Biarkan kanak-kanak kecil itu datang kepada-Ku. Jangan larang mereka kerana orang yang seperti itulah yang empunya kerajaan Allah. Sesungguhnya, Aku berkata kepadamu, sesiapa yang tidak menerima kerajaan Allah seperti seorang anak kecil, tidak akan masuk ke dalamnya" (Lukas 18:16-17)
Ibarat Yesus Mesias dalam Lukas 18:9-14 ini sangat mudah untuk ditafsirkan (interpretation) kerana dari awal lagi sudah diberitahu kenapa Dia menceritakannya (baca ayat 9). Jadi, dalam episod ini, saya akan lebih berfokus kepada pemerhatian (observation) yang saya dapat dalam petikan ini
Petikan firman: Lukas 9:10-17 Setelah rasul-rasul itu kembali, mereka menceritakan kepada Yesus segala perkara yang telah dilakukan mereka. Yesus membawa mereka ke sebuah bandar yang bernama Betsaida. Tetapi orang ramai mendapat tahu akan hal itu lalu mengikut-Nya. Yesus menyambut mereka dan mengkhabarkan kerajaan Allah kepada mereka serta menyembuhkan orang yang memerlukan penyembuhan. Menjelang senja, dua belas murid itu datang kepada Yesus. Mereka berkata, “Suruhlah orang ramai ini pulang supaya mereka dapat pergi ke desa dan daerah di sekitar untuk mencari makanan dan penginapan kerana tempat ini terpencil.” Yesus berkata kepada mereka, “Kamulah memberi mereka makanan.” Murid-murid itu berkata lagi, “Kami hanya ada lima buku roti dan dua ekor ikan, melainkan kami pergi membeli makanan untuk orang ramai ini.” Terdapat kira-kira lima ribu orang lelaki di situ. Yesus berkata kepada murid-murid-Nya, “Suruh mereka duduk berkelompok-kelompok, kira-kira lima puluh orang sekelompok.” Murid-murid itu melakukan suruhan Yesus dan semua orang pun duduk. Setelah mengambil lima buku roti dan dua ekor ikan itu, Dia menengadah ke langit dan mengucap syukur atas makanan itu. Kemudian Dia memecah-mecahkan roti itu dan menghulurkannya kepada murid-murid-Nya untuk diberikan kepada orang ramai. Mereka semuanya makan sehingga kenyang. Para murid-Nya mengumpulkan lebihan makanan sebanyak dua belas bakul. _____________ Dengar episod podcast ini juga - Yesus Mesias akan Menyediakan Roti Yang Memberi Hidup
Secara amnya, ibarat Yesus Mesias dalam Lukas 18:1-8 ini sangat mudah untuk ditafsirkan ✔️ Terang-terang dikatakan bahawa ibarat ini diceritakan oleh Yesus untuk mengajar para murid-Nya untuk "sentiasa berdoa dan tidak putus asa" (v.1). Namun begitu, jika kita melihat beberapa klu dalam petikan ini, secara konteksual dan keseluruhan, ibarat ini ialah tentang bagaimana para murid Yesus, iaitu umat pilihan Allah, harus sentiasa berdoa untuk mendapatkan keadilan daripada TUHAN dan tidak berputus asa sehingga Anak Manusia datang semula!
Petikan Firman: Lukas 9:1-10 Yesus memanggil murid-Nya yang dua belas itu lalu memberi mereka kuasa dan perintah untuk mengusir segala roh iblis dan menyembuhkan berbagai-bagai penyakit. Dia mengutus mereka untuk mengkhabarkan kerajaan Allah dan menyembuhkan orang sakit. Yesus berkata kepada mereka, “Jangan kamu bawa apa jua pun dalam perjalananmu, baik tongkat, baik beg, baik makanan, baik wang mahupun dua helai pakaian. Di rumah mana-mana pun kamu disambut, menetaplah di situ sehingga kamu beredar dari bandar itu. Di mana-mana kamu tidak disambut, tinggalkan bandar itu dan kebaskanlah debu daripada kakimu sebagai kesaksian terhadap mereka.” Mereka pun berangkat lalu pergi dari kampung ke kampung untuk menyampaikan Injil dan menyembuhkan orang di mana-mana sahaja. Herodes, raja wilayah, mendengar segala perkara yang berlaku. Dia keliru kerana ada yang mengatakan bahawa Yohanes telah dibangkitkan daripada kematian, ada yang berkata bahawa Elia telah muncul; ada juga yang berkata bahawa salah seorang nabi pada zaman dahulu telah hidup kembali. Herodes berkata, “Yohanes itu telah kupancung kepalanya tetapi siapakah orang ini? Banyak perkara tentangnya telah aku dengar.” Oleh yang demikian, dia mencari jalan untuk menemui Yesus. Setelah rasul-rasul itu kembali, mereka menceritakan kepada Yesus segala perkara yang telah dilakukan mereka. Yesus membawa mereka ke sebuah bandar yang bernama Betsaida. _____________ Dengar episod podcast ini - Enam (6) Prinsip Pelayanan Misi dan Penginjilan
Dalam Lukas 17:20-21, Yesus Mesias menjawab soalan beberapa orang Farisi tentang "bila kerajaan Allah akan datang"; dalam ayat 22-37 pula, Yesus berkata kepada para murid-Nya tentang "hari Anak Manusia." Apakah kaitannya diantara kerajaan Allah dengan Anak Manusia? Mudah... dimana ada hadirat Yesus Mesias, Anak Manusia, disitulah Kerajaan Allah ada!
"Terdapat beberapa orang Farisi bertanya kepada Yesus bila kerajaan Allah akan datang dan Yesus menjawab..." (Lukas 17:20). Apa itu "kerajaan Allah"? Bagaimana Yesus menjawab mereka? Adakah kerajaan Allah sudah datang atau belum?
Kerana iman, walaupun kuantiti iman sebesar biji sesawi, 10 orang yang berpenyakit kusta, apabila mereka datang bertemu dengan Yesus Mesias, mendengar firman-Nya dan mentaati-Nya, mereka sembuh! Tetapi kerana iman juga, kualiti iman yang berfokus kepada sumber kesembuhan, iaitu Yesus Mesias, hanya 1 orang Samaria mendapat keselamatan! Mendapat kesembuhan itu baik tetapi adakah kamu lebih lagi ingin mendapat keselamatan? #ServeToLead #PreachTheWord #InjilLukas
Mendengar ajaran-ajaran Yesus Mesias yang mencabar (Lukas 17:1-4), para rasul berkata kepada-Nya: "Kuatkanlah iman kami" (v.5). Ini kesedaran dan permintaan yang baik
lanya memerlukan iman untuk Yairus "sujud pada kaki Yesus dan memohon kepada-Nya supaya datang ke rumahnya kerana anak perempuan tunggalnya... hampir mati" (Lukas 8:41-42). Tetapi apabila orang ramai dan seorang wanita yang menghidap penyakit melambatkan perjalanan Yesus, iman dan kesabaran Yairus diuji. Namun begitu, iman Yairus mungkin dibangkitkan semula apabila dia mendengar Yesus berkata kepada wanita yang telah disembuhkan itu, "Anak-Ku, imanmu telah menyembuhkanmu..." (v.48). Tetapi sekali lagi iman Yairus diuji apabila seorang utusan berkata kepadanya, "Anak perempuan tuan telah mati..." (v.49). Bagaimanakah perubahan iman Yairus turun naik tetapi tetap ada menggalakkan iman kita? Bagaimana Yesus memberi harapan kepada Yairus? Dan, kenapa kita harus sentiasa mengarahkan mata kita kepada Yesus untuk iman kita? Untuk mendengar episod podcast berkaitan dengan petikan ini, pergi ke Spotify
Dalam petikan ini, Yesus Mesias memberi amaran keras kepada sesiapa yang menyebabkan kanak-kanak kecil melakukan dosa, iaitu, menjadi batu sandungan (Lukas 17:1-3) dan pesanan tegas kepada para murid-Nya untuk mengampuni orang yang melakukan dosa kepada mereka (v.3-4). Ini ialah firman yang mencabar!
Sudah 10 tahun seorang wanita ini menghidap penyakit pendarahan yang berhubungan dengan haidnya yang tidak normal. Ditambahkan pula "walaupun dia telah menghabiskan harta bendanya untuk mendapatkan rawatan daripada beberapa orang tabib, dia tidak dapat disembuhkan oleh sesiapa pun" (Lukas 8:43). Tiada kesembuhan. Tiada harta lagi. Seolah-oleh tiada harapan. Tetapi pada suatu hari, Yesus Mesias datang ke tempatnya. Wanita ini terus mengambil peluang! Kali ini atau tidak lagi. Seperti wanita ini, selagi bernyawa, kita juga harus mengambil peluang. Hari ini, jika kamu mendengar Dia ada, jangan keraskan harimu. Datang kepada-Nya! Apakah kesudahan bagi wanita ini? Dan, lebih penting lagi, bagaimana kesudahan kamu pula? Untuk mendengar episod podcast berkaitan dengan petikan ini, pergi ke
Tentang orang kaya dan Lazarus dalam Lukas 16 ini, Yesus Mesias mula-mula membandingkan kehidupan mereka di dunia (v.19-21). Kemudian, kematian mereka di antara dunia dan akhirat (v.22). Akhirnya, Dia menyatakan kesudahan mereka di akhirat (v.23-26) dan bagaimana situasi di akhirat berkaitan dengan respon orang di dunia (v.27-31)
Secara ringkas, dalam Lukas 16, Yesus Mesias mengajar tentang bagaimana untuk menggunakan kekayaan dunia (v.1-12) dan bagaimana untuk TIDAK digunakan oleh kekayaan, iaitu menjadi hamba kekayaan (v.13-15). Kemudian, Dia mengajar tentang topik Hukum Taurat dan perkahwinan-perceraian (v.16-18). Apakah kaitannya diantara topik kekayaan, Hukum Taurat dan perceraian? Bagaimana firman Yesus ini mencabar orang Farisi (v.14) yang ada di sana?
“Seorang hamba tidak mungkin mengabdi diri kepada dua orang tuan. Dia akan membenci yang seorang dan mengasihi yang lain; atau akan setia kepada yang seorang dan mencela yang lain. Demikianlah, kamu tidak dapat menjadi hamba Allah dan juga hamba kekayaan" (Lukas 16:13). Dalam petikan sebelum ini, Yesus Mesias berfirman tentang bagaimana untuk "menggunakan kekayaan" (v.9)
Yesus Mesias bertanya kepada orang yang dirasuki itu, "Siapakah namamu?" Dia (atau mereka) menjawab, "Legion" kerana dia telah dirasuk oleh "ramai roh iblis" (Lukas 8:30). "Legion" ialah bukan nama tetapi bilangan. Kerana Yesus ialah Anak Allah Yang Maha Tinggi (8:28), mereka harus menjawab. Tetapi kerana roh-roh Iblis ialah roh-roh memberontak dan intimidasi, mereka ingin mencabar-Nya dengan menyatakan bilangan mereka. Namun begitu, Yesus tetap menang!