POPULARITY
AWS Re-Invent 2023 masih diteruskan di las vegas dengan beberapa pengumuman kerjasama antara AWS dan syarikat Malaysia. Aerodyne antara syarikat yang umum kerjasama dengan AWS bagi penggunaan perkhidmatan tertentu untuk pengembangan syarikat. Editor Astro AWANI, Najib Aroff Ada laporannya.

Setiap tahun Amazon Web Services menganjurkan persidangan ReInvent yang mengumpulkan pakar dalam bidang teknologi awan dan tahun ini tumpuan terarah kepada Generative AI. Editor Astro AWANI, Najib Aroff turut sertai persidang yang berlangsung di Las Vegas, Amerika Syarikat.

Ikuti temu bual Editor Astro AWANI, Dzulfitri Yusop bersama Pengarah Urusan Skat Consulting Ltd, Enrico Morriello berkenaan rumah mampu milik yang berteknologi hijau. Ia seiring United Nations Habitat Assembly (UNHA) ke-2 yang berlangsung di Nairobi, Kenya.

UN-Habitat memainkan peranan penting dalam bidang pembangunan perbandaran dan pemukiman manusia. Berikut adalah beberapa kepentingan UN-Habitat. Memperkuat Pengurusan Perkotaan: UN-Habitat bekerja untuk meningkatkan kapasiti dan kemahiran pengurusan perkotaan, termasuk perancangan kota, pengawasan pembangunan, penyediaan perkhidmatan asas, dan pemuliharaan warisan budaya dan sejarah. Ini bertujuan untuk meningkatkan kualiti hidup penduduk bandar dan memastikan pertumbuhan perkotaan yang berkekalan. Dzulfitri Yusop, Editor Astro AWANI, Nairobi Kenya

Editor Astro AWANI, Nazri Kahar bercerita liputan haji di Masjidil Haram menjelang Hari Wukuf.

Menurut laporan Bain & Company, ‘Southeast Asia's Green Economy: Opportunities on the Road to ‘Net Zero,' pelbagai transformasi untuk menyahkarbonkan ekonomi global telah menjadi lebih pantas pada 2021. Namun negara di Asia Tenggara masih kekurangan langkah berani dan tindakan konkrit untuk capai pelepasan sifar. Bain & Company lapor peluang ekonomi dalam mencapai pelepasan sifar adalah sebesar AS$1 trilion, dengan 5-6 juta pekerja dan pertumbuhan KDNK 6-8%. Apa peluang untuk Malaysia dan di manakah kekuatan kita dalam mengambil tindakan untuk capai pelepasan sifar? Saksikan temubual Editor Astro AWANI, Rizal Zulkapli bersama Rakan Niaga dan Pengarah Bersama Pusat Inovasi Kelestarian Global, Bain and Company, Dale Hardcastle dalam Niaga AWANI.

Dengan semakin ramai pengguna menjadi arif tentang soal privasi mereka di atas talian, apakah maksud ini kepada PKS yang berjinak dengan pengiklanan digital oleh Google? Bagaimanakah PKS ini dapat memanfaatkan situasi baru ini? Dan apakah manfaat kepada pengguna? Saksikan temubual Editor Astro AWANI, Rizal Zulkapli dan Ketua Privasi Asia Pasifik, Google, Jessica Martin dalam Niaga AWANI. Niaga AWANI membincangkan berita perniagaan dan ekonomi dalam dan luar negara, serta analisis bersama pakar dan dibawakan oleh Editor Rizal Zulkapli.

Pameran Maya City Expo Malaysia 2021 akan berlangsung pada 8 November ke 8 Disember ini. Antara isu yang akan dibincangkan termasuk kadar urbanisasi Malaysia yang merupakan antara yang tertinggi di Asia pada 77.2% dan dijangka mencecah 88.0% pada 2050. Editor Astro AWANI, Rizal Zulkapli membincangkan bersama Presiden, Malaysian Institute of Planners, Datin Noraida Saludin dan Pengarah, City Expo Malaysia 2021, Imran Clyde tentang cabaran berdepan bandar di serata dunia dan impak peningkatan kadar urbanisasi kepada alam sekitar dan sosial.

Dalam dunia yang berubah dan fokus kepada pembangunan yang lestari, bagaimanakah kerajaan seharusnya merangka pelan pembangunan dan infrastruktur untuk sokong pemulihan pasca COVID-19? Bagaimana untuk pastikan sektor pembinaan yang jana kesan berganda akan turut berikan impak yang meluas kepada semua rakyat? Saksikan temu bual Editor Astro AWANI, Rizal Zulkapli dan Ketua Pakar Ekonomi Bank Islam Malaysia Berhad, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid dalam Niaga AWANI.

Syarikat pemaju hartanah Evergrande Group dijangka mungkir hutangnya pada minggu ini. Ini telah jejas sentimen pelabur yang jangka kesan besar daripada kemungkiran hutang ini. Namun sejauh manakah kesan ini dan adakah Beijing akan campur tangan untuk selamatkan syarikat pemaju hartanah kedua terbesar China ini? Saksikan analisis Editor Astro AWANI, Rizal Zulkapli dan Rakan Niaga Pengurusan SPI Asset Management, Stephen Innes dalam Niaga AWANI.

Majalah Inc. edisi Ogos melaporkan yang peletakan jawatan besar-besaran atau ‘The Great Resignation' kini sedang berlaku dan ia adalah realiti semasa. Jabatan Buruh AS lapor yang 11.5 juta pekerja berhenti kerja pada April, Mei dan Jun. Selain tekanan kerja ketika pandemik COVID-19, pelbagai sebab diberikan. Majalah Inc. menjelaskan yang situasi ‘The Great Resignation' ini akan berikan kesan kewangan kepada organisasi. Editor Astro AWANI, Rizal Zulkapli menemubual pengasas OKR Coaches, Catherine Chen untuk melihat apakah yang perlu dilakukan majikan dan kakitangan untuk wujudkan suasana pekerjaan yang baik dan kekalkan pekerja dalam Niaga AWANI.

Peningkatan varian Delta akan jadikan Asia Tenggara sedikit ke belakang berbanding Amerika Latin. Menurut laporan Moody's Analytics, penularan varian Delta di Asia Tenggara dan langkah kawalan yang diambil kerajaan akan berikan kesan kepada pemulihan, berbanding pendekatan ‘buka ekonomi tanpa kira kesan' di Amerika Latin. Risiko kesihatan awam dan politik kekal untuk kedua rantau ini. Saksikan temubual Editor Astro AWANI, Rizal Zulkapli dan Pakar Ekonomi, Moody's Analytics, Jesse Rogers dalam Niaga AWANI.

Laporan Bank Pembangunan Asia, ADB, menyebut yang 75-80 juta penduduk Asia akan ditolak masuk ke dalam kemiskinan akibat COVID-19. Dalam masa yang sama laporan 'Key Indicators for Asia and the Pacific 2021' turut mendedahkan yang jumlah mereka yang hidup dalam miskin tegar, di bawah AS$2.00 sehari, turut meningkat. Dengan hasil kerajaan yang rendah dan ruang fiskal yang terhad, bagaimanakah negara di Asia dan Asia Tenggara boleh bantu kumpulan yang sangat terkesan dengan tekanan ekonomi yang dihadapi di tengah COVID-19? Saksikan temubual Editor Astro AWANI, Rizal Zulkapli bersama Pakar Ekonomi 'Key Indicators for Asia and the Pacific 2021', Asian Development Bank, Elaine S. Tan dalam Niaga AWANI
Dengan kebanyakan orang tinggal di rumah dan perniagaan berdepan cabaran akibat pandemik COVID-19, trend penghantaran digital 'on-demand' seperti Lalamove dilihat terus meningkat dalam jangka masa ini. Bagaimanakah PKS dapat terus meningkatkan peluang perniagaan mereka, di tengah tempoh mencabar ini untuk meneruskan operasi perniagaan mereka melalui penghantaran ‘on-demand' Lalamove? Apakah peluang yang wujud dengan kerjasama ini dan bagaimanakah Lalamove sokong PKS terutamanya semasa musim puncak? Saksikan temubual Editor Astro AWANI, Rizal Zulkapli bersama Pengarah Urusan Lalamove Malaysia, Jane Teh.
Pada 28 Julai lepas Jabatan Perangkaan Malaysia lapor sumbangan PKS Malaysia kepada KDNK menguncup 7.3% pada 2020 akibat daripada pelbagai PKP yang diambil untuk kekang penularan COVID-19. Menurut data rasmi Jabatan Perangkaan Malaysia, pada 2020, PKS menyumbang sebanyak 38.2% daripada KDNK negara manakala 48% daripada pekerja di Malaysia berada dalam sektor PKS. Ini belum mengambil kira mereka yang beroperasi dalam sektor informal. Industries Unite dalam kenyataan terkini inginkan kejelasan berkenaan Ordinan-ordinan Darurat selepas pada 26 Julai lepas, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Takiyuddin Hassan memaklumkan Dewan Rakyat bahawa kerajaan memutuskan tidak akan menasihati Yang di-Pertuan Agong untuk mengisytiharkan pelanjutan darurat, yang tamat pada 1 Ogos. Industries Unite dan 117 ahli ingin tahu berkenaan penguatkuasaan dan pelaksanaan undang-undang untuk membolehkan perancangan dan pembukaan perniagaan. Saksikan temubual Editor Astro AWANI, Rizal Zulkapli dan Penasihat Undang-Undang & Pengasas Bersama Industries Unite, Datuk David Gurupatham dan Ketua Koordinator dan Pengasas Bersama Industries Unite, Datuk Irwin SW Cheong.
Moody's Analytics pada pertengahan Julai menerbitkan Laporan “Global Outlook: Emerging Disparities”. Laporan itu menyebut bagaimana ekonomi global akan melepasi paras tinggi pra-pandemik dalam masa terdekat. Namun menurut Moody's Analytics pemulihan ekonomi adalah tidak sekata, hasil sokongan dan vaksinasi yang berbeza antara ekonomi kaya dan ekonomi membangun lain. Bagi kawasan Asia Pasifik, pemulihan adalah berdasarkan kejayaan kawalan penularan COVID-19 dan vaksinasi berbanding negara yang ketinggalan dalam bidang ini. Saksikan temubual Editor Astro AWANI, Rizal Zulkapli bersama Pakar Ekonomi Kanan APAC, Moody's Analytics, Katrina Ell dalam Niaga AWANI.

Kira-kira 33% daripada 457,462 orang dalam kumpulan B40 yang menjalani saringan kesihatan menerusi Skim Peduli Kesihatan untuk Kumpulan B40 (PeKa B40) dikesan menghidap sekurang-kurangnya satu penyakit tidak berjangkit. Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba yang dipetik Bernama berkata, antara penyakit tidak berjangkit yang dikesan melalui saringan berkenaan adalah kencing manis sebanyak 10.4 peratus, kolesterol tinggi (29.8 peratus), darah tinggi (13.8 peratus), masalah mental seperti kemurungan (1.6 peratus) dan keresahan (1.4 peratus). Skim PeKa B40 itu diuruskan ProtectHealth Corporation Sdn Bhd yang menyediakan empat manfaat iaitu saringan kesihatan, bantuan alat perubatan sehingga RM20,000, insentif melengkapkan rawatan kanser (RM1,000) dan insentif tambang pengangkutan sehingga RM1,000. Saksikan temubual Editor Astro AWANI, Rizal Zulkapli dan Ketua Pegawai Eksekutif ProtectHealth Corporation Sdn Bhd, Dr Anas Alam Faizli.

Selepas berdepan tekanan pendapatan yang menurun akibat PKP, Marriani Che Mat yang menjahit pakaian pengantin tekad untuk ubah perniagaannya. Atas latihan daripada People Systems Consultancy Sdn Bhd, Marriani kini adalah pemilik kedai roti yang turut melihat kepada pemasaran digital untuk tarik lebih ramai pelanggan. Hasilnya, pendapatan Marriani kini meningkat daripada RM500 sebulan kepada sekitar RM5000 sebulan. Saksikan temubual Editor Astro AWANI, Rizal Zulkapli bersama Pengasas MyBread2u, Marriani Che Mat dan Pengarah Eksekutif, People Systems Consultancy Sdn Bhd, Raymond D. Gabriel dalam Niaga AWANI.
Laporan terkini Randstad dedahkan 55% pekerja percaya pengalaman bekerja mereka dengan majikan ketika ini memotivasikan mereka untuk kekal di syarikat yang sama untuk jangka panjang. Namun, 37% dedah yang mereka sukar untuk capai keseimbangan antara kerja dan kehidupan. 30% lagi dedahkan bekerja di luar pejabat jadikan produktiviti mereka bertambah buruk kerana tekanan yang dihadapai ketika pandemik ini. Apa yang boleh dilakukan majikan untuk sokong pekerja yang bekerja dari rumah? Saksikan temubual Editor Astro AWANI, Rizal Zulkapli dan Ketua Operasi Randstad Malaysia, Fahad Naeem dalam Niaga AWANI.

Apakah inovasi dan trend yang disaksikan berkait ETF di Malaysia dan pasaran global? Pelabur manakah yang sesuai melihat ETF sebagai antara pilihan untuk pelaburan? Saksikan temubual Editor Astro AWANI, Rizal Zulkapli bersama Pengarah Urusan, Value Partners Malaysia, Durraini Baharuddin.

Harga rumah di Malaysia dijangka meningkat tiga peratus dalam jangka 12 bulan akan datang dan terus melonjak 12 peratus bagi tempoh 12 bulan berikutnya, didorong unjuran yang lebih baik. Menurut Juwai IQI pada awal Julai, unjuran bagi pasaran hartanah kediaman Malaysia semakin baik. Namun adakah situasi COVID-19 semasa akibatkan Juwai IQI semak kembali unjurannya? Apakah trend yang dijangka bergerak ke hadapan? Saksikan temubual Editor Astro AWANI, Rizal Zulkapli dan Pengasas Bersama dan Pengarah Urusan Kumpulan, Daniel Ho.

Bank Negara pada awal Julai lapor terima 29 permohonan untuk Lesen Bank Digital di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 dan Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013. Tempoh pandemik ini saksikan lebih banyak pengguna menggunakan produk perbankan digital untuk melakukan urusan perbankan mereka dan lakukan transaksi. Namun apakah cabaran perbankan digital untuk bank di Malaysia sekarang dan bagaimanakah peluang dan persaingan yang wujud daripada syarikat ‘fintech' lain? Saksikan temubual Editor Astro AWANI, Rizal Zulkapli dan Pengarah Serantau untuk Asia, Backbase, Riddhi Dutta, Ketua Pegawai Strategi Kumpulan RHB, Dr Siew Chan Cheong dan Ketua Pegawai Eksekutif CIMB Digital Assets dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Touch ‘N Go, Effendy Shahul Hamid.

RODEO adalah perkhidmatan pengiklanan digital luar rumah, DOOH, yang kini dalam usaha untuk mendapatkan dana melalui platform ‘equity crowd funding'pitchIN. RODEO yang dimulakan empat tahun lepas kini mencapai pendapatan terkumpul RM6.86 daripada modal permulaan RM10,000. Bagaimanakah pelaburan ini akan digunakan untuk perluaskan capaian RODEO? Dan apakah pandangan pelabur utama tentang RODEO. Saksikan temubual Editor Astro AWANI, Rizal Zulkapli bersama Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Rodeo, Valens Subramaniam dan Pelabur Utama serta Pengasas dan Pengerusi Fidelity Funding/Eatcosys, Tham Lih Chong.
Bagaimanakah Pakej PEMULIH yang diumumkan kerajaan akan sokong dan bantu pemulihan PKS dan usahawan pada ketika ini. Apakah yang baik dan apakah yang boleh ditambah baik? Apa komen berkenaan moratorium PKS yang masih perlu dapatkan kelulusan daripada bank? Editor Astro AWANI, Rizal Zulkapli dapatkan komen daripada Pengasas Bersama ScaleUp Malaysia, Aaron Sarma.

World Travel and Tourism Council pada Mac lepas melaporkan sektor pelancongan dunia kerugian AS$4.5 trilion pada 2020 susulan kesan COVID-19. Ia juga lapor sumbangan sektor pelancongan dan pengembaraan kepada KDNK global menurun 49.1% pada tahun yang sama. Ini adalah peluang bagi sektor ini melihat kepada inovasi dan cara baru untuk hidupkannya kembali. Igotopia tawar pelancongan maya yang meliputi promosi, jualan dan perkhidmatan pelanggan. Ia kini meraih ECF di Malaysia dan telah mencapai kutipan RM5.8 juta ringgit. Saksikan temubual Editor Astro AWANI, Rizal Zulkapli bersama Ketua Pegawai Eksekutif Igotopia, James South dan Pengasas Les' Copaque dan Pelabur Terbesar Igotopia Hj Burhanuddin Md Radzi.

Apakah kesan Pelan Pemulihan yang diumumkan Perdana Menteri kepada strategi dan pendapatan Khazanah Nasional Berhad? Bagaimanakah keadaan semasa berikan kesan kepada dividen yang akan dibayar Khazanah kepada kerajaan? Saksikan temubual Editor Astro AWANI, Rizal Zulkapli dan Pengarah Urusan Khazanah Nasional Berhad, Datuk Shahril Ridza Ridzuan.

Apakah pandangan perusahaan sosial tentang Pelan Pemulihan yang diumum kerajaan? Bagaimanakah operasi perusahaan sosial terkesan akibat ‘total lockdown' ini? Adakah kualiti hidup dan pendapatan ‘beneficiaries' mereka terjejas? Bagaimana kerajaan boleh permudahkan proses untuk bantu perusahaan sosial ini? Saksikan temubual Editor Astro AWANI, Rizal Zulkapli dan Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Komuniti Tukang Jahit, Yap Sue Yii, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Drop & Wash, Zarina Ismail dan Pengasas Masala Wheels, Kuhan Pathy.

Apakah bentuk Pelan Pemulihan Negara atau “exit strategy” yang harus dirangka kerajaan? Bagaimana untuk pastikan pelan ini mendapat sokongan daripada pelbagai pihak seperti yang digesa oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. Bagaimana pelaksanaan program vaksinasi yang lebih pantas akan sokong pelan ini? Siapakah kumpulan yang paling terjejas ketika 'total lockdown' ini? Saksikan temubual Editor Astro AWANI, Rizal Zulkapli bersama Felo Akademi Sains Malaysia, Dr Madeline Berma.

Laporan "The future of retail bank networks – A global perspective with a focus on Southeast Asia" terbitan Roland Berger menjangka bank di 6 negara utama Asia Tenggara termasuk Malaysia akan tutup sekitar 18% cawangan mereka. Laporan yang sama jangka 600 cawangan bank di Malaysia akan ditutup sebelum 2030. Ini adalah akibat peningkatan transformasi dalam sektor perbankan termasuk peningkatan pendigitalan dalam khidmat perbankan. Jadi apakah manfaat kepada pengguna dan adakah bank cukup bersedia untuk perubahan ini? Saksikan temubual Editor Astro AWANI, Rizal Zulkapli dan Pengarah Penyelesaian Data Asia Tenggara ADVANCE.AI, Aradhna Sharma.

Pada 30 April lepas syarikat latihan juruterbang dan jurutera pesawat Skyvax menang bidaan untuk beli 100% saham syarikat latihan penerbangan Czech Aviation Training Center. Ditubuhkan pada 1923, CATC mempunyai hampir 100 tahun pengalaman dalam latihan aeroangkasa. Namun bagaimanakah permintaan untuk juruterbang dan jurutera pesawat di tengah pandemik ini dan apakah nilai tambah susulan pemerolehan CATC? Saksikan temubual Editor Astro AWANI, Rizal Zulkapli bersama Ketua Pegawai Eksekutif Skyvax, Rusilawati Mohd Noor.

Niaga AWANI membincangkan berkenaan keperluan untuk meningkatkan kadar hutang kerajaan pada ketika ini, melihat kepada pandemik dan keperluan rangsangan yang besar dalam ekonomi. Ini susulan kenyataan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang kedudukan kewangan kerajaan adalah terhad, ketika umum Pelan Pemerkasa Plus. Saksikan temubual Editor Astro AWANI, Rizal Zulkapli bersama Penulis dan Felo Pelawat, Research For Social Advancement Berhad, Hafiz Noor Shams.

Adakah ruang fiskal kita benar-benar terhad? Kenapa moratorium automatik tidak diumumkan untuk semua? Apakah cabaran dalam penyampaian Pakej Pemerkasa Plus? Saksikan temubual Editor Astro AWANI, Rizal Zulkapli dan Ketua Ahli Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid.

Susulan kenyataan Gabenor Bank Negara yang Malaysia perlu meningkatkan usaha untuk menarik pelaburan berkualiti bagi mempromosikan ekonomi yang lebih inovatif menerusi penyelidikan dan pembangunan, R&D. Kita ingin tahu apa jurangnya ketika ini dan adakah kajian dilakukan universiti di Malaysia dikomesialkan? Apa yang boleh ditambah baik untuk tingkatkan R&D? Saksikan temubual Editor Astro AWANI, Rizal Zulkapli dan Ketua Ekonomi, Pusat Kajian Pasaran Buruh Masa Hadapan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso), Prof Madya Dr Mohd Yusof Saari.

COVID-19 telah paksa banyak perniagaan dan perkhidmatan membawa model mereka ke atas talian. Salah satu perniagaan ini, Kiddocare, menawarkan perkhidmatan penjagaan anak yang turut dilapor mendapat permintaan yang tinggi di tengah PKP. Kiddocare adalah 11 syarikat finalis yang terpilih untuk program ScaleUp Malaysia dan menerima RM250,000 untuk antara lain, pengembangan serantau. Saksikan temubual Editor Astro AWANI, Rizal Zulkapli bersama Ketua Pegawai Eksekutif Kiddocare dan Pengasas, Nadira Yusoff.
COVID-19 mewujudkan kepentingan untuk pendigitalan perniagaan, modal insan dan pendidikan. Ini dilihat trend bergerak ke hadapan. Apakah cara untuk memastikan PKS, orang ramai mendapat latihan dan pendidikan yang cukup untuk perkasakan kemahiran digital mereka? Apa peranan MDEC dan Google Malaysia? Saksikan temubual Editor Astro AWANI, Rizal Zulkapli bersama Naib Presiden dan Ketua Bahagian Kemahiran dan Kerjaya Digital MDEC, Dr Sumitra Nair dan Ketua Polisi Awam, Google Malaysia, Nick Bauer

Di tengah PKP 3.0 dan musim perayaan ini bagaimana PKS boleh terus tingkatkan jualan mereka? Apakah strategi yang mereka perlu ambil untuk pastikan pengguna sedar kehadiran digital mereka? Dan bagaimana anda, sebagai pengguna, boleh sokong PKS tempatan di sekeliling anda di tengah PKP 3.0 ini? Saksikan temubual Editor Astro AWANI, Rizal Zulkapli bersama Pengarah Pemasaran Google, Asia Tenggara dan India, Sapna Chadha.
Selepas lebih setahun pandemic COVID-19, UNICEF keluarkan laporan keempat dan terakhir Keluarga di Pinggiran yang dedahkan tentang pengalaman PdPR keluarga ini, pengangguran, perbelanjaan makanan dan barangan asas. Saksikan tembual Editor Astro AWANI, Rizal Zulkapli dan Pengasas Bersama perusahaan sosial, Masala Wheels Kuhan Pathy yang berkongsi pengalaman mendekati kumpulan pendapatan rendah bandar ini ketika COVID-19.

Perdana Menteri dalam pengumuman PKP seluruh negara jelaskan restoran tidak dibolehkan terima pelanggan yang ingin makan di premis. Ini selepas pelaksanaan Hotspot Identification for Dynamic Engagement (HIDE), yang saksikan premis yang disenaraikan termasuk pusat beli-belah diarah tutup serta merta selama 3 hari. Apakah kesan kepada restoran, pekerja dalam sector F&B? Saksikan temubual Editor Astro AWANI, Rizal Zulkapli dan Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Hospitality Asia (HAPA), Jennifer Ong dan Presiden, Malaysia Food and Beverage Executives Association, Muhammad Hisham Tan Abdullah.

Proses pendigitalan PKS kini semakin penting dengan peningkatan semula kes COVID-19 di dalam negara. Ini adalah peluang PKS untuk kekal beroperasi dan meningkatkan jualan di tengah norma baharu ini. Saksikan temubual Editor Astro AWANI, Rizal Zulkapli dan Selangor Information Technology & Digital Economy Corporation (SIDEC), Yong Kai Ping yang turut sentuh berkenaan Geran Padanan Digitalisasi PKS Selangor.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Berjaya Corporation Bhd, Jalil Rasheed pada awal Mei lapor akan umum penstrukturan semula perniagaan BCorp pada Jun. Menurut laporan New Straits Times dan The Edge, penstrukturan semua ini adalah untuk memastikan perniagaannya selari dan BCorp dilapor akan jual aset bukan teras. Editor Astro AWANI, Rizal Zulkapli bertanyakan berkenaan penstrukturan semula, nilai-nilai kepada pemegang saham dan kepentingan dan apakah mandatnya, bersama CEO Kumpulan Berjaya Corporation Bhd, Jalil Rasheed.

Wujudkah peningkatan ancaman keselamatan siber ketika tempoh pandemik ini? Bagaimanakah syarikat pembekal perkhidmatan dan jururunding keselamatan siber, Nexagate melihat kepada ancaman ini kepada semua pihak? Ikuti kisah Nexagate, sebuah syarikat tempatan yang ditubuhkan pada 2010 yang kini turut meluaskan perkhidmatannya ke rantau Asia. Saksikan temubual Editor Astro AWANI, Rizal Zulkapli bersama Pengarah Urusan Nexagate, Khairil Effendy Datuk Ahmad Dhman Huri.
Momentum terbitan sukuk oleh kerajaan dijangka dipelopori keperluan untuk mempelbagaikan sumber dana. Menurut Fitch Ratings, ia akan turut dipacu tempoh matang yang akan datang. Fitch jangka jumlah sukuk yang diterbitkan kerajaan meningkat 29% kepada AS$75 bilion pada 2020 untuk Indonesia, Bahrain, Malaysia, Oman, Arab Saudi dan Turki.Ikuti temubual Editor Astro AWANI, Rizal Zulkapli bersama Ketua Global Kewangan Islam, Fitch Ratings, Bashar Al Natoor berkenaan terbitan Sukuk Kelestarian Malaysia dan trend sukuk global tahun ini.
Top Glove sediakan 9,000 peluang pekerjaan untuk rakyat Malaysia tahun ini, termasuk untuk graduan TVET. Menurut Pengarah Urusan, Datuk Lee Kim Meow, Top Glove turut sasar untuk jadi syarikat Fortune Global 500.Apakah langkah yang akan diambil untuk capai sasaran ini? Saksikan temubual Editor Astro AWANI, Rizal Zulkapli bersama Datuk Lee Kim Meow yang turut sentuh berkenaan R&D dan ESG.

Laporan Digital News Asia pada Mac lapor aplikasi POMEN mendapat 25,000 kali muat turun dan peningkatan sekitar 10% sebulan sejak dilancarkan pada 2019. Disebalik angka ini, bagaimana syarikat yang menjadi kohort kedua untuk ScaleUp Malaysia ini tingkatkan lagi capaian dan manfaat kepada bengkel dan mekanik? Ikuti temubual Editor Astro AWANI, Rizal Zulkapli dan Pengasas dan CEO aplikasi POMEN, Syed Zulhilmi Tuan Sharif.

Malayan Flour Mills Berhad dijangka meningkatkan pengeluaran produk halal daging ayam dengan kerjasama syarikat Amerika, Tyson Foods. Transaksi ini masih perlu dipersetujui oleh pemegang saham. Apa sasaran MFM dengan kerjasama Tyson Foods? Apa signifikan kerjasama MFM-Tyson Foods kepada industri daging ayam Malaysia? Saksikan temubual Editor Astro AWANI, Rizal Zulkapli dan Pengarah Urusan Malayan Flour Mills Berhad, Teh Wee Chye.

BIMB Investment Management Berhad menyasarkan Dana Makmur myWakaf akan dilanggan mencecah RM50 juta menjelang akhir 2021. Dana ini diperkenalkan pada November 2020 dan adalah Dana Unit Amanah Wakaf pertama mengikut rangka kerja dana wakaf ditetapkan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. Untuk melihat strategi pelaburan Dana Makmur myWakaf, nila lestari wakaf dan pelaburan ketika ini, Editor Astro AWANI, Rizal Zulkapli menemubual Ketua Pegawai Eksekutif BIMB Investment, Najmuddin Mohd Lutfi.

Apple dalam Event terkini melancarkan beberapa produk baru termasuk iMac, iPad Pro dan yang paling menarik, Air Tag. Apa kata peminat dan pengguna dalam ekosistem Apple? Apa pula trend penggunaan peranti dalam tempoh pandemik ini dan kesan krisis cip? Saksikan temubual Editor Astro AWANI, Rizal Zulkapli bersama Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Terato Tech dan Slurp! Reza Razali.

Minggu ini akan saksikan banyak data termasuk pengumuman Redbook AS, inventori minyak mentah AS dan data ekonomi dari UK. Apakah yang akan pengaruhi pasaran dan pelabur? Adakah pelabur khuatir dengan kes baru COVID-19 yang terus meningkat di peringkat dunia dan Malaysia? Saksikan temubual Editor Astro AWANI, Rizal Zulkapli dan Ketua Stratregi Pasaran Global Axi, Stephen Innes.
Fave dibeli Pine Labs: Apa strategi pengembangan di India?Pada 14 April lepas Pine Labs lapor telah beli Fave, dengan nilai RM185 juta. Ini akan merangka strategi untuk Fave masuki pasaran India dan teroka peluang dengan 500,000 perniagaan yang gunakan Pine Labs. Pengambilalihan ini tidak akan ubah struktur kepimpinan Fave. Malah Fave dijangka gaji 100 pekerja baru di Asia Tenggara dan India. Editor Astro AWANI, Rizal Zulkapli menemubual Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Operasi Fave, Chen Chow Yeoh berkenaan pengambilalihan berkenaan dan trend e-dompet di Malaysia.

Adakah COVID-19 memburukan lagi islamofobia di Eropah? Apakah dapatan dan cadangan daripada European Islamophobia Report edisi terkini? Editor Astro AWANI, Rizal Zulkapli menemubual Editor Bersama laporan, Enes Bayrakli.