Keluar Sekejap

Follow Keluar Sekejap
Share on
Copy link to clipboard

Podcast Keluar Sekejap (KS) bersama Khairy Jamaluddin (KJ) dan Shahril Hamdan. Merapatkan jurang dalam perbincangan isu politik dan semasa dengan gaya lebih santai serta bahasa yang mudah difahami. For collaboration and sponsorship, contact keluarsekejap@gmail.com

Khairy Jamaluddin dan Shahril Hamdan


    • Sep 18, 2026 LATEST EPISODE
    • weekdays NEW EPISODES
    • 1h 20m AVG DURATION
    • 258 EPISODES


    Search for episodes from Keluar Sekejap with a specific topic:

    Latest episodes from Keluar Sekejap

    EP212 | Pengampunan Najib, Perhimpunan Agung UMNO 2026, Keputusan PISA 2025

    Play Episode Listen Later Sep 18, 2026 92:59


    Episod 212 Keluar Sekejap membincangkan keputusan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVII, Sultan Ibrahim, yang memperkenankan supaya Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak menjalani baki hukuman secara tahanan di rumah sehingga 23 Ogos 2028, tertakluk kepada pembayaran denda sebanyak RM50 juta serta syarat-syarat yang ditetapkan.Episod ini turut membincangkan Perhimpunan Agung UMNO serta perkembangan dan isu semasa yang menjadi perhatian dalam parti.Selain itu, Datin Noor Azimah tampil sebagai tetamu untuk membincangkan keputusan PISA 2025, kemerosotan prestasi Matematik Malaysia, jurang pendidikan serta persoalan mengenai masa depan sistem pendidikan negara.

    EP23 #SembangKS | PAU, Kapitalis Sambal dan Pusat Data

    Play Episode Listen Later Sep 17, 2026 42:06


    Dalam Episod 23 Sembang KS, Zaidel Baharuddin kembali dengan gaya santai, jenaka dan ulasan isu semasa — daripada pendakwaan melibatkan pemimpin UMNO dan Tabung Haji, kemeriahan PAU 2026, hinggalah kepada label “kapitalis sambal” yang dilemparkan kepada Khairul Aming.Episod kali ini turut membawa kita ke satu topik yang semakin dekat dengan kehidupan seharian tetapi mungkin tidak ramai yang benar-benar faham — pusat data. Kenapa Malaysia begitu agresif menarik pelaburan pusat data? Apa yang negara dapat daripada pelaburan berbilion-bilion ringgit ini? Dan yang lebih penting, apa pula kosnya kepada kita dari segi tanah, elektrik dan air?

    EP211 | Kenapa OKM Keluar DAP?, DAP Hilang Arah?, Ketegangan KKDW-MOF, Muktamar PAS 2026

    Play Episode Listen Later Sep 10, 2026 78:37


    Episod 211 Keluar Sekejap menampilkan sahabat kita, Ong Kian Ming, untuk membincangkan keputusan beliau meninggalkan DAP pada 31 Ogos 2026 selepas 14 tahun bersama parti.Apa yang mendorong keputusan tersebut? Adakah DAP sudah berubah? Dan mengapa OKM membuat keputusan untuk membantu Khairy Jamaluddin sekiranya beliau bertanding dalam PRU16?Episod ini turut membincangkan Muktamar PAS ke-72 yang mencipta perhatian apabila rombongan UMNO yang diketuai Setiausaha Agung UMNO, Dato' Dr Asyraf Wajdi Dusuki, hadir ke Muktamar PAS. Adakah ini sekadar simbol hubungan yang semakin baik, atau signal awal kepada kerjasama politik PAS-UMNO menuju PRU16?Selain itu, kita turut mengupas ketegangan antara KKDW dan Kementerian Kewangan (MOF) berhubung isu peruntukan dan kelewatan bayaran kepada kontraktor projek jalan luar bandar. Jika peruntukan sudah disalurkan, mengapa masih berlaku tunggakan? Dan sebenarnya, di mana masalahnya?

    EP210 | Amanat Perdana, Jemputan Bekas PM, Pendakwaan RCI TH, Kenyataan Anwar-Taiwan, Jerebu Teruk

    Play Episode Listen Later Sep 3, 2026 80:28


    Episod 210 Keluar Sekejap membincangkan pengumuman Hari Kebangsaan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, termasuk peningkatan had BUDI95 dan BUDI Diesel, bantuan untuk sekolah daif, penambahbaikan kesihatan awam, pelepasan e-Invois serta akses AI percuma untuk 100,000 belia. Adakah pengumuman sebegini benar-benar memberi kesan kepada sentimen rakyat, atau sudah menjadi “checklist” setiap kali sambutan Hari Kebangsaan? Turut dibincangkan persoalan mengenai timing pengumuman dan apakah bentuk reformasi yang lebih bermakna kepada rakyat.Episod ini turut menyentuh isu Tabung Haji dan polemik berkaitan keadaan kewangan serta laporan RCI, termasuk persoalan mengenai kerugian, kaedah perakaunan dan tadbir urus institusi tersebut. Adakah isu Tabung Haji sekadar soal teknikal perakaunan, atau terdapat persoalan lebih besar mengenai bagaimana institusi penting negara diurus?Dalam perkembangan politik semasa, KJ dan Shahril membincangkan pendirian UMNO menjelang Perhimpunan Agung UMNO, termasuk isu kedaulatan undang-undang, prinsip tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah serta kemungkinan kerjasama dengan PAS dan Perikatan Nasional. Apakah hala tuju UMNO dan sejauh mana perkembangan ini boleh memberi kesan kepada Kerajaan MADANI?Turut dibincangkan ketegangan berkaitan peruntukan dan pembayaran projek kerajaan, termasuk persoalan hubungan antara kepimpinan politik dengan jentera kerajaan.Di peringkat antarabangsa, episod ini meneliti kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai China dan Taiwan, dasar One China serta kedudukan Malaysia dalam persaingan geopolitik antara China dan Amerika Syarikat. Bagaimana Malaysia boleh mengimbangi prinsip dasar luar dengan kepentingan ekonomi dan strategik negara?Akhir sekali, KJ dan Shahril membincangkan isu jerebu rentas sempadan yang kembali melanda Malaysia, termasuk kebakaran hutan dan tanah gambut di Indonesia serta kelemahan mekanisme ASEAN dalam menangani masalah yang berulang setiap tahun.

    EP20 #SembangKS | Episod Istimewa yang ke-20

    Play Episode Listen Later Aug 26, 2026 36:05


    Harapan Belanjawan 2027, Had Umur Ahli Politik, Semangat Patriotik Malaysia

    Play Episode Listen Later Aug 21, 2026 77:32


    00:00 Intro7:47 Harapan Belanjawan 2027 1. faiq_azhs - wish list untuk budget 20271. ahmadnazri- sekarang nak masuk musim belanjawan 2027, apakah sektor ekonomi yang Malaysia perlu tekankan untuk kembali seperti dulukala? Nampak macam Malaysia sekarang tiada hala tuju jelas dari segi ekonomi?2. talhahazlan- Dokumen Belanjawan antara yang terpenting dalam negara, kenapa rakyat makin lama makin tak kisah? 30:00 EDUCATION1.isyrafnorizan- Kenapa kementerian pendidikan negara macam tak tersusun dan takda hala tuju? Sistem pendidikan kita makin lama makin tertinggal dengan Singapura: Tukar menteri, tukar dasar. Bagaimana nak selesaikan perkara ini?2.nadhumairah - AI in education - how has Malaysia approached it and what are the good and the bad?3.nblfik- Kenapa negara kita dilihat terkebelakang dari segi AI dalam pendidikan? Negara lain nampak dah semakin canggih tetapi negara kita macam takda plan. Mohon ulas isu ini, dan mungkin beri cadangan untuk tambah baik?52:00 Had Umur Ahli Politik1. shafiq87_ - Age limit to be a politician? Mungkin ada kajian on this, dan diusulkan.2. shafiq87_ - For how long the old figura in politics will still be a leader? Should not there is an age limit1:04:50 BULAN KEMERDEKAAN1. trupjan- Kini bulan kemerdekaan. Kalau kita tengok, indonesia mempunyai semangat nasionalist yang tinggi tanpa kira bangsa agama. Kenapa Malaysia sangat kurang?2. smoothies.freak- Masuk bulan kemerdekaan je ada isu bendera terbalik, sampai bila kita nak macam ni? 3. boytal- Kenapa rakyat malaysia kurang semangat sayang kepada negara, bulan kemerdekaan pun sendu?

    EP19 #SembangKS | Cekodok, Mee dan LRT

    Play Episode Listen Later Aug 19, 2026 32:29


    Daripada cekodok pisang yang boleh mengalahkan isu negara, kepada RM13 bilion kerugian Tabung Haji, kemudian singgah pula ke kontroversi Mee Pok, pasport 10 tahun 6 bulan dan drama Sidang Khas Parlimen — minggu ni Sembang KS memang macam naik roller coaster.

    EP209 | Krisis Dalaman PKR, Peruntukan MP PKR Disekat, Sidang Khas Parlimen RCI TH

    Play Episode Listen Later Aug 14, 2026 81:21


    Episod 209 Keluar Sekejap membincangkan krisis dalaman PKR yang semakin menjadi perhatian, termasuk peletakan jawatan Wong Chen sebagai Ahli Parlimen Subang dan keahliannya dalam PKR sebelum menyertai Parti Bersama yang diterajui Rafizi Ramli dan Nik Nazmi. Apakah yang sedang berlaku dalam PKR, dan apakah implikasinya terhadap kestabilan politik Kerajaan MADANI?Turut dibincangkan isu peruntukan Ahli Parlimen PKR yang disekat, selepas akses kepada portal MyKhas untuk mendapatkan peruntukan khas dilaporkan disekat bagi beberapa Ahli Parlimen PKR. Adakah peruntukan kepada Ahli Parlimen wajar diberikan secara sama rata tanpa mengira sokongan politik? Apakah kesannya jika kuasa sebagai Perdana Menteri digunakan sebagai alat tekanan dalam politik?Episod ini turut meneliti Sidang Khas Parlimen berkaitan RCI Tabung Haji, termasuk persoalan mengenai laporan RCI, mengapa laporan tersebut tidak dibahaskan dengan lebih menyeluruh serta apakah tindakan yang wajar diambil susulan penemuan dan rumusan RCI. Perbincangan turut menyentuh persoalan tadbir urus dan masa depan Tabung Haji.Dalam episod ini juga, Shahril berkongsi pengalaman menyertai HYROX serta perbincangan mengenai komuniti dan komitmen dalam acara tersebut. KJ dan Shahril juga menyentuh perkembangan AI Malaysia Takeover 2026 dan bagaimana AI semakin boleh digunakan untuk menyelesaikan masalah sebenar dalam kehidupan seharian serta komuniti.

    EP18 #SembangKS | Sambal Nyet, Seludup dan Hiking Untuk Content

    Play Episode Listen Later Aug 12, 2026 24:37


    Dalam Episod 18 Sembang KS, kami membincangkan beberapa isu sensasi minggu ini dengan gaya santai, jenaka dan analisis politik serta isu semasa.

    EP17 #SembangKS | Orang Luar, F1 Bah Rain Malaysia dan Buy Now Pay Later

    Play Episode Listen Later Aug 5, 2026 32:22


    Dalam Episod 17 Sembang KS, kami membincangkan beberapa isu terbesar minggu ini dengan gaya santai, jenaka dan analisis politik serta ekonomi semasa.

    EP208 | PRN Negeri Sembilan 2026: Post-Match Analysis, Pendedahan Laporan RCI Tabung Haji

    Play Episode Listen Later Aug 4, 2026 108:53


    Keluar Sekejap Episod 208 membincangkan analisis kuantitatif serta kupasan mendalam mengenai keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan 2026 yang menyaksikan kemenangan besar Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN), sekali gus menamatkan pentadbiran Pakatan Harapan (PH) selepas hampir dua penggal.Apakah faktor sebenar di sebalik keputusan ini? Adakah formula kerjasama BN-PN benar-benar berjaya diterjemahkan di peti undi? Bagaimana pula corak sokongan pengundi bukan Melayu, dan sejauh mana ia mempengaruhi keputusan di kerusi-kerusi utama?Dalam episod ini, turut diulas secara terperinci corak pengundian, perubahan sokongan mengikut kawasan, trend pemindahan undi, prestasi setiap gabungan politik, serta implikasi keputusan PRN Negeri Sembilan terhadap landskap politik negara menjelang Pilihan Raya Umum akan datang.Turut dibincangkan ialah pendedahan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji. Apakah penemuan utama laporan tersebut, siapakah yang dipertanggungjawabkan, dan apakah implikasinya terhadap tadbir urus institusi awam serta keyakinan rakyat?

    Dokumentari PRN Negeri Sembilan 2026: Antara Adat & Mandat

    Play Episode Listen Later Jul 30, 2026 26:17


    Team Keluar Sekejap dengan kerjasama FMT berada di Negeri Sembilan untuk menelusuri sendiri landskap politik yang cukup unik menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan.Berbeza dengan pilihan raya sebelum ini, PRN kali ini tercetus bukan kerana tamatnya penggal pentadbiran, tetapi berpunca daripada satu krisis yang melibatkan institusi adat, institusi diraja, Perlembagaan serta hubungan politik antara parti-parti yang suatu ketika dahulu mentadbir bersama.Dalam episod kali ini, kami menelusuri lima perkara utama yang membentuk landskap PRN Negeri Sembilan:Bagaimana krisis institusi adat akhirnya berkembang menjadi krisis politik sehingga membawa kepada pembubaran Dewan Undangan Negeri.Dinamika baharu politik Negeri Sembilan apabila Barisan Nasional dan Perikatan Nasional menjalinkan persefahaman di beberapa kerusi, sementara gabungan Kerajaan MADANI berdepan pertembungan sesama sendiri.Naratif kempen setiap parti, termasuk persoalan sama ada politik berasaskan kaum masih menjadi formula kemenangan atau pengundi kini lebih mengutamakan prestasi dan kepimpinan.Persoalan mengenai “wajah pilihan raya” apabila Pakatan Harapan mempertaruhkan rekod pentadbiran Datuk Seri Aminuddin Harun, manakala Barisan Nasional masih belum menampilkan calon Menteri Besar secara jelas.Suara rakyat Negeri Sembilan — apakah isu yang benar-benar menjadi keutamaan mereka, dan apakah harapan mereka terhadap kerajaan yang bakal dibentuk selepas pilihan raya?Jom ikuti bersama Iman Irfan, hanya di Keluar Sekejap.

    EP16 #SembangKS | Nurul Zahid Masuk AJL? Ucapan Sanusi dan Geopolitik Dunia

    Play Episode Listen Later Jul 30, 2026 38:10


    Dalam Episod 16 Sembang KS, kita membincangkan beberapa isu paling hangat minggu ini dengan gaya santai, jenaka dan ulasan politik semasa.Antara topik yang dibincangkan:

    EP207 | BN-PN Tidak Serasi?, Laporan RCI Tabung Haji, F1 Kembali Ke Sepang, Perjanjian MA63

    Play Episode Listen Later Jul 28, 2026 75:37


    Episod 207 Keluar Sekejap membawa perbincangan mendalam mengenai konsep federalisme di Malaysia, termasuk pembahagian kuasa antara Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri yang menjadi asas kepada sistem pemerintahan negara.Bersama pensyarah Fakulti Undang-Undang Multimedia University (MMU), Muhammad Hafiz Hassan, episod ini mengupas sejarah pembentukan Malaysia melalui Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), struktur Perlembagaan Persekutuan, serta bagaimana kuasa perundangan dan pentadbiran diagihkan antara Kerajaan Persekutuan, Sabah, Sarawak dan negeri-negeri lain.Turut dibincangkan ialah perkembangan politik semasa melibatkan hubungan antara Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan yang sedang berlangsung. Benarkah kedua-dua gabungan ini semakin sukar mencari titik persefahaman, dan apakah implikasinya terhadap landskap politik negara?Episod ini juga mengulas dapatan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai Tabung Haji. Mengapakah laporan tersebut masih belum didedahkan kepada umum oleh kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim? Apakah isu-isu yang dibangkitkan, dan sejauh manakah ia memberi kesan terhadap keyakinan rakyat terhadap institusi tersebut?Selain itu, perbincangan turut menyentuh cadangan membawa semula perlumbaan Formula 1 (F1) ke Litar Antarabangsa Sepang hasil diplomasi diraja Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Sultan Ibrahim dan Raja Bahrain. Adakah Malaysia bersedia menjadi tuan rumah F1 sekali lagi? Apakah peluang ekonomi, pelancongan dan pelaburan yang boleh diraih menerusi penganjuran ini, khususnya sempena Tahun Melawat Malaysia 2026?

    EP206 | Analisis Kempen PRN Negeri Sembilan, The Network School, KWAP Ditipu RM200JEP206 | Analisis Kempen PRN Negeri Sembilan, The Network School, KWAP Ditipu RM200J

    Play Episode Listen Later Jul 24, 2026 95:36


    Episod 206 Keluar Sekejap membincangkan analisis mendalam mengenai perkembangan semasa Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan, termasuk kemunculan persefahaman politik baharu antara Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) yang menyaksikan pertembungan sesama parti dalam Kerajaan MADANI.Turut dibincangkan ialah kontroversi penutupan Network School di Forest City selepas timbul dakwaan melibatkan seorang individu yang didakwa memiliki pasport Israel. Apakah fakta sebenar di sebalik isu ini, dan bagaimana ia memberi kesan kepada imej Malaysia sebagai destinasi pelaburan dan pendidikan antarabangsa?Episod ini turut meneliti kerugian pelaburan KWAP sebanyak RM200 juta dalam syarikat akuakultur Indonesia, eFishery. Apakah yang sebenarnya berlaku, bagaimana dana persaraan awam boleh terdedah kepada risiko sebesar ini, dan apakah pengajaran yang perlu diambil bagi memastikan tadbir urus pelaburan yang lebih baik pada masa hadapan?

    EP15 #SembangKS | Larian Saddiq, Piala Dunia, Andrew Tate dan Jajaran PN-BN

    Play Episode Listen Later Jul 22, 2026 26:09


    Dalam Episod 15 Sembang KS, kita membincangkan beberapa isu paling hangat minggu ini dengan gaya santai, jenaka dan ulasan politik semasa.Antara topik yang dibincangkan:

    EP14 #SembangKS | Piala Dunia, Letak Jawatan dan Pilihanraya Tong Sampah

    Play Episode Listen Later Jul 16, 2026 25:13


    Dalam episod kali ini, kami membincangkan keputusan besar PRN Johor, kemenangan dominan Barisan Nasional, kejatuhan beberapa parti politik, kontroversi Network School di Forest City, drama peletakan jawatan melibatkan Nga Kor Ming dan Akmal Saleh, pergolakan dalam kerajaan Melaka, hinggalah ke kisah politik unik di United Kingdom yang menyaksikan Nigel Farage dicabar oleh calon satira Count Binface.Turut dikupas ialah keputusan Mahkamah Persekutuan yang membebaskan Syed Saddiq, pelancaran BASScast bersama Bella Astillah, serta cabaran larian 170km beliau sebagai tanda kesyukuran.Sambil dunia masih hangat dengan aksi Piala Dunia FIFA 2026, kami turut menyelitkan perkembangan terkini kejohanan dan apa yang menjadikan separuh akhir kali ini begitu istimewa.Jangan lupa Like, Subscribe dan tekan loceng

    PRN Johor 2026: Post-Match Analysis

    Play Episode Listen Later Jul 13, 2026 92:45


    Episod 205 Keluar Sekejap membincangkan analisis kualitatif serta kupasan mendalam mengenai keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor 2026 yang menyaksikan kemenangan besar Barisan Nasional (BN) dengan 48 kerusi, manakala Pakatan Harapan (PH) hanya memenangi 8 kerusi.Apakah faktor sebenar di sebalik keputusan ini? Adakah ia didorong oleh faktor kepimpinan, strategi kempen, perubahan sentimen pengundi, perpecahan dalam Perikatan Nasional (PN), atau keberkesanan jentera BN?Dalam episod ini, kami juga mengupas secara terperinci corak pengundian, perubahan sokongan mengikut kawasan, faktor-faktor yang membentuk keputusan pilihan raya serta implikasi politik yang bakal tercetus susulan kemenangan besar BN di Johor.Turut dibincangkan ialah sejauh mana keputusan PRN Johor ini akan mempengaruhi landskap politik negara, khususnya menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan, serta sama ada momentum ini mampu diterjemahkan ke negeri-negeri lain.

    Dokumentari PRN Johor 2026: Kembara Selatan

    Play Episode Listen Later Jul 10, 2026 43:16


    Team Keluar Sekejap berada di Johor Bahru, ibu negeri Johor Darul Takzim, untuk melihat, mendengar dan memahami sendiri suasana politik di negeri selatan tanah air ini menjelang Pilihan Raya Negeri Johor.Dalam episod kali ini, kami menelusuri empat perkara utama yang membentuk landskap PRN Johor:* Pertembungan antara Barisan Nasional dan Pakatan Harapan, yang bukan sahaja tegang di Johor malah turut menguji hubungan mereka di peringkat Persekutuan.* Dinamika dalam Perikatan Nasional, serta perkembangan kuasa ketiga seperti MUDA dan parti baharu, BERSAMA.* Peranan institusi istana dalam landskap politik, kepimpinan dan pembangunan negeri Johor.* Suara Bangsa Johor — apakah harapan mereka, dan apakah yang mereka mahukan daripada pilihan raya kali ini?Jom ikuti kembara PRN Johor bersama Iman Irfan hanya di Keluar Sekejap.

    EP13 #SembangKS | FIFA 2026 Bersama Abam Mister Potato, PRN Johor

    Play Episode Listen Later Jul 10, 2026 28:16


    Dalam episod kali ini, Sembang KS kembali dengan pelbagai isu hangat selepas berehat selama seminggu!Antara topik yang dibincangkan:⚽ Kontroversi Piala Dunia 2026 – campur tangan politik, keputusan FIFA, kad merah, format baharu dan pelbagai drama yang mencetuskan perdebatan.

    EP204 | Analisis Kempen PRN Johor 2026, Future Speaks

    Play Episode Listen Later Jul 6, 2026 88:54


    Episod 204 Keluar Sekejap bersiaran khas dari Muzium Tokoh Johor dengan membawakan analisis mendalam mengenai kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang kini memasuki fasa penting.KJ dan Shahril membincangkan isu-isu utama yang mewarnai kempen kali ini, termasuk pertembungan sengit antara Barisan Nasional dan Pakatan Harapan, strategi serta naratif yang dibawa oleh setiap gabungan, prestasi kempen di lapangan, dan faktor-faktor yang bakal mempengaruhi keputusan pilihan raya.Turut dikupas ialah persoalan sama ada berlaku peralihan undi PAS kepada Barisan Nasional, perubahan pola sokongan pengundi, kekuatan manifesto, serta bagaimana semua perkembangan ini mampu menentukan landskap politik Johor selepas hari pengundian.

    EP12 #SembangKS | TTMM, PN, Calon MB, Muda, Trump dan Kulat Zombi

    Play Episode Listen Later Jun 25, 2026 24:43


    Dalam episod kali ini, kami mengupas pelbagai isu hangat dari politik tempatan, politik antarabangsa dan juga berita pelik tetapi benar!Antara topik yang dibincangkan:

    EP203 | US-IRAN Peace Deal, Ai Dalam Perang Moden, Masa Depan Perikatan Nasional

    Play Episode Listen Later Jun 19, 2026 77:55


    Episod 203 Keluar Sekejap membawa anda menelusuri perkembangan antarabangsa yang semakin mencorakkan dunia hari ini, sebelum beralih kepada dinamika politik tempatan yang kian menarik perhatian.KJ dan Shahril memulakan perbincangan dengan konflik Amerika Syarikat-Iran dan perkembangan terbaharu ke arah perdamaian, diikuti peranan kecerdasan buatan (AI) dalam peperangan moden serta amaran Pope Leo XIV mengenai risiko apabila teknologi semakin mengambil alih keputusan hidup dan mati di medan perang.Perbincangan kemudian beralih kepada politik tanah air, dengan meneliti masa depan Perikatan Nasional susulan keputusan PAS untuk berpisah dengan Bersatu. KJ dan Shahril turut membincangkan kebarangkalian Parti Wawasan Negara yang baru ditubuhkan oleh Hamzah Zainudin menyertai PN, implikasi pertikaian penggunaan logo gabungan tersebut, serta bagaimana perkembangan ini berpotensi mengubah landskap politik pembangkang menjelang pilihan raya akan datang.

    EP11 #SembangKS | PN-PAS, Trump dan Angkasa Lepas

    Play Episode Listen Later Jun 18, 2026 28:43


    Dalam episod kali ini, kami membincangkan pelbagai isu hangat yang sedang mencorakkan politik dan geopolitik semasa.Antara topik yang disentuh:

    EP10 #KenaSoal | Isu Rohingya, Shahril join Bersama?, Kemelut Berpanjangan N9

    Play Episode Listen Later Jun 16, 2026 89:28


    00:00 Intro07:54 Orang Politik Korup?@hafizfazille: whats your estimatepercentage of corrupt politicians vs those that never take..23:50 Kemelut Berpanjangan Negeri Sembilan@jajator: your opinion about umno taking sides with Tengku Nazaruddin37:30 Muda & Bersama Gabung?@mister: Zaidel tak bertanding ke PRN Johor? Sokong ke Muda kerjasama dengan Bersama43:30 Shahril join Bersama?@deli.adlizin: Shahril nak join parti kancil tak? @talibz86: Kepada Shahril, tidak berminat ke utk menjadi calon parti bersama? Permohonan dah open tu@manluqman_ig: Is BERSAMA proposition attracts you?48:30 Isu Rohingya@nazhan87: Rohingya, UNHSR dan kegunaan mrk dipublic hospital. macam mna nk selesaikan?@drbeat78: Rohingya issue - salah siapa? Resolution?@muhayyz: Penyelesaian tuntas terhadap isu rohingya yang makin meruncing@naufalmhisham: Thoughts on the Rohingya issue and the impact on the internal and external politics

    EP10 #SembangKS | Krisis Negeri Sembilan, Duduk Semeja dan Penceraian Pembangkang

    Play Episode Listen Later Jun 11, 2026 27:50


    Negeri Sembilan tiba-tiba membubarkan DUN pada lewat malam. Pada masa yang sama, krisis takhta melibatkan Undang, Yang Dipertuan Besar dan sistem Adat Perpatih semakin rumit dengan campur tangan mahkamah, politik dan pelbagai tafsiran perlembagaan.Dalam episod kali ini, kami cuba merungkai:▪️ Apa sebenarnya yang berlaku dalam krisis Negeri Sembilan?▪️ Kenapa DUN dibubarkan secara mengejut?▪️ Apa maksud sistem Undang, Luak dan Adat Perpatih?▪️ Mengapa isu "duduk semeja dengan DAP" menjadi polemik di Johor?▪️ Apa kesan perpecahan terbaru antara PAS dan Bersatu terhadap masa depan pembangkang?Di sebalik segala drama politik, persoalan paling penting masih belum terjawab — KENAPA?Ketika rakyat berdepan cabaran ekonomi, kos sara hidup dan ketidaktentuan masa depan, adakah politik negara sedang dipandu oleh prinsip dan dasar, atau sekadar percaturan kuasa?

    EP202 | DUN Johor & N9 BUBAR, Pemasyhuran YDPB N9 Baharu?, Harga Barang Naik, Harga MAMEE KEKAL!

    Play Episode Listen Later Jun 8, 2026 89:04


    mbincangkan pendekatan unik syarikat tersebut dalam menghadapi tekanan kos hidup dan cabaran industri makanan. Mamee mengambil pendirian berbeza daripada kebiasaan pasaran dengan mengekalkan harga, tidak mengecilkan saiz produk, malah memberikan lebih nilai kepada pengguna melalui penambahan kandungan dalam produk terpilih seperti Mister Potato, Corntoz, Double Decker dan rangkaian mi Mamee.Dalam segmen seterusnya, episod ini meneliti perkembangan politik di Johor susulan pembubaran Dewan Undangan Negeri pada 1 Jun 2026 oleh Menteri Besar, Dato' Onn Hafiz Ghazi, yang membuka laluan kepada Pilihan Raya Negeri Johor Ke-16 dalam tempoh 60 hari. Perbincangan menilai implikasi langkah tersebut terhadap landskap politik negeri serta kesiapsiagaan parti-parti utama dalam menghadapi PRN kali ini.Akhir sekali, episod ini turut mengupas situasi di Negeri Sembilan berikutan pembubaran DUN pada 4 Jun 2026 oleh Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun. Pengumuman yang dibuat pada lewat malam itu turut mencetuskan pelbagai spekulasi kerana ia berlaku hampir dengan perkembangan penting institusi adat negeri. PRN Negeri Sembilan kali ini bukan sahaja tertumpu kepada persaingan politik, tetapi turut berlangsung dalam suasana yang melibatkan sensitiviti perlembagaan dan institusi tradisi negeri.

    EP9 #SembangKS | Pembubaran dan Drama DUN Johor, Konspirasi The Movie dan Perubahan Iklim

    Play Episode Listen Later Jun 4, 2026 23:18


    Dalam episod kali ini, kami membincangkan tiga topik hangat yang sedang mencuri perhatian:

    [EPISOD KHAS] | Temubual Shahril Hamdan bersama Pramono Anung Wibowo, Gabenor Jakarta

    Play Episode Listen Later Jun 1, 2026 39:11


    Keluar Sekejap menampilkan temubual khas bersama Pramono Anung Wibowo, Gabenor Jakarta, yang membincangkan transformasi Jakarta pasca pemindahan ibu negara Indonesia ke Nusantara serta visi untuk menjadikan Jakarta sebuah kota global yang moden, berdaya saing dan berteraskan identiti budaya tempatan.Perbincangan bersama Shahril Hamdan menyentuh pelbagai isu berkaitan pembangunan bandar termasuk usaha memperkukuh identiti budaya Betawi, kebangkitan kawasan-kawasan ikonik seperti Blok M, pembangunan ruang awam, serta peranan sektor pelancongan dan ekonomi kreatif dalam membentuk wajah baharu Jakarta.Temubual turut mengupas cabaran utama yang masih dihadapi Jakarta seperti kesesakan lalu lintas, pencemaran udara, banjir dan pengurusan sampah. Pramono menjelaskan pendekatan pentadbirannya dalam memperluaskan rangkaian pengangkutan awam melalui MRT, LRT, TransJakarta dan sistem transit serantau bagi mengurangkan kebergantungan terhadap kenderaan persendirian.Selain itu, beliau berkongsi bagaimana Jakarta berusaha mengubah persepsi sebagai bandar yang sesak kepada sebuah metropolis global yang lebih mesra penduduk, pelabur dan pelancong, sambil mengekalkan warisan budaya yang menjadi asas kepada identiti kota tersebut.

    EP8 #SembangKS | US Treasury Bonds, Dato Vida dan Deadpudds

    Play Episode Listen Later May 29, 2026 23:47


    Konspirasi Dato Vida menyertai politik tanah air, Cik Pui Ting atau Deadpudds mempersoalkan tindakan MAHB dan isu yang melibatkan pasaran global secara menyeluruh iaitu berkaitan dengan pasaran Bon kerajaan amerika syarikat atau lebih dikenali sebagai US Treasuries.---------------Sembang KS ialah sebuah talk show di mana Zaidel akan berkongsi ringkasan berita semasa sebelum menyelami sesuatu isu dengan lebih mendalam.Topik yang dibincangkan merangkumi pelbagai bidang seperti sosial, politik, teknologi dan hiburan, disampaikan dengan gaya yang tajam, santai serta diperkaya dengan analogi yang pantas dan bersahaja.Misi kami adalah untuk memberi pencerahan dan kefahaman tentang isu-isu penting, sesuai ditonton sepanjang perjalanan dalam kesesakan lalu lintas waktu puncak di Malaysia.

    EP201 | Krisis Bekalan Global: Malaysia Bersedia?, Tempoh Kritikal?, Kesan Kepada Ekonomi Malaysia?

    Play Episode Listen Later May 28, 2026 97:09


    Episod kali ini menampilkan Nurhisham Hussein, Penasihat Ekonomi Perdana Menteri serta Ketua Sekretariat Pasukan Petugas Pengurusan Krisis MTEN membincangkan kesan konflik di Timur Tengah terhadap rantaian bekalan global dan bagaimana ia memberi impak langsung kepada Malaysia. Perbincangan memberi fokus kepada tiga sektor utama iaitu bahan api, makanan dan ubat-ubatan, termasuk status semasa bekalan negara, tekanan subsidi kerajaan serta peranan Petronas dalam memastikan kestabilan bekalan domestik.Episod ini turut mengupas risiko “Gelombang 2” krisis global yang dijangka memberi kesan besar kepada sektor petrokimia, pembuatan dan pembinaan bermula Jun hingga Julai 2026. Antara isu yang dibincangkan termasuk kenaikan kos bahan mentah, gangguan rantaian bekalan, tekanan terhadap industri serta kemungkinan kesan kepada peluang pekerjaan dan kos sara hidup rakyat.Selain itu, perbincangan turut menyentuh tekanan terhadap Belanjawan 2026, langkah penjimatan kerajaan, serta implikasi geopolitik yang lebih luas terhadap perdagangan dunia dan kedudukan strategik Asia Tenggara dalam krisis yang sedang berlaku.Terima kasih kepada ENERtec Asia atas kerjasama bagi episod kali ini.Join us at ENERtec Asia 2026 – perhimpunan utama profesional tenaga, inovator dan pemain industri dari seluruh rantau Asia Pasifik.

    EP200 | MB Terkejut, BN Johor Gerak Solo, Pelaburan Tertinggi, Maju Johor 2030, JS-SEZ, Istana Johor

    Play Episode Listen Later May 25, 2026 119:26


    Episod 200 KS akhirnya tiba.Untuk episod istimewa ini, kami bawakan YAB Dato' Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor dalam sebuah perbincangan yang menyentuh soal kepimpinan, politik, ekonomi dan masa depan Johor.Daripada kisah bagaimana beliau akhirnya diangkat sebagai Menteri Besar Johor, sehinggalah kepada visi besar Agenda Maju Johor 2030 yang sedang mengubah landskap negeri. Perbincangan turut menyentuh bagaimana Johor berjaya muncul sebagai negeri penerima pelaburan tertinggi di Malaysia, projek strategik JS-SEZ, peningkatan hasil negeri, serta usaha membangunkan pendidikan dan bakat anak Johor.Tidak terkecuali, beliau juga menjawab kritikan bahawa dirinya terlalu “micro-manage” pentadbiran negeri, selain menjelaskan nilai Bangsa Johor yang terus diterapkan dalam pentadbiran hari ini.Episod ini turut menyentuh isu politik semasa termasuk keputusan BN Johor untuk bergerak solo dalam PRN Johor, serta hubungan antara UMNO dan institusi Istana Johor.Timestamp EP20000:00 Intro10:09 Tetamu MB Johor16:40 Kenapa MB Johor Tak Dipecat atau Digantung?20:10 Macam Mana Onn Hafiz Jadi MB?31:07 100 Hari Onn Hafiz33:15 Agenda Maju Johor 203037:10 Nilai Bangsa Johor40:35 Pelaburan Tertinggi Malaysia47:04 JS-SEZ54:15 Pendapatan Johor Meningkat1:02:29 Pendidikan Johor1:08:00 MB Micro Manage?1:22:30 Pembangunan Di Luar Selatan Johor1:25:40 BN Johor Gerak Solo PRN Johor1:32:30 MB Johor Budak-Budak?1:40:40 Pengundi Cina Johor1:43:55 BN Gerak Solo PRU 16? 1:48:50 Hubungan UMNO dan Istana1:52:58 Perancangan MB 1:54:58 Nak Jadi PM?

    EP7 #SembangKS | Parti, Pengumuman dan Perbincangan Dari Subsidi Ke Strategi Politik

    Play Episode Listen Later May 21, 2026 27:25


    Pengumuman BN Johor bertanding solo di PRN, Pengambilalihan Parti BERSAMA oleh Rafizi dan Nik Nazmi, Perbincangan BUDI95 untuk golongan T20.---------------Sembang KS ialah sebuah talk show di mana Zaidel akan berkongsi ringkasan berita semasa sebelum menyelami sesuatu isu dengan lebih mendalam.Topik yang dibincangkan merangkumi pelbagai bidang seperti sosial, politik, teknologi dan hiburan, disampaikan dengan gaya yang tajam, santai serta diperkaya dengan analogi yang pantas dan bersahaja.Misi kami adalah untuk memberi pencerahan dan kefahaman tentang isu-isu penting, sesuai ditonton sepanjang perjalanan dalam kesesakan lalu lintas waktu puncak di Malaysia.

    EP199 | BN Johor Gerak Solo!, Parti Bersama Malaysia, Samsuri Ketua Pembangkang Baharu, Masa Depan Tenaga Baharu

    Play Episode Listen Later May 20, 2026 107:16


    Episod 199 Keluar Sekejap membincangkan reaksi para pemimpin Pakatan Harapan dalam Konvensyen Pakatan Harapan 2026 yang memperlihatkan ketegangan politik semakin memuncak antara Pakatan Harapan dan Barisan Nasional (BN), khususnya susulan pendirian BN Johor untuk bertanding secara solo di kesemua 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).Turut dibincangkan ialah keputusan Datuk Seri Rafizi Ramli dan Nik Nazmi Nik Ahmad untuk keluar daripada PKR, mengosongkan kerusi Parlimen masing-masing, serta mengambil alih Parti Bersama Malaysia. Apakah implikasi perkembangan ini terhadap masa depan politik negara menjelang PRU16?Episod ini turut menampilkan bagi membincangkan masa depan tenaga baharu, tenaga boleh diperbaharui serta hala tuju industri tenaga Malaysia.Terima kasih kepada ENERtec Asia atas kerjasama bagi episod kali ini.Join us at ENERtec Asia 2026 – perhimpunan utama profesional tenaga, inovator dan pemain industri dari seluruh rantau Asia Pasifik.

    EP6 #SembangKS | Rave RM200 Juta, Pembangkang Tak Jadi, Kereta EV dan Hari Ibu

    Play Episode Listen Later May 14, 2026 24:26


    Rave RM200 Juta, Pembangkang Tak Jadi, Kereta EV dan Hari IbuUlasan Paultan mengenai EV CBU daripada MITI - https://www.youtube.com/watch?v=LCy32Y67v14---------------Sembang KS ialah sebuah talk show di mana Zaidel akan berkongsi ringkasan berita semasa sebelum menyelami sesuatu isu dengan lebih mendalam.Topik yang dibincangkan merangkumi pelbagai bidang seperti sosial, politik, teknologi dan hiburan, disampaikan dengan gaya yang tajam, santai serta diperkaya dengan analogi yang pantas dan bersahaja.Misi kami adalah untuk memberi pencerahan dan kefahaman tentang isu-isu penting, sesuai ditonton sepanjang perjalanan dalam kesesakan lalu lintas waktu puncak di Malaysia.

    EP198 | MCA Gagal?, Trend Pengundi Cina, DAP Besar Kepala?, Sistem Kesihatan Negara, PRN Johor

    Play Episode Listen Later May 12, 2026 113:53


    Dalam Episod 198 Keluar Sekejap, kami menampilkan Tan Sri Dr. Chua Soi Lek, Mantan Menteri Kesihatan dan Mantan Presiden MCA bagi membincangkan punca kejatuhan MCA serta perubahan pola sokongan pengundi Cina terhadap Barisan Nasional sejak PRU 2008.Episod ini turut mengupas trend pengundi Cina menjelang PRU16, dominasi DAP dalam politik masyarakat Cina, serta kemungkinan berlakunya hakisan sokongan terhadap DAP susulan reformasi yang dilihat perlahan dan kegagalan memenuhi sebahagian janji politik.Turut disentuh ialah PRN Johor yang dijangka berlangsung dalam masa terdekat serta cabaran dan hala tuju sistem kesihatan negara berdasarkan pengalaman beliau sebagai bekas Menteri Kesihatan.

    EP197 | Mendalami Krisis Negeri Sembilan, PRU16: UMNO Tanding Solo?

    Play Episode Listen Later May 7, 2026 90:06


    Episod 197 Keluar Sekejap mengupas secara mendalam krisis takhta dan ketidaktentuan politik di Negeri Sembilan dengan meneliti latar belakang, implikasi perlembagaan, serta senario yang mungkin berlaku. Perbincangan turut menyorot beberapa pengajaran penting yang boleh dijadikan iktibar dalam memahami dinamika kuasa dan kestabilan politik negeri.Selain itu, episod ini turut mengulas ucapan Dato' Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sempena Konvensyen 80 Tahun UMNO. Antara fokus utama termasuk agenda Rumah Bangsa, gagasan Musyawarah Nasional, serta idea grand collaboration dalam landskap politik semasa. Kami juga membincangkan kemungkinan UMNO mengambil keputusan untuk bertanding secara solo dalam PRU16.Terima kasih kepada GINTELL kerana menaja episod pada kali ini. Dapatkan promosi eksklusif GINTELL sempena sambutan Hari Ibu BapaTawaran ini sah untuk 50 peminat Podcast Keluar Sekejap terawal sahaja‼️Untuk maklumat lanjut:WhatsApp Hisyam: 016-750 0998Klik pautan: https://wa.link/a23f7fLayari: www.gintell.comInilah masanya untuk memiliki kerusi urut GINTELL pada harga yang lebih mampu milik.

    EP5 #SembangKS | Harta Sepencarian, Belanjawan dan Menteri Raver

    Play Episode Listen Later May 6, 2026 26:55


    Drama rain rave water, perbendaharaan cadang potong bajet kesihatan dan pengajian tinggi serta isu harta sepencarian wanita.---------------Sembang KS ialah sebuah talk show di mana Zaidel akan berkongsi ringkasan berita semasa sebelum menyelami sesuatu isu dengan lebih mendalam.Topik yang dibincangkan merangkumi pelbagai bidang seperti sosial, politik, teknologi dan hiburan, disampaikan dengan gaya yang tajam, santai serta diperkaya dengan analogi yang pantas dan bersahaja.Misi kami adalah untuk memberi pencerahan dan kefahaman tentang isu-isu penting, sesuai ditonton sepanjang perjalanan dalam kesesakan lalu lintas waktu puncak di Malaysia.

    EP4 #SembangKS | Isu Zakat Antara Fisabilillah Dan FEE-sabilillah

    Play Episode Listen Later May 1, 2026 25:05


    Krisis Negeri Sembilan, himpunan Tangkap Azam Baki, dan penyelewengan dana RM230 juta.---------------Sembang KS ialah sebuah talk show di mana Zaidel akan berkongsi ringkasan berita semasa sebelum menyelami sesuatu isu dengan lebih mendalam.Topik yang dibincangkan merangkumi pelbagai bidang seperti sosial, politik, teknologi dan hiburan, disampaikan dengan gaya yang tajam, santai serta diperkaya dengan analogi yang pantas dan bersahaja.Misi kami adalah untuk memberi pencerahan dan kefahaman tentang isu-isu penting, sesuai ditonton sepanjang perjalanan dalam kesesakan lalu lintas waktu puncak di Malaysia.

    Merungkai Krisis Takhta&Krisis Politik Negeri Sembilan

    Play Episode Listen Later Apr 30, 2026 92:51


    Negeri Sembilan kini berdepan satu krisis luar biasa yang menggabungkan pertembungan antara institusi beraja, adat, dan kestabilan politik negeri.Episod 196 Keluar Sekejap yang menampilkan Tan Sri Rais Yatim, Mantan Menteri Besar Negeri Sembilan membedah kemelut yang bermula sejak April 2026, daripada krisis takhta apabila Undang Yang Empat telah membuat kenyataan untuk menurunlan Yang di-Pertuan Besar, termasuk isu pemecatan Undang Luak Sungai Ujong. Isu ini mencetuskan persoalan besar tentang kesahihan, bidang kuasa, dan keseimbangan dalam sistem adat Negeri Sembilan.Krisis adat ini kemudiannya merebak ke arena politik apabila 14 Adun UMNO- Barisan Nasional menarik sokongan terhadap Menteri Besar, mewujudkan situasi kerajaan tergantung dan ketidaktentuan terhadap hala tuju pentadbiran negeri.Apa sebenarnya yang sedang berlaku? Bagaimana krisis ini boleh berkembang sejauh ini, dan apakah implikasinya kepada Negeri Sembilan?Kupasan penuh dalam episod ini.

    EP3 #SembangKS | Darurat PRN, Artis DIVA dan 5 Pantang Larang Membeli Rumah

    Play Episode Listen Later Apr 23, 2026 23:05


    Petua dan tips beli rumah, isu tangguh PRN dan artis yang sombong?---------------Sembang KS ialah sebuah talk show di mana Zaidel akan berkongsi ringkasan berita semasa sebelum menyelami sesuatu isu dengan lebih mendalam.Topik yang dibincangkan merangkumi pelbagai bidang seperti sosial, politik, teknologi dan hiburan, disampaikan dengan gaya yang tajam, santai serta diperkaya dengan analogi yang pantas dan bersahaja.Misi kami adalah untuk memberi pencerahan dan kefahaman tentang isu-isu penting, sesuai ditonton sepanjang perjalanan dalam kesesakan lalu lintas waktu puncak di Malaysia.

    EP195 | Ekonomi Malaysia Menghadapi Perang, UMNO & Rumah Bangsa, Tangguh PRN?, Pemerkasaan PKS

    Play Episode Listen Later Apr 21, 2026 60:30


    Episod 195 Keluar Sekejap membincangkan kesan ketegangan perang Iran–AS terhadap ekonomi Malaysia serta global, khususnya implikasinya kepada Malaysia dari sudut harga minyak, perdagangan dan kestabilan pasaran.Seterusnya, tumpuan diberikan kepada langkah UMNO melalui gagasan Rumah Bangsa, termasuk keputusan menerima semula bekas ahli tanpa syarat. Adakah ini strategi penyatuan yang mampu menguatkan parti, atau sekadar langkah survival politik?Turut dibincangkan adalah spekulasi mengenai kemungkinan penangguhan PRN — sejauh mana ia realistik, dan apakah implikasinya terhadap landskap politik serta persepsi rakyat.Akhir sekali, episod ini menyentuh tentang pemerkasaan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dalam suasana ketidaktentuan ekonomi global. 00:00:00 Pengenalan00:02:07 Kesan Perang Iran-AS Kepada Malaysia00:18:52 Pemerkasaan PKS00:28:49 Pergolakan Politik di Perlis & Negeri Sembilan00:30:40 UMNO & Rumah Bangsa00:43:52 Pencaturan Untuk PRN dan PRU00:54:45 Tangguh PRN?CTOS SME Biz Day 2026 merupakan acara perniagaan tahunan utama yang menghimpunkan pembuat keputusan, usahawan dan peneraju industri untuk membincangkan cabaran utama PKS, termasuk akses kepada pembiayaan, pertumbuhan dan kelestarian perniagaan serta transformasi digital.Dapatkan tiket SME Biz Day 2026 sekarang:- Petaling Jaya (9 June 2026): https://www.ticketmelon.com/ctos/smebizday2026pj?aff1=pjbiz26ks- Penang (28 July 2026): https://www.ticketmelon.com/ctos/smebizday2026pg?aff1=pgbiz26ks- Johor Bahru (8 September 2026): https://www.ticketmelon.com/ctos/smebizday2026jhb?aff1=jbbiz26ks

    EP2 #SembangKS | Kopi & Korporat

    Play Episode Listen Later Apr 16, 2026 20:44


    Rangkuman inisiatif #Bangun KL daripada Hannah Yeoh dan korporat mafia yang tiada penyelesaiannya.

    EP194 | Rundingan AS-Iran Gagal, Bangun KL, Rafizi Bakal Dipecat?, GSF 2.0: Live Dari Barcelona

    Play Episode Listen Later Apr 14, 2026 68:45


    Episod 194 Keluar Sekejap membincangkan kegagalan AS–Iran mencapai persetujuan dalam isu gencatan senjata, serta implikasinya terhadap kestabilan geopolitik semasa.Episod ini turut mengulas inisiatif Bangun KL — tawaran kopi oleh ZUS Coffee pada harga RM5.00 yang dilancarkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh, sebagai antara langkah intervensi strategik bagi menangani kesesakan trafik yang semakin kritikal di Kuala Lumpur. Selain itu, perbincangan turut menyentuh ketegangan antara Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli, dan kepimpinan pusat yang semakin memuncak apabila beliau secara terbuka mencabar Lembaga Disiplin parti untuk mengambil tindakan terhadapnya.Keluar Sekejap juga berpeluang menemubual Dato' Seri Amirudin Shari, Menteri Besar Selangor secara langsung dari Barcelona, Sepanyol dalam misi Global Sumud Flotilla 2.0 (GSF 2.0) — menyentuh perkembangan terkini, peranan Malaysia di peringkat global serta persiapan akhir sebelum armada memulakan pelayaran.Timestamp EP19400:00 Intro2:15 Iran-AS Gagal Capai Persetujuan23:22 Bangun KL x Zus35:20 Rafizi Diambang Pecat?51:00 Lintas Langsung bersama MB Selangor dalam misi GSF 2.0

    EP1 #SembangKS | Drama Raya dan Minyak

    Play Episode Listen Later Apr 8, 2026 16:40


    Rangkuman tema drama hari raya tahun 2026 dan perbincangan mengenai Budi 95.---------------Sembang KS ialah sebuah talk show di mana Zaidel akan berkongsi ringkasan berita semasa sebelum menyelami sesuatu isu dengan lebih mendalam.Topik yang dibincangkan merangkumi pelbagai bidang seperti sosial, politik, teknologi dan hiburan, disampaikan dengan gaya yang tajam, santai serta diperkaya dengan analogi yang pantas dan bersahaja.Misi kami adalah untuk memberi pencerahan dan kefahaman tentang isu-isu penting, sesuai ditonton sepanjang perjalanan dalam kesesakan lalu lintas waktu puncak di Malaysia.

    EP193 | Impak Perang Iran kepada Malaysia, Nex G & Mr. R, Isu BYD, Pemandu Mabuk

    Play Episode Listen Later Apr 3, 2026 82:53


    Dalam Keluar Sekejap Episod 193, perbincangan tertumpu kepada konflik yang semakin memuncak antara AS–Israel dan Iran, serta implikasi geopolitik dan ekonomi yang mungkin dirasai oleh Malaysia.Turut disentuh ialah kontroversi melibatkan ahli perniagaan Victor Chin, yang mendakwa kewujudan rangkaian “mafia korporat” berkait urusan NexG Bhd, termasuk dakwaan tentang seorang perantara dikenali sebagai “Mr R” yang dikaitkan dengan pembayaran RM9.5 juta.Selain itu, episod ini membincangkan laporan mengenai BYD yang didakwa menilai semula rancangan membuka kilang pemasangan CKD di Tanjong Malim, susulan syarat yang dikatakan dikenakan oleh MITI, walaupun kementerian tersebut telah menafikan dakwaan berkenaan.Episod ini juga menyentuh insiden kemalangan maut akibat pemandu mabuk di Klang, yang meragut nyawa Amirul Hafiz Omar (33), seorang bapa kepada tiga orang anak, dan kembali mencetuskan perbahasan tentang penguatkuasaan serta keselamatan jalan raya.Ingin jenama anda dikenali oleh ribuan pendengar?Taja episod Keluar Sekejap 2026!Hubungi +6011-1919 1783 atau emel commercial@ksmedia.my

    EP192 | KJ Pulang Ke UMNO, Zamri vs Arun, IJM - Sunway: Tawaran & Nilai Sebenar

    Play Episode Listen Later Mar 18, 2026 95:36


    Episod 192 Keluar Sekejap membincangkan keputusan Khairy Jamaluddin untuk membuat permohonan semula menyertai UMNO selepas seruan “rumah bangsa” oleh Presiden UMNO yang menjemput ahli-ahli yang dipecat dan digantung untuk kembali ke parti tanpa syarat.Keluar Sekejap juga mengulas isu tawaran Sunway Corporation untuk mengambil alih IJM Corporation — adakah nilai sebenar syarikat itu diabaikan dan apakah implikasinya kepada pemegang saham serta landskap korporat negara.Turut dibincangkan ialah isu kes Zamri Vinoth dan Arun Dorasamy yang kini berdepan pertuduhan di mahkamah, yang mencetuskan persoalan tentang kemungkinan layanan berbeza dalam proses penguatkuasaan apabila Zamri digari ketika dibawa ke mahkamah manakala Arun tidak. Malah, Arun turut diiringi oleh Timbalan Menteri Undang-Undang dan Reformasi Institusi, M. Kulasegaran.Episod ini juga menyentuh persoalan lebih besar dalam politik Malaysia — adakah wujud ruang untuk “third force” dalam sistem politik yang selama ini didominasi oleh dua blok besar, dan sejauh mana ia boleh menjadi alternatif kepada pengundi.Ingin jenama anda dikenali oleh ribuan pendengar?Taja episod Keluar Sekejap 2026!Hubungi +6011-1919 1783 atau emel commercial@ksmedia.my

    EP191 | Kembali Semula?, Zionis Guling Madani, James Chai, Kuil Tanpa Izin, Pijak Quran, Perang Iran

    Play Episode Listen Later Mar 7, 2026 107:20


    Episod 191 Keluar Sekejap membincangkan dakwaan terhadap keluarga Almarhum Tun Daim yang dikaitkan dengan komplot bersama kelompok Zionis dalam usaha menggulingkan kerajaan. Turut dibincangkan ialah tindakan SPRM yang sedang mengesan bekas pegawai kepada Rafizi Ramli, James Chai, bagi membantu siasatan berhubung dakwaan penyelewengan dana RM1.1 bilion melibatkan syarikat semikonduktor British, Arm Holdings.Episod ini juga mengulas kenyataan Presiden UMNO yang membuka pintu kepada bekas ahli parti yang pernah dipecat atau digantung keahlian, serta individu yang ingin kembali bersama dalam perjuangan UMNO.Selain itu, KS turut menyentuh beberapa isu sensitif berkaitan 3R yang hangat diperdebatkan kebelakangan ini, termasuk polemik rumah ibadat tanpa kebenaran serta kontroversi insiden pijak al-Quran.Di peringkat antarabangsa, Keluar Sekejap turut meneliti perkembangan konflik antara Amerika Syarikat dan Iran, serta kemungkinan implikasinya terhadap ekonomi dan kepentingan Malaysia.Ingin jenama anda dikenali oleh ribuan pendengar?Taja episod Keluar Sekejap 2026!Hubungi +6011-1919 1783 atau emel commercial@ksmedia.my

    EP190 | Komplot Jatuhkan Kerajaan, Dr Sam PM11?, RUU Pengasingan Kuasa AG-Pendakwa Raya, Tarif Batal

    Play Episode Listen Later Feb 28, 2026 86:20


    Episod 190 Keluar Sekejap membincangkan siasatan PDRM terhadap dakwaan wujudnya komplot melibatkan Toh Puan Naimah yang didakwa bekerjasama dengan sebuah agensi media antarabangsa bagi menjatuhkan kerajaan dan mensabotaj kestabilan negara.Episod ini turut mengulas pelantikan Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, Naib Presiden PAS dan Menteri Besar Terengganu, sebagai Pengerusi baharu Perikatan Nasional (PN) pada 22 Februari 2026, menggantikan Muhyiddin Yassin yang sebelum ini menerajui gabungan tersebut.Perbincangan juga menyentuh Kongres Khas DAP pada 12 Julai yang bakal menentukan sama ada pemimpin DAP dalam kerajaan perlu kekal atau meletakkan jawatan daripada semua jawatan eksekutif.Selain itu, episod ini mengupas Rang Undang-Undang (RUU) pemisahan kuasa antara Peguam Negara dan Pendakwa Raya yang sedang dibentangkan di Parlimen.Turut dibincangkan ialah keputusan Mahkamah Agung Amerika Syarikat bahawa Akta International Emergency Economic Powers Act (IEEPA) tidak memberikan kuasa kepada Presiden untuk mengenakan tarif pada 20 Februari 2026, serta implikasinya terhadap ART yang ditandatangani Malaysia.

    Claim Keluar Sekejap

    In order to claim this podcast we'll send an email to with a verification link. Simply click the link and you will be able to edit tags, request a refresh, and other features to take control of your podcast page!

    Claim Cancel