#NoTapis

Follow #NoTapis
Share on
Copy link to clipboard

[Episod baru disiarkan 12 tengah hari setiap Selasa dan Khamis] Berdasarkan tajuk podcast ini, memang #NoTapis lah perbincangan kita... Siri podcast Berita Harian #NoTapis atau dalam bahasa Inggeris 'no filter' akan mengemukakan topik-topik yang dekat di hati masyarakat tanpa selindung-selindung lagi. Soalan-soalan yang akan kami kemukakan juga #NoTapis, jadi ikuti podcast ini jika anda ingin dengarkan jawapan kepada soalan yang tidak kerap diajukan.

Berita Harian Singapura


    • Nov 14, 2025 LATEST EPISODE
    • weekdays NEW EPISODES
    • 32m AVG DURATION
    • 522 EPISODES


    Search for episodes from #NoTapis with a specific topic:

    Latest episodes from #NoTapis

    Episod 450 NoTapis: Pegerai kantin sekolah: Bukan jual makan saja, tapi tempat mengadu pelajar

    Play Episode Listen Later Nov 14, 2025 26:07


    Di sebalik setiap pinggan nasi, nugget $1 dan ikan pari $2.60, tersimpan kisah yang jarang kita dengar — kisah peniaga kantin sekolah yang setiap hari memastikan pelajar makan dengan harga mampu milik. Dalam episod NoTapis ini, Cik Siti Raudha Md Nor dan Encik Wan Hasnirauuf Hassan berkongsi pengalaman mereka berniaga di kantin sekolah. Mereka berkongsi cabaran yang mereka hadapi serta salah tanggapan orang ramai tentang kerja mereka. Pada masa yang sama, mereka berdepan ketidakpastian tentang masa depan mereka, dengan beberapa sekolah kini bakal beralih kepada model katering pusat mulai 2026 — satu perubahan yang mungkin menamatkan kewujudan peniaga tradisional di sekolah. Jadi kita dengarkan apa ‘Aunty’ dan ‘Uncle’ kantin sekolah katakan…..See omnystudio.com/listener for privacy information.

    Episod 449 NoTapis: ‘Confinement nanny': Keperluan atau nak ikut trend?

    Play Episode Listen Later Nov 7, 2025 40:23


    “Kenapa, tak boleh urus sendiri ke?”“Selesa ke ada orang luar tinggal dalam rumah?” Mungkin ini antara komen yang ditujukan kepada ibu-ibu yang mengambil khidmat ‘confinement nanny’ - atau penjaga semasa tempoh berpantang. Dulu biasanya mak atau mak mertua yang jaga, tapi kini orang luar yang jaga? Dalam episod NoTapis kali ini, Cik Nurulshafiqa Subadi, seorang ibu muda ceritakan pengalaman sebenar selepas melahirkan anak pertamanya. Pengasas Beyond Bibik, Cik Yunisha Phillip dan Pengasas Ratu Confinement, Cik Nurindah Zafirah Sarman pula berkongsi manfaat khidmat penjaga berpantang bagi ibu yang baru saja bersalin.See omnystudio.com/listener for privacy information.

    Episod 448 NoTapis - Dilemma Perniagaan Warisan: Nak kekalkan tradisi, tapi tak ada pelapis?

    Play Episode Listen Later Oct 31, 2025 41:11


    Apa yang buat perniagaan warisan begitu istimewa — dan mengapa penting untuk kita pertahankan? Dalam episod khas NoTapis ini, kita berbual bersama dua ikon Kampong Glam, Encik Hafeez Abdul Hamid daripada Halijah Travel, agensi Haji dan Umrah yang bermula sejak 1981, dan Encik Hasmi Zin & Puan Zubaidah daripada Rumah Makan Minang, restoran Padang yang menjadi legenda di Arab Street. Mereka berkongsi kisah perjuangan keluarga, cabaran mengekalkan tradisi dalam dunia moden, dan harapan untuk generasi seterusnya.See omnystudio.com/listener for privacy information.

    Episod 447 NoTapis: Saya malu nak cerita yang ayah saya seorang penagih…

    Play Episode Listen Later Oct 24, 2025 34:12


    Bagi Siti (bukan nama sebenar), membesar dengan ayah yang dipenjara kerana dadah bukan perkara mudah. Beliau akui segan bercerita tentang ayahnya kepada teman-teman, takut akan pandangan orang lain. Bantuan dari Dana Pendidikan Harun Ghani (HGEF) mengubah hidup beliau dan adik beradiknya, bukan hanya dari segi kewangan tapi juga dari segi sokongan moral dan mental. Dari bantuan kecil hingga sokongan emosi dan mentor, HGEF bantu Siti bina semula keyakinan diri dan kini dia mahu bantu orang lain pula. Dalam episod NoTapis kali ini, Siti dan Setiausaha Kehormat HGEF, Cik Haslinda Putri Harun berkongsi bagaimana pertubuhan ini bukan sekadar memberi wang, tapi harapan.See omnystudio.com/listener for privacy information.

    Episod 446 NoTapis: Tinggalkan kerjaya stabil untuk buat pastri kerana…

    Play Episode Listen Later Oct 17, 2025 27:10


    Bayangkan — baru bertunang, tunang disahkan leukemia. Enam bulan berulang-alik ke hospital, tapi di tengah dugaan itu, lahirlah impian baru. Daripada seorang guru kepada cef pastri, Cik Insyirah Abdullah kongsi kisah berani meninggalkan kerjaya stabil demi kejar minat dan membina semula hidup dengan semangat.‎See omnystudio.com/listener for privacy information.

    Episod 445 NoTapis: “Saya didera sejak berusia 9 tahun…sampailah saya 14 tahun”

    Play Episode Listen Later Oct 10, 2025 41:12


    ****Amaran kandungan sensitif: Video ini mengandungi perbincangan mengenai isu penderaan seksual dan tekanan emosi. Penonton dinasihatkan untuk menonton dengan berhemah. Jika anda atau seseorang yang anda kenali sedang menghadapi sebarang bentuk penderaan, sila dapatkan sokongan daripada pakar atau talian bantuan. Beliau didera secara seksual oleh bapa tirinya sejak berusia 9 tahun hingga lah usianya 14 tahun. Cik Danyya Ateera berkongsi bagaimana beliau mula sedar bahawa apa yang dialaminya sejak kecil satu perkara yang salah hanya semasa kelas pendidikan seksual di sekolah. Bersama Encik Amir Mirza Johari, Pegawai Perlindungan Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) beliau menjelaskan bagaimana orang awam dapat memainkan dalam masyarakat untuk mengenali tanda-tanda penderaan dan menyelamatkan nyawa orang. Jika perlukan bantuan: National Anti-Violence & Sexual Harassment Helpline (NAVH) 1800-777-0000.See omnystudio.com/listener for privacy information.

    Episod 444 NoTapis: “Saya tak dapat melihat dunia, tapi saya mahu dunia lihat saya”

    Play Episode Listen Later Oct 3, 2025 25:13


    Bila beliau nyanyi, Simon Cowell - dari America’s Got Talent - berdiri dan terus ke pentas dan beritahu beliau “you are one of the best singers that we ever had on this show”. Hari ini, penyanyi Indonesia, Putri Ariani sudah mencipta sejarah dan menjadi salah seorang penyanyi terkenal di dunia. Kini, remaja 19 tahun itu bersedia memenuhi impiannya yang lain — beraksi di pentas F1 Singapura, sebuah doa yang kini menjadi nyata. Dalam podcast NoTapis ini, Putri berkongsi bagaimana momen AGT yang mengubah hidup serta peranan muzik sebagai suara jiwanya. Dengan sokongan keluarga, cinta dan peminat, Putri membuktikan bahawa “penglihatan” sebenar lahir daripada keberanian, harapan dan impian tanpa sempadan.See omnystudio.com/listener for privacy information.

    Captain Fantastic: Di Sebalik Legenda Hariss Harun

    Play Episode Listen Later Sep 26, 2025 37:22


    Bayangkan umur 16 tahun sudah kena tanya: “Ready main untuk negara?” Dia bukan saja kapten pasukan Singa, tapi Captain Fantastic untuk semua…sehinggakan TMJ lantiknya kapten JDT! Kini Hariss Harun ‘luaskan kuasanya’ dengan berjinak-jinak sebagai pentadbir bola sepak SG! Ikuti Hazman Abdul Aziz dan Farehan Hussein sembang bersama Hariss dalam episod ketujuh (segmen 1 daripada 2) vodcast Kaki Bola ini.See omnystudio.com/listener for privacy information.

    Episod 443 NoTapis: Dulu mangsa buli, sekarang pengasas NGO tempatan

    Play Episode Listen Later Sep 26, 2025 41:29


    Pernah dibuli, tinggal di rumah perlindungan dan bergelut dengan kemurungan—hari ini Muhamad Imran Mean, Pengasas, IM Volunteer Network SG mempunyai lebih 400 relawan di Singapura, Malaysia dan Indonesia. Dari agih buah ketika COVID-19 hingga melatih belia melalui bisnes dim sum halal, Imran membina ekosistem “Run by youth, for youth”. Dengarkan bagaimana trauma berubah menjadi tujuan—serta 3 prinsipnya: belajar sepanjang hayat, jangan putus asa, dan kuasa membina rangkaianSee omnystudio.com/listener for privacy information.

    Apabila pandangan bercanggah: Berbahas di media sosial atau berdialog dengan adab?

    Play Episode Listen Later Sep 23, 2025 19:17


    Dalam masyarakat yang semakin pelbagai, pendapat yang berbeza adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan. Namun kalau dibincangkan secara terbuka di media sosial tanpa konteks, perbahasan ini boleh menyebabkan masyarakat berpecah belah. Apakah adab yang harus diamalkan dalam wacana masyarakat? Mantan Timbalan Mufti, Ustaz Dr Mohammad Hannan Hassan, bincangkan dalam episod podcast BHerbual kali ini.See omnystudio.com/listener for privacy information.

    Apabila belia jadi mangsa ideologi radikal: Bukan salah ibu bapa, tapi…

    Play Episode Listen Later Sep 23, 2025 27:59


    Isu radikalisasi dalam kalangan belia kini lebih rumit berbanding sebelum ini, dengan melibatkan pelbagai ideologi yang disebarkan melalui media sosial. Dalam episod podcast BHerbual kali ini, mantan Timbalan Mufti, Ustaz Dr Mohammad Hannan Hassan mengupas punca di sebalik isu ini serta pengaruh media digital, yang kadangkala di luar kawalan ibu bapa.See omnystudio.com/listener for privacy information.

    28 tahun berbakti di Muis: Antara kepuasan & cabaran mantan Timbalan Mufti

    Play Episode Listen Later Sep 23, 2025 17:42


    Selepas hampir tiga dekad berbakti di Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) dengan memainkan pelbagai peranan, Ustaz Dr Mohammad Hannan Hassan, 59 tahun, melepaskan jawatannya sebagai Timbalan Mufti pada 31 Julai 2025. Dalam episod podcast BHerbual kali ini, beliau ceritakan antara kenangannya di Muis termasuk pencapaian, cabaran dan harapannya bagi masyarakat Islam Singapura.See omnystudio.com/listener for privacy information.

    Bukan sekadar layak, tapi nak ‘conquer' Asia!

    Play Episode Listen Later Sep 20, 2025 24:35


    Lion City Sailors wanita kini berlabuh di Liga Juara-Juara Wanita Asia. Misi mereka? Angkat martabat bola sepak wanita Singapura sampai ke puncak tertinggi! Saksikan perjalanan mereka di siniSee omnystudio.com/listener for privacy information.

    "Wanita main bola, orang tak pandang?” Hakikatnya ramai bakat hebat sedang beraksi di padang!

    Play Episode Listen Later Sep 20, 2025 25:10


    Skuad wanita LCS tekankan – tanpa sokongan peminat, liputan media & penaja, bola sepak wanita Singapura susah nak melangkah jauh.Jom beri mereka ‘spotlight’See omnystudio.com/listener for privacy information.

    Episod 442 NoTapis: Ada flat HDB? Jangan terus jual! Ini ‘hack' bersara dengan tenang

    Play Episode Listen Later Sep 18, 2025 23:10


    Selepas hampir 40 tahun berkhidmat di SMRT, Encik Hamzah Suria akhirnya memilih untuk bersara. Tetapi persoalannya sama seperti ramai warga emas lain: cukupkah duit untuk hari tua? Dalam episod ini, kami bersama pengurus kanan estet HDB Cik Nurul Nadirah Khalid, yang menjelaskan bagaimana Skim Beli Pajakan Balik (LBS) boleh membantu warga emas menambah pendapatan persaraan untuk hari tua nanti. Dari salah faham rakan-rakan di kedai kopi, hingga manfaat sebenar yang memberikan ketenangan minda, episod ini membuka mata tentang bagaimana LBS dan skim lain yang ditawarkan Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) boleh mengubah cara kita merancang persaraan.See omnystudio.com/listener for privacy information.

    Antara GPC & peranan semak dan imbang di Parlimen

    Play Episode Listen Later Sep 15, 2025 25:01


    Apakah peranan Jawatankuasa Parlimen Pemerintah (GPC) dalam Parlimen? Podcast BHerbual bersama Profesor Madya Walid Jumblatt Abdullah kali ini antara lain membincangkan peranan mereka yang termasuk menawarkan alternatif, kritikan dan cadangan terhadap dasar yang dibentangkan di Parlimen.See omnystudio.com/listener for privacy information.

    Perlukah bagi suara pembangkang yang lebih berani di Parlimen?

    Play Episode Listen Later Sep 15, 2025 16:25


    Perlukah Anggota Parlimen (AP) Parti Pekerja (WP) bersikap lebih berani di Parlimen? Dengan 12 AP WP dan populariti yang semakin meningkat, Profesor Madya Walid Jumblatt Abdullah berpendapat mungkin sudah tiba masanya untuk mereka lebih lantang bersuara. Episod podcast BHerbual kali ini antara lain membincangkan peranan Ketua Pembangkang, Encik Pritam Singh, dan AP WP Melayu baru dalam mengetengahkan isu-isu yang penting di Parlimen.See omnystudio.com/listener for privacy information.

    ‘Me First' atau ‘We First?': Mencari ruang bagi kepelbagaian dalam Parlimen Ke-15

    Play Episode Listen Later Sep 15, 2025 32:08


    Parlimen ke-15 menampilkan Anggota Parlimen daripada dua parti iaitu Parti Tindakan Rakyat (PAP) dan Parti Pekerja (WP) berbanding tiga parti - PAP, WP dan Parti Kemajuan Singapura (PSP) - sebelum ini. Bersama Profesor Madya Walid Jumblatt Abdullah, episod podcast BHerbual kali ini membincangkan cabaran dan keperluan bagi perbahasan yang lebih inklusif dalam landskap politik sekarang serta peranan penting yang perlu dimainkan setiap Anggota Parlimen untuk memastikan suara rakyat didengar.See omnystudio.com/listener for privacy information.

    Dua Bapa, dua pengorbanan berbeza…

    Play Episode Listen Later Sep 12, 2025 30:10


    Apa sanggup anda lakukan demi keluarga? ✨ Dalam episod khas Bulan Kebapaan ini, kami bawakan dua kisah pengorbanan luar biasa seorang ayah.

    Noh Alam Shah: Dulu ‘raja' kontroversi, sekarang bimbing pemain muda jadi berdisiplin

    Play Episode Listen Later Sep 12, 2025 53:22


    “Penyerang ‘maut’ Noh Alam Shah suatu ketika dulu seperti tak boleh dipisahkan dengan kontroversi di padang. Kini beliau beralih peranan, membimbing generasi baru agar tidak ulangi kesilapannya, sambil komited melatih pemain muda bermain dengan lebih matang dan berdisiplin. 01:57 — Asal-usul gelaran ‘Along’ 02:52 — Minat berputik: “tiang gol” tong sampah 05:30 — Dibesarkan dua “mak”: berdikari tanpa bapa 06:45 — “Kebolehan jaringkan gol, tak boleh diajar” 10:31 — “Pada usia 14 tahun, saya terpaksa berhenti sekolah…” 17:04 — Insiden Bennett: Apa yang terjadi? 22:02 — Pengajaran “jangan selalu jadi hero” 27:03 — Keluarga & anak-anak ‘Along’ 28:12 — Ketua Jurulatih Tanjong Pagar: identiti, disiplin & sasaran 34:38 — Generasi baru: mentaliti dan ‘loyalty’ 36:36 — “Saya terhutang budi pada Teo Hock Seng” 41:30 — Pemain Jepun di SPL & pemain asing 43:35 — Penyerang masa depan berpotensi 47:20 — Identiti bola sepak S’pura & harapan terhadap FASSee omnystudio.com/listener for privacy information.

    Noor Ali: SPL beri peluang kepada pemain tanpa kelab untuk terus beraksi

    Play Episode Listen Later Sep 6, 2025 42:19


    Ketua jurulatih Geylang International, Noor Ali berkata beliau berbesar hati kelab-kelab Liga Perdana Singapura (SPL) memberi peluang kepada pemain tanpa kelab untuk terus beraksi dan membuktikan kemampuan mereka. Bekas pemain bola sepak Singapura yang kini berusia 50 tahun itu turut menyentuh tentang bakat-bakat ‘terpendam’ pemain Singapore Football League (SFL) yang boleh digilap untuk lebih menyerlah.See omnystudio.com/listener for privacy information.

    Noor Ali: Antara bola sepak dan pelajaran, keseimbangan kunci kejayaan

    Play Episode Listen Later Sep 6, 2025 42:54


    Bola sepak dan pelajaran boleh jalan seiring, tapi yang penting keupayaan untuk imbangi kedua-dua dengan baik. Ketua jurulatih Geylang International, Noor Ali sentuh tentang pentingnya keupayaan pemain mengimbangi komitmen berbeza, disiplin, dan juga perbezaan pemikiran antara generasi dalam episod Kaki Bola kali ini.See omnystudio.com/listener for privacy information.

    Realiti menjaga anak berkeperluan khas di S'pura

    Play Episode Listen Later Sep 5, 2025 42:13


    Bagaimana rasanya jadi ibu kepada anak berkeperluan khas dan yang menghidap penyakit ‘rare’? NoTapis kali ini mengetengahkan dua ibu luar biasa, Cik Julia Kasiman dan Cik Haznita Abdul Karim yang berkongsi perjalanan mereka dari saat menerima diagnosis anak, melalui tempoh penuh cabaran, dan seterusnya memutuskan untuk membina kumpulan sokongan untuk keluarga yang melalui perkara yang sama. Mesej mereka kepada ibu bapa lain: “Anda tidak bersendirian.”See omnystudio.com/listener for privacy information.

    Pengerusi baru PSP kongsi dorongan ingin teruskan legasi Dr Tan Cheng Bock

    Play Episode Listen Later Sep 2, 2025 6:41


    Pengerusi baru Parti Kemajuan Singapura (PSP), Encik Abas Kasmani, kongsi perjalanan politiknya serta dorongan untuk terus perjuangkan legasi pengasas PSP, Dr Tan Cheng Bock.See omnystudio.com/listener for privacy information.

    Hala tuju dan masa depan PSP selepas GE2025?

    Play Episode Listen Later Sep 2, 2025 10:13


    Selepas keputusan GE2025, Parti Kemajuan Singapura (PSP) berdepan cabaran besar untuk kekal relevan tanpa perwakilan di Parlimen. Pengerusi baru PSP, Encik Abas Kasmani, berkongsi pandangan tentang faktor yang menjejas prestasi parti, strategi pembaharuan, serta peranan generasi muda dalam menentukan hala tuju PSP.See omnystudio.com/listener for privacy information.

    Pengerusi baru PSP: "Setiap cabaran adalah peluang..."

    Play Episode Listen Later Sep 2, 2025 13:15


    Pengerusi baru PSP, Encik Abas Kasmani, melihat setiap cabaran sebagai peluang untuk memperkukuh parti. Beliau berkongsi hala tuju jangka panjang, dan bagaimana untuk menggabungkan pandangan golongan yang berpengalaman serta pandangan golongan muda untuk kebaikan parti.See omnystudio.com/listener for privacy information.

    Kadir Yahaya: Tentang cabaran pembangunan belia dalam bola sepak Singapura

    Play Episode Listen Later Aug 30, 2025 29:13


    Nama Kadir Yahaya tidak asing lagi dalam dunia bola sepak setempat. Pada usia 57 tahun sekarang, bekas pemain bola sepak Singapura itu yang kini berkhidmat sebagai pengarah bola sepak di bawah inisiatif Unleash The Roar memilih untuk lebih menumpukan pada usaha membentuk cita-cita pemain muda daripada memburu kemenangan. Ketahui kenapa dalam episod ketiga (segmen 2 daripada 2) vodcast NoTapis Kaki Bola ini bersama Hazman Abdul Aziz.See omnystudio.com/listener for privacy information.

    Kadir Yahaya: Daripada juara Liga S pada 1996 kepada memimpin pasukan S'pura menang pingat gangsa semasa YOG2010

    Play Episode Listen Later Aug 30, 2025 36:44


    Daripada menjuarai Liga S bersama Geylang United pada 1996, kepada memimpin pasukan Singapura meraih pingat gangsa semasa Sukan Olimpik Belia (YOG) pada 2010, Kadir Yahaya berkongsi pengalamannya sepanjang bergiat dalam arena bola sepak Singapura. Beliau turut berkongsi pengalamannya menjadi jurulatih pasukan bola sepak St. Joseph’s Institution (SJI) selama 10 tahun dalam episod ketiga (segmen 1 daripada 2) vodcast NoTapis Kaki Bola ini bersama Hazman Abdul Aziz.See omnystudio.com/listener for privacy information.

    NoTapis Personaliti - Guy Ghazali: Wanita pertama dilantik Presiden Kanan Mahkamah Syariah

    Play Episode Listen Later Aug 29, 2025 18:46


    NoTapis Personaliti kali ini menampilkan Guy Ghazali, yang mencipta sejarah sebagai wanita pertama dilantik ke jawatan Presiden Kanan Mahkamah Syariah Singapura pada 2020. Di sebalik personaliti yang agak misteri — dengan maklumat peribadi yang terhad di ruang maya — terserlah seorang pemimpin yang menggabungkan ketegasan undang-undang dengan kelembutan empati.See omnystudio.com/listener for privacy information.

    Semangat Singapura: ‘Kita' dahulu, baru ‘saya'

    Play Episode Listen Later Aug 25, 2025 28:03


    Dalam ucapan NDR 2025 beliau, Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong, menarik perhatian tentang Semangat Singapura dan menyeru warga membangunkan masyarakat yang mengutamakan ‘kita’ sebelum ‘saya’. Memang bukan mudah kerana lumrah manusia adalah untuk mementingkan diri sendiri dan mempertahan apa yang mereka miliki, namun menyemarakkan Semangat Singapura ini bukan hanya penting tapi perlu sedang Singapura mengemudi dunia yang semakin tidak menentu dan bergelora. Pakar perubatan geriatrik, Dr Nur Farhan Alami dan Pengarah Pengasas Dialogue Centre Limited, Encik Mohamed Imran Mohamed Taib bincangkan dalam episod podcast NoTapis BHerbual kali ini.See omnystudio.com/listener for privacy information.

    Apakah masa depan warga emas di Singapura?

    Play Episode Listen Later Aug 25, 2025 40:12


    1 daripada 4 warga Singapura akan berusia 65 tahun dan ke atas menjelang 2030. Namun ini bukan isu yang harus ditangani golongan warga emas sahaja. Orang muda juga perlu memahami isu ini dengan mendalam dan peranan penting yang mereka boleh mainkan sedang Singapura menuju status ‘super-aged society’ atau masyarakat lebih menua. Pakar perubatan geriatrik, Dr Nur Farhan Alami dan Pengarah Pengasas Dialogue Centre Limited, Encik Mohamed Imran Mohamed Taib bincangkan dalam episod podcast NoTapis BHerbual kali ini.See omnystudio.com/listener for privacy information.

    Abbas Saad: Antara kemenangan bersejarah, impian musnah & penyokong Singapura yang sentiasa di hati

    Play Episode Listen Later Aug 23, 2025 26:46


    Baru sahaja meraikan kemenangan bersejarah apabila Singapura menewaskan Pahang 4-0 di perlawanan akhir Piala Malaysia 1994, nama Abbas Saad terpalit dengan kontroversi rasuah pula. Kini pada usia 58 tahun, legenda bola sepak Singapura itu berkongsi tentang antara detik terendah dalam kerjaya bola sepaknya yang menghancurkan satu impiannya. Beliau juga berkongsi tentang hubungan rapatnya bersama legenda bola sepak negara lain seperti Fandi Ahmad, Malek Awab dan V. Sundramoorthy serta harapannya untuk kembali menyumbang di Singapura dalam episod kedua (segmen 2 daripada 2) podcast NoTapis Kaki Bola ini bersama Hazman Abdul Aziz dan Farehan Hussein.See omnystudio.com/listener for privacy information.

    Abbas Saad: Dari Lebanon ke Australia hingga menjadi ikon bola sepak Singapura

    Play Episode Listen Later Aug 23, 2025 35:13


    Membesar di Lebanon ketika negara itu dilanda perang, kemudian berpindah ke Australia bersama keluarganya sebelum bakatnya dikesan untuk menyertai pasukan Singa, legenda bola sepak Singapura, Abbas Saad yang pernah diberi julukan ‘David Beckham’ dan ‘Eric Cantona’ Singapura ceritakan kisah perjalanan kerjayanya dalam bola sepak, dalam episod kedua (segmen 1 daripada 2) podcast NoTapis Kaki Bola ini bersama Hazman Abdul Aziz dan Farehan Hussein.See omnystudio.com/listener for privacy information.

    Grab ‘rider' beli rumah RM1.4 juta dengan pendapatan $6k sebulan?

    Play Episode Listen Later Aug 22, 2025 27:31


    Pekerja gig Encik Afiq Zayany Zainin, ‘viral’ baru-baru ini kerana dilaporkan tinggal di villa di JB Malaysia yang bernilai RM1.4 juta Ada yang tertanya-tanya betul ke ni? Dalam episod NoTapis kali ini, Encik Afiq menjelaskan realiti sebenar sebagai pekerja gig di Singapura yang tinggal di Malaysia. Daripada pendapatan harian sebagai penghantar makanan, gaya hidup ‘mewah’ yang beliau mengalami serta mengapa anda mungkin tidak mahu mengikut jejaknya.See omnystudio.com/listener for privacy information.

    Sistem COE: Antara sistem berkesan dengan empati

    Play Episode Listen Later Aug 19, 2025 31:31


    Sistem Sijil Hak Memiliki Kenderaan (COE) Singapura adil dan efisien daripada perspektif ekonomi, namun adakah sistem ini bersifat empati kepada mereka yang benar-benar memerlukannya seperti keluarga dengan ranak berkeperluan khas dan mempunyai warga emas. Anggota Parlimen GRC Bishan-Toa Payoh, Encik Saktiandi Supaat, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Parlimen Pemerintah (GPC) Kewangan serta Perdagangan dan Perusahaan bincangkan dalam episod podcast NoTapis BHerbual kali ini.See omnystudio.com/listener for privacy information.

    Kesan Tarif AS: Apakah Singapura sudah bersedia?

    Play Episode Listen Later Aug 18, 2025 25:00


    Harga naik? Pekerjaan terjejas? Tarif AS mungkin memberi kesan kepada kita di Singapura. Encik Saktiandi Supaat kupas apa yang perlu kita tahu, dan bagaimana bersedia.See omnystudio.com/listener for privacy information.

    Masa depan bola sepak Singapura:Antara pemain muda, pemain asing & perkembangan SPL

    Play Episode Listen Later Aug 16, 2025 35:33


    Dalam episod pertama (segmen 1 daripada 2) NoTapis Kaki Bola, Hazman Abdul Aziz dan Farehan Hussein mengundang legenda liga profesional setempat, Yazid Yasin, dan jurulatih berpengalaman, Akbar Nawas, untuk membincangkan isu hangat bola sepak tempatan dan berkongsi pengalaman dari era Liga S pada 1990-an.See omnystudio.com/listener for privacy information.

    Gagal ke Sukan SEA boleh jejas perkembangan Young Lions?

    Play Episode Listen Later Aug 16, 2025 21:39


    Dalam episod pertama (segmen 2 daripada 2) NoTapis Kaki Bola ini, Hazman Abdul Aziz dan Farehan Hussein berbincang dengan legenda liga profesional setempat, Yazid Yasin, dan jurulatih berpengalaman, Akbar Nawas, tentang hala tuju bola sepak Singapura, pembangunan pemain muda dan masa depan mereka serta apakah kesannya Young Lions tidak disertakan dalam pemilihan awal kontinjen atlet yang akan wakili Singapura di Sukan SEA 2025.See omnystudio.com/listener for privacy information.

    NoTapis Personaliti - Halimah Yacob: Mantan Presiden nak balik rumah HDB di Yishun lepas bersara?

    Play Episode Listen Later Aug 15, 2025 20:52


    Dalam episod khas NoTapis Personaliti kali ini, mantan Presiden Singapura, Puan Halimah Yacob, berkongsi hidup selepas persaraan, cabaran sebagai i presiden wanita pertama Singapura, dan prinsip yang membentuk dirinya. Dari cerita tentang rumah HDB Yishun yang menjadi “obsession” rakyat, gaya tudung yang konsisten, hingga keputusan sukar untuk menyahut cabaran menjadi presiden Singapura. Puan Halimah mendedahkan kisah peribadi (dan juga beberapa rahsia) yang tak pernah didedahkan sebelum ini. Beliau juga menyentuh isu-isu yang dekat di hati seperti hak wanita, kesihatan mental, dan perspektifnya berkaitan isu konflik Israel-Palestin. Sebagai nenek manjakan cucunya, Halimah kini menikmati kebebasan untuk meluangkan lebih banyak masa bersama keluarga namun pada masa yang sama terus berkhidmat untuk masyarakat.See omnystudio.com/listener for privacy information.

    Kpod & vape: 'Trend' yang membawa padah

    Play Episode Listen Later Aug 11, 2025 17:46


    Beberapa video yang tular baru-baru ini memaparkan individu yang kelihatan seperti zombi selepas menghisap vape mencetuskan keprihatinan tentang penggunaan Kpod dan vape serta risikonya bagi belia. See omnystudio.com/listener for privacy information.

    Diskriminasi antara kaum di S'pura: Apa realitinya?

    Play Episode Listen Later Aug 11, 2025 37:11


    Sedang majoriti responden dalam kumpulan berbeza berkata mereka tidak pernah atau jarang mengalami insiden diskriminasi berkaitan bangsa atau agama, hasil Tinjauan Kaum, Agama dan Bahasa (RRL) IPS 2024 mendapati kurangnya responden Melayu dan India yang menyatakan demikian. Apa realitinya di Singapura? See omnystudio.com/listener for privacy information.

    Pengiktirafan Palestin: Harapan untuk masa depan lebih aman?

    Play Episode Listen Later Aug 8, 2025 24:26


    [BHGN 3] Pengumuman bersama sekumpulan negara yang menyokong pengiktirafan terhadap negara Palestin merupakan satu langkah bersejarah. Namun, adakah ia akan membawa kepada tindakan yang benar-benar bermakna untuk rakyatnya?See omnystudio.com/listener for privacy information.

    NoTapis Personaliti - Bahren Shaari: Dari anak kampung jadi CEO bank antarabangsa

    Play Episode Listen Later Aug 8, 2025 18:52


    Daripada menaip lebih 100 permohonan kerja menggunakan mesin taip ke jawatan tertinggi sebagai CEO Bank of Singapore, Bahren Shaari berkongsi kisah luar biasa tentang ketabahan, prinsip hidup, dan keberanian untuk berfikir besar. Dalam episod ini, beliau membuka kisah peribadinya — membesar di kampung, cabaran sebagai anak Melayu dalam dunia kewangan, bagaimana beliau kekal merendah diri di puncak kejayaan, dan nasihat buat generasi muda hari ini.See omnystudio.com/listener for privacy information.

    Ijazah dari mana tak sepenting bidang kemahiran yang dipilih

    Play Episode Listen Later Aug 5, 2025 31:17


    Sama ada ijazah dari universiti awam atau privet bukan menjadi penentu masa depan. Tapi bidang kemahiran yang dipilih menentukan peluang kerjaya. Episod podcast BHerbual kali ini kupas kemahiran yang lulusan universiti perlu ada untuk memenuhi keperluan industri bersama Anggota Parlimen GRC Pasir Ris-Changi, Encik Sharael Taha dan Pengarah Program Pembangunan Eksekutif Universiti Pengurusan Singapura (SMU), Dr Faisal Aman.See omnystudio.com/listener for privacy information.

    Ijazah dah ada, apa lagi yang majikan cari?

    Play Episode Listen Later Aug 4, 2025 30:36


    Ijazah dah ada, resume pun dah cantik. Tapi kenapa masih susah nak dapat kerja?Episod podcast BHerbual kali ini kupas apa yang sebenarnya dicari majikan dalam pasaran kerja sekarang bersama Anggota Parlimen GRC Pasir Ris-Changi, Encik Sharael Taha dan Pengarah Program Pembangunan Eksekutif Universiti Pengurusan Singapura (SMU), Dr Faisal Aman.See omnystudio.com/listener for privacy information.

    NoTapis Personaliti - Rafaat Hamzah: “Muka saja ‘gangster', tapi sebenarnya saya….”

    Play Episode Listen Later Aug 1, 2025 20:41


    NOTAPIS PERSONALITI Rafaat Hamzah dan watak ‘gangster’ macam tak boleh dipisahkan. Tapi siapa sebenarnya di sebalik wajah ‘bengis’ itu? Mekanik pusat boling boleh jadi pelakon, pengarah, penyair dan seniman serba boleh yang memainkan peranan bentuk seni Melayu Singapura. Dalam episod ini, Rafaat Hamzah dedahkan semuanya: pengalaman di penjara, realiti untuk seniman di Singapura dan….cita-cita beliau nak jadi arkitek?See omnystudio.com/listener for privacy information.

    Kenapa Sharon Ismail dah tak keluar TV lagi?

    Play Episode Listen Later Jul 18, 2025 43:27


    Dulu memang sering lihat wajahnya di TV, baik sebagai pelakon atau pengacara. Tapi sekarang semakin jarang, sampai ada yang tanya “Sharon Ismail dah tak dipanggil berlakon lagi ke?” Tak ramai yang tahu sebenarnya beliau kini dalam industri berbeza. Dalam episod ini, beliau berkongsi dilema ‘imposter syndrome’, kerjaya beliau sebagai pensyarah, cabaran industri media dan….pengalamannya sebagai ‘ratu bunian’?See omnystudio.com/listener for privacy information.

    Ismail Gafoor cipta legasi PropNex bukan untuk anak, tapi untuk masyarakat

    Play Episode Listen Later Jul 16, 2025 10:53


    Selepas 25 tahun membina agensi hartanah terbesar di Singapura, Encik Ismail Gafoor tidak perlu anak-anaknya menjadi pewaris utama PropNex. Sebaliknya, beliau fokus membina sistem yang mampan berasaskan meritokrasi dan legasi yang memberi manfaat kepada masyarakat. Dalam episod BHerbual ini, pengasas bersama dan pengerusi eksekutif PropNex itu kongsi visi jangka panjang PropNex dan bagaimana syarikat itu ingin menyumbang semula kepada masyarakat.See omnystudio.com/listener for privacy information.

    Orang muda lebih berani beli rumah privet, tapi harus ikut kemampuan

    Play Episode Listen Later Jul 16, 2025 14:57


    enerasi muda Melayu kini lebih yakin membeli rumah privet, malah ada yang terus membelinya sebagai rumah pertama mereka. Dalam episod BHerbual ini, Pengasas Bersama dan Pengerusi Eksekutif PropNex, Encik Ismail Gafoor, antara lain kongsi bagaimana sikap masyarakat Melayu telah berubah dari segi pemilikan hartanah dan mengapa penting untuk rancang kewangan dari awal.See omnystudio.com/listener for privacy information.

    Kisah jatuh bangun Ismail Gafoor 25 tahun bersama PropNex

    Play Episode Listen Later Jul 16, 2025 9:42


    Daripada rumah sewa di Lengkok Bahru kepada memimpin agensi hartanah terbesar di Singapura. Dalam episod BHerbual ini, Pengasas Bersama dan Pengerusi Eksekutif PropNex, Encik Ismail Gafoor, berkongsi kisahnya menerajui PropNex - bermula sebagai agensi kecil, berdepan perpisahan mengejut dengan rakan kongsi, hingga tersenarai dalam Bursa Singapura (SGX) dengan lebih 13,000 ejen hari ini.See omnystudio.com/listener for privacy information.

    Di sebalik topeng, ada cerita…

    Play Episode Listen Later Jul 11, 2025 38:57


    Bukan sekadar ‘menari suka-suka’ — dua anak muda dari Singapura, Megan Lee dan Tyara Cynta Puteri Noor Azhar, sanggup ke Indonesia untuk belajar tari topeng, seni tarian purba yang kaya dengan cerita rakyat dan unsur teater. Mereka adalah dua daripada empat individu yang terlibat dalam residensi inisiatif yang dikendalikan Yayasan Warisan Melayu (MHF), di bawah Program Pensijilan Seni (ACP) dengan kerjasama Universiti Negeri Malang, Indonesia. Bersama Cik Rilla Melati Bahri, Pengurus Besar MHF, NoTapis kali ini mengupas tarian nusantara ini dan belajar bagaimana penggiat-penggiat seni ini dapat terus melestarikan seni nusantara.See omnystudio.com/listener for privacy information.

    Claim #NoTapis

    In order to claim this podcast we'll send an email to with a verification link. Simply click the link and you will be able to edit tags, request a refresh, and other features to take control of your podcast page!

    Claim Cancel