Inilah podcast Diari Ayah - Segala yang kau perlu tahu. www.twitter.com/sujimy
Episod kali ini membawa kita menyelami kisah luar biasa Hassan Rahman — seorang ayah kepada 6 anak, usahawan dan pengasas Rebuild Podcast. Dahulunya bergelumang dengan geng, keganasan dan dadah, Hassan kini berdiri kembali bersinar menjadi inspirasi kepada anak muda.Beliau berkongsi detik-detik hitam hidupnya — dari boys home ke RTC hingga DRC — dan bagaimana kelahiran anak pertama serta keazaman selepas kejatuhan kedua, menjadi titik tolak perubahan sebenar. Hari ini, beliau bersama isteri membangunkan Shima Matin Bridal Services dan Merce Hair Studio, sambil terus menyebarkan mesej harapan dan transformasi melalui Rebuild Podcast.Episod ini bukan sekadar cerita seorang bekas pesalah — ia adalah kisah tentang kasih ayah, peluang kedua dan kebangkitan seorang lelaki.
Ahmad Syarifullah atau lebih dikenali sebagai Syarif Sleeq pernah menerangi dunia hiburan. Kini beliau seorang ayah kepada 2 orang anak dan sudah berkecimpung dalam dunia perniagaan. Perjalanan ayah muda ini menjadi tumpuan Diari Ayah kali ini. Banyak pelajaran yang boleh kita timba daripada seorang yang sudah berhijrah dari dunia R&B ke dunia F&B.Support the show
Dalam musim ketiga, musim terbaru Diari Ayah, saya bertemu ayah-ayah muda. Chef Bob mengongsi perjalanan jatuh bangun perniagaan dan bagaimana beliau menguatkan diri atas kehilangan orang-orang yang beliau sayangi. Jom layan podcast Diari Ayah (:Support the show
Afiq atau Joyy, seorang warganegara Malaysia bekerja di Singapura selama 10 tahun. Sambil bekerja beliau muatnaikkan content di TikTok dan mempunyai ribuan penyokong. Kemudian semasa beliau menghadapi kesusahan yang teramat sangat, beliau berusaha berniaga dan penyokongnya dari Singapura yang banyak membantu. Dengarkan cerita Joyy dan bagaimana beliau membina syarikatnnya Joyy Colony Empire.Episod kali ini juga penuh dengan nasihat bagi mereka yang teringin bekerja dan mencari rezeki di Singapura.Support the Show.
Sudah lama dia tak menampilkan diri di kaca TV. Den mengongsi bagaimana dia mula berlakon dan pengalamannya dapat peluang bekerja dengan Datuk Yusof Haslam. Dalam episode Diari Ayah kali ini, kami mengenali lebih lanjut lagi Den Sabari seorang yang kenal erti ‘survival' dalam hidup dan bagaimana beliau berhijrah daripada seorang pelakon menjadi seorang usahawan. Seorang ayah dan suami kepada hos terkenal Huda Ali yang sentiasa berusaha demi keluarga.Support the Show.
Shahz Jaszle, seorang pelakon dan usahawan dari Malaysia, mengupas tentang apa yang memberinya motivasi untuk terus mengembang sayapnya dan capai cita-citanya. Shahz juga mengongsi nasihat dan mengenang detik detik bersama arwah ayahnya yang telah membentuknya untuk menjadi siapa dirinya sekarang.Support the Show.
Hairul, seorang ayah bekas banduan menceritakan pengalaman hidupnya keluar-masuk penjara sejak umur 14 tahun. Dengan niat untuk berubah, Hairul telah membuat beberapa penyesuaian dalam hidupnya untuk balik ke pangkal jalan. Semangat dan sifat tak berputus asa disokong followers di media sosial.Support the Show.
Hati-hati bila memilih bulatan kecil (inner circle) kita. Bagaimana pilih Inner Circle kita dan yang paling penting sekali cara kita kecilkannya? Apa ukurannya? Podcast ini membantu membuat penilaian.Support the show
Dalam episod Diari Ayah kali ini, kami kupas perjalanan drummer lovehunters, Saharudin Jalil sepanjang kerjayanya. Kita juga ketahui bagaimana beliau membesarkan anak-anak hingga ke universiti dan cara dia mengelak unsur-unsur yang tidak baik yang wujud dalam industri muzik.Support the show
Selama 6 tahun 'Sofia', bukan nama sebenar, tidak dapat tidur dengan suaminya atas penderaan yang beliau lalui. Apakah tanda pasangan yang 'abusive' ini. Bolehkah kita kenalpasti sebelum berumahtangga? Dengarkan pengalaman Sofia.Jika anda hadapi keganasan keluarga atau kenal sesiapa yang melaluinya hubungi Talian Bantuan Anti Keganasan Nasional 1800-777-0000 atau pihak polis.Support the show
Diari Ayah : Dato' Sri Aliff Syukri yang dirakam di Singapore Expo semasa Gegar Fest. terima kasih Eventify kerana bantu aturkan temuramah ini Support the show
Saya belajar banyak perkara tentang perniagaan F&B daripada Mohamad Hafiz Salim Alkhatib, pemilik The Malayan Council. Nama restoran yang tidak asing lagi di Singapura.Bagaimana Hafiz menjaga restorannya hari ini dan bangun dari kegagalan bila bermula berniaga dahulu.
Diari Ayah Plus bertemu Sheikh Alwie Sheikh Ali yang mempunyai 5 orang anak dan semua merupakan peniaga. Mari kita dengar pengalamannya membesarkan anak2 menjadi usahawan apa yang boleh kita pelajari.
Fadil banyak lalui cabaran hidup. Bercerai, kemudian seorang daripada anaknya meninggal. Namun bagaimana beliau bertahan dan kini menerima hadiah Umrah daripada insan yang budiman.
Saya bertemu dengan lagenda komedi Ahmad Stokin yang berkongsi tentang kerjayanya dalam persada komedi tempatan. Dia juga berkongsi sedikit fakta tentang kehidupannya dan pengalamannya sebagai tukang paip.Follow Diari Ayah di Spotify & tiktokDiari Ayah ini terbitan ScreenBox Pte Ltd dengan sokongan KedaiSujimy.com dan sujimy.com
Bagaimana saya dapat undangan naik Haji daripada kedutaan Arab Saudi. Bagaimana persiapan saya walau ada 4 hari saja sebelum berangkat. Berapa harga Haji DIY (buat sendiri) dan perkara-perkara yang kami lalui serta pelajari ... inilah perjalanan Haji saya dan anak sulung saya, Qistina, yang sukar dilupakan. Syukur Ya Allah.Anda boleh sokong podcast saya dengan like and follow & jangan lupa sokong kedaisujimy.com Saya sangat2 hargai.
Saya sempat bertemu Fuad Rahman dan bertanyakan perjalanan Gegar Vaganzanya dan perasaan bertemu anak sendiri setelah sekian lama tidak bertemu mereka.Fuad juga mengongsi sejarahnya bersama arwah ayahnya serta bagaimana ibunya bantu beliau mengecap hidup baru diluar penjara. Anda juga boleh dengar Fuad mengaji dalam podcast ini.https://www.instagram.com/sujimymohamad/Video version on my youtube & Facebook
Pemilik SELERA RASA NASI LEMAK & Pengasas Bersama CRAVE NASI LEMAK, Dr Abdul Malik Hassan mengembangkan perniagaan nasi lemak CRAVE ke 48 cawangan serata Singapura dalam beberapa tahun sahaja. Sangat menarik mendengar cara beliau mendapat restu ibu bapa dalam perniagaannya.Beliau banyak nasihat kepada semua peniaga, lebih-lebih lagi yang ingin buka perniagaan makanan dan sudi memberikan formula kejayaan.Follow Dr Abdul Malik Hassan di instagramnyaFollow Diari Ayah di Spotify & tiktokDiari Ayah ini terbitan ScreenBox Pte Ltd dengan sokongan KedaiSujimy.com dan sujimy.com
Sempena hari bapa, saya bawakan sebuah lagi episod Diari Ayah, kali ini bersama lagenda bola sepak tempatan Fandi Ahmad. Beliau menceritakan perjalanan hidupnya dan buku biografi terbarunya yang bertajuk “Honour & Sacrifice” Terbitan ScreenBox Pte Ltd #diariayah #podcastwww.sujimy.comwww.screenbox.comwww.kedaisujimy.com
Saya bertemu Mohamad Hussin Bin Said, Pemilik Mangobossku Last Warning untuk merakam perjalanan hidupnya yang boleh menjadi tauladan. Seorang yang ditinggalkan ayahnya sejak kecil, main baju kemudian menjadi seorang peniaga yang tidak mengenal penat dan maju.Inilah DiarinyaManggobossku di The Grandstand, 200 Turf Club Rd. Singapore.www.kedaisujimy.comwww.sujimy.com
Yang berpengaruh boleh mempengaruh, namun jangan terpengaruh. - Datuk Ramli SaripPerjalanan 50 tahun yang penuh pengajaran & inspirasi. Terlalu banyak pengajaran yang saya dapat bila berpodcast dengan Datuk Ramli Sarip. Datuk juga secara spontan main guitar dan nyanyi dalam podcast ini! Enjoy semua!Podcast ini dirakam sebelum album Rasa dilancarkan. Namun album baru Datuk Ramli sudah di pasaran dan bagi anda yang berminat untuk mendapatkannya, boleh ke IG @ramlisaripofficial
Perubahan Aliff Aziz sangat ketara. Saya sempat terbitkan sebuah podcast bersama Aliff secara remote untuk memahami isihatinya dalam banyak perkara.www.kedaisujimy.comwww.sujimy.comMy Instagram
Diari Ayah Plus bertemu Muhammad Rizlan dan beliau mengongsi pengalamannya menjadi seorang bapa titipan. Bagaimanakah sebuah keluarga menyesuaikan diri mereka menjaga anak-anak titipan? Dengarkan perkongisan Muhammad Rizlan dalam episod Diari Ayah Plus kali ini. Bagi mereka yang sudah berniat mengambil anak-anak titipan, anda boleh lungsuri www.msf.gov.sg/fostering untuk maklumat lanjut.
Kadang kita hanya faham perspektif seseorang bila kita kenal apa yang mereka lalui. Mengapa Ustaz Zahid Zin berpendapat Asatizah perlu berjaya dalam hal dunia? Ada manfaatnya bila mengajar ilmu akhirat apabila asatizah sendiri maju. Dapat keterangan lanjut bersama Ustaz Zahid Zin dalam temubual #podcast #diariayah kali ini.Kini saya faham mengapa beliau menumpukan beberapa perkara dalam hidup dan media sosialnya. Beliau juga menceritakan bagaimana barakah ibu ayah yang membantu perniagaan-perniagaannya.www.kedaisujimy.com www.screenbox.com.sg
Betul, semuanya dalam hidup kita akan menjadi okay bila kita awas dengan beberapa perkara yang sedang berlaku dalam hidup kita ini.Saya senaraikan dalam podcast ini beberapa perkara penting. Jika anda dapat melakukannya, in shaa Allah aman, tenang dan luas dada menghadapi ujian dan cabaran dalam perjalanan hidup ini.Trust Allah.www.kedaisujimy.com
Bakat serba boleh Khairudin Samsudin masuk ke studio podcast Diari Ayah. Banyak perkara yang beliau kongsi: daripada perjalanannya semasa dibengkel kanak-kanak, saat ibu bapanya berpisah, zaman beliau mula minat berlakon hingga ke saat beliau menjadi penerbit & pengarah yang sering tidak putus menerima pelbagai projek.Khai juga berkongsi prinsip hidupnya sebagai seorang ayah dan mengapa beliau suka anak-anaknya berdikari.Terlalu banyak pelajaran hidup yang beliau kongsi dalam podcast ini dan boleh dijadikan renungan.Sokong podcast ini dengan LNS anda.www.kedaisujimy.com www.sujimy.com
Encik Suhaimi Jais sudah lebih 4 dekad berkecimpung dalam bidang penerbitan televisyen. Beliau banyak menerbitkan rancangan TV berbajet besar seperti Miss Universe, Bunga Tangjung, Anak Metropolitan dan banyak lagi. Tak ramai yang tahu beeliau juga berkecimpung di radio sebelum berpindah ke industri televisyen.Apakah pengorbanan yang perlu beliau berikan kepada kerjayanya dan apa yang sudah beliau pelajari sepanjang perjalanannya? Follow podcast Diari Ayah dan sokong www.kedaisujimy.com #diariayah #contentcreator #podcast #lifetime #pestaperdana
5 tahun lalu abang Husin Saaban mengambil keputusan untuk kembali ke Singapura setelah sekian lama bekerja di Astro dan memenangi berbagai anugerah rancangan di Malaysia. Apakah sebabnya?Diari Ayah bertemu abang Husin Saaban seorang pelawak veteran Singapura yang lama bertahan dalam di bidang seni. Mulanya sebagai seorang penyanyi, beliau kemudian berjinak-jinak menulis skrip sehinggalah ke hari ini.Dengarkan podcast penuh di spotify: http://spoti.fi/30eVp2D Beliau menceritakan hidupnya sebagai seorang pelawak, creative consultant di Astro dan mengapa kita mesti ada rasa hormat kepada semua orang di mana-mana kita berada. TikTok Diari Ayah: https://vm.tiktok.com/ZSJeV6PWj/ #diariayah #astro #contentcreator #podcast #spotify Sokong Diari Ayah dengan follow & share serta lungsuri www.kedaisujimy.com
Diari Ayah Plus adalah lanjutan kepada podcast Diari Ayah di mana saya bertemu di luar studio sesiapa saja yang ada cerita menarik. Jadi kenalkan kepada Sujimy jika anda kenal sesiapa.Ahmad Jamil adalah seorang duda 71 tahun. Beliau pernah dilanggar lori dan bertemu koma beberapa hari dalam sebuah kes langgar lari. Beliau juga menceritakan kisah rumahtangganya yang penuh dengan tips dan kisah menarik menjadi podcast ini sesuatu yang menjadi kemestian untuk mendengar.Lungsuri www.kedaisujimy.com untuk singgah ke e-mall saya. Sokongan anda saya hargai.Follow instagram.com/sujimymohamad twitter.com/sujimymohamad
Dalam episod tambahan yang kami namakan Diari Ayah Plus, saya bertemu Firdaus Anuar, Pengasas MFAG - MFAGroup dan bertanya kepentingan perancangan kewangan dalam keluarga yang boleh dimulakan dari muda lagi. Dengarkan podcast penuh Diari Ayah bersama Firdaus di Spotify untuk lebih banyak tips dan nasihat yang dikongsikan untuk semua pasangan. Follow www.twitter.com/sujimymohamadFollow instagram.com/sujimymohamadFollow www.kedaisujimy.com
Diari Ayah bertemu Rafaat Hamzah, pelakon, artis, pengarah, penulis skrip dan puisi menceritakan naik turun sebagai anak seni di Singapura.Follow www.twitter.com/sujimymohamadFollow instagram.com/sujimymohamadFollow www.kedaisujimy.com
Saya bertemu Hamkah Afik, pelari pecut terpantas Singapura yang mengejutkan ASEAN dengan kemenangan 2 pingat emas di Asean School Track & Field Championships di Jakarta pada tahun 1990 pada usia yang muda. Bagaimana perjalanannya ke SEA Games dan apakah pembangunannya hari ini? Dan apa pula perjalanannya sebagai seorang ayah.www.sujimy.comwww.kedaisujimy.com
Inilah cara saya memotivasikan diri saya sendiri. Saya juga dapatkan saranan daripada pengguna social media.follow www.kedaisujimy.com & www.sujimy.com
Ketika Suhaimi berhenti daripada radio, beliau bertekad untuk membesarkan ketiga-tiga anaknya dengan hanya $1200 di dalam bank. Beliau juga menceritakan bagaimana beliau mula-mula berpeluang berlakon dalam sitcom Inggeris - sebuah langkah yang membuka lebih banyak peluang dalam pasaran terbuka. Inilah temubual penuh saya bersama Suhaimi Yusof. Follow www.twitter.com/sujimymohamadFollow www.kedaisujimy.com
Saya bertemu Baihakki Khaizan, pemain bola Tampines Rovers yang melalui berbagai halangan semasa beliau membesar. Ayahnya meninggal sewaktu beliau berusia 3 tahun. Bagaimana beliau atasi semuanya dan mendapat kontrak bolasepak profesional. Apakah cara beliau 'negotiate' kontrak bagi setiap club bolasepak. Apakah pula perjalanannya sebagai seorang ayah kepada 3 orang cahayamata.Episod ini ditaja #SGTOPREALTORS. Team Agent Rumah Anda yang prihatin dengan Pasaran Hartanah terkini. Silalah hubungi #SGTopRealtors di talian 9772 8772 atau lungsuri laman FB dan IG mereka di @SGTopRealtors.Follow www.twitter.com/sujimymohamadFollow www.kedaisujimy.com
Perjalanan 11 tahun berdakwah dan menjadi usahawan banyak turun naiknya. Beliau pernah ditipu dalam perniagaan tetapi beliau juga pernah dibantu sehingga dapat menawan follower seberang tambak untuk mengikuti dakwahnya dalam bahasa inggeris.Ikuti temubual Diari Ayah bersama Ustaz Mizi Wahid, CEO, Safinah Institute.follow www.twitter.com/sujimymohamadfollow www.kedaisujimy.com
Baru-baru ini saya mengongsi tweet tentang rezeki dan rasanya sesuai jika kita bualkan tentang berbagai bentuk rezeki dalam hidup kita ini.Jangan lupa follow dan share ok? Terima kasih.www.kedaisujimy.com
Sujadi merupakan Executive Producer rancangan Selamat Pagi Singapura tahun kedua di mana saya dan Ainah embit menjadi antara hos. Dengarkan bagaimana Sujadi menerbitkan rancangan sehingga ia menjadi popular dahulu.Beliau juga memberi pandangannya tentang apa yang perlu ada pada setiap content creator media baru.www.kedaisujimy.comwww.twitter.com/sujimymohamad
Diari Ayah bertemu Sujadi Siswo, seorang wartawan veteran yang sudah 30 tahun berkecimpung dalam industri media & kewartawanan.Pengalamannya terlalu banyak dan harus kita akribkan. Beliau merupakan ketua di International Desk, Channel NewsAsia.Bila ditugaskan sebagai Bureau Chief di Indonesia selama 10 tahun, beliau melalui berbagai cabaran dan pengalaman menarik di sana. Antaranya beliau dapat menembusi network Jemaah Islamiah untuk menemuramah mereka dan pernah laporannya dipersoalkan di Indonesia oleh pihak tertinggi.Sujadi juga merupakan Executive Producer rancangan Selamat Pagi Singapura ketika saya menjadi antara pengacaranya.www.kedaisujimy.comwww.twitter.com/sujimymohamad
Ini adalah bahagian kedua bertemu Abang Yazid Lovehunterse-commerce saya: www.kedaisujimy.com blog saya: www.sujimy.comTwitter: www.twitter.com/sujimymohamad
Penyanyi utama Abang Yazid Lovehunters menceritakan banyak kisah disebalik hidup dan perjalanannya bersama kumpulan Lovehunters.Banyak sangat yang boleh dipelajari. Apakah situasi di sebalik hubungannya bersama kumpulan Lovehunters hari ini?e-commerce saya: www.kedaisujimy.com blog saya: www.sujimy.comTwitter: www.twitter.com/sujimymohamad
Diari Ayah bertemu Ustaz Basir dan Ustaz Fadlon yang membantu Firdaus kembali ke fitrah dan bincang hal dakwah kepada golongan Mak Nyah dan mereka yang bertatoo.Haruskah mereka buang tatoo dan menjalani operasi sebelum bertaubat? Bagaimana mendekati golongan Mak Nyah yang ingin kembali ke Fitrah? Dan sah ke tidak solat orang yang bertatoo?Dengarkan penjelasan Ustaz Fadlon dalam hal ini.KedaiSujimy.com | instagram.com/sujimymohamad | twitter.com/sujimymohamad | sujimy.com
Diari Ayah bertemu Mohd Firdaus yang menjalani operasi implant buah dada pada usia 18 tahun. Beliau hidup sebagai seorang wanita selama lebih 30 tahun. Kini usianya mencapai 50 tahun dan baru saja kembali asal - kembali menjadi seorang lelaki. Beliau baru saja menjalani operasi membuang buah dadanya. Apa yang menyebabkan beliau kembali ke fitrah? Siapa yang membantunya? Firdaus ada pesanan penting untuk mereka yang masih belum ingin kembali ke fitrah. Bantu beliau menyebarkan mesej ini.Dengarkan bahagian kedua bersama Ustaz Basir dan Ustaz Fadlon yang membantu Firdaus kembali ke fitrah dan tentang dakwah kepada golongan Mak Nyah.KedaiSujimy.com | instagram.com/sujimymohamad | twitter.com/sujimymohamad | sujimy.com
Covid-19 Survivor: Temubual eksklusif dengan Ustazah Nadia Hanim AR Inilah pengalamannya. #sembuhdaricovid #covidsurvivor YouTube link: https://youtu.be/K1x3D7T-l2I Usaha dakwah Ustazah di http://www.wafaproduction.com/ Sujimy.com | instagram.com/sujimymohamad | KedaiSujimy.com
Diari Ayah bertemu Nick Mikhail. Personaliti yang kontroversi namun tak ramai yang tahu dia bijak berniaga.Mengapa dulu Nick diban keluar TV tempatan? Semuanya terjawab di podcast ini.Pernah jadi debt collector, hidup di changi dengan $2 namun kini beliau ingin membesarkan anak lelakinya dengan baik. Mari kita dengar Diari Ayah ini.Nick IG: https://www.instagram.com/nickmikhailrazak/Youtube Channel Turun Cakap: https://www.youtube.com/channel/UCgKQMoNQcrffJvU9QDGwtQAwww.KedaiSujimy.com | www.instagram.com/sujimymohamad | www.twitter.com/sujimymohamad | www.sujimy.com
Ada yang menjadi saksi kepada bankruptcy, kemurungan dan hutang sekeliling pinggang. Namun mereka pelajari nilai bertahan dan teruskan perjalanan sebagai usahawan.Dalam Diari Ayah saya bertemu 3 usahawan yang mempunyai perjalanan yang berbeza, penuh cabaran namun mereka sentiasa mencari jalan keluar.Jalan keluar dan pengajaran yang mereka lalui dibukukan dalam senaskah SCHOOL OF HARD KNOCKS terbitan WGL bersama-sama 21 usahawan yang lain. Jika anda ingin membeli buku ini boleh ke kedaisujimy.com atau bit.ly/SchoolofHard_KnocksDiari Ayah bertemu:1. Ridjal Noor, Publisher, WGL Books ( facebook.com/ridjalnoor.sg/ )2. Suryakenchana Omar, Director, By Definition Pte Ltd, Managing Partner, SWKD Consulting LLP ( facebook.com/suryakenchana )3. Warda Mohd Shariff, Director, A-Team Pest Control Pte Ltd ( facebook.com/ATeamPestmy sujimy.com | kedaisujimy.com | twitter.com/sujimymohamad | instagram.com/sujimymohamad | youtube.com/sujimy
Saya bertemu Puan Masshitah Abdullah, ibu kepada Aafaa Zuhayr - anak yang melecur terkena minyak panas di muka dan badan. Usia Aafaa sekitar 18 bulan ketika itu. Puan Masshitah memberikan perkembangan terkini mengenai anaknya. Banyak yang sudah beliau lalui. Kongsilah kisahnya agar ramai yang boleh menjadikan kisah ini sebuah ikhtibar. Video temubual ini akan dimuatnaikkan ke facebook dan youtube channel saya tidak lama lagi.www.sujimy.com | www.kedaisujimy.com | www.instagram.com/lovera.sg
Walaupun sudah beberapa kali saya bertemu KC membuat kandungan untuk youtube channel ManCave, namun tak pernah kita duduk sembang dalam podcast. Dalam Diari Ayah, kali ini kita sentuh tentang bagaimana KC dapat nama 'Champion', bagaimana menjadi DJ radio dan sebab utamanya KC meninggalkan bidang radio. Saya juga tanyakan bagaimana KC menjadi rapat dengan Fiza O di radio dahulu dan impiannya untuk anak-anak.www.kedaisujimy.com | sujimy.com | www.twitter.com/sujimymohamad
Ini dia formula menjadi kaya, bukan kaya raya, tapi kaya bahagia, gembira. Tak begitu tertekan, tapi terjamin masadepan… jangan kemana-mana, diari ayah nak kongsi formula…www.sujimy.com | www.kedaisujimy.com | www.twitter.com/sujimy
Saya kongsi cara Ustaz Khamsani Karim membesarkan anak-anaknya - bagaimana kita boleh hadir dan rapat dengan anak-anak sehingga menjadi contoh yang terbaik.Kongsi kepada yang lain ok? Terima kasih.www.sujimy.com
Ramai yang tanya saya bagaimana memilih antara kerjaya yang membawa kejayaan dalam hidup dengan kerjaya yang tidak ada masa depan. Bagaimana boleh kita tahu kerja mana atau kemahiran mana yang harus kita tumpukan dalam hidup.Gunakan formula 80-20 ini.. in shaa Allah ia boleh membantu anda menilai pilihan mana yang lebih baik.